Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Tuesday, October 15, 2019

BEIJING, CHINA

Nama penulis: Durrah Aida binti Ishak (A170214)


Saya dan keluarga saya telah berpeluang untuk bercuti ke Beijing, China selama 6 hari 5 malam pada Disember 2013. Bagi percutian kami ini, kami telah pergi ke Matta Fair dan berjaya mendapatkan pakej percutian yang murah di bawah Agensi Pelancongan Andalusia. Tidak banyak persiapan yang kami lakukan berikutan percutian kali ini adalah dengan mengikuti agen. Keluarga saya masih tidak mempunyai pengalaman bercuti semasa musim sejuk, oleh itu berbekalkan pengalaman saya yang pernah bercuti ke Korea bersama makcik saya pada tahun sebelumnya, saya telah memberikan sedikit nasihat tentang pemakaian yang diperlukan sepanjang percutian kami. Saya juga membantu keluarga saya dalam menyusun dan menyimpan barangan dengan mengasingkan baju sejuk dengan barangan lain agar mudah dicapai apabila sudah tiba di Beijing nanti. Disebabkan kami tidak selalu melancong ke negara yang mempunyai musim sejuk, kami bersepakat untuk membeli baju sejuk di Bundle sahaja kerana terdapat rekaan yang menarik dan dijual dengan harga yang murah.

    Penerbangan kami ke Beijing, China adalah pada jam 1 pagi dengan menaiki pesawat Malaysia Airline. Sepanjang 7 jam perjalanan kami telah tidur di dalam pesawat. Tepat jam 8 pagi, kami tiba di Beijing. Mujur kami sekeluarga mengasingkan jaket sejuk kami dengan barangan lain, maka kami merupakan keluarga pertama daripada 5 keluarga yang telah siap sedia menunggu bas di lokasi yang telah diberitahu oleh agen kami. Kami telah dimaklumkan oleh pemandu pelancong kami, Summer bahawa pada ketika kami melancong di Beijing telah berlakunya jerebu. Kami telah melawat istana di sana tetapi tidak dapat berjalan mengelilinginya dengan lebih lanjut berikutan terdapat ahli di dalam kumpulan pelancong kami yang tidak larat untuk berjalan. Oleh itu, pemandu pelancong memutuskan untuk kami pergi makan dan berehat di hotel.



     Keesokan harinya, kami telah dijadualkan untuk pergi ke 4 lokasi iaitu ke pasar borong di Beijing, Pusat jualan Jade, Kilang Sutera dan Masjid yang terdapat di Beijing. Seperti biasa, kami merupakan keluarga pertama yang menaiki bas dan kami perlu menunggu selama 15 minit dari masa yang telah ditetapkan dalam tentative perjalanan. Sepanjang hari ini kami telah banyak dikejar oleh penjual di sana berikutan mereka gemar memaksa pelanggan untuk membeli barangan jualan mereka. Pemandu pelancong telah memesan kepada kami untuk mengelakkan diri daripada bertanya harga kepada penjual jika tidak pasti hendak membeli kerana  hal tersebut akan membuatkan penjual memaksa kami untuk membeli. Disebabkan ibu saya amat gemar bertanya harga kepada penjual semasa di Malaysia, maka perbuatan itu telah menjadi kebiasaan dan tindakannya itu telah membuatkan kami sekeluarga dikejar penjual di sana. Mujur saja bapa saya pandai menawar harga, maka kami dapat membeli barangan tersebut dengan harga yang murah. Semasa kami berada di Pusat jualan jade tersebut telah berlaku suatu insiden dimana saya telah terpisah dengan kumpulan kami dan keluarga saya berikutan saya tertarik dengan makanan seperti keledek panggang dan kacang rebus yang dijual diluar pusat tersebut. Saya tidak menyedari bahawa keluarga saya dan kumpulan pelancongan sedang cemas dengan kehilangan saya kerana saya masih di luar menghabiskan keledek yang saya beli. Saya juga tidak cemas kerana saya berada diluar bersama pemandu bas pelancong kami. Setelah kira-kira 10 minit bapa saya telah berjaya menemui saya dan saya telah dimarahi kerana tidak memaklumkan kepada mereka terlebih dahulu. Hari kami pada hari itu berjalan seperti biasa dan kami pulang semula ke hotel pada jam 8 malam.

