Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Thursday, October 17, 2019

TANAH SUCI MEKAH DAN MADINAH

Nama penulis: Aida Amira Binti Mohd Amin (A171932)


Pengalaman melancong kami sekeluarga bukan sahaja di dalam negara Malaysia malah kami telah merasai pengalaman melancong ke luar negara juga. Saya akan menceritakan pula pengalaman kami sekeluarga dalam menunaikan ibadah umrah sekaligus mengunjungi tempat-tempat menarik yang terdapat di negara Mekah, Madinah dan Turki. Pengalaman ini merupakan salah satu pengalaman yang paling tidak akan aku lupakan sampai bila-bila dengan pelbagai kenangan manis yang telah kami sekeluarga perolehi sepanjang berada di negara-negara tersebut.

AVANI SEPANG GOLD COAST RESORT SELANGOR

Nama penulis: Nur Haziqah Binti Mohd Safuan (A171835)



BANDUNG, INDONESIA

Nama penulis: Najwa Hanna Binti Hamdan (A170744)



Bandung merupakan salah satu destinasi bajet bagi mereka yang mahu melupakan seketika tekanan bekerja. Selain kos yang berpatutan, sebuah keluarga dapat menikmati pelbagai aktiviti dan pemandangan yang sangat menarik di sana. Oleh itu, dikesempatan ini saya ingin berkongsi pengalaman saya melancong ke Bandung Indonesia bersama keluarga.

PULAU LANGKAWI, PULAU LAGENDA

Nama penulis: Najwa Hanna Binti Hamdan (A170744)


11 Mac 2011 merupakan tarikh yang tidak akan dilupakan saya sekeluarga. Kali ini saya ingin berkongsikan tentang pengalaman percutian saya sekeluarga ke Pulau Langkawi. Saya sekeluarga bercuti ke sana adalah selama tiga hari dua malam. Sewaktu itu, saya berusia 13 tahun dan pada usia sebegitu perasaan untuk melancong ke luar negeri adalah sangat teruja kerana berpeluang

KOTA MAKASSAR, INDONESIA

Nama penulis: Muhammad Famizan Bin Ismail (A170823)


Aktiviti melancong merujuk kepada aktiviti melawat, melancong atau mengembara ke sesuatu tempat lain untuk tujuan rekreasi atau mengisi masa lapang. Aktiviti melancong boleh dilakukan sama ada di dalam ataupun luar negara, sendiri ataupun berkumpulan. Melancong bersama keluarga antara aktiviti yang sangat baik dan banyak memberi kesan positif kepada ahli keluarga itu sendiri. Saya akan menceritakan pengalaman saya melancong bersama keluarga. Perancangan untuk melancong bersama alhi keluarga saya ini dirancang oleh ibu saya sendiri.

MELAKA PENINGGALAN SEJARAH DAN TAPAK WARISAN DUNIA

Nama penulis: Fatinnaqilah Binti Nazari (A170276)

Melancong merupakan aktiviti yang sering dilakukan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Hal ini kerana dengan melancong sesebuah keluarga dapat melakukan aktiviti dan meluangkan masa bersama. Pengalaman melancong semasa kecil, remaja dan dewasa pastinya mempunyai perbezaan. Hal ini kerana ketika kecil kita lebih kepada ingin bersuka ria dan kemungkinan kenangan yang diperolehi semasa melancong tidak dapat kita hargai sepenuhnya. Selain itu, pengalaman melancong semasa kecil kemungkinan tidak kekal di memori kita sehingga dewasa.

TAWI TAWI FILIPINA A BEAUTIFUL PEARL IN SULU’S WATERWORLD

Nama penulis: Norsyila Binti Mansor (A170795) 


        Pada tahun 2009 saya dan keluarga saya telah pergi ke Filipina selama satu minggu iaitu ke Kawasan Selatan Filipina iaitu Tawi Tawi  yang terlatak di Kepulauan Selatan Filipina yang majoriti penduduknya beragama Islam. Disamping melawat kawasan disana kami juga berkesempatan mengunjungi Datuk dan Nenek serta sanak saudara disana. Ibu dan Ayah saya telah mempersiapkan segala kelengkapan saya selama seminggu disana. Ketibaan kami di Lapangan Terbang Sanga Sanga Tawi mengamit rasa rindu yang mendalam dalam diri Ibu dan Ayah. Selepas selesai dengan urusan segala bagasi kami mula menaiki teksi untuk  terus bergerak ke Kampung Languyan.

TIPS ANDA SEKELUARGA DI BUMI SEJARAH TSUNAMI, ACEH INDONESIA

TIPS ANDA SEKELUARGA DI BUMI SEJARAH TSUNAMI, ACEH INDONESIA.

