Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Wednesday, October 30, 2019

TIPS BERCUTI DI PULAU PERHATIAN


Tips bercuti di Pulau Perhentian
Pulau Perhentian terletak di Terengganu dan ia merupakan salah satu daripada tiga buah pulau yang sering menjadi tumpuan pelancong selain dari Pulau Redang dan Pulau Kapas. Percutian ke Pulau Perhentian ini sangat sesuai tanpa mengira ia adalah percutian bersama keluarga, rakan-rakan ataupun bagi mereka yang datang untuk berbulan madu.

Masa paling sesuai untuk bercuti di Pulau Perhentian
  • Kebanyakan resort di sekitar kawasan pantai timur tidak akan beroperasi dari bulan November sehingga Februari atau Mac kerana merek sedang dilanda musim tengkujuh.
  •  Musim paling terbaik untuk ke Pulau Perhentian ialah pada bulan April-September.
  • Sesetengah resort akan menurunkan harga bilik sebaik sahaja memasuki bulan Oktober.

Snorkeling.
  • Lebih baik berurusan sebelum ke Pulau Perhentian untuk mendapatkan pakej snorkeling yang menarik daripada ejen-ejen yang bekerja disana.
  • Ejen juga boleh dicari sewaktu di Pulau Perhentian sekiranya tidak menjumpainya sebelum percutian. Disana, anda akan berjumpa papan tanda operator-operator yang menawarkan pakej snorkeling dan scuba-diving.
  • No telefon ejen atau operator ini juga boleh didapati di pantai-pantai utama atau daripada pihak resort atau chalet.

Scuba-Diving.
  • Terdapat banyak operator yang boleh membantu menguruskan aktiviti ini. Selain itu, pelancong juga boleh mendapatkan lesen PADI ( Professional Association Diving Instructors ) disini.
  • Lesen PADI ini pelancong boleh cek dengan pihak resort, tetpi kebiasannya para pelancong telah mengetahui resort mana yang menyediakan aktiviti scuba-diving yang bagus.
Tips lain sebelum ke Pulau Perhentian
  1. Kasut :
  • Pakai kasut yang bersesuaian. Selipar juga amat penting terutama bila berjalan di pantai kerana kadang-kadang di pesisir pantai terdapat serpihan kaca. 
  • Untuk lebih mudah, pengunaan selipar amat digalakkan berbanding kasut.

2. Beg : 
  • Digalakkan untuk menggunakan beg bergalas berbanding beg beroda. 
  •  Memudahkan pergerakan di pantai dan semasa menukar bot atau menaiki feri. 
  • Lebih mudah, beg galas atau backpack.
 3.  Air mineral : 
  • Digalakkan untuk membawa stok air mineral yang banyak memandangkan kadang-kadang harga makanan dan minuman agak mahal di kawasan pulau-pulau.
  • Oleh kerana cuaca di pulau agak panas, kita akan merasa cepat dahaga terutamanya selepas aktiviti di laut atau tertelan air masin semasa aktiviti. Untuk mengelakkan dehidrasi, kita perlulah minum air mineral dengan kuantiti yang banyak. 
4. Powerbank 
  • Disarankan untuk membawanya kerana terdapat sesetengah chalet atau resort yang tidak menyediakan tenaga elektrik sepanjang 24 jam 
5. Multiple Socket 
  • Di sana, plug atau suis di setiap bilik agak terhad, tambahan pula dengan penyediaan tenaga eletrik yang bukan 24 jam. Penggunaan multiple socket sangat membantu untuk caj telefon atau powerbank pada waktu yang serentak. 
6. Kipas kecil 
  • Digalakkan juga untuk membawanya terutama sekali bersaiz kecil yang menggunakan USB dan boleh disambungkan pada telefon, ia boleh dgunakan pada waktu malam yang agak panas. 
7. Torchlight 
  • Boleh digunakan pada masa-masa bekalan elektrik diputuskan atau pada waktu-waktu kecemasan kerana kita tidak menjangkakan apa yang boleh berlaku.

by: Norhayati (A170133)


“ Pulau Pinang, Pulau Mutiara"


Tips melancong ke Pulau Pinang

1.        Ketahui tempat-tempat yang menarik di Pulau Pinang.
Perkara pertama yang perlu dibuat oleh seorang pelancong untuk melancong ke suatu tempat adalah dengan mengenalpasti tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi sewaktu di tempat pelancongan. Tips paling penting, pelancong  haruslah membuat penyelidikan terlebih dahulu untuk ke suatu tempat pelancongan untu mengetahui tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Antara tempat yang menarik untuk dikunjungi semasa berada di Pulau Pinang ialah Padang Kota Lama, Bukit Bendera, Batu Feringghi, Escape Penang, Sky walk dan banyak lagi pantai yang menarik.

