Kokol Haven Resort |
Pada
cuti semester 1 tahun lepas, saya dan keluarga telah bersiar-siar ke Kokol
Haven Resort pada tarikh 2 Ogos 2018. Kokol Haven Resort terletak di tanah
tinggi iaitu di Bukit Kokol Menggatal, Sabah. Kokol Haven Resort merupakan
tempat peranginan yang cukup terkenal di Sabah kerana pemandangan yang indah
dan kawasan yang luas. Ketika berada di sini, pengunjung dapat melihat
pemandangan Bandaraya Kota Kinabalu dan pergunungan Kinabalu. Selain itu, salah satu tarikan para pelancong di Bukit Kokol ialah bersuhu sejuk, nyaman dan segar. Kira-kira 1 jam masa diperlukan untuk sampai ke Kokol Haven Resort daripada Kota Kinabalu atau sejauh 30 km. Hal ini kerana keadaan perjalanan ke sana bengkang-bengkok dan berbukit.
pemandangan Bandaraya Kota Kinabalu dan pergunungan Kinabalu. Selain itu, salah satu tarikan para pelancong di Bukit Kokol ialah bersuhu sejuk, nyaman dan segar. Kira-kira 1 jam masa diperlukan untuk sampai ke Kokol Haven Resort daripada Kota Kinabalu atau sejauh 30 km. Hal ini kerana keadaan perjalanan ke sana bengkang-bengkok dan berbukit.
Pelbagai kemudahan yang disediakan
di Kokol Haven Resort seperti penginapan, Kafeteria dan ruang rehat yang
menarik yang menghadap ke pergunungan Kinabalu. Cafeteria juga menyediakan
pelbagai juadah kepada pengunjung. Kami sekeluarga sempat menikmati hidangan ala carte dengan harga yang berpatutan. Destinasi
ini bukan sahaja tempat peranginan, pakej untuk majlis perkahwinan dan sambutan
hari jadi juga disediakan dengan bertemakan pemandangan Gunung Kinabalu. Bagi
mereka yang berbulan madu juga sesuai mengadakan percutian di sini kerana
suasana yang berkonsepkan romantik. Pasti ramai pengunjung yang teruja apabila
menjejakkan ke ke Bukit Kokol.
Pada 30 julai 2019 (selasa),
saya dan sepupu pergi makan angin ke Kota Belud, Sabah. Selama sehari, dua
destinasi yang telah kami kunjungi seperti Cabana Retreat dan Polumpung
Melangkap yang terletak di daerah Kota Belud, Sabah. Perjalanan dari Kota
Kinabalu ke Kota Belud kira-kira 1 jam 30 minit. Mereka yang berkunjung ke
destinasi akan berasa teruja dan seronok melihat keindahan alam ciptaan Tuhan.
Cabana Retreat |
Cabana Retreat terletak di pesisir
pantai Rampayan Kota Belud. Pemandangan yang indah dengan kebiruan laut dan angina
yang nyaman sesuai dijadikan destinasi untuk bersantai dan beriadah bersama
orang tersayang. Yuran pendaftaran hanya RM5 seorang, sangat berbaloi kerana
pelbagai kemudahan disediakan ditambah lagi dengan pemandangan pantai yang
indah.
Pertama kali menjejakkan kaki di Cabana Retreat,
perasaan yang serabut dengan kesibukan dunia berkurang dengan melihat
pemandangan laut. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar pipi yang lembut
seolah-olah dalam fantasi. Saya telah mengunjungi setiap tempat di pantai ini
dengan mengambil gambar sebagai tanda kenangan-kenangan. Orang yang berkunjung
di sini bukan sahaja orang tempatan malah orang luar negara turut datang ke
sini. Pengunjung yang datang ke sini juga boleh menikmati minuman dan hidangan
yang disediakan di cafe yang menghadap laut.
Selain itu, pelbagai aktiviti yang
disediakan seperti Memandu AVT, Berbasikal, River Cruise and Fireflies.
Penginapan juga disediakan yang berbentuk kanopi, pelbagai kemudahan yang
disediakan dalan kanopi seperti katil, selimut, lampu dan lain-lain. Reka
bentuk yang menarik dapat mencuit hati pelancong yang datang kesana dengan
harga yang berpatutan. Selain itu, Cabana Retreat juga membuka pakej majlis
perkahwinan, hari keluarga dan banyak lagi. Tidak rugi para pengunjung yang
membuat majlis ke sini kerana pemandangan yang indah dan nyaman.
AVT Car |
Penginapan Berbentuk Kanopi |
Cafe Cabana Retreat |
Ruang Rehat |
Selepas
beberapa jam di Cabana Retreat, kami meneruskan lagi perjalanan ke Polumpung
Melangkap kira-kira setengah jam perjalanan. Polumpung Melangkap merupakan
salah satu tempat menarik di Kota Belud. Sesiapa sahaja yang datang ke sini
pasti terpegun melihat persekitannya. Air sungai Polumpung salah satu tarikan
pelancong untuk bermandi-manda. Air yang jernih dan sejuk sangat memberi kepuasan
kepada pelacong. Selain itu; sungai Polumpung dihiasi dengan batu-batu sesuai
untuk pengunjung mengambil gambar. Yuran hanya RM2 bagi dewasa dan RM1 bagi
kanak-kanak sangat memuaskan hati terutama ahli keluarga yang berkunjung.
Polumpung Melangkap juga menyediakan
tempat berkhemah sesuai untuk aktiviti sekolah diadakan. Kawasan yang luas
dapat memudahkan menjalankan aktiviti beramai-ramai. Para pengunjung yang
datang ke sini disarankan membawa khemah untuk berehat. Hal ini kerana kawasan
ini sangat sesuai tempat beristirehat kerana udara yang nyaman dan segar.
Sungai yang mengalir dari Gunung Kinabalu |
Pemandangan yang berlatar belakang Gunung Kinabalu |
No comments:
Post a Comment