Stress in workplace often can lead into serious issue towards worker's health. Previous research has shown that having a vacation for at least seven days straight provided an efficient recovery strategy. Yet, thus far, the effects of short vacations and the mode of vacation (whether at home or in a new environment) have rarely been studied.
Saturday, October 26, 2019
Short Vacation Improves Stress-Level and Well-Being
Stress in workplace often can lead into serious issue towards worker's health. Previous research has shown that having a vacation for at least seven days straight provided an efficient recovery strategy. Yet, thus far, the effects of short vacations and the mode of vacation (whether at home or in a new environment) have rarely been studied.
MENGEMBARA DI ‘NEGERI DI BAWAH BAYU’ KOTA KINABALU, SABAH
Berdasarkan
pengalaman melancong bersama keluarga setakat ini boleh dikatakan hampir
seluruh negeri di Malaysia sudah saya lawati. Sememangnya keluarga kami minat
bercuti di kawasan yang menarik tetapi masih mengikut bajet yang mencukupi bagi
tidak berlaku lebihan belanja atau pembaziran.Boleh dikatakan setiap tempat
yang kami pergi ini kebiasaannya pergi tanpa dirancang atau sengaja maksudnya pergi
secara terjah asalkan sampai melainkan kawasan yang jauh yang perlu melibatkan
perancangan yang lebih teliti
Untuk
pengalaman bercuti bersama keluarga, saya akan berkongsi pengalaman ketika
bercuti di negeri di bawah bayu iaitu Sabah pada tahun 2014 atau bersamaan umur
saya mencecah 16 tahun . Sejujurnya ini adalah kali pertama saya menaiki kapal
terbang jadi ini menajdikan percutian yang paling teruja yang pernah saya
lalui. Saya menaiki penerbangan Air Asia di LCCT, Sepang dan mendarat di
Lapangan Terbang Kota Kinabalu, Sabah.Hendak dijadikan cerita kebetulan
syarikat penerbangan Air Asia pada waktu itu sedang membuat jualan promosi
harga tiket penerbangan dan kami tertarik dengan harga ditawarkan lalu kami
memilih Kota Kinabalu, Sabah sebagai destinasi pilihan kami dengan kadar harha
RM110 untuk tiket pergi dan balik dan ianya sangat murah dan berbaloi untuk
kami sekeluarga.Percutian kami sekeluarga
adalah selama 5 hari 4 malam dan
menginap di sebuah ‘homestay’ untuk penginapan yang lebih selesa. Untuk
memudahkan pergerakan kami semas percutian ini, kakak saya telah menempah
kereta sewa bagi memudahkan perjalanan kami. Pada har pertama, kami tidak
banyak melawat tempat-tempat menarik di Kota Kinabalu memandangkan kami tiba
lebih kurang jam 6 petang dan hanya singgah makan untuk makan malam dan berehat
sahaja untuk perjalanan pada hari berikutnya.
Pada
hari kedua pula, destinasi yang dituju ialah Kundasang iaitu sebuah kawasan
peranginan tanah tinggi popular di Sabah malahan Malaysia. Kami bergerak dalam
lingkungan jam 7.30 pagi memandangkan waktu subuh lebih cepat sejam berbanding
di Semenanjung.Perjalanan telah mengambil masa selama sejam setengah dari
homestay kami menginap dan sepanjang perjalanan pemandangan hijau sememangnya
memukau pandangan kami yang sekurangnya mengurangkan rasa penat berjalan. Sebelum
itu, kami telah berhenti sarapan di Pekan Nabalu, sebuah kawasan yang sangat
cantik dan terbaik untuk melihat puncak Gunung Kinabalu.Setiba di Kundasang
kami telah melihat keindahan Gunung Kinabalu yang tersegam indah dan kami tidak
melepaskan peluang untuk bergambar. Cuaca di sana sememangnya dingin lagi
mendamaikan di samping hujan renyai-renyai pada ketika itu. Kami juga
berkesempatan pergi ke kawasan ternakan lembu yang dikenali sebagai ‘Dairy
Farm’ di mana seolah-olah kita berada di New Zeland yang berlatar-belakangkan
Gunung Kinabalu yang indah. Selepas itu, kami singgah di Memorial Perang
Kundasang yang mana memorial ini dibina untuk didedikasikan kepada tentera British dan Australia yang
meninggal dunia di Sandakan semasa
perjalanan mereka ke Ranau.Uniknya kematian tentera ini juga mendapat
pengiktirafan akan penderitaan dan pengorbanan mereka oleh penduduk asli Sabah.