2.        Pilih tempat penginapan yang strategik.
Penginapan bukan satu masalah apabila melancong di Pulau Pinang terutamanya dikawasan bandar atau kawasan pelancongan. Hal ini bukan sahaja dapat jimatkan masa anda untuk bergerak ke satu tempat yang lain, malah dapat juga jimatkan kos untuk pengangkutan. Georgetown dan Batu Feringghi selalunya menjadi pilihan utama pelancong untuk dikunjungi kerana kawasan ini berdekatan dengan banyak tempat menarik serta kemudahan untuk mendapatkan tempat penginapan
.
3.        Perancangan awal perjalanan sepanjang percutian.
Perancangan awal perjalanan juga merupakan antara perkara terpenting yang perlu dilakukan sebelum melancongi ke suatu destinasi. Perancangan awal itu adalah wajib, hal ini kerana dengan perancangan awal ini seseorang dapat membuat persiapan dengan lebih awal antaranya seperti tempahan untuk tempat penginapan, tempahan suatu tempat dan penyusunan jadual semasa di destinasi. Contohnya, permulaan destinasi anda melancong di Pulau Pinang adalah di Padang Kota Lama, seterusnya pergerakan ke Bukit Bendera.

4.        Kenali jenis pengangkutan awam yang terdapat di destinasi pelancongan.
Pulau Pinang juga terkenal dengan sistem pengangkutan awan yang efisien. Antara pengangkutan yang terdapat di Pulau Pinang ialah bas RAPID, feri dan beca. Terdapat dua cara untuk ke bahagian pulau antaranya menggunakan kereta dan pengangkutan feri ke pulau, pengangkutan feri ini sering digunakan oleh orang awam untuk mengelakkan kesesakan diatas jambatan terutamanya sewaktu pergi dan balik kerja.

5.        Fahami jalan disekitar Pulau Pinang.
Kelancaran semasa perjalanan juga haruslah dititik beratkan semasa melancong. Perjalanan semasa melancong akan lebih lancar kalau perancangan awal untuk mengetahui jalan dan tempat di Pulau Pinang. Contohnya, paling kurang seseorang haruslah tahu kedudukan Batu Ferringhi dalam Pulau Pinang, Georgetown arah timur, Bayan Lepas arah selatan dan Balik Pulau arah barat pulau manakala Seberang Perai pula dekat mainland. Hal ini akan memastikan kelancaran perjalanan anda semasa melancong.
by: Adib Azmi (A170610)

Tips ke pulau pangkor antara pulau yng wajib pergi!


Tips ke pulau pangkor antara pulau yng wajib pergi!

Tips bercuti di Pulau Pangkor. Pulau Pangkor ada tarikan lain yang mungkin ramai tidak mengetahuinya. Walaupun pulau ini kecil, ia tetap memiliki sejarahnya yang tersendiri serta unik.
Jika anda seorang yang mengimpikan satu percutian ala perkampungan nelayan yang mendamaikan, maka pilihan destinasi cuti di Pulau Pangkor adalah yang sangat sesuai. Pulau Pangkor adalah destinasi popular di negeri Perak. Malah, ia menjadi pilihan utama untuk percutian bajet terutama untuk pelancong tempatan.

    Pulau Pangkor terletak kira-kira 90 kilometer (km) dari barat daya bandaraya Ipoh dan tujuh batu nautika dari Jeti Lumut. Untuk ke Pulau Pangkor, anda perlu berada di Lumut terlebih dahulu.
Untuk ke Lumut, anda tidak perlu khuatir kerana terdapat banyak kemudahan awam yang menuju ke sana, seperti bas dan teksi. Untuk perkhidmatan bas, terdapat tidak kurang dari 10 buah syarikat bas yang beroperasi ke sini. Ia dari seluruh Semenanjung Malaysia.

