Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Tuesday, October 15, 2019

PERCUTIAN KE PUTRAJAYA DAN MELAKA

Nama penulis: Nur Farihah binti Aziz (A170052)

     Pada bulan November 2017, saya dan keluarga telah merancang untuk ke hari bersejarah ahli keluarga iaitu Majlis Konvokesyen di mana abang saya telah berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Teknikal Malaysia, Melaka. Oleh itu, saya dan keluarga merancang untuk ke sana lebih awal dari tarikh majlis tersebut disebabkan jarak antara negeri Kedah dan negeri Melaka adalah jauh. Kami bermalam selama dua hari di rumah bapa saudara
yang tinggal di Puchong, Selangor. 
     Setelah sampai pada waktu petang di rumah bapa saudara, kami beristihat sebentar sebelum mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di kawasan Puchong sambil mencari tempat makan untuk makan malam kami sekeluarga. Bapa saudara saya membawa kami ke pasar malam yang berdekatan dengan rumahnya atau lebih dikenali dengan panggil “Uptown” yang popular di kawasan tersebut. Setelah makan malam dan melihat gelagat pengunjung di situ, kami mengambil keputusan untuk pulang ke rumah untuk berehat disebabkan perjalanan yang panjang dan memenatkan.
      Pada keesokkan harinya, bapa saudara saya membawa saya ke salah sebuah pasar raya yang berada tidak jauh dari rumahnya iaitu pasar raya Tesco. Tujuan kami ke sana bagi mencari barangan basah dan kering untuk dimasak sebagai makanan tengah hari. Antara barangan yang dibeli seperti ikan, ayam, sayur dan sebagainya. Setelah selesai membeli barang di pasar raya tersebut, bapa saudara saya membawa kami sekeluarga bersarapan di salah sebuah kedai makan mamak yang berdekatan dengan pasar raya Tesco tersebut. Kami bersarapan dengan menu roti canai bersama teh o panas bagi melapik perut pada ketika itu.
     Selepas pulang dari bersarapan, saya membantu emak memasak di dapur bagi menyiapkan makanan tengah hari kami sekeluarga. Antara menu yang dimasak oleh saya dan emak adalah ayam masak merah, ikan goreng berlada dan sayur campur. Kami makan bersama-sama sambil berbual-bual dan bertanya khabar antara satu sama lain. Setelah selesai makan tengah hari, kami bersama-sama mengemas dan membersihkan meja makan.      
Pada waktu petang pula, kami melakukan aktiviti riadah dengan membantu bapa saudara saya menanam pokok. Beliau seorang yang mengemari dan menjadikan tanaman sebagai hobinya. Pelbagai jenis pokok bunga dan herba ditanam di sekitar kawasan rumahnya. Antara pokok yang menjadi kegemarannya seperti pokok ros dan pokok orkid. Sementara melihat bapa saudara saya menanam dan menyuburkan tanamannya, emak saya sempat berkenalan dan bertegur sapa dengan jiran tetangga bapa saudara saya. Pelbagai bualan yang dapat didengari oleh saya dalam perbualan emak bersama mereka.
     Pada keesokan harinya, saya sekeluarga masih berada di rumah bapa saudara saya untuk meluangkan masa sebelum ke Melaka bagi menghadiri ke Majlis Konvokesyen abang saya. Pada waktu siang, saya sekeluarga berpeluang melawat ke Putrajaya. Bapa saudara saya membawa kami ke Putrajaya untuk melihat suasana harian yang berlaku di kawasan yang menjadi pusat utama perjalanan pentadbiran negara. Kami telah melawat ke beberapa Jabatan dan Kementerian semasa berada di Putrajaya. Antara Jabatan dan Kementerian yang sempat kami lawati seperti Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan yang berhampiran dengan Kementerian Pengangkutan Malaysia.
     Selain itu, saya sekeluarga berkesempatan singgah di Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin yang lebih dikenali dengan panggilan Masjid Besi. Hal ini demikian kerana masjid tersebut keseluruhannya diperbuat daripada besi yang dibina indah. Keunikan masjid ini dibina menggunakan 6000 tan keluli mampu menempatkan seramai 24000 jemaah pada satu masa dan merupakan sekali ganda keluasan berbanding masjid Putrajaya yang berada 2 kilometer daripada masjid besi tersebut. Reka bentuk yang menarik pasti memberi penghayatan berbeza berbanding masjid-masjid yang ada di seluruh Malaysia. Masjid besi ini juga tidak menggunakan system kipas kekal namun sebaliknya menggunakan pengudaraan gas penyejuk GDC. Ukiran seni tulisan khat banyak terdapat di masjid tersebut menaikkan lagi seni keindahannya.