  1.   Setiap keluarga perlu membeli tiket sebulan sebelum hari kejadian kerana tiket penerbangan lebih murah dan dapat melakukan persediaan lebih awal sebelum berangkat ke Banda Aceh.
  2.    Sebelum sampai ke Banda Aceh, ibu bapa perlu mengambil nombor telefon supir kereta sewa yang telah dipakejkan harga yang tertentu semasa di sana supaya urusan dipermudahkan untuk pergi ke semua tempat bersama kereta sewa yang sama.
  3. Airport sangat jauh dari Banda Aceh, perjalanan lebih kurang 30 minit dengan kereta. Sekiranya, membawa anak kecil, ibu bapa boleh berhenti di kedai berdekatan dan rancang perjalanan anda bersama supir kereta tersebut.
  4. Di Aceh, mereka sangat menekatkan syariah islam yang sangat tinggi. Oleh itu, kita perlu menghormatinya dengan jaga pemakaian yang sopan serta menutup aurat lebih- lebih lagi apabila berada di Masid Baiturrahman. Terdapt pengawal yang menjaga etika pemakaian.
  5. Kita tidak boleh berada di luar berdua-duaan, ketika senja kerana polis sentiasa mengawasi setiap kawasan ketika senja. Seterusnya, perniagaan dan sebarang aktiviti akan dibehenti seketika setiap hari Jumaat pada jam 12 tengahari. Mereka menitikberatkan agama. Kita perlu menghormati peraturan di sana
  6.  Sekiranya anda pergi ke pantai, terdapat beberapa ‘booth’ hiasan yang sangat cantik tetapi anda perlu membayarnya sebelum mengambil gambar di booth tersebut. 

  7. Anda perlu sediakan wang kecil untuk diberikan kepada ‘unofficial guide’ di setiap tempat kesan tsunami tersebut kerana mereka akan menceritakan kisah-kisah yang terjadi sewaktu tsunami berlaku. Seterusnya. Sediakan wang kecil untuk melawat tempat tarikan dan kita boleh sedekah dalam tabung yang disediakan.

  8. Anda sekeluarga perlu membaca sejarah Aceh dan sejarah tsunami terlebih dahulu sebelum melawat ke Aceh kerana apabila anda memasuki Muzium Tsunami, anda akan merasa situasi itu berlaku pada diri sendiri dan seterusnya anda akan merasa insaf dan bersyukur atas nikmat yang diberikan. 

  9. Tempat kesan-kesan tsunami boleh dilawati dalam masa 2 hari dengan perjalanan santai bersama keluarga tetapi ia akan membuatkan anak kecil berasa bosan kerana tiada tempat permainan ia hanyalah tempat-tempat kesan yang ditinggalkan semasa tsunami.

  10. Di sini terdapat banyak makanan Halal yang sedap dan murah, menu di Aceh lebih kurang dengan Malaysia. Kita tidak perlu risau. Selain itu, ‘Grab food’ juga terdapat di sana sekiranya kita kelaparan sewaktu malam.

  11. Ibu bapa perlu memimpin anak-anak semasa melintas jalan kerana di Banda Aceh penuh dengan motosikal yang dipandu sangat laju. Seterusnya, anda perlu memakai ‘mask’ muka kerana debu sangat tebal di kawasan tersebut.
By: Noor Asheeqa Aquila (A164326)

TIPS BERCUTI DI PULAU RAWA, JOHOR

TIPS BERCUTI DI PULAU RAWA, JOHOR


Antara tips yang dapat saya kongsikan adalah bagi pelancong luar dari Mersing, jika anda membawa kenderaan sendiri, letaklah kereta anda di kawasan yang disediakan dan sebanyak Rm18 dikenakan untuk sehari. Selain itu, jika hendak pergi ke Pulau Rawa, pilihlah antara bulan Mac hingga bulan Oktober kerana pihak pengurusan resort di sana sendiri yang menyarankan percutian pada waktu ini. Bagi sesiapa yang mempunyai bajet sedikit tetapi mahu pergi ke pulau ini, janganlah ambil pakej makanan sebaliknya ambillah pakej bilik sahaja. Ini kerana makanan dan minuman di sana agak mahal. Jadi sebaiknnya bawalah bekalan makanan dan minuman sendiri.

Seterusnya, bekalan air untuk bilik mandi sedikit payau sebab ia merupakan air laut yang telah diproses. Jadi untuk keselesaan sendiri, bawalah air mineral lebih untuk memberus gigi dan mencuci muka. Bayaran tunai tidak diterima atas apa-apa pembelian atau perkhidmatan, malah semua caj akan dibawa terus ke bil bilik anda dan semasa hendak mendaftar keluar nanti barulah buat pembayaran untuk setiap caj yang anda gunakan. Bagi yang membawa anak kecil, anda boleh membuat aktiviti bersama anak anda seperti memberi ikan makan dan juga bermain air sambil dikelilingi ikan di bawah jeti. Pengetahuan tambahan untuk anda adalah bot laju menghala ke Pulau Rawa ada dua waktu iaitu pada jam 9 pagi dan 12 tengahari. Manakala bot laju menghala ke Jeti Mersing hanya ada pada jam 10 pagi dan 2 petang, tetapi masa ini juga tertakluk kepada keadaan air pasang pada ketika itu.

by: Nurul Nabihah (A170885)

TIPS MELANCONG DI BEIJING, CHINA

TIPS MELANCONG DI BEIJING, CHINA :