Bergambar di hadapan Kilang sutera

    Hari ini jadual kami tidak penuh kerana kami akan meluangkan masa sehari di tembok besar china. Pada hari sebelumnya, Summer, pemandu pelancong kami telah memaklumkan kepada kami bahawa kami perlu menepati masa pada hari ketiga berikutan perjalanan untuk ke Tembok Besar China adalah lama dan jalannya sentiasa sesak. Namun, terdapat juga ahli keluarga yang lewat. Mungkin kami telah sangat terlewat pada hari itu, pemandu bas berkenaan telah membawa bas dengan laju. Setibanya kami di sana, saya dan adik beradik saya berasa amat teruja untuk naik ke Tembok Besar tersebut. Kami telah berlumba untuk naik ke atas. Namun demikian saya telah mengalah apabila sampai pada tingkat ketiga kerana saya mula berasa gayat. Hal ini berikutan anak tangga yang terlalu besar dan tidak sekata. Maka adik saya sahaja telah meneruskan pendakiannya. Saya dan kakak saya telah mengambil keputusan untuk turun dan berjumpa dengan keluarga saya. Setelah menunggu selama hampir 30 minit, adik saya kembali kepada kami dan memberitahu bahawa dia terpaksa turun berikutan keadaan tangga di atas semakin licin. Sejujurnya kami mula bosan dan tidak tahu mahu berbuat apa setelah berada di tembok besar berkenaan selama kira-kira 5 jam. Oleh itu, pemandu pelancong kami telah membawa kami ke pasar borong berdekatan untuk mengisi masa yang masih berbaki.



   Hari-hari berikutnya berjalan seperti biasa iaitu kami dibawa ke pasar pasar borong untuk membeli-belah. Pada hari terakhir kami telah dibawa ke zoo di Beijing. Di situ kami berpeluang untuk menyaksikan gelagat berpuluh ekor gelagat comel panda. Kami juga berjalan mengelilingi zoo berkenaan untuk melihat haiwan lain. Pada sebelah petangnya kami dihantar ke lapangan terbang Beijing untuk pulang semula Malaysia.
      Berdasarkan pengalaman yang saya ceritakan di atas, kami sekeluarga tidak sesuai untuk melancong dengan mengikuti kumpulan yang besar daripada agensi pelancongan berikutan kami sekeluarga amat menitikberatkan ketepatan masa. Pergerakan dan emosi kami sedikit sebanyak terganggu apabila kami bergerak dalam kumpulan yang besar dan terutamanya mempunyai ramai daripada golongan tua. Oleh hal yang demikian, kami tidak lagi melancong ke mana-mana dengan menggunakan agensi pelancongan. Tetapi kami telah mengatur semuanya sendiri dan hanya mencari pemandu yang akan membawa kami ke destinasi yang kami mahukan. Cara ini juga telah banyak mengurangkan kos yang perlu kami keluarkan. Namun, kini sudah  3 tahun kami sekeluarga tidak melancong bersama ekoran keadaan kesihatan bapa saya yang tidak menentu dan kakak saya yang sudah berkeluarga. Jika berpeluang, saya ingin membawa ahli keluarga saya untuk melancong ke tempat-tempat yang lebih menenangkan dan tidak berfokuskan dengan membeli-belah pula.

4 comments:

  1. yes, i have bad experience with big groups too. good job

    ReplyDelete
  2. Wish I could go there too one day!

    ReplyDelete
  3. Dah lama teringin nak ke China, thanks for the tips:')

    ReplyDelete
  4. Wow what an experience! But agreed with your statement about traveling in a large group though.

    ReplyDelete