Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Tuesday, October 8, 2019

PERFORMING UMRAH FOR THE FIRST TIME, MECCA & MEDINA

Writer: Nur Shahirah binti Anuar (A169683)

Nabawi Mosque
The most long journey trip that I went through is performing umrah with my parents after I finished my SPM because I scored perfectly, dad bought me a camera one week before performing umrah. It’s one of my greatest achievements because at that moment, I couldn’t believe I can perform umrah at such very young age. Sure it takes a lot of

PUSAT PERANGINAN TANAH TINGGI, CAMERON HIGHLANDS

Nama penulis:  Muhammad Idris Bin Safrizal (A171930)

Pelancongan merujuk kepada kepada aktiviti melawat, melancong atau mengembara ke sesuatu tempat atau kawasan lain yang melebihi lima puluh batu dari tempat kediaman yang tidak lebih dari satu tahun bagi bertujuan adalah untuk melakukan   rekreasi atau mengisi masa lapang. Pelancongan mungkin boleh dilakukan di mana mana sahaja selagi mana tidak melanggar serta mematuhi segala peraturan berkaitan ketika melaksanakan aktiviti melancong. Menurut Pertubuhan Pelancongan Sedunia iaitu salah sebuah badan PBB di peringkat antarabangsa,  telah merujukkan bahawa pelancongan merujuk kepada aktiviti perkhidmatan kepada pelancong dan segala apa apa aktiviti perkhidmatan yg bertujuan menyediakan sesuatu kepada pelancong untuk melakukan aktiviti rekreasi dan melancong. Antara perkhidmatan yang bertujuan bagi aktiviti pelancongan ialah seperti perniagaan pelancongan, servis dan perkhidmatan pelancongan, perkhidmatan pertanyaan bagi tempat tempat pelancongan serta sebagainya.

Pihak Pertubuhan Pelancongan Sedunia juga telah menakrifkan bahawa maksud pelancongan secara amnya ialah dari segi melampaui persepsi umum mengenai pelancongan sebagai terhad terhadap kepada aktiviti percutian dan meneroka perkara perkara baharu di sesebuah tempat yang menyediakan kawasan dan tempat berkaitan aktiviti pelancongan. Hal ini bertujuan memperlihatkan daya tarikan dan faktor kepada datangnya para pelancong untuk hadir ke tempat mereka sebagai suatu destinasi pilihan mereka.


Pergi melancong bersama keluarga merupakan suatu pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh sesiapa pun di dunia ini. Hal ini demikian kerana melakukan aktiviti melancong bersama keluarga adalah merupakan detik yang sangat bermakna dan mampu mencipta kenangan dan detik yang indah bersama keluarga tersayang. Hal ini juga memberikan peluang kepada saya untuk menceritakan pengalaman bercuti yang pernah dilalui bersama keluarga ketika suatu masa dahulu. Tempat pelancongan yang dikunjungi oleh saya bersama keluarga untuk melakukan aktiviti melancong bersama keluarga ialah di Cameron Highland di negeri Pahang Darul Makmur,

