Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Tuesday, October 15, 2019

CAMERON HIGLANDS DAN LANGKAWI ISLAND

Nama penulis: Nur Shafiqa Aqila binti Zainuddin (A170161)


Secara jujurnya jika bercerita tentang pengalaman melancong saya bersama keluarga dari kecil sehinggalah sekarang. Dapatlah diringkaskan bahawa pengalaman melancong saya tidaklah begitu banyak jika dibandingkan dengan pengalaman melancong orang lain. Tambahan pula, kebanyakan tempat pelancongan yang telah saya kunjungi setakat ini hanyalah sekitar di Malaysia sahaja. Hal ini kerana, sejak dari kecil lagi, saya dan keluarga lebih banyak menghabiskan masa di rumah berbanding melancong. Oleh itu, setakat apa yang saya ingat, sewaktu saya  berada di peringkat  sekolah rendah.  Saya pernah melancong bersama keluarga  ke Cameron Highlands, Pahang.
Pengalaman bercuti ke Cameron Highlands ini merupakan satu-satunya pengalaman  yang cukup indah dan bermakna dalam hidup saya kerana pada waktu itu arwah datuk saya turut mengikuti kami sekeluarga untuk bercuti ke Cameron Highlands.
            Untuk pengetahuan semua, arwah datuk saya memang seorang yang hanya gemar duduk di rumah sahaja, tanpa pergi melancong dan berkunjung ke mana-mana tempat. Oleh sebab inilah kami sekeluarga sukar untuk pergi melancong kerana kami perlu memastikan setiap percutian yang ingin kami kunjungi perlu mendapatkan persetujuan daripada arwah datuk kami. Walau apapun, perkara tersebut tidak sedikit pun membuatkan kami untuk berputus asa memujuk  datuk kami pergi melancong bersama-sama kami sekeluarga.
            Kami berada di sana selama tiga hari dua malam di apartment. Sebelum bertolak ke Cameron Highlands, seperti biasa saya akan mengemas pakaian  dan alatan kelengkapan yang perlu dibawa untuk kesana. Pada waktu ini, saya telah dibantu oleh ibu saya untuk mengemas pakaian maklumlah ketika itu saya masih lagi darjah lima. Selain itu, ibu saya juga telah menempah pakaian daripada rakannya untuk dipakai pada keesokan harinya. Kami telah bertolak ke sana pada jam enam pagi dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayah. Perjalanan kami untuk tiba ke Cameron Highlands mengambil masa kira-kira tujuh jam iaitu dari Melaka ke Cameron Highlands bergantung pada kesesakan perjalanan ada atau tiada.
            Sepanjang perjalanan, terdapat banyak kenangan dan pengalaman yang masih segar lagi di ingatan saya sehingga sekarang. Antaranya ialah semasa perjalanan, saya seringkali bertelingkah dan bergaduh dengan abang  saya hampir sepanjang perjalanan hanya kerana alasan-alasan yang tidak munasabah. Contohnya, berebut untuk duduk sebelah ibu, berebut bantal, dan banyak lagi. Pergaduhan tersebut telah mengganggu emosi ayah saya untuk memandu kereta sehinggakan ayah saya telaah memberhentikan kereta di tepi jalan dan menarik saya dan abang keluar dari kereta, lalu meninggalkan kami berdua di tepi jalan. Pada ketika itu, saya masih ingat lagi keadaan dan suasana tempat yang kami ditinggalkan. Kawasannya mempunyai banyak lalang yang panjang-panjng, gelap dan ketika itu saya menangis dengan sekuat-kuatnya kerana berada dalam ketakutan.