  1. Bawalah duit tunai secukupnya, walaupun boleh menggunakan credit card. Lebih mudah untuk kita bayar secara tunai. (Nilai tukaran wang di China tidak sama dengan di Malaysia, boleh rujuk tour guide untuk maklumat terkini)

  2. Anda tidak digalakkan bertanya harga kepada penjual jika anda tidak pasti untuk membeli kerana berisiko tinggi untuk dikejar dan dipaksa oleh penjual untuk anda beli barangan mereka. ( Ibu saya menjadi salah seorang mangsa paksaan)

  3. Belajar ilmu tawar menawar terlebih dahulu sebelum melancong walau ke mana sahaja. Tawarlah dengan harga serendahnya kerana kadang kala harga pelancong dan warga tempatan berbeza.

  4. Kaji terlebih dahulu suhu  dan musim yang anda akan lawati. Jika pada musim sejuk, pakailah pakaian yang bersuaian. Angin di Beijing sangat kuat pada musim sejuk.

  5. Anda juga tidak digalakkan untuk membeli makanan street food jika tidak pasti ianya halal.
  6. Tangkaplah gambar sebanyaknya kerana hanya gambar yang mampu berbicara dan hanya gambar yang dapat dijadikan bukti kenangan kelak.
  7. Nikmatilah pemandangan dan budaya di China dengan sebaiknya.
  8. Berbelanjalah dengan berjimat-cermat
          Enjoy your holiday !

by: Durrah Aida (A170214)

TIPS MELANCONG KE SABAH


Sebelum anda  melancong ke Sabah, ini merupakan beberapa tips yang dapat membantu anda:
  1. Jika anda rasa anda perlu membawa passport jika hendak ke Sabah, anda salah. Anda hanya perlu membawa kad pengenalan anda sahaja. EASY!
  2. Anda tidak perlu risau untuk berkomunikasi, slang mereka amat mudah untuk difahami dan mereka juga faham dengan slang anda.
  3. Digalakkan untuk anda membuat persiapan awal dengan menempah hotel dan kenderaan sewa (lebih mudah untuk bergerak jika ada kenderaan sendiri, lebih jimat)
  4. Gunakanlah setiap peluang yang ada untuk diluangkan bersama keluarga kerana bila anak-anak dah besar, susah nak dapat peluang ini!!
  5. Wajib untuk cuba makanan di Sabah terutamanya makanan laut, sangat fresh dan sedap !
  6. Jangan lupa untuk mengambil banyak gambar kenangan !!!

    Enjoy your holiday !
by: Durrah Aida (A170214)

KOTA KINABALU, SABAH

Nama penulis: Muhammad Faizol Bin Ibrahim (A170790)


        Berdasarkan pengalaman melancong bersama keluarga setakat ini boleh dikatakan hampir seluruh negeri di Malaysia sudah saya lawati. Sememangnya keluarga kami minat bercuti di kawasan yang menarik tetapi masih mengikut bajet yang mencukupi bagi tidak berlaku lebihan belanja atau pembaziran.Boleh dikatakan setiap tempat yang kami pergi ini kebiasaannya pergi tanpa dirancang atau sengaja maksudnya pergi secara terjah asalkan sampai melainkan kawasan yang jauh yang perlu melibatkan perancangan yang lebih teliti.

PULAU LAGENDA MAHSURI, PULAU LANGKAWI

Nama penulis: Sharifah Cut Nur Baity binti Said Nasir (A170333)


Pada cuti semester yang lepas, saya dan kelauarga mengambil kesempatan untuk bercuti ke Pulau Langkawi, Kedah bersama-sama. Kami mengambil kesempatan untuk bercuti ke Pulau Langkawi kerana kami ingin merasa keindahan dan kenikmatan kawasan pantai yang menenangkan. Persediaan kami sekeluarga untuk bercuti bersama dilakukan bersama-sama ahli keluarga saya. Saya ditugaskan untuk melihat tempat-tempat yang menarik dan patut dikunjungi semasa berada 

PULAU LANGKAWI, PULAU PENUH LAGENDA

Nama penulis: Mohd Izwadi Bin Mat Ali (A169738)

        Pelancongan merupakan gerakan sementara manusia ke destinasi lain di luar tempat tinggal dan tempat kerja yang biasa, kemudahan yang disediakan untuk memenuhi keperluan mereka dan kegiatan yang mereka lakukan selama tinggal di destinasi mereka tersebut. Pelancongan dianggap sebagai salah satu aspek kemewahan kerana tidak semua orang mampu untuk melancong. Hanya segelintir orang orang yang mempunyai masa dan wang sahaja dapat melakukan aktiviti pelancongan ini. Pelancongan merupakan sektor yang melibatkan peranan yang saling berkaitan antara pihak kerajaan, bukan kerajaan dan juga orang awam. Berdasarkan World Tourism Organization mendefinsikan pelancongan merupakan yang merangkumi semua perjalanan yang mengambil masalebih 24 jam sama ada untuk berekreasi, berniaga, belajar, tujuan kesihatan dan sebagainya.