     Seterusnya, saya dan keluarga juga sempat melawati ke beberapa taman yang terkenal di Putrajaya. Antaranya Taman Botani, Taman Wetland dan Taman Saujana Hijau yang mempunyai unsur-unsur kehijauan yang dapat menenangkan jiwa seseorang. Taman botani merupakan tempat yang perlu dikunjungi apabila melancong ke Putrajaya. Keunikan taman ini telah diakui dunia apabila diiktiraf sebagai salah satu daripada empat puluh buah taman yang tercantik di asia. Taman ini menempatkan tiga belas taman tema dan mempunyai lebih 700 jenis tumbuhan daripada pelbagai benua di dunia. Taman botani ini menyediakan pilihan kepada pengunjung untuk menikmati keindahan dengan menelusuri laluan pejalan kaki atau menunggang basikal sewa yang telah tersedia di taman tersebut.
     Selain Taman Botani, saya sekeluarga telah pergi melawat ke Taman Wetland yang menjanjikan keindahan alam yang sukar untuk dinikmati sekiranya berada di sesebuah kota raya kecuali di Putrajaya. Keindahan taman ini menyaksikan gabungan unsur alam semula jadi dengan struktur binaan manusia yang saling melengkapi dan memberi ketenangan serta penghayatan sebagai sebuah destinasi pelancongan. Kemudian, kami juga berkesempatan untuk melawat ke Taman Saujana Hijau yang telah berjaya memukau para pengunjung apabila tiba di taman tersebut. Keunikan taman ini sebagai satu lokasi pemuliharaan flora dan fauna yang menampilkan tiga konsep yang berbeza untuk dinikmati pengunjung iaitu konsep European Garden, Oriental Garden dan English Garden. Ketiga-tiga konsep ini ditampilkan di kawasan yang berleluasan 4 hektar.
     Setelah penat berjalan mengelilingi Putrajaya, saya dan keluarga pulang ke rumah bapa saudara saya semula untuk menyiapkan persiapan kami ke Melaka bagi menghadiri majlis konvokesyen abang saya. Pada malam tersebut, saya membantu emak mengemas barang-barang yang hendak dibawa ke sana. Kami beristirahat awal pada malam tersebut bagi memulakan perjalanan awal ke Melaka. Hal ini demikian kerana Majlis Konvokesyen bermula seawal 9.00 pagi dimana abang saya terpilih dalam sidang pagi pada hari kejadian.
     Keesokan harinya, kami sekeluarga memulakan perjalanan ke Melaka seawal 6.30 pagi selepas solat subuh. Perjalanan kami ke Melaka dari Puchong mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan. Semasa perjalanan saya dan keluarga sempat singgah di tempat R&R Seremban untuk bersarapan. Setelah sampai di Melaka, kami terus ke Majlis Konvokesyen Universiti Teknikal Malaysia, Melaka bagi melihat konvokesyen elajar-pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka seperti abang saya.
    Semasa Majlis Konvokesyen tersebut berlangsung, saya bersama bapa saudara saya terpaksa berada di luar dewan. Hal ini demikian kerana hanya dua orang waris sahaja dibenarkan masuk ke majlis tersebut. Oleh hal itu, saya dan bapa saudara saya berjalan-jalan melihst suasana perniagaan di sekitar dewan tersebut sempena Majlis Konvokesyen universiti tersebut. Bapa saudara saya telah mengambil keputusan untuk membeli hadiah kepada abang saya sebagai tanda ucapan tahniah di atas kejayaanya menamatkan pelajaranya di peringkat universiti. Beliau telah membeli sejambak bunga mawar yang dihias cantik untuk diberikan kepada abang saya.

     Setelah sesi sidang konvokesyen selesai, kami diminta untuk ke khemah yang menempatkan sidang fotografi konvokesyen tersebut. Saya dan keluarga telah menangkap gambar keluarga bersama dengan abang saya yang berpakaian indah dan cantik yang lengkap berjubah sempena majlis konvokesyen tersebut. Setelah itu, kami singgah makan tengah hari di gerai-gerai yang disediakan. Saya dan keluarga memilih makanan nasi campur yang disediakan di salah satu gerai yang ada di situ. Selepas selesai makan tengah hari, kami terus ke masjid universiti yang berada di dalam universiti tersebut bagi menunaikan kewajiban solat zuhur ketika itu.


