Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Wednesday, October 16, 2019

TIPS KE KOREA SELATAN PADA MUSIM SEJUK


    Tips ke korea pada musim sejuk sangat berguna kepada sesiapa yang pertama kali ingin menjejak kaki ke Korea Selatan terutama pada musim sejuk. Saya ingin berkongsi beberapa tips yang mungkin dapat membantu ketika berada disana.



  1. Pastikan pakai pakaian yang tebal dan dapat menahan sejuk. Selalunya pakai 3 lapis termasuk long john atau heatteach yang boleh dibeli di UNIQLO. Kemudian, tshirt dan juga winter coat atau jacket , topi dan sarung tangan. Winter coat sangat mahal, ia boleh dibeli di kedai bundle seperti Bondoru Store untuk menjimatkan wang.
  2. Membeli hot pack kerana cuaca sangat sejuk dan boleh menyebabkan kaki kebas kesejukan terutama berada di tempat salji.
  3. Memakai moisturiser pada badan  untuk mengelakkan kulit  kering dan gatal.

  4.  Membawa tisu basah atau spray air bagi memudahkan untuk ke tandas dan juga solat bagi yang muslim kerana tandas di Korea tidak mempunyai paip air seperti di Malaysia.

  5. Install aplikasi KakaoMetro untuk mengetahui pergerakan keretapi Subway dan juga install Klook, Korea Maps, Korean Translate bagi memudahkan untuk berkomunikasi dengan orang korea.
  6. Elakkan mengguna teksi berwarna hitam kerana akan dikenakan bayaran lebih bahal berbanding teksi-teksi berwarna lain.
  7. Menukar duit Ringgit Malaysia ke Won hendaklak ditukar di Malaysia kerana pertukaran duit di Korea lebih mahal.
  8. Pastikan anda sudah menempah hotel lebih awal untuk menginap di Korea dan tujuan melancong untuk mengelakkan berlaku masalah di Imigresen Korea Selatan terutama kepada yang suka melancong secara solo.
  9. Semasa di dalam kapal terbang, anda akan diberikan borang yang perlu diisi semuanya, ia juga untuk mengelakkan masalah di Imigresen Korea Selatan.
  10.  Elakkan membeli barangan di tepi jalan kerana harganya lebih mahal berbanding di pusat beli-belah.
by: Nurnazihah (A169379)

No comments:

Post a Comment