            Namun, abang saya sedaya upaya menenangkan saya dengan memeluk dn memujuk saya untuk berhenti menangis walaupun pada waktu itu saya dapat melihat riak mukanya juga berada dalam keadaan ketakutan. Beberapa minit kemudian, saya terlihat cahaya yang seolah-olah menyuluh kea rah saya dan abang saya. Rupa-rupanya, itu adalah kereta ayah, lalu ayah memanggil kami semula untuk menaiki kereta dan dengan pantas kami menaikinya semula.  Mulai dari saat itu, saya dan along bermaaf-maafan dan berbaik-baik. Kejadian ini merupakan satu pengalaman yang agak lucu sebenarnya jika diimbas kembali, tetapi kejadian ini telah menjadi satu pengajaran buat diri saya sehingga hari ini. Jadi, kami pun meneruskan perjalanan ke Cameron Highlands. Namun begitu, terdapat satu lagi kejadian yang tidak disangka-sangkakan dimana kereta kami secara tiba-tiba rosak. Oleh itu, kami sekeluarga terpaksa menahan kereta yang lalu di sana dan alhamdullillah kereta kami dapat dibaiki dan kami meneruskan perjalanan seperti biasa.
Sebaik sahaja tiba di sana, saya mendapati begitu ramai pelancong dalam dan luar negara. Tambahan pula, saya mendapati cuaca dan suasanya berbeza sekali dengan cuaca di tempat saya.  Kabusnya yang tebal dan cuacanya yang sejuk menyebabkan saya dan keluarga berasa sangat teruja untuk mengunjungi tempat-tempat menarik yang berada disana. Destinasi pertama yang kami lawati semestinya Sungai Palas, Brinchang juga lebih dikenali Boh Teh Centre Sungai Palas. Di sana, kami sekeluarga telah menikmati hidangan teh dan pencuci mulut di kafe sambil menikmati keindahan panorama ladang teh yang terbentang  luas umpama sebidang permaidani hijau. Walaupun makanan di sana agak mahal makananya, tetapi kami juga ada merasai makanan seperti kek, roti dan sebagainya. Setelah itu, kami sekeluarga mengambil foto disana untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan.
Setelah selesai kami berswafoto dan mengambil gambar di Boh The Centre, kami meneruskan perjalanan ke apartment dan terus merehatkan diri di apartment. Pada hari kedua, kami sekeluarga telah melawat ke ‘Lavender Garden’ semata–mata untuk merasai sendiri kenikmatan ais krim lavendarnya. Aiskrimnya memang sedap terasa lemaknya apaila dimakan. Kemudian, kami meneruskan perjalanan kami ke Cactus Point. Sepanjang kami melawat Cactus point. Ibu saya pada waktu itu begitu risau dengan saya dan adik beradik yang lain kerana takut kami adik-beradik tersntuh duri kaktus terebut. Manakala, pada waktu petang,  kami sekeluarga pergi ke pasar malam di Golden Hills atau dahulunya dikenali sebagai Pasar Malam Brinchang  dan membeli pelbagai buah tangan dan cenderamata untuk dibawa pulang.