Setelah puas berjalan di Kundasang, kami pulang ke homestay kami untuk berehat
dan kami juga sempat ke Pekan Tamparuli yang sememangnya terkenal dengan
Jambatan Tamparuli .Saya dan sekeluarga tidak melepaskan peluang untuk merasai
sendiri jambatan gantung itu. Selepas itu kami pulang berehat untuk perjalanan
pada hari seterusnya.
Dairy Farm, Kundasang
Pada hari ketiga
percutian, destinasi yang kami tuju ialah pergi ke Pulau Manukan yang mempunyai
keindahan kehidupan marin. Kami ke sana dengan menaiki bot dan sebelum itu kami
membeli tiket di Jesselton Point. Di sini segala perkhidmatan pengangkutan air
disediakan sama ada bot atau feri. Di sini mereka telah menawarkan beberapa
pakej seperti melawat kesemua pulau yang diwartakan sebagai Taman Marin Tunku Abdul
Rahman yang merangkumi 4 pulau popular iaitu Pulau Mamutik, Pulau Manukan,
Pulau Gaya dan Pulau Sapi. Kami memilih Pulau Manukan berserta aktiviti
‘snorkelling’ memandangkan Pulau Mamutik telah ditutup pada waktu itu kerana
dalam penyelenggaraan. Sewaktu perjalanan ke pulau kami telah menikmati keindahan laut yang membiru. Sampai
di sana saya agak terpegun kerana dapat melihat kejernihan air yang menghijau
sehingga menampakan segala kehidupan di dasar laut di sekitar jeti Pulau
Manukan itu dan antara yang menarik perhatian saya haiwan Landak Laut yang
sememangnya sukar untuk dijumpai di pantai biasa terutama di kawasan
Semenanjung. Setiba di sana kami terus mencari tapak untuk berkelah dan saya
tidak melepaskan peluang untuk bermandi-manda di laut. Air lautnya yang sungguh
jernih sehingga menampakan pelbagai jenis ikan di dalamnya. Dari segi
makanannya pula di pulau ini agak mahal kerana mungkin kawasan tumpuan
pelancongan dan kami sememangnya membuat persiapan awal dengan membawa bekal. Setelah puas bermandi-manda, saya telah bersiar-siar di
kawasan pulau bagi melihat keindahan ciptaan tuhan yang sememangnya tiada
tanding nilainya. Setelah hampir 3 jam berada di Pulau Manukan, kami kembali ke
Jessolton Point untuk makan tengah hari di sebuah restoran dan solat di surau
yang disediakan. Setelah siap kesemuanya, kami meneruskan pergerakan kami ke
kawasan tumpuan di Kota Kinabalu iaitu Pasar Filipina. Di sini boleh dikatakan
hampir 65 peratus barangan yang djual adalah berkaitan kraf tangan dan barangan
tradisional masyarakat Sabah. Keluarga saya tidak melepaskan peluang untuk
membeli sebagai kenangan dan ada yang membeli sebagai cenderamata untuk kenalan
masing-masing.Setelah penat membeli-belah di Pasar Filipina, kami meneruskan
perjalanan ke Menara Jam Atkinson di mana situ mampu melihat hampir keseluruhan
Bandaraya Kota Kinabalu. Akhirnya kami pulang ke homestay setelah penat
berjalan seharian.
Jeti Pulau Manukan
Pada hari keempat pula, kami meneruskan percutian kami untuk
berjalan-jalan di sekitar Bandar Kota Kinabalu. Kebetulan pada hari itu adalah
hari minggu dan kami bertuah untuk mengunjungi Pasar Tamu yang dibuka hanya
pada hari minggu dan pada waktu siang hari. Di sini pelbagai jenis jualan boleh
didapati dari jualan jenis barang basah sehingga jenis makanan yang pelbagai
dan menarik. Sememangnya ramai yang mengunjungi Pasar Tamu sehingga sesak dan
padat. Selepas puas berjalan di Pasar Tamu kami terus menuju ke Muzium Sabah .
