Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Thursday, October 24, 2019

Tips bercuti bersama keluarga tersayang di Pulau Langkawi


Tips bercuti bersama keluarga tersayang

di Pulau Langkawi. J

Jika ingin melancong di pulau ini, saya sarankan:

  • Jika boleh elakkan datang sekitar bulan Disember hingga Februari kerana kebiasaannya pada ketika itu adalah musim hujan. Ketika musim ini, banyak aktiviti akan tergendala seperti ‘island hoping’, naik ‘cable car’ dan sebagainya yang sangat menjejaskan pergerakkan terutamanya yang mempunyai kanak-kanak.
  • Selain itu, jika yang bujang ataupun dah berkahwin dan tak ada anak-anak yang bersekolah, anda perlulah merancang waktu percutian anda dengan sebaiknya jika ingin melancong pada musim kemuncak seperti ketika LIMA Langkawi, cuti sekolah ataupun cuti umum. Hal ini kerana, biasanya waktu sebegini tempat-tempat tarikan akan dipenuhi pengunjung yang boleh membantutkan ‘mood’ percutian.

Dari segi pengangkutan:
  • Sekiranya anda seorang yang ‘mabuk laut’, saya mengesyorkan untuk anda menaiki feri untuk ke Pulau langkawi melalui laluan Kuala Perlis. Ini kerana, laluan laut melalui Kuala Perlis ini hanya mengambil masa lebih kurang 55 minit sahaja untuk sampai berbanding di Kuala Kedah yang mengambil masa 2 jam.
  • Sewa kereta banyak di Langkawi. Boleh ditempah secara online atau telefon. Di airport dan jeti juga ada kaunter-kaunter kereta sewa.
  • Motosikal sewa juga boleh didapati di situ. Jalan sahaja di Pantai Cenang, pasti jumpa motosikal sewa.

Dari segi penginapan:


  • Hotel, resort, chalet, motel dan home-stay banyak di sini.
  • Jika musim cuti sekolah dan cuti am, perlu tempah awal bagi mengelakkan full.
  •  Antara lokasi yang menjadi pilihan utama adalah Pantai Cenang atau Pantai Tengah yang agak meriah. Ramai yang memilih untuk menginap di sini kerana pantainya yang agak cantik dan pemandangan yang agak mempersonakan terutama ketika sunset. Di situ, terdapat banyak kedai dan restoran. Senang nak makan, hanya perlu menapak sahaja dari hotel/chalet. 
Dari segi makanan:
  •  Terdapat banyak pilihan makanan di Langkawi terutama sekali di Pekan Kuah dan Pantai Cenang.
  • Terdapat juga beberapa tempat yang special dan ‘viral’ di lokasi yang tertentu yang perlu dikunjungi seperti Restoran Siti Fatimah yang terletak berhampiran Kampung Tok Senik Resort bagi yang ingin mencuba beronok (mentimun laut) dan yang paling penting ialah mencuba laksa tempatan di restoran Teratak Laksa Kaw Rossabina yang terletak berhadapan dengan Sek.Ren. Padang Mat Sirat.
  • Harga makanan di sini tidaklah terlalu mahal. Tetapi jika anda datang bercuti dalam mood bajet, anda disarankan untuk elakkan makanan di restoran seafood dan seumpamanya kerana harganya agak mahal
Dari segi mengunjungi tempat menarik:
  • Anda diminta untuk membuat tinjauan pakej harga untuk pakej-pakej seperti island hoping, mangrove tourdan seumpamanya supaya anda dapat membandingkan harga-harga yang lebih terbaik.
  • Jika datang pada musim cuti sekolah atau cuti umum, anda perlu menghadap beratur yang panjang terutamanya menaiki ‘cable car’. Masa yang diambil sangat lama kecuali ada yang sanggup bayar harga untuk express line yang agak mahal.

  •  Untuk tiket murah, boleh juga beli secara online melalui KLOOK kerana ia lebih murah dan mudah.