·         Dari Kuala Lumpur : 252 km
·         Dari KLIA : 298 km
·         Dari Pulau Pinang : 262 km
·         Dari Ipoh : 85 km
Dari stesen bas Lumut, anda hanya perlu jalan kaki ke Jeti Lumut untuk ke Pulau Pangkor. Buat mereka yang berkenderaan sendiri, anda mempunyai pilihan samada menggunakan perkhidmatan feri di Jeti Lumut atau Jeti Marina Island.

Naik Feri Ke Pulau Pangkor
Bagi anda yang mahu ke Pulau Pangkor, ada dua perkhidmatan feri utama disediakan. Pertama ialah menerusi Jeti Lumut, dan keduanya menerusi Jeti Marina Island. Pulau Pangkor juga boleh dikunjungi menerusi udara. Ada lapangan terbang kecil di Pulau Pangkor, yang selalunya digunakan oleh syarikat penerbangan 'peribadi'

Tiket feri di kedua-dua jeti berharga RM10 bagi dewasa untuk pergi dan balik manakala kanak-kanak berusia empat hingga 11 tahun hanya RM5. Perkhidmatan feri dari Jeti Marina Island mengambil masa 10 minit perjalanan manakala di Jeti Lumut selama 45 minit.

Tips Untuk Bercuti Di Pulau Pangkor
Di Pangkor pengunjung akan disambut deretan teksi merah jambu yang cukup sinonim dengan pulau peranginan ini yang sedia membawa pelancong ke seluruh pulau, malah pengunjung boleh menyewa motosikal dan kereta dengan harga berpatutan.

Namun begitu, berdasarkan kepada pengalaman saya beberapa kali bercuti di Pulau Pangkor, saya lebih syorkan anda untuk ambil pakej sewaan teksi van merah jambu untuk 'meronda' keseluruhan pulau ini. Jika anda tetap mahu menyewa kereta atau motorsikal pandu dan bawa sendiri, elok anda periksa keadaan kereta dan motor terlebih dahulu.

Pernah berlaku di mana ada pelancong terpaksa menggunakan lampu suluh untuk menyuluh jalan waktu malam kerana lampu kenderaan dan motorsikal tidak berfungsi dengan baik. Malah, banyak sekali kejadian di mana pelancong perlu menyorong motorsikal kerana meter minyak rosak - tanpa sedar bahawa motorsikal sudah kehabisan petrol.
Pulau Pangkor dan sekitarnya ada beberapa pantai yang menarik. Keindahan pantainya pasti mencuri tumpuan pencinta alam yang menginginkan suasana santai.
Antara yang menjadi tarikan pelancong ialah Pantai Pasir Bogak, Pantai Teluk Nipah, Teluk Ketapang, Pantai Coral dan Pantai Puteri Dewi kerana bersih, indah dan tenang. Ada sebahagian dari pantai ini diselenggara secara rapi oleh pihak pengurusan hotel dan resort yang ada di situ, terutamanya Pantai Coral dan Pantai Puteri Dewi atau juga dikenali sebagai Pantai Emas.

Untuk mereka yang mahukan pantai yang lebih eksklusif, boleh ke Pangkor Laut untuk menikmati keindahan Emerald Beach yang sering menjadi sebutan pelancong asing.
Selain untuk bermandi-manda dan bermain ombak, pantai-pantai di Pulau Pangkor juga menjadi tumpuan pengunjung untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti berkelah, menyelam dan memancing selain menaiki bot pisang, melihat matahari terbenam, menarik pukat bersama tekong, bermain bola tampar dan bola sepak pantai.

Bagaimanapun, pantai yang paling mendapat tempat di hati pelancong ialah Pantai Teluk Nipah dan Pantai Coral di Nipah Bay kerana mempunyai gugusan pulau kecil seperti Pulau Giam dan Pulau Mentagor.
      Ia pilihan terbaik melakukan aktiviti menyelam dan snorkeling yang