Sebelum itu kami solat Zohor di Masjid Negeri yang merupakan masjid terbesar di
negeri Sabah. Seterusnya kami terus menuju destinasi yang dituju iaitu Muzium
Sabah. Bagi saya muzium agak besar kerana mempunyai dua tingkat dan didalamnya
mempamerkan pelbagai khazanah dan warisan yang tidak terhad kepada warisan dan
kebudayaan peribumi Sabah tetapi turut mempamerkan etnografi, arkeologi, sejarah, numismatik, seni-sejarah,
botani, koleksi zoologi dan mineralogi dari seluruh negeri. Ini menjadikan
Muzium Sabah tidak memfokuskan kepada sesebuah aspek tetapi merangkumi
kepelbagaian persekitaran dari zaman purba sehingga kemajuan pada zaman moden
ini.Pada sebelah malamnya pula, kami tidak melepaskan peluang untuk merasai
makanan laut di sebelah Pasar Filipina di sebuah kawasan lapang yang sememangnya
syurga ‘seafood’ di sini. Kami telah menjamu makanan laut antaranya ikan bakar,
kupang masak sambal, sotong goring dan banyak lagi. Kepelbagaian juadah makanan
laut di sini sememangnya menarik pengunjung yang hadir dari dalam atau luar
negara. Setelah kenyang makan, kami semua pulang untuk berehat dan bersiap
untuk pulang pada hari keesokannya.
Bandar Kota Kinabalu
Pada
hari terakhir, tidak banyak tempat yang kami tuju memandangkan tiket berlepas
kami pada jam 3.30 petang dan kami ‘checkout’ dari homestay pada awal pagi
untuk memudahkan urusan. Sebelum pergi ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu, kami
menikmati pemandangan terkahir di Sabah iaitu di Pantai Tanjung Aru yang hanya
bersebelahan dengan lapangan terbang tersebut. Di sini angin sepoi-sepoi
menerpa kami seolah-olah tahu pemergian pulang kami. Setelah jam menunjukkan
pukul 12 tengah hari, kami kembali ke lapangan terbang dan memulangkan kembali
kereta sewa. Demikianlah sedikit pengalaman saya bersama ketika bercuti
di negeri Sabah.
Sebelum itu saya ingin
berkongsi beberapa tip untuk bercuti di Kota Kinabalu, Sabah. Pertama sekali
untuk tempahan tiket kapal terbang perlu membeli tiket tersebut 6 bulan awal jika anda
ingin harga tiket murah. Anda juga boleh membeli tiket sewaktu syarikat
penerbangan membuat promosi contohnya syarikat penerbangan Air Asia yang sering
membuat promosi setiap tahun. Selain itu, perlu diingatkan untuk
anda yang tinggal di Semenanjung bahawa anda tidak boleh tinggal di Sabah ini
lebih daripada 90 hari atau lebih 3 bulan, jika anda tanya mengapa sampai
perkara tersebut sampai begitu sekali anda perlu membaca sejarah syarat
pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Di samping itu, dinasihatkan juga anda
telah menempah kereta sewa terlebih dahulu bagi memudahkan perjalanan anda ke
destinasi yang dituju. Anda juga boleh meminta sama ada kereta sewa tersebut di
hantar di airport atau pun hotel anda menginap.Mengenai soal
penginapan pula, anda bebas untuk memilih sama ada menginap di hotel atau
homestay kerana di Kota Kinabalu banyak tempat penginapan menarik dengan harga yang
berpatutan. Untuk memudahkan urusan, digalakkan untuk menempah awal
bagi mengelakkan dikenakan harga yang tinggi jika menempah di saat-saat akhir
terutamanya pada musim cuti persekolahan ataupun musim perayaan. Akhir sekali pastikan anda sudah merancang jadual
perjalanan anda. Pilih tempat dan aktiviti menarik pilihan anda yang anda boleh
enjoy bersama keluarga anda. Anda boleh pilih sama ada untuk pergi ke pulau-pulau
di Sabah, menikmati udara segar di Kundasang atau berjalan-jalan di kawasan
bandar dan pasar-pasar di Sabah.
