Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Wednesday, October 16, 2019

TIPS KE KOREA SELATAN PADA MUSIM SEJUK


    Tips ke korea pada musim sejuk sangat berguna kepada sesiapa yang pertama kali ingin menjejak kaki ke Korea Selatan terutama pada musim sejuk. Saya ingin berkongsi beberapa tips yang mungkin dapat membantu ketika berada disana.



  1. Pastikan pakai pakaian yang tebal dan dapat menahan sejuk. Selalunya pakai 3 lapis termasuk long john atau heatteach yang boleh dibeli di UNIQLO.

PULAU RAWA: MALDIVES MALAYSIA


Nama Penulis: Nurul Nabihah Binti Mohd Nizam Yeo (A170885)


Mersing merupakan tempat kelahiran saya yang mana ia merupakan salah satu daerah di bawah jajahan takluk Johor. Negeri Johor mempunyai 10 buah daerah dan Mersing merupakan salah satu darinya.  Mersing merupakan bandar yang terletak berhampiran Laut China Selatan dan menjadi kawasan tumpuan jeti ke pulau-pulau yang terletak di dalam daerah ini.

TANAH TINGGI CAMERON, PAHANG

Nama penulis: Mohamad Syafiq Bin Abdul Aziz (A170906)


                Antara pengalaman melancong saya yang pertama ialah ketika saya berumur 10 tahun dimana saya menetap di sebuah kawasan pendalaman atau kampong yang di beri nama kampong Limau Kasturi 1 di Gua Musang, Kelantan kerana ibu saya bertugas sebagai guru pada tahun 2008. Pada cuti pertengahan sekolah, ibu saya mula merangcang untuk bercuti di sebuah kawasan yang sejuk yang mempunyai buah-buahan segar dan manis seperti strawberi, anggur, epal yang hanya dapat di kawasan beriklim sejuk.

MEDAN, INDONESIA

Nama penulis: Siti Ruzalina Binti Buslan (A169906)

Setelah penat berjalan–jalan di Bandaraya Melaka kami pergi makan sebelum menaiki feri. Kemudian, apabila feri sudah berlabuh kami menaiki feri untuk ke Dumai dan itu merupakan kali pertama saya menaiki feri. Rupa-rupanya saya seorang yang mabuk laut, jadinya saya tidak dapat untuk melihat pemandangan di luar. Walaupun begitu, menaiki feri di waktu pagi merupakan pengalaman yang tidak dapat saya lupakan kerana cuaca yang tenang, ombak dan angin yang sangat sejuk. Setelah beberapa jam kami di dalam feri, akhirnya tiba juga di Dumai dan beberapa kali saya dan mama muntah kerana mabuk laut yang agak teruk.

MELAKA, NEGERI BERSEJARAH

Nama penulis: Siti Ruzalina Binti Buslan (A169906)

Melancong adalah sesuatu aktiviti yang menarik untuk kita mengisi masa lapang dan berjalan sambil melihat keindahan ciptaan Allah. Ianya lebih seronok apabila kita dapat melancong bersama-sama keluarga kerana itu merupakan peluang untuk kita meluangkan masa setelah sibuk dengan kehidupan seharian. Oleh itu, di sini saya ingin menceritakan pengalaman melancong yang pernah saya lalui bersama-sama keluarga di tanah air tercinta iaitu Malaysia itu sendiri.

PARIJIS VAN JAVA, KOTA BANDUNG

Nama penulis: Nurshamira Binti Md Zaidi (A170681)


        Kini, saya sudah dewasa dan mencecah umur 21 tahun. Baru-baru ini kami sekeluarga melancong ke luar negara dan buat pertama kalinya saya melancong ke luar negara bersama keluarga besar saya. Segala kos  kami sekeluarga sepanjang berada disana ditanggung oleh abang saya. Hal ini kerana abang saya telah bekerja dan berhasrat untuk membawa kami sekeluarga ke luar negara. Dengan ini saya ingin katakan bahawa hasratnya telah tercapai. Setiap kos ahli keluarga itu ditanggung sendiri.

PANTAI TELUK KEMANG, PORT DICKSON

Nama penulis: Nurshamira Binti Md Zaidi (A170681)


        Saya percaya bahawa setiap individu itu sendiri mempunyai pengalaman melancong yang dilalui bersama keluarga tercinta. Sewaktu saya kecil hingga kini, keluarga saya akan mengadakan “family day” setahun sekali. Setiap tahun kami akan merancang supaya setiap perjalanan dan aktiviti yang diadakan berjalan dengan lancar. 
         Saya masih ingat kali pertama bapa saya membawa kami sekeluarga melancong di pantai Port Dickson. Disebabkan kami berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan jadi untuk ke Port Dickson

SELANGOR, SYURGA SUNGAI DAN AIR TERJUN

Nama penulis: Nur Haziqah Binti Mohd Safuan (A171835)


Holaa Gucci gengs, aku nak cerita sikit pasal area Selangor tempat hometown aku sendiri. Selangor banyak tempat yang menarik dan aku akan share pengalaman air terjun yang pernah aku pergi dan best sahaja.