Secara ringkasnya, pengalaman semasa bercuti ke Cameron Highlands, kami banyak menghabiskan masa di apartment kerana datuk saya tidak larat untuk berjalan jauh. Walau bagaimanapun, bagi saya perkara itu pun sudah memadai kerana dapat meluangkan masa bersama-sama orang tersayang. Maklumlah, bukan senang untuk kami sekeluarga berkumpul, Kebiasaannya, kedua ibu bapa kita bekerja, adik beradik kita juga bersekolah. Jadi, alang-alang mempunyai masa, elok sekiranya kami mengambil peluang ini dengan berbual-bual bersama keluarga.

Selain itu, kami sekeluarga juga  pernah melancong ke Pulau Langkawi, Kedah. Kita sedia maklum bahawa Pulau Langkawi merupakan sebuah pulau percutian yang amat popular di Malaysia. Oleh itu, terdapat banyak tempat menarik yang boleh  dikunjungi disana. Jadi, perasaan tidak sabar saya untuk bertolak ke Pulau Langkawi pada ketika itu seperti membuak-buak kegembiraan. Kami bercuti disana selama tiga hari dua malam.  Sebelum bercuti di sana, ayah saya telah pun menempah sebuah resort yang bernama  Malibest Resort Langkawi.  Walaupun harganya tidak semahal lima bintng, tetapi pemandangan dan suasana di sana sangat menenagkan dn menarik. Sebelum bertolak, saya mengemas pakaian dan membawa peralatan keperluan untuk ke sana.
            Keesokan harinya, kami sekeluarga bertolak ke  KLIA 2 pada jam 4 pagi. Kami bertolak ke Pulau Langkawi dengan menggunakan perkhidmatan penerbangan dengan syarikat tambang murah Air Asia. Setelah sampai sahaja di airport, print boarding pass dan check in baggage. Kami sekeluarga sememangnya suka mengambil ‘flight’ yang paling  awal untuk sampai ke destinasi kerana kami ingin  tiba ke destinasi dengan leih awal. Lebih-lebih lagi Pulau  Langkawi mempunyai banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi. Apabila tiba sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, saya dan keluarga mengambil barang seperti beg dan terus menyewa kereta. Setelah tiba di resort, ayah menyuruh kami sekeluarga untuk beristirahat terlebih dahulu sebelum melawat ke tempat-tempat yang menarik di Pulau Langkawi.
 Tempat pertama yang kami lawati ialah Makam Mahsuri yang mana mempunyai banyak kisah sejarah.  Saya juga dapat melihat replika Makam Mahsuri. Malah, terdetik di fikiran saya, adakah benar Mahsuri disemadikan disini atau ianya hanya sekadar replika yang hanya direka semata-mata untuk menarik pengunjung sahaja. Namun begitu, menerusi pembacaan  saya terhadap maklumat yang diceritakan, Mahsuri disemadikan ditempat yang sama dimana tempat beliau dihukum bunuh. Namun, tiada sesiapun yang mengetahui di mana lokasi yang tepat kejadian itu berlaku. Walau bagaimanapun, saya tetap berasa teruja kerana terdapat banyak  maklumat yang dapat saya perolehi sepanjang berada di sana.  Saya juga dapat mengetahui sejarah  Mahsuri dengan lebih mendalam lagi yang mana sebelum ini saya hanya mendengar namanya sahaja tetapi tidak mengetahui sejarah kehidupannya.