Jika ditanya di mana destinasi yang saya ingin
pergi kembali, sudah tentu saya mahu pergi ke negeri Sabah kerana di sana
keindahan alam semula jadi masih lagi kebanyakkannya terpelihara dengan flora
dan faunanya masih tersergam indah. Selain itu juga masyarakat Sabah yang
mempunyai berbilang kaum wujud suasana yang harmoni dan melayani pelancong
dengan baik sedikit meanarik perhatian saya untuk ke sana lagi. Sekian
pengalaman saya bersama keluarga dalam melancong setakat ini. Yang pasti saya
masih belum pernah menjejakan kaki ke luar negara dan sudah tentu saya pula
mahu membawa keluarga saya untuk melancong di luar negara kerana itulah hasrat
saya jika diberi kesempatan dan peluang pada suatu hari nanti.
by: Muhammad Faizol (A170790)
TIPS MELANCONG KE BANDAR BERSEJARAH MELAKA
Semasa
saya melancong di Melaka bersama keluarga saya, saya menggunakan beberapa tips
yang bagi saya sangat berguna sebelum saya pergi bercuti di Melaka. Bagi saya,
tips pelancongan sangat penting sebelum melancong samada dalam negara atau luar
negara. Di sini saya lampirkan tips-tips pelancongan saya.
1) Periksa
waktu yang sesuai untuk melancong
- Walaupun Malaysia mempunyai iklim yang panas sepanjang tahun, terdapat juga musim hujan yang akan mengekang pergerakan kita ketika hendak pergi berjalan-jalan. Pada musim hujan amatlah tidak sesuai untuk pergi melancong di pantai kerana pada ketika itu, ombak dan angin kuat akan menganggu aktiviti kita di tepi pantai.
- Pemilihan penginapan sangat penting ketika ingin pergi melancong seperti ‘Homestay’, hotel, mahupun Chalet. Tidak semestinya penginapan yang selesa akan mahal. Pada era globalisasi ini, pelbagai platform yang disediakan untuk memilih penginapan yang murah, tepat dengan citarasa kita, selesa, dan sebagainya. Contoh aplikasi yang terkenal untuk memilih penginapan adalah aplikasi Trivago. Aplikasi ini menyediakan pelbagai pilihan penginapan di dunia ini dengan harga yang murah dan selasa untuk menginap.
- Apabila sudah merancang ke destinasi yang ingin melancong dan memilih penginapan yang selesa dan murah, fasa yang seterusnya kita terus menempah penginapan tersebut. Hal ini kerana jika kita menempah penginapan lebih awal, kita dapat mengelakkan masalah apabila kita telah sampai ke destinasi menarik pilihan kita. Kebanyakkan ‘Homestay’ akan mengenakan harga yang murah jika kita menempah lebih awal. Dalam musim-musim tertentu, kebanyakkan hotel dan Homestay akan penuh kerana telah habis ditempah. Jika kita menempah penginapan lebih awal, kita akan mendapat penginapan yang selesa dan memuaskan.
- Sebelum bertolak ke destinasi, pastikan kereta dalam keadaan baik supaya perkara yang tidak diingini berlaku seperti kerosakan, hilang kawalan atau sebagainya. Sebagai contoh, jika servis kereta mesti menitikberatkan keadaan kereta seperti tayar, brek, enjin, minyak hitam, penyaman udara dan sebagainya. Perkara-perkara ini asas untuk servis kereta jika ingin berjalan jauh supaya jika kita sudah servis kereta, potensi untuk kerosakan semasa menuju ke destinasi pelancongan akan tipis.