Persiapan Sebelum Melancong
Bagi memulakan aktiviti melancong ke dalam atau luar negara, terdapat pelbagai aspek yang perlu diketahui dan dilakukan sebelum melakukan aktiviti melancong. Hal ini demikian kerana aspek aspek ini harus dilakukan agar ianya dapat memudahkan pihak yang ingin melakukan aktiviti melancong dapat dilaksanakan dengan mudah dan mampu untuk bersedia menghadapi perkara perkara yang tidak diingini jika berlaku secara tiba tiba.
Antara persiapan yang telah dilakukan sebelum melakukan aktiviti melancong ialah menetapkan tempat percutian yang diingini. Hal ini demikian kerana kita sebagai pelancong seharusnya menentukan dan menetapkan lokasi pelancongan yang ingin dituju sebelum kita bertolak bagi melakukan aktiviti percutian dan melancong. Terdapat pelbagai tempat tempat pelancongan yang ditawarkan kepada golongan yang ingin melakukan aktiviti perlancongan, oleh hal yang demikian sebagai seorang yang ingin melakukan aktiviti melancong. Kita seharusnya melakukan keputusan kata putus bagi menetapkan tempat yang ingin dilakukan aktiviti melancong. Sebagai contoh, tempat yang ingin dituju bagi melakukan aktiviti melancong bersama keluarga ialah di Cameron Highland yang terletak jaraknya dari Masjid Tanah, Melaka ialah dalam 300km melalui lebuhraya Utara-Selatan.                  
Selain itu, persiapan yang dapat dilakukan sebelum melancong ialah penyediaan pakaian. Hal ini dikatakan demikian kerana pakaian merupakan barang utama yang perlu dibawa dan disediakan jika ingin melancong ke sesuatu tempat. Seseorang individu yang ingin pergi melancong ialah memastikan pakaian yang sesuai dibawa bersama ketika bercuti. Ini kerana keadaan cuaca di sesuatu tempat percutian memainkan peranan terhadap pakaian yang perlu dipakai ketika membuat aktiviti rekreasi di tempat tersebut. Sebagai contoh, ketika saya bersama keluarga ingin pergi melancong ke Cameron Highland, kebanyakkan jenis pakaian yang dibawa oleh kami ilah pakaian tebal seperti baju berlengan panjang, “sweater”, serta jaket yang mampu memanaskan badan disebabkan keadaan cuaca di Cameron Highland yang mempunyai suhu yang agak sejuk memberikan             kedinginan kepada para pelancong yang bercuti di sana.  Keadaan bentuk muka dan geografi kawasan peranginan Cameron Highland yang berada di paras yang tinggi menyebabkan kawasan tersebut menjadi agak sejuk berbanding di kawasan yang lebih rendah.
Seterusnya, persiapan yang dapat dilakukan sebelum melakukan aktiviti percutian ialah memastikan keselamatan rumah terjaga. Hal ini demikian kerana ketika semua ahli keluarga kita pergi bercuti secara bersama sama akan menyebabkan keadaan rumah kita tidak berpenghuni tanpa ketiadaan orang yang tinggal di dalam rumah. Hal ini akan menyebabkan perkara perkara yang tidak baik akan berlaku ke atas rumah kita seperti pecah masuk, rompakan dan kecurian yang kebiasaanya berlaku kepada rumah rumah yang tidak berpenghuni. Oleh itu, beberapa langkah keselamatan yang perlu diambil ketika ingin bertolak untuk bercuti dan antaranya ialah memaklumkan ketiadaanya penghuni ketika ingin bercuti kepada jiran sebelah dan tetangga, mengunci kesemua lalui masuk pintu ke dalam rumah, memeriksa tingkap dan saluran atap yang tidak berfungsi dengan baik serta melaporkan kepada pihak berkuasa dan pihak Rukun Tetangga jika ingin meninggalkan rumah dalam tempoh yang agak lama.
Selain itu, persediaan sebelum ingin pergi bercuti ialah kesihatan diri dan ubat ubatan. Hal ini merupakan aspek yang paling penting kerana faktor kesihatan akan mempengaruhi mood dan perasaan ketika bercuti ke sesebuah tempat. Jika seseorang itu menghadapi sesuatu penyakit yang agak teruk, individu tersebut haruslah mendapatkan saranan dan nasihat daripada pihak doktor berkaitan apa yang perlu dibawa dan dibuat ketika ingin pergi bercuti. Bekalan ubat ubatan dan sukatan yang perlu diambil perlulah diambil berat oleh pesakit tersebut bagi memudahkan pemantauan dapat dilakukan terhadap tahap kesihatan mereka yang penghidapi sesuatu penyakit.


