Nama penulis: Nurul Ayreen Binti Mazlan (A169967)
Pada 28 januari 2012 atau lebih tepat
pada hari lahir saya, ibu bapa saya membawa saya ke negeri Melaka untuk
bercuti.itu kali pertama saya melawati Melaka bersama ibu bapa saya.
Kebiasaannya saya pergi melawat negeri Melaka bersama rombongan sekolah. Saya
berasa amat gembira kerana percutian ini dirancang khas sempena hari lahir
saya. Pada jam 8 pagi, kami sekeluarga memulakan perjalanan dari Johor Bahru ke
Melaka. Selepas beberapa jam, kami tiba di tempat yang dituju. Kami singgah sebentar di medan selera berhadapan dengan Muzium Samudera untuk makan tengahari. Selepas itu, kami juga mengambil kesempatan untuk masuk ke Muzium Samudera dan melihat barang-barang sejarah yang ditunjukkan. Kami terus ke
hotel yang telah ditempah oleh ayah. Kami terus membawa barang dan masuk ke
dalam hotel. Sebelum keluar berjalan-jalan, kami membersihkan diri dan berehat
dahulu.
|
Muzium Samudera |
Pada jam 3 petang, kami bersiap untuk
melawat tempat-tempat menarik di negeri Melaka. Kami memulakan lawatan kami ke
muzium-muzium yang menarik dan terkenal di Melaka. Ayah saya berasa sangat
teruja kerana beliau sudah lama tidak melawat Melaka. Dia berkata Melaka sudah
berubah dan banyak perkara baru yang menarik. Setelah itu, kami juga
berjalan-jalan di sekitar Bandar Hilir. Kami juga sempat menaiki Menara Taming
Sari dan kami tidak perlu menunggu giliran kami. Kami sekeluarga dapat melihat pemandangan yang indah setiba di puncak Menara tersebut. disebabkan oleh kami menaiki menara tersebut ketika waktu senja, jadi kami dapat melihat pemandangan matahari yang ingin terbenam. pemandangan ketika itu tidak dapat dilupakan. Kami juga dapat menaiki River Cruise dan melihat sekitar bandar tersebut. saya menyarankan untuk menaiki River Cruise tu pada waktu malam kerana pemandangan sekeliling dengan lampu yang berwana-warni lebih cantik. Kami
bergambar di tempat-tempat yang menarik sebagai kenangan. Setelah itu, kami
bergegas pulang ke hotel kerana hari semakin gelap. Kami hanya memberi makanan
di gerai makan yang berhadapan dengan hotel kami.
|
Menara Taming Sari |
|
Melaka River Cruise |
Keesokkan harinya, kami melawati Zoo
Melaka yang terletak di sekitar Ayer Keroh. Saya berasa sangat gembira kerana
saya dapat melihat pelbagai jenis haiwan di sana. Kali terakhir saya melawat
Zoo Melaka ketika saya berumur 12 tahun. Jadi ketika itu, saya berasa sangat
gembira kerana dapat datang semula. Setelah itu, kami kembali ke Bandar Hilir
untuk berjalan-jalan dan membeli sedikit cenderamata untuk di bawa pulang. Pada
jam 12 tengahari, kami pergi ke Bangunan Stadthuys iaitu bangunan merah yang menjadi tem,pat wajib untuk dilawati joka melancong ke Melaka. Disana terdapat ramai pelancong asing dan tempatan yang bercuti bersama keluarga mahupun rakan-rakan. saya berasa teruja kerana disana sayang dapat membeli pelbagai cenderahati untuk dibawa pulang. selepas itu, kami sekelurga menuju ke Gereja St.Paul dimana bangunan gereja lama yang penuh dengan pelancong. saya juga dapat melihat terdapat ramai orang yang mengambil gambar disana termasuklah gambar perkahwinan. Diluar gereja itu juga terdapat beberapa orang pelukis jalanan yang melukis sambil menjual hasil karya mereka. Mereka juga menjual hasil lukisan mereka dengan harga yang berpatutan. Saya juga membeli satu hasil lukisan daripada salah satu pelukis jalan itu.
|
Zoo Melaka |
|
Bangunan Stadthuys |
|
Gereja St.Paul |
|
Pahlawan Walk Market |
Destinasi kami sebelum berangkat pulang ialah Pahlawan Walk Market. Disana terdapat pelbagai barangan yang dijual termasuk hasil kraftangan yang dihasilkan oleh penduduk tempatan, makanan khas negeri melaka dan macam-macam lagi. Barang-barang yang dijual pula, terdapat dalam pelbagai jenis yang mampu menarik pelancong terutama pelancong asing. saya juga dapat melihat pelancong asing yang membeli barang serta makanan disitu. disitu juga saya dan ibu dapat mengambil kesempatan untuk membeli-belah barangan yang sukar diperolehi di Johor Bahru. saya juga membelikan cenderamata untuk dibawa pulang dan diberikan kepada rakan-rakan saya.
Saya berasa sangat gembira kerana ibu
bapa saya menyediakan hadiah yang sangat berarti kepada saya. Saya berharap
saya dan keluarga dapat bercuti bersama lagi disini selepas ini. Disebabkan
saya merupakan satu-satunya anak mereka, jadi ibu bapa saya juga kurang
berminat untuk pergi bercuti. Tetapi percutian ini antara percutian yang saya
akan kenang sampai bila-bila walaupun percutian yang amat singkat.
No comments:
Post a Comment