- Sebelum memulakan perjalanan, kita digalakkan membawa makanan yang disediakan dari rumah kerana ianya dapat menjimatkan duit dan ia boleh dimakan semasa dalam kenderaan. Jadi, setiap kali kita berhenti di mana-mana perhantian R&R ataupun stesen, kita juga boleh keluarkan makanan yang dibawa dan makan beramai-ramai. Jadi, perkara ini dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain dan lebih seronok.
by: Muhammad Shahmin (A170764)
TIPS
MELANCONG KE BANDARAYA MELAKA
1. Beg yang sesuai
- Sebelum memulakan pelancongan, pastikan anda memilih jenis beg yang sesuai sama ada beg galas atau beg beroda. Jenis beg yang ingin dibawa melancong akan mempengaruhi pergerakan anda semasa melancong.
- Ketika kami melancong di bandaraya melaka, kami menggunakan beg beroda untuk mengisi pelbagai jenis barang. Ruang beg yang besar amatlah sesuai mengisi pelbagai.
2. Peranti gajet
- Pelancongan yang mendamaikan dan menenangkan jiwa menjadi impian setiap individu selepas penat bekerja atau individu yang masih belajar.
- Peranti gajet yang ingin dibawa ketika melancong seharusnya bersesuai dengan cara kita ketika melancong. Jika individu tersebut gemar berswafoto untuk berkongsi gambar pelancongan dalam media sosial, maka peranti gajet seperti monopod, eyefish camera dan sebagainya
- Ketika saya melancong bersama keluarga, peranti gajet yang kami bawa adalah powerbank, bagi mengisi bateri telefon dan juga headphone sebagai peneman saya ketika melancong ke Bandaraya Melaka.
3. Memastikan waktu melancong adalah
bersesuaian
- Perkara ini amatlah penting dan haruslah dititikberatkan kerana waktu memilih waktu yang sesuai membuatkan kami sekeluarga dapat melancong bersama-sama.
- Semasa kami melancong di Melaka, kami memilih waktu cuti persekolahan dan waktu cuti umum. Memilih waktu bersesuaian untuk melancong membolehkan adik beradik serta ibu bapa boleh melancong bersama dengan tenang
4. Merancang perjalanan sebelum melancong
- Aspek ini amat lah penting untuk diambil kira sebelum melancong. Kita boleh merancang perjalanan dengan menaiki kereta sendiri, kapal terbang, kereta api dan sebagainya.
- Ketika kami melancong di bandar Hilir
Melaka, kami bercadang untuk menaiki kereta sahaja kerana berhampiran dengan
tempat kediaman kami.
- Sebelum melancong juga ayah saya telah membuat pemeriksaan ke atas kereta kami agar tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.
5. Rehat secukupnya sebelum melancong
- Aktiviti melancong sememangnya dapat merehatkan minda kita daripada sebarang tekanan di tempat kerja atau individu yang masih belajar.
- Sehari sebelum melancong ke Bandaraya Melaka, kami mendapatkan rehat yang secukupnya dengan tidur di awal waktu. Rehat yang secukupnya dapat mengelakkan kami daripada keletihan ketika melancong.
SWEETEST MEMORIES: PULAU LANGKAWI, MELAKA, PORT DICKSON, PULAU PANGKOR!
by : ELIS MISHALINI A/P MANI (A171943)
TIPS MELANCONG DI BANDUNG, INDONESIA: PARIS DI JAWA
Sebelum
anda melancong ke Kota Bandung, mari kita ketahui beberapa tips untuk
memudahkan percutian anda :
1) Melakukan penelitian terhadap Kota Bandung.
2) Terdapat banyak persiapan awal yang kami lakukan sebelum berkunjung ke negara jiran. Antara persiapan awal yang kami lakukan adalah tiket penerbangan, tempat penginapan, pemandu pelancong, lokasi yang ingin dituju, makanan, bagasi dan sebagainya.
3) Sekiranya anda melancong bersama keluaraga, saya mengesyorkan untuk mengambil pemandu pelancongan untuk membawa melawat sekitar Kota Bandung. Pemilihan pemandu pelancong perlu diberi penekanan yang serius kerana mereka akan membawa kita untuk melawat seluruh Kota Bandung. Seperi saya, rakan ibu saya telah mengesyorkan pemandu pelancong kepada kami kerana di seorang yang peramah, baik, ringan tulang dan mesra dengan pelancong-pelancong yang datang ke Indonesia. Pemandu pelancong kami merupakan seorang warga Bandung, Indonesia yang telah menetap lama di Kota Bandung. Ini memudahkan kami untuk melawati Kota Bandung dengan lebih nyaman.