Pengalaman ketika bercuti bersama keluarga di pusat peranginan Cameron Highland merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Hal ini demikian kerana Cameron Highland merupakan pusat peranginan yang menawarkan keadaan suhu dan cuaca yang dingin serta nyaman disebabkan oleh kedudukan yang tinggi dari paras laut. Hal ini juga menyebabkan ramainya pelancong daripada luar negara memilih Cameron Highland sebagai pilihan utama terutama pelancong dari negara barat. Keadaan suhu juga memainkan peranan yang penting terhadap keadaan aktiviti yang dapat diotawarkan oleh pengusaha pusat peranginan di sesebuah kawasan tersebut. Hal ini dapat dilihat apabila kawasan peranginan di Cameron Highland mewujudkan konsep pelancongan berasaskan pertanian bagi spesis pokok yang hidup subur di kawasan bersuhu dingin. Antara spesis tumbuhan dan buah buahan yang sangat sesuai di kawasan dingin seperti di Cameron Highland adalah seperti anggur, kubis bunga, tanaman teh hijau, strawberi, jagung, bunga mawar. Hal ini memberikan pengalaman yang begitu menarik kepada golongan yang sangat meminati perkara berkaitan tanaman dan kebun.
Antara tempat tempat yang ada di Cameron Highland ialah seperti Ringlet iaitu merupakan pusat peranginan tanah tinggi yang pertama akan dilalui jika anda melalui lebuhraya dari arah selatan. Selain itu, Tanah Rata dan Pekan merupakan kawasan peranginan yang menyediakan kemudahan seperti hotl, kedai runcit, masjid, hospital daerah, stesen minyak, bank serta kawasan rekreasi. Jika anda ingin memilih kawasan peranginan yang tidak terlalu sesak, tempat penginapan seperti Pekan Tanah Rata ialah tempat yang sesuai kerana kawasan yang agak kurang kesesakan dan tidak terlalu ramai.
Selain itu, tempat tempat yang menawarkan kawasan pelancongan berasaskan alam semulajadi ialah di Kea Farm iaitu pekan kecil di puncak Cameron Highland yang terkenal dengan pasar yang menjual pelbagai buah buahan dan sayur sayuran yang sangat segar disebabkan sumbernya dipetik daripada kebun yang ada dikawasan yang berdekatan. Seterusnya, Pengalaman memetik buah strawberi terus daripada ladang amat memberikan peluang yang baharu kepada saya kerana semua mengetahui buah tersebut hanya mampu tumbuh secara subur di kawasan bersuhu dingin. Oleh itu, kita sebagai pelancong yang melancong ke sesebuah kawasan patut mengambil peluang yang ada untuk merasainya sendiri kerana berkemungkinan pengalaman tersebut tidak ada di tempat lain.

Kenangan dan Ingin Kembali ke Destinasi yang Dituju
Pergi melancong bersama keluarga tersayang merupakan suatu pengalaman yang dapat menciptakan kenangan yang begitu manis. Hal ini ditambahkan lagi dengan peluang yang begitu jarang untuk semua ahli keluarga bersama sama keluar bercuti dan meluangkan masa bersama keluarga. Oleh itu, peluang yang diperoleh ini perlu diisi dengan aktiviti yang berfaedah seperti aktiviti rekreasi yang mampu memberikan pelbagai faedah dan kebaikan kepada seseorang individu tersebut.
Antara kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang bercuti di Cameron Highland ialah dapat merasai pengalaman mengambil madu lebah dari sumber ternakan lebah yang ada di Cameron Highland. Bagi mencari kelainan dan menarik pelancong untuk mengunjung ke Cameron highland, pelancong dapat mempelajari bagaimana lebah diternak dan melihat proses madu yang dihasilkan oleh lebah lebah tersebut. Ee Feng Gu Farm yang terletak di Brinchang merupakan tempat yang sesuai bagi pengunjung menegtahui cara hidup serangga dan cara untuk mendapatkan madu lebah daripada sarangnya.
Seterusnya, peluang untuk menghabiskan waktu malam di pasar malam Cameron Highland merupakan suatu pengalaman yang begitu berbeza di Pasar malam yang ada di Melaka. Pelbagai jenis makanan, pakaian, cenderahati dan produk produk tempatan dapat diperolehi dengan harga yang lebih berpatutan. Pasar malam ini dulu teretak di Brinchang tetapi telah dipindah ke Golden Hills. Dapat dilihat apabila ramai pengunjung akan datang ke tapak pasar malam ini seawal 4 petang bagi mengelakkan kesesakan jalan yang akan dipenuhi oleh kenderaan khas pelancong Keadaan cuaca yang sejuk pada waktu malam menjadi satu perbezaan utama diantara pasar malam yang terdapat di tempat lain.