     Kemudian, saya dan keluarga terus ke salah sebuah hotel yang berdekatan dengan Bandar Hilir, Melaka. Kami telah menempah hotel tersebut sebelum menjejakkan kaki ke Melaka melalui tempahan atas talian. Setelah penat seharian menghadiri majlis konvokesyen tersebut, kami beristirahat sebentar sebelum memulakan kunjungan ke sekitar bandar Melaka. Pada malam tersebut, saya dan keluarga dibawa oleh abang saya ke satu restoran yang menyediakan makanan popular di negeri Melaka iaitu asam pedas. Walaupun restoran tersebut jauh dari kesibukan kota namun hidangan asam pedas adalah yang terbaik pernah saya rasa sebelum ini.   
     Pada hari terakhir berada di Melaka, abang saya telah membawa saya dan keluarga melawati beberapa tempat yang popular di Melaka seperti Muzium Maritime, Menara Taming Sari, Muzium Baba Nyonya. Selain itu, abang saya membawa kami ke menara taming sari. Menara taming sari merupakan Gyro Tower pertama di Malaysia dan dibuka secara rasmi pada tahun 2008. Ketinggiannya adalah setinggi 110 meter dimana stukturnya berpusing dapat memuatkan seramai 80 orang dan memberi pengunjung pandangan panoramik 360 darjah keseluruhan bandar Melaka.
      Muzium Baba Nyonya ini dibuka pada tahun 1985 dan mempamerkan sejarah dan budaya kaum Peranakan di negeri Melaka. Gabungan tiga lot teres ini adalah hak milik keluarga baba dan nyonya bernama keluarga Chan yang datang menetap di Melaka dengan tujuan untuk berniaga di negeri tersebut. Keturunan ini telah berjaya memelihara tinggalan dan perabot asal rumah tersebut. Hal ini menjadikan tempat ini sebuah destinasi ideal untuk sesiapa yang berminat untuk belajar dan melihat serba sedikit tentang budaya dari kaum Peranakan.     

     Seterusnya kami melawati ke Muzium Maritime atau lebih dikenali sebagai muzium samudera berjaya menarik sebanyak 20 000 orang sebulan. Di sini saya berpeluang untuk melihat bagaimana kekuatan tentera maritime memainkan peranan penting dalam menundukan pihak berkuasa pada ketika itu. Tarikan utama di muzium tersebut ialah Replica Kapal Flor De La Mar (Flower Of The Sea) yang mengikut sejarah telah karam di perairan Sumatra. Selepas melawati Muzium Maritime tersebut, saya dan keluarga singgah di kompleks jualan kraf tangan yang berhadapan dengan Muzium Maritime tersebut. Pelbagai hasil kraf tangan yang dipamerkan untuk jualan di kompleks tersebut dengan harga yang rendah dan berpatutan.


     Setelah selesai membeli belah di kompleks tersebut, saya dan keluarga pulang ke hotel untuk beristirahat setelah seharian berjalan melawati beberapa tempat popular di Melaka. Pada waktu malam, saya dan keluarga dibawa oleh abang saya ke salah sebuah restoran yang popular di Melaka untuk makan malam. Setelah selesai makan malam di restoran tersebut, kami sekeluarga ke Melaka River Park dan Cruise pada waktu malam. Saya berpeluang melihat bandar Melaka yang indah pada waktu malam yang dipenuhi dengan warna-warni yang memukau jiwa yang terpancar dari bangunan-bangunan di sepanjang sungai Melaka. Selesai menyusuri sungai Melaka dengan menaiki cruise, kami mengambil keputusan untuk pulang ke hotel semula untuk berehat disebabkan esok akan menempuhi perjalanan pulang yang jauh ke utara semenanjung Malaysia.
        Keesokannya, saya dan keluarga berkemas-kemas barangan yang sepatutnya untuk dibawa pulang. Setelah selesai proses pendaftaran keluar dari hotel tersebut, kami sempat bersarapan di warung yang menyajikan menu sarapan popular di negeri Melaka. Kemudian, kami terus pulang ke rumah yang mengambil masa perjalanan sekurang-kurangnya 8 jam perjalanan dar Melaka ke Kedah.       
        


No comments:

Post a Comment