4) Kami telah memilih AirAsia sebagai penerbangan pergi dan balik kami kerana AirAsia menawarkan harga yang murah untuk melancong ke Indonesia. Pemilihan penerbangan tambang murah AirAsia Indonesia dengan promosi yang sangat murah dan berpatutan ketika itu. Ruang duduk yang agak sempit, rapat dan tidak selesa namun kami berjaya mendapat tempat duduk di tepi tingkap pesawat. Dengan kedudukan itu, saya dapat melihat keindahan ruang udara yang sangat indah dan menakjubkan pada waktu pagi. Sewaktu di dalam pesawat, pramugara dan pramugari memberi taklimat panduan jika berlaku sebarang kecemasan atau kejadian yang tidak diingini.
5) Sebelum melawati luar negara, pastikan lakukan pertukaran matawang di ‘money changer’. Kami telah melakukan pertukaran matawang di Mid Valley setelah membuat beberapa perbandingan di ‘money changer’ sekitar Kuala Lumpur. Tukaran matawang Indonesia pada ketika itu ialah Rp 1 juta bersamaan dengan RM 290.00.
Enjoy
your holiday.
By,
Nur
Dania Asyiqin Binti Zulkifli
TIPS MELANCONG DI HARIMAU SELATAN, JOHOR BAHRU
Sebelum
anda melancong ke Johor Bahru, mari kita ketahui beberapa tips untuk memudahkan
percutian anda :
1) Pada
masa kini, dunia serba canggih dan kitab oleh mendapatkan segala maklumat di
hujung jari sahaja. Melalui sedikit penyelidikan saya dapat mengetahui
tempat-tempat baru yang menarik yang boleh kami terokai bersama-sama keluarga.
2) Tips
kedua ialah menempah hotel seminggu atau sebulan sebelum percutian anda. Ini
bagi memudahkan kita untuk memilih hotel yang bersesuaian dengan harga yang
berpatutan dengan keluarga kita. Pada zaman teknologi canggih ini, kitab oleh
mencari bermacam-macam maklumat mengenai tempat-tempat penginapan yang
bersesuaian dengan citarasa kita dan mengikut bajet kita melalui aplikasi-aplikasi
yang sedia ada seperti trivago, traveloka, Kayak dan sebagainya.
3) Pemeriksaan
terhadap kenderaan kita amat penting sebelum memulakan perjalanan agar ianya
dijamin selamat. Sebagai contohnya, memastikan tayar berada dalam keadaan baik,
memeriksa minyak brek, minyak hitam dan sebagainya. Perjalanan ke Johor Bahru
akan mengambil masa selama 4 jam dan bapa saya akan memastikan segala urusan
kereta kami akan berada dalam keadaan baik.
4) Seterusnya,
sediakan air mineral dan makanan ringan supaya tidak akan merasa lapar atau
dahaga sepanjang perjalanan nanti. Namun, sekiranya mengalami keletihan sewaktu
memandu, kemudahan seperti solat dan tandas boleh lah berhenti seketika di
kawasan rehat dan rawat atau lebih dikenali sebagai R&R yang disediakan.
Malaysia merupakan satu negara yang terbaik kerana menyediakan kemudahan
kawasan rehat dan rawat (R&R) yang sangat selesa untuk pengguna lebuh raya
jika dibandingkan dengan negara luar.
Enjoy
your holiday.
By,
Nur
Dania Asyiqin Binti Zulkifli (A170946)
TIPS BERCUTI KE KUALA TERENGGANU
1) Semasa membeli belah di Pasar Payang, anda digalakkan
untuk tawar-menawar dengan penjual berkenaan harga barangan yang akan dibeli.
Jika anda mempunyai sedikit kemahiran dalam loghat atau dialek Terengganu, ini memberi
peluang untuk anda lebih beramah mesra dengan penjual serta kemungkinan untuk
anda mendapatkan harga yang berpatutan sangat tinggi.