Seterusnya, kami sekeluarga telah melawat ke MARDI Agrotechnology Park Langkawi. Pada awalnya, saya membantah sekeras-kerasnya apabila keluarga saya ingin mengunjungi MARDI. Tidak pernah sekalipun terlintas di fikiran saya untuk mengunjungi tempat-tempat seperti ini. Maksud saya tempat yang mempunyai perkataan MARDI. Maklumlah banyak lagi tempat di Pulau Langkawi yang menarik yang boleh dikunjungi. Hal ini kerana, saya menjangkakan kebanyakan tempat yang bernama MARDI hanya memperlihatkan pokok-pokok dan spesis tumbuhan sahaja. Jadi, dengan terpaksa saya pun terpaksa akur dengan keputusan keluarga saya untuk melawat MARDI tersebut. Setibanya di sana, seperti biasa, kami perlu membeli tiket terlebih dahulu. Kemudian kami diminta untuk menunggu di ruangan yang telah disediakan untuk menanti ketibaan kenderaan khas yang akan membawa kami jalan di sekitar kawasan MARDI. 
Kenderaan khas tersebut akan membawa pengunjung ke stesen yang berbeza-beza. Bagi stesen yang pertama, kami sekeluarga dibawa ke sebuah tempat yang menghidangkan pelbagai jenis buah-buahan tembikai seperti tembikai merah, tembikai susu, tembikai kuning, barli, limau dan banyak lagi. Pengunjung juga dibenarkan untuk makan sepuas-puasnya tanpa perlu membayar sesen pun. Konsepnya di sini sama seperti buffet yang menjadikan buah-buahan sebagai hidangan utama. Jadi, sebenarnya mengunjungi tempat yang bernama MARDI ini, tidaklah sebosan yang saya jangkakan selama ini. Melalui pengalaman saya yang baru pertama kali yang berkungjung ke MARDI, ini merupakan sesuatu pengalaman  yang sangat menyeronokkan. Malah, saya juga mencadangkan lokasi ini kepada rakan saya yang ingin melancong ke Pulau Langkawi.
Seterusnya, pengalaman pada hari kedua agak kurang menggembirakan kerana perut saya mula meragam. Saya terpaksa berulang alik ke tandas kerana sakit perut. Mungkin kerana kesan daripada makan buah-buahan yang banyak di MARDI semalam. Apabila sakit perut saya sudah mulai surut, kami sekeluarga meneruskan lawatan ke Dataran Lang. Maklumlah, tidak lengkap percutian kita di Pulau Langkawi sekiranya tidak berkunjung ke Dataran Lang. Saya mencadangkan kepada pengunjung yang ingin ke Dataran Lang untuk pergi pada waktu petang atau malam. Hal ini kerana, berdasarkan pengalaman saya yang pernah melawat Dataran Lang pada waktu tengah hari, panasnya memang tidak tertahan. Walau bagaimanapun, mahu tidak mahu gambar bersama helang gergasi perlu diambil juga untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan.
Kemudian, kami beralih ke destinasi seterusnya iaitu Haji Ismail Group (HIG). Kami sekeluarga membeli belah di sana. Kami membeli banyak coklat,  kerana Haji Ismail Group (HIG) juga terkenal dengan pelbagai jenis coklat. Tapi sayangnya, setelah kami membawa coklat tersebut pulang, kebanyakan coklat tersebut sudah pun cair. Oleh itu, berdasarkan pengalaman saya, elok sekiranya kita membeli coklat pada hari terakhir percutian. Apaila tiba pada waktu malam, saya dan keluarga mengemas pakaian sebelum berangkat balik pada keesokan harinya .
Sebenarnya, saya agak terkilan ketika bercuti ke Pulau Langkawi kerana masih banyak lagi tempat-tempat menarik yang ingin saya kunjungi masih belum dilawati. Namun,pengalaman percutian itu amat besar maknanya bagi saya. Walaupun tidak lama kami sekeluarga berada di sana, tetapi banyak kenangan yang dapat saya perolehi. Saya berharap , saya dapat kembali ke pulau langkawi lagi pada masa akan  datang.
Sekejap sahaja masa sudah berlalu, saya mulai sedar diri saya sekarang  sudah dewasa, jika ingin bercerita mengenai pengalaman pelancongan saya dari kecil sehinggalah  sekarang, memang terlalu banyak pengalaman yang belum saya ceritakan. Kebanyakan pengalaman yang saya ceritakan disini  benar-benar pengalaman yang  mempunyai kenangan yang pahit dan manis. Tambahan pula, pengalaman pelancongan yang lain tidak lah saya terlalu ingat semuanya. Tetapi, jika dibandingkan pengalaman saya bercuti pada zaman dahulu sehinggalah  sekarang terlalu banyak perbezaan.  Contohnya, dari segi persiapan dan persediaan sebelum bertolak ke sesuatu destinasi percutian, ianya lebih kearah saya yang dalam urusan merancang perjalanan..
Tambahan pula, adik bongsu perempuan saya kini usianya sudah pun  mencecah dua puluh tahun dan sudah mulai matang. Jadi, pada waktu sekarang, jika ingin melancong, saya dan adik perempuan saya yang kebiasaanya merancang ke mana tempat yang hendak kami sekeluarga bercuti.  Selain itu, kami juga  yang membuat perancangan bermula dari sebelum bertolak sehinggalah tiba ke destinasi. Sebelum bertolak ke destinasi, saya sentiasa berbincang dengan adik perempuan saya dengan menyusun jadual pada hari pertama kemana lokasi yang ingin kami kunjungi, begitu juga dengan hari seterusnya. Hal ini dilakukan bertujuan agar perancangan pelancongan menjadi lebih rapi dan tersusun. Apabila tiba pada hari percutian, kebiasaannya saya yang akan memandu bagi memulakan perjalanan dan sekiranya letih, saya akan bergilir dengan adik perempuan saya  untuk memndu. Buat masa ini, saya pernah merancang perjalanan untuk  bercuti ke Pulau Pangkor, Terengganu,  dan Kedah. Perjalanan kami ke sana semuanya menggunakan aplikasi ‘google maps’ sahaja dan setakat ini,alhamdullillah kami tidak pernah sesat lagi untuk tiba ke destinasi percutian. Oleh itu, saya sangat berharap agar saya dan keluarga saya  dapat mencipta lebih banyak lagi kenangan dan pengalaman pada masa akan datang dengan menerokai lebih banyak lagi tempat-tempat percutian  yang menarik.  

No comments:

Post a Comment