Dapat disimpulkan bahawa pengalaman saya bercuti bersama keluarga di pusat peranginan dan percutian di Cameron Highland memberikan kepuasan dan dalam masa yang sama mampu menjimatkan wang bagi tujuan bercuti di dalam percutian domestik. Secara tidak lansung hal ini mampu memberikan suatu pengalaman yang begitu tenang dan mengujakan terhadap sektor pertanian yang diusahakan oleh pera petani rakyat malaysia yang bertujuan untuk dijual di dalam negara dan dieksport ke luar negara bagi tujuan pembangunan sumber ekomoni Malaysia yang lumayan. Diharapkan terdapat peluang yang seumpama ini dapat diperolehi oleh saya serta keluarga agar sektor perlancongan di Malaysia terus maju dan subur.




TANAH TINGGI CAMERON, TANAH YANG MENGHIJAU

Nama penulis: Norli Yana binti Rosli (A171883)


  
           Cameroon Highland juga merupakan tempat pelancongan yang sering kami kunjungi selama 3 hari 2 malam mahupun balik hari. Di sana, kami sering mengambil sarapan di gerai berhadapan Petronas atau Balai Bomba bersebelahan Masjid Kayangan Brinchang. Di sini sukar mencari sarapan

KEDAH, NEGERI JELAPANG PADI

 Nama penulis: Norli Yana binti Rosli (A171883)

Selalunya, keluarga aku sering memberi cadangan last minute untuk melancong. Tidak kira destinasi dekat atau jauh. “Hujung minggu ni kita nak ke mana?” tanya ayah. “Pulau Perhentian, Pulau Kapas, Pulau Bunting, Pulau Sembilan” jawab aku. Aku memang gemar pergi tempat yang santai melihat ombak yang bergelora dan pantai yang memutih. Pemandangan yang santai dan menikmati keindahan ciptaan tuhan dapat menenangkan jiwa. “Sekarang musim tengkujuh, bahaya

BANDAR TSUNAMI ACHEH, INDONESIA

Nama penulis: Noor Asheeqa Aquila bt Ab Aziz (A164326)

Pada tahun 2018, saya bersama keluarga berpeluang ke Aceh, Indonesia. Sebelum berangkat ke Aceh, kami membeli tiket sebulan sebelum hari kejadian kerana tiket penerbangan lebih murah sekiranya membuat pembelian lebih awal. Selain itu, kami juga berbincang tarikh yang paling sesuai untuk bercuti di Aceh kerana kami adik beradik cuti tidak sama antara satu sama yang lain disebabkan kami masing-masing belajar di universiti yang berlainan. Setelah membuat keputusan

CAMERON HIGHLANDS, TANAH YANG MENGHIJAU

Nama penulis: Noor Asheeqa Aquila bt Ab Aziz (A164326)

Pada tahun 2005, ketika itu umur saya 8 tahun, saya dan keluarga bercuti di Cameron Highland. Sebelum perjalanan kami ke tempat percutian tersebut, ibu saya mengemaskan barang- barang keperluan dan baju kami adik beradik. Ibu saya membawa banyak baju tebal untuk ke sana. Saya sekeluarga menaiki kereta yang dipandu oleh ayah saya. Seperti kebiasaan, kami akan mulakan perjalanan dengan membaca doa ketika dalam kenderaan yang diketuai oleh abang saya. Sewaktu

PULAU LANGKAWI, KOTA MAHSURI

Nama penulis: Noor Asheeqa Aquila bt Ab Aziz (A164326)
         Pada 14 Mei 2005, ketika itu saya berumur 8 tahun. Kami sekeluarga berpeluang bercuti ke sebuah tempat peranginan iaitu Pulau Langkawi. Sebelum bertolak dari rumah ke tempat percutian kami, ayah menghantar kereta untuk servis supaya tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini 3 hari sebelum hari kami bertolak. Saya berasa sangat seronok dan tidak sabar untuk bercuti di Pulau Langkawi pada waktu itu kerana itu kali pertama saya ke sana.  Sebelum bertolak, ibu saya mengemaskan barang- barang keperluan dan baju kami adik beradik. Ibu mengemas segala peralatan

My welcome to Family Vacationers

Hi Family Vacationers, Enjoy reading the perspectives of young writers from Science Development Program, Faculty of Social Sciences and Humanities. I hope you can pick up some infos for vacation in the coming holidays in Malaysia. Visit Malaysia Year 2020 welcomes u. Thanks.