2) Pada musim cuti,
Pasar Payang akan dipenuhi oleh pengunjung tempatan serta para pelancong.
Disebabkan itu, anda mungkin akan merasai kesesakan kerana tempat ini padat
dengan lautan manusia. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda berkunjung ke
tempat ini bukan pada musim cuti.
3) Keadaan di dalam
Pasar Payang yang agak sempit dan panas akan menyukarkan pergerakan anda semasa
membeli belah. Oleh itu, anda dinasihatkan agar membawa kipas tangan atau kipas
elektronik yang bersaiz kecil supaya ia serba sedikit mampu mengurangkan
kehangatan yang dialami.
4) Jika anda
berjalan-jalan di pesisiran pantai, anda digalakkan supaya memakai topi dan
kaca mata hitam kerana keadaan pantai yang panas terik boleh menganggu aktiviti
anda untuk beriadah dan menikmati pemandangan yang indah.
5) Selain itu, anda
perlu memakai pelindung matahari (sunscreen) yang cukup untuk mengelakkan kulit
anda dari terbakar (sunburn) akibat terkena cahaya matahari kerana semasa
melancong anda banyak melakukan aktiviti luar.
6) Terengganu sangat
terkenal dengan keenakan keropok lekor. Setiap pelancong kebiasaanya akan
membeli keropok lekor untuk dibawa pulang. Kini, anda boleh membeli keropok
lekor yang telah siap dibungkus dalam bungkusan vakum. Ia lebih mudah untuk
dibawa selain lebih tahan lama untuk perjalanan pulang yang jauh.
7) Jika anda
merancang untuk melancong ke Terengganu sekitar hujung bulan Oktober sehingga
ke awal tahun berikutnya, anda digalakkan untuk melihat perkembangan cuaca yang
dilaporkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia terlebih dahulu kerana kedudukan
negeri ini yang berhadapan dengan Laut China Selatan akan mengalami perubahan
tiupan angin iaitu Monsun Timur Laut yang boleh mengakibatkan kejadian banjir.
8) Akhir sekali,
lebih baik jika anda membuat sedikit perancangan awal mengenai destinasi yang
ingin dituju supaya perjalanan melancong anda adalah teratur selain anda dapat
merasai nikmat pelancongan yang sebenarnya.
by: Aina Shakina (A169626)
by: Aina Shakina (A169626)
TIPS TRAVEL TO AVANI RESORT GOLD COAST SELANGOR
1) Sentiasa booking resort terlebih dahulu sebelum sampai ke
resort supaya dapat resort yang anda inginkan.
2) Menjaga kebersihan di mana-mana anda
berada.
3) Peka dengan suasana.
4) Membawa makanan lebih untuk santapan.
5) Memakai swimming sut ketika ingin bermandi
di kolam resort.
6) Sentiasa peka dengan kunci bilik supaya
tidak tercicir, sekiranya hilang akan dibayar denda.
7) Membawa selipar untuk ke pantai.
8) Sentiasa dalam keadaan bersih, sekiranya
kaki ada pasir yang melekat sila bersihkan terlebih dahulu.
“Enjoy your
vacation”
by: Haziqah Mohd Safuan (A171835)
TIPS MELANCONG KE THE GREAT WALL BEIJING, CHINA (WINTER SEASON)
TIPS MELANCONG KE THE GREAT WALL BEIJING,
CHINA (WINTER SEASON)
SEBELUM
1. Membuat survey tentang tempat menarik di Beijing, China.
3. Agensi yang murah dan berbangsa islam untuk memudahkan urusan anda.
4. Memilih penginapan hotel yang berdekatan dengan makanan halal.
5. Keperluan untuk dibawa ke Beijing
1. Bawa makanan lebih setiap kali ke destinai kerana anda akan terasa lapar akibat daripada banyak pergerakan di lakukan
2. Membawa wang yang secukupnya
3. Sentiasa membawa botol mineral untuk kegunaan tandas kerana tandas di negara China tidak menggunakan air malah menggunakan tisu sahaja
