Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Tuesday, October 15, 2019

PD OSTRICH FARM, NEGERI SEMBILAN

Nama penulis: Nurfatihah Binti Baharom (A169589)


Pada tahun 2018, semasa sedang melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS), saya dan rakan-rakan diberi tugasan untuk mengkaji sebuah perniagaan yang berasaskan pelancongan. Setelah berbincang mengenai tempat yang sesuai untuk menyempurnakan tugasan kami, maka kami bercadang untuk ke PD Ostrich Farm yang terletak tidak jauh dari Pantai Teluk Kemang, Port Dickson. Saya dan rakan-rakan membuat persiapan lebih awal untuk ke sana, terutamanya dari segi kenderaan mahupun pakaian. Sebanyak 3 buah kenderaan digunakan untu ke PD Ostrich Farm, 2 buah kereta sewa dan sebuah kereta persendirian. Dari segi pakaian, kami hanya membawa pakaian yang cukup-cukup untuk keperluan memandangkan kami hanya berada di Port Dickson untuk tempoh sehari sahaja. Kami memulakan perjalanan seawal pagi memandangkan kami telah memaklumkan kedatangan kami kepada pihak PD Ostrich Farm dan menjangkakan tiba jam 10 pagi. Semasa dalam perjalanan, saya dan rakan-rakan singgah sebentar di sebuah medan selera di Ulu Bendul. Tepat jam 10.30 pagi, kami tiba di PD Ostrich Farm. Kedatangan kami disambut baik oleh pekerja disana. Kami dipakaikan gelang tangan sebagai tanda pelawat. Di pintu masuk utama PD Ostrich Farm, terdapat sebuah tempat untuk mengambil gambar. Kami bergambar kenangan beramai-ramai di pintu masuk.



Kami ditawarkan membeli makanan untuk haiwan-haiwan ternakan disana. Kami dilepaskan untuk mendekati pelbagai jenis haiwan ternakan seperti lembu, kambing, biri-biri, keldai dan sebagainya. Sampai di sebuah kawasan, kami dapat melihat beberapa ekor burung unta di dalam kandang. Burung unta menjadi tarikan utama di PD Ostrich Farm. Kami juga diberi peluang untuk memberi makan kepada burung unta tersebut. Saya dan rakan-rakan dimaklumkan oleh petugas bahawa burung unta yang kami lihat itu merupakan burung unta yang sudah mencecah usia tua. Walaupun sudah tua tetapi masih agresif dan lincah.



Selepas itu, kami dapat mendekati seekor burung unta betina yang sangat jinak dan diberi nama Puteri. Puteri adalah seekor burung unta yang sangat manja dan mesra. Kami dapat memegang, memeluk,mengusap serta bergambar bersama Puteri. Kami difahamkan terdapat 2 ekor burung unta yang telah dijinakkan, seekor jantan dan seekor lagi betina iaitu Puteri. Tidak seperti burung-burung unta lain, dua ekor burung unta ini hanya dibiarkan sahaja berlegar-legar di luar kandang. Kami meluangkan masa yang agak lama untuk bermain dan bergambar bersama Puteri. Bukan sekadar burung unta, kami juga dapat melihat beberapa spesis haiwan lain seperti unta, kuda, ayam belanda, burung merak, ayam serama, dan banyak lagi. Tiba di satu tempat, terdapat sebuah kandang yang menempatkan puluhan ekor arnab dan tikus belanda (Guinea Pig) yang sungguh comel. Kami berhenti berehat sebentar di kawasan itu kerana terdapat tempat duduk disediakan. Setelah menghabiskan masa di situ, kami pergi ke kawasan berhampiran pintu keluar dan tempat itu juga terdapat tempat rehat dan makan untuk para pengunjung PD Ostrich Farm. 




Kami diberi peluang untuk memegang haiwan seperti ular jenis cornsnake, burung cinta dan hamster. Untuk pengetahuan semua, PD Ostrich Farm menawarkan kepada pengunjung untuk merasai pengalaman menunggang kuda dan burung unta, tetapi ianya terhad kepada berat individu yang ditetapkan bagi mengelakkan kecederaan tulang belakang yang serius terhadap kedua-dua haiwan tersebut. PD Ostrich Farm juga turut menyajikan makanan yang berasaskan bururng unta seperti burger daging burung unta, telur burung unta goreng, sate burung unta dan banyak lagi makanan yang menarik di kafe mereka. Sebelum pulang, kami dapat menemu ramah pemilik asal PD Ostrich Farm. Kami dimaklumkan oleh pemilik tersebut bahawa PD Ostrich Farm merupakan sebuah idea yang diusahakan bersama beberapa orang rakan kongsi sebagai satu produk pelancongan di Port Dickson. Sebelum pulang, ada rakan kami yang mengambil peluang untuk berdiri di atas telur burung unta oleh kerana telur burung mempunyai ketahanan untuk menampung berat sebanyak 100kg ke bawah. Semasa berjalan keluar, kami dapat melihat pelbagai jenis tanaman sayuran dan herba di sekitar laluan yang kami lalui. Saya dan rakan-rakan membeli sedikit cenderamata sebagai kenang-kenangan untuk dibawa pulang.




No comments:

Post a Comment