Dari segi membeli-belah:
  • Langkawi terkenal dengan Pulau Bebas Cukai. Kedai yang bebas cukai terdapat Pekan Kuah. Pelbagai barangan di sini yang bebas cukai yang jauh lagi murah daripada tanah besar seperti set pinggan mangkuk, coklat, kain batik dan kain pelekat, minyak gamat dan sebagainya.
  • Namun, kedai yang menjadi tumpuan para pelancong adalah Haji Ismail Group (HIG), RAMS dan Idaman Suri.
  • Setiap barangan mempunyai limit belian yang bermaksud belian yang tidak dikenakan cukai dan ianya bergantung kepada berapa lama kita menginap di Langkawi. Jika anda membeli lebih dari yang dibenarkan, anda akan dikenakan cukai oleh pihak kastam di airport.
  • Simpan tiket feri atau kapal terbang serta bil hotel/resort/chalet untuk rujukan pihak kastam bagi menentukan berapa malam kita menginap di Pulau Langkawi.

by: Fatin Nor Izzati (A170955)




  • Sebelum memulakan perjalanan yang jauh, jika menggunakan kenderaan darat pastikan kereta berada dalam keadaan baik dan telah diselenggara sebelum memulakan perjalanan.
  • Sebelum merancangan percutian keluarga, pastikan tarikh yang dipilih tarikh yang bersesuaian untuk melancong. (jangan pergi sewaktu musim cuti umum kerana harga barangan dan hotel menjadi mahal dan musim terkujuh kerana akan mengagngi aktiviti di laut)
  • Cari maklumat tentang hotel yang bakal diinap supaya memudahkan pencarian dan menyediakan keperluan yang harus disediakan.
  • Menyediakan wang yang secukupnya untuk membeli belah dan menghadkan perbelanjaan dengan baik.
  • Jika kenderaan ditinggalkan ditempat awam pastikan berada dalam keadaan berkunci supaya dapat mengelakkan kecurian.
By: Sharifah Cut Nurbaity (A170333)


Perjalanan yang jauh pastinya akan menjadi tidak teratur sekiranya tidak dirancang dengan baik. Dalam memastikan percutian anda ke pulau ini kekal menarik, rancang perjalanan anda - sekiranya anda memilih untuk menggunakan pesawat sebagai medium pengangkutan, pastikan tempahan dibuat dua ke tiga bulan sebelum tarikh percutian anda. Menggunakan pesawat pada pandangan saya adalah sangat praktikal lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai anak kecil. Pastinya ia akan menjadikan mereka lebih selesa dan tidak lagi meragam kerana tempoh perjalananya jauh lebih singkat berbanding menggunakan kereta atau keretapi. Tempahan awal  akan menjimatkan kos penerbangan anda sehingga dua kali ganda! Seterusnya, jika anda melancong bersama keluarga ataupun kumpulan rakan yang besar, lebih mudah sekiranya anda menggunakan perkhidmatan kereta sewa. Pulau Langkawi adalah kawasan tumpuan pelancong dalam dan luar negara, oleh itu kadang kala perkhidmatan teksi sedia ada agak kurang memberangsangkan. Kereta sewa akan memudahkan pergerakan anda ke destinasi yang ingin dilawati dan ianya jauh lebih menjimatkan. Selain itu, anda juga boleh membuat tempahan awal bagi setiap destinasi pilihan anda. Misalnya, jika anda ingin menikmati panorama indah Langkawi menggunakan kereta kabel, sebaiknya beli tiket secara dalam talian lebih awal. Anda tidak perlu untuk beratur panjang sekiranya menggunakan alternatif ini.  Langkah ini juga boleh diaplikasikan ke destinasi pelancongan lain, misalnya KilimGeoforest Park. Akhir sekali, sekiranya anda bukan dalam golongan yang masih bersekolah, pilih waktu percutian anda pada bukan musim cuti persekolahan. Trafik pada masa ini jauh lebih tenang, destinasi yang anda ingin lawati juga tidak akan sesesak sewatu musim cuti. Selamat melancong!

by: Naziha Aelmy (A169100)

TIPS BERCUTI KE INDONESIA


1)     Membeli tiket sebulan lebih awal untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Hal ini kerana sewaktu itu saya membeli tiket sehari sebelum memang harga tiket melambung naik iaitu RM 1200. Padahal jika beli tiket sebulan awal kita boleh dapatkan harga sekurang-kurangnya RM 400.

2)     Apabila ingin pergi bersiar – siar pastikan anda membawa ‘sling bag’ dan letak semua barang berharga di dalam beg tersebut bagi mengelakkan berlaku kecuaian seperti tertinggal dompet. Hal ini kerana, saya kehilangan telefon kerana meletakkanya di dalam poket seluar yang kecik.

3)     Jangan terlalu mudah percayakan orang kerana sesetengah daripada mereka suka mengambil kesempatan. Contohnya, mereka akan mempelawakan diri untuk membawa barang pelancong dan selepas itu mereka akan meminta bayaran yang tinggi.


4)     Apabila berada di negara orang, semestinya perlu menjaga tingkah laku kerana kita membawa imej negara.

by: Siti Ruzalina (A169906)

TIPS BERCUTI KE PULAU PENYU BERTELUR, REDANG


TIPS BERCUTI KE PULAU PENYU BERTELUR, REDANG

Percutian yang dirancang semestinya inginkan kesempurnaan. Di sini pelbagai tips yang dapat dikongsikan untuk pembaca bermula daripada sebelum percutian dan diikuti dengan tips semasa percutian.

1)     Sebelum percutian, semestinya ia memerlukan wang yang cukup agar tidak berlaku sebarang masalah semasa percutian.

2)     Mempersiapkan diri dengan menyediakan passport bagi orang luar negara untuk datang ke Pulau Redang dan dokumen-dokumen yang penting yang hendak dibawa.

3)     Kenderaan yang hendak diguna perlulah diservis terlebih dahulu bagi memudahkan perjalanan pergi dan balik.

4)     Melakukan tempahan awal bagi penginapan. Bagi kenderaan untuk ke Pulau Redang tidak perlu dirisaukan kerana tiket feri atau bot laju boleh didapati di kaunter.

5)     Check terlebih dahulu barang-barang yang diangkut ke dalam feri atau bot supaya barang-barang dapat sampai ke tempat penginapan yang betul.

6)     Perhatian terhadap anak-anak kecil terutamanya perlu diambil serious supaya tidak berlaku sebarang masalah.

7)     Pemakaian jaket keselamatan ketika menaiki feri atau bot laju.

8)     Perlu cakna dengan feri atau bot laju untuk sampai ke destinasi kerana ada tempat persinggahan. 

9)     Perlu cakna dengan feri atau bot laju untuk sampai ke destinasi kerana ada tempat persinggahan. 

by: Nur Husnina (A171942)


Langkawi has its lovely song, listen to this jingles.
Do you ever come across these songs. LANGKAWI has it all.

TIPS MELANCONG BERSAMA KELUARGA TERCINTA.

  1.       Membuat perancangan yang rapi sebelum pergi ke destinasi pelancongan. Misalnya mengenai hal-hal yang berkaitan dengan urusan visa atau pasport ke destinasi pelancongan luar negara.

  2.      Seterusnya, dari segi kewangan iaitu bersesuaian dengan bajet yang ditetapkan untuk melancong ke destinasi pelancongan.

  3.       Persediaan awal perlu dilakukan iaitu menempah atau memilih pakej percutian yang murah dan berpatutan. Selain itu, pelancong juga perlu memastikan pakej yang dipilih bersesuaian dengan citarasa pilihan mereka. Misalnya, aktiviti-aktiviti yang disediakan di destinasi pelancongan.

  4.       Barang-barangan dan keperluan utama perlu di kemas dengan lebih awal supaya tiada barangan yang tertinggal.

  5.     Pelancong mestilah bertolak ke destinasi pelancongan dengan lebih awal iaitu pada awal pagi bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Bagi urusan pelancong ke luar negara, pelancong perlu bertolak dengan lebih awal ke lapangan terbang bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

  6.      Semasa berada di destinasi pelancongan, keselamatan perlu diutamakan terutamanya di destinasi pelancongan yang mempunyai aktiviti-aktiviti ekstrem. Oleh sebab itu, ubat-ubatan perlu dibawa bersama ketika melancong ke destinasi pelancongan.

  7.     Tambahan pula, pelancong hendaklah memilih untuk menginap di hotel atau homestay yang berdekatan dengan tempat pelancongan bagi memudahkan urusan ke destinasi berkenaan. Pada masa yang sama, pelancong perlulah memastikan tempat penginapan tersebut mempunyai alat kelengkapan yang cukup dan sempurna. 

  8.       Pelancong juga perlu membawa makanan sekiranya mereka memilih untuk memasak di tempat penginapan terutamanya bagi pelancong yang menginap di homestay.

  9.     Pada masa yang sama, pengangkutan perlulah dititikberatkan bagi memudahkan perjalanan pelancong ke sesuatu destinasi pelancongan. Begitu juga alat komunikasi yang mana amat penting dan berguna ketika melancong terutamanya melancong ke luar negara iaitu banyak menggunakan aplikasi untuk mengetahui maklumat ke sesebuah tempat pelancongan.

  10.      Bagi pelancong yang memilih untuk membeli belah, mereka perlu bijak membandingkan harga barangan iaitu berpatutan dengan kualiti barangan tersebut.
by: Norafiza Suraya (A1695151)

TIPS MELANCONG


Percutian bersama keluarga merupakan saat indah yang diimpikan oleh semua orang. Sebelum bercuti, terdapat beberapa perkara yang harus dititikberatkan bagi memastikan percutian bersama keluarga ini berjalan dengan lancar dari permulaan sehinggalah ke akhir percutian. Bak kata pepatah melayu, malang tidak berbau. Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini, sediakanlah paying sebelum hujan.

1) Pemilihan destinasi dengan lebih awal adalah sangat penting sebelum pergi bercuti. Hal ini bertujuan supaya lebih mudah untuk menempah tempat penginapan dengan lebih awal disamping dapat melakukan persediaan awal sebelum pergi bercuti. Bagi mereka yang ingin bercuti ke luar negara, seeloknya melakukan persediaan seperti visa, passport, insurans dan sebagainya. Disamping itu, kita dapat merancang masa perjalanan supaya tidak banyak menghabiskan masa ditengah jalan dengan sia-sia.

2) Bagi ibubapa yang mempunyai anak kecil, ibu bapa perlu teliti dalam bab ini. Pastikan anda membawa semua keperluan bayi seperti barangan mandi, pakaian, ubat-ubatan, makanan dan permainan. Pastikan anda membuat ‘check list’ dan kemas beg pakaian si kecil lebih awal supaya anda tidak kelam kabut atau ada yang tertinggal. Juga, pastikan anda membawa satu beg galas kecil untuk mengisi barang si kecil ketika bersiar-siar. Ops, jangan lupa bawa stroller. Penggunaan stroller adalah sangat penting bagi memudahkan pergerakan terutamanya ketika berjalan kaki untuk membeli-belah atau bersiar-siar. Pemilihan stroller yang sesuai perlu diambilkira, contohnya, stroller yang digunakan mestilah ringan, mudah untuk dibawa dan disimpan.

3) Bagi mereka yang ingin bercuti ke kawasan yang bersuhu sejuk, pemilihan pakaian menjadi perkara penting kerana pakaian yang dibawa haruslah tebal dan sesuai suhu kawasan tersebut. Hal ini kerana setiap baju sejuk yang dijual di kedai, mempunyai ketahanan mengikut tahap kesejukan yang berbeza.

by: Nurfatihah (A169589)

TIPS KETIKA MELANCONG BERSAMA KELUARGA

1. Jika anda mempunyai anak kecil, pastikan anda sentiasa memegang / memimpin anak anda dan jangan leka sehingga terlupa akan anak anda. Hal ini supaya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku ketika berada di negeri/negara orang.

2. Menyediakan wang lebihan kerana sukar untuk mencari mesin ATM di negara orang

3. Membuat jadual perjalanan supaya perjalanan akan lebih teratur dan terancang serta menentukan destinasi apa yang hendak dituju

4. Menyediakan atau membawa ubat-ubatan yang diperlukan walau dimana anda berada supaya dapat membantu ketika kecemasan.

5. Kenalpasti cuaca pada ketika itu supaya anda dapat merancang perjalanan anda atau membuat persediaan awal. Misalnya jika cuaca hujan, anda perlu menyediakan payung atau baju hujan.

by: Shamira (A170681)


)

Happy Deepavali to all Malaysian celebrating this day.





TIPS BERCUTI DI KUCHING, SARAWAK BERSAMA KELUARGA


TIPS BERCUTI DI KUCHING, SARAWAK
Pelbagai tips percutian yang keluarga saya gunakan sebelum dan semasa percutian. Saya kongsikan tips ini bagi memudahkan keluarga yang ingin bercuti di Sarawak. Antaranya ialah:
  1. Merancang perbelanjaan dengan baik sebelum pergi bercuti agar tidak menghadapi masalah kewangan selepas balik dari percutian.
  2. Servis kereta terlebih dahulu sehari sebelum bercuti yang menggunakan kereta sendiri agar perjalanan berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang telah dirancang oleh keluarga.
  3. Sediakan passport dan dokumen-dokumen penting yang hendak di bawa sebulan sebelum percutian agar tidak kelam-kabut pada hari berkenaan.
  4. Lakukan penempahan awal jika menginap di hotel kerana hotel penuh ketika musim cuti persekolahan.

  5. Beri perhatian yang penuh kepada anak-anak yang masih kecik semasa bercuti agar tidak menghadapi masalah.
  6. Luangkan masa percutian dengan sebaik mungkin.
f    By: Winnie Nihet (A171933)

SINGAPORE AT A GLANCE

‘SINGAPORE TRIP PLANNING’

Visa
Bagi pelancong dari kebanyakan negara, visa tidak diperlukan untuk melawat Singapura kecuali anda tinggal lebih dari 90 hari. Hanya pastikan pasport kita sah selama sekurang-kurangnya enam bulan dari waktu kita pergi. Bagi penduduk negara-negara tertentu di Timur Tengah, Afrika, dan sebahagian Asia, visa mungkin diperlukan. Maklumat dan spesifik negara, serta aplikasi visa yang boleh dimuat turun, boleh didapati secara dalam talian.


Keselamatan
Singapura adalah salah satu tempat paling selamat yang boleh kita kunjungi di Asia. Ini disebabkan oleh beberapa undang-undang yang sangat keras berlaku di sana. Kadang-kadang kecurian dan jenayah kecil berlaku, jadi berhati-hatilah untuk mengawasi barang-barang kita sepanjang perjalanan. Jangan tinggalkan beg kita walau dimana jua kerana bahaya ada dimana-mana. Selain itu, berhati-hati dengan harga teksi atau gunakan teksi bermeter untuk mengelakkan daripada dikenakan caj yang berlebihan. Jelasnya, kita harus mempunyai insurans perjalanan sebelum perjalanan ke negara lain.



Bahasa
Singapura mempunyai empat bahasa rasmi: Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil. Walau bagaimanapun, terdapat sekurang-kurangnya 20 bahasa berlainan di Singapura. Namun begitu, kebanyakan rakyat Singapura menggunakan Bahasa Inggeris, jadi kita tidak akan mengalami sebarang masalah untuk berkomunikasi.



 Masa terbaik untuk melancong:
Cuaca di Singapura cukup sempurna (selagi kita suka cuaca panas). Iklim tropika bererti haba dan kelembapan sepanjang tahun, tetapi tidak sama buruknya di beberapa tempat seperti Thailand, di mana suhu musim panas boleh mencapai 110 darjah Fahrenheit. Di Singapura, musim hujan berjalan dari bulan November hingga Januari, tetapi tidak ada perbezaan suhu. Pusingan tahun, suhu tetap berkisar antara 75 dan 88 darjah Fahrenheit.

Anggaran kasar:

Singapura terkenal dengan kosnya yang tinggi. Bandar-bandar mahal adalah mimpi ngeri bagi pelancong! Walaupun kos mungkin kelihatan tinggi berbanding dengan negara-negara Asia Tenggara yang lain, ianya adalah sama dengan harga di bandar-bandar Barat. Tetapi untuk tetap selesa di Singapura, anda perlu menyediakan anggaran sekitar $60 - $100 sehari untuk semua keperluan kita, bergantung kepada gaya perjalanan kita.

by: Fithriyaani Zainal (A169728)


Pengalaman bercuti ke Perth, Australia by AimanAbdullah




Betul ke sekarang ni dah susah untuk rakyat Malaysia bercuti ke Australia?😲 Nanti pegawai imigresen tahan kita ke kalau pergi bercuti ke Australia dengan duit cash yang sikit? Sayangnya kalau dah sampai Australia tapi tak lepas imigresen. Persoalan ini semua akan dapat dielakkan jika kita sebagai pelancong membuat persiapan yang secukupnya. Sediakan initerary yang lengkap, rujuklah mana-mana blog atau rakan yang pernah ke Australia kerana hal ini semua boleh dielakkan. "Tapi macam mana? Saya takutlah......" tak apa, jangan bimbang sayang-sayangku sekalian, bacalah blog yang admin jumpa ni sebab memang lengkap dari persediaan sebelum pergi sehinggalah perjalan pulang telah diceritakan dalam blog ni. hehe. Enjoy your holiday!!!



Staycation in Kuala Lumpur By Kakijalans






Betul ke percutian keluarga itu hanya dinilai pada berapa jauhkah jarak tempat percutian dengan rumah kita? Adakah percutian keluarga itu hanya dikira sebagai percutian jika kita pergi ke pantai atau kawasan luar daripada kesibukkan bandar? Sebuah percutian keluarga itu boleh je berlaku walaupun kita sekeluarga bercuti di mana-mana hotel berdekatan dengan rumah kita. Inilah yang kita namakan dengan Staycation, di mana seseorang atau sesebuah keluarga itu bercuti hanya berdekatan dengan rumah kita je. Apa yang penting di sini adalah masa berkualiti yang kita luangkan bersama keluarga kita. Jadi kepada ketua keluarga di sana, jangan bimbang, jangan khuatir. Ayuhlah kita bawa keluarga kita untuk menginap di mana-mana hotel berdekatan dan jalankan aktiviti yang ditawarkan oleh pihak hotel berkenaan. Tinggalkanlah sebentar segala kekusutan di tempat kerja kita dekat rumah dan luangkanlah masa berkualiti kita dengan keluarga. Bagi penduduk di Kuala Lumpur dan sekitarnya, bolehlah baca blog yang admin jumpa ni dan jadikanlah ia sebagai inspirasi untuk kita luangkan hujung minggu kita dengan berkesan dan mantap!!!

FLY WITH NELLY!


by : NURDINAH NELLISHA BINTI AMIRUDDIN (A172195)

I'VE GOT A CRUSH AT THE BEAUTY OF THIS WORLD!


by : DURRAH AIDA BINTI ISHAK (A170124)