1. Membuat survey tentang tempat menarik di Beijing, China.
2. Penginapan di Beijing, China
- Forbidden City
- Tan'an Men Square
- Temple Of Heaven
- Madian Mosque
- Muslim Supermarket
- Acrobatic Show @Chaoyang Theatre
- The Great Wall
- Olympics Park (Bird Nest, Water Cube)
- Wangfujing Snack Street
- Zazhuyuan Park
- Hongqiao Pearl Market
3. Agensi yang murah dan berbangsa islam untuk memudahkan urusan anda.
4. Memilih penginapan hotel yang berdekatan dengan makanan halal.
5. Keperluan untuk dibawa ke Beijing
SEMASA
- Passport
- Visa
- Tiket Penerbangan
- Wang yang telah di tukar kepada matawang negara Beijing, China.
- Insurans
- VPN
- Pakain & Ubatan (Pakaian Musim Sejuk)
- Keperluan eletronik
- Botol sentiasa ada untuk kegunaan tandas
- Bahasa & makanan lebih
- Kad Pelajar
- Kasut bersesuaian
1. Bawa makanan lebih setiap kali ke destinai kerana anda akan terasa lapar akibat daripada banyak pergerakan di lakukan
2. Membawa wang yang secukupnya
3. Sentiasa membawa botol mineral untuk kegunaan tandas kerana tandas di negara China tidak menggunakan air malah menggunakan tisu sahaja
4. Menjaga kebersihan walau dimana sekalipun
berada.
5. Memakai pakaian yang bersesuaian dengan
musim sejuk, kerana musim sejuk di negara china amat sejuk sampai ke tulang.
6. Sentiasa berjaga-jaga dengan dompet dan beg
anda, kerana disana sentiasa ada yang memerhati
7. Google map dan seangkatan dengannya harus
sentiasa digunakan kerana jalan disekitar Beijing mempunyai banyak
lorong-lorong yang kecil, ia dapat membantu anda untuk mengelakkan dari
tersesat..
8. Membawa kamus dalam Bahasa mandarin, kerana
segelintir warga Beijing kurang fasih berkomunikasi dalam Bahasa inggeris dan
melayu. Selain itu, tidak mudah ditipu oleh warga Beijing.
9. Mengelakkan daripada menaiki beca, kerana
ada yang niaga adalah scammer.
10. Sentiasa berada di kelompok agensi, ini
dapat memudahkan anda bergerak pantas dan tidak ketinggalan.
11. Membawa kad pelajar dan menayangkan supaya
anda mudah dapat diskaun pelajar.
12. Apabila anda melawat supermarket, pastikan
anda tidak menyentuh barang di kedai-kedai kerana mereka pasti akan memaksa dan
mengejar anda untuk membeli.
13. Belajar untuk pandai tawar-menawar di
setiap supermarket kerana harga warga tempatan dan pelancong sentiasa berbeza.
SELEPAS
1) Sentiasa menjaga kebersihan ketika pulang.
2) Pastikan barang anda tidak tertinggal di
mana-mana tempat.
by: NUR HAZIQAH SAFUAN A171835
HEALING VACATION : DUNIA BAWAH LAUT PULAU TIOMAN
TIPS MELANCONG KE PULAU TIOMAN
- Jika anda
merancang ke destinasi yang perlu melalui jalan air di atas laut/sungai,
pastikan anda membawa bekalan ubat-ubatan yang boleh merawat mabuk laut.
- Anda juga perlu merancang pakaian yang perlu dibawa untuk mengelakkan kesulitan semasa bertukar pengangkutan dari kereta/bas ke feri/bot.
- Bekalan ubat-ubatan yang penting seperti panadol, chlopheniramine, bromhexine, ubat asma, dan lain-lain dibawa dengan secukupnya memandangkan susah untuk mendapatkan bekalan ubat di pulau.
- Anda perlu memastikan segala langkah keselamatan diberikan perhatian semasa melakukan sebarang aktiviti air untuk mengelakkan kemalangan yang tidak diingini.
- Pastikan anda tidak meninggalkan sebarang barang berharga di dalam bilik semasa anda keluar untuk makan atau melakukan aktiviti.
by: Hafizah Mahathir (A171731)
Subscribe to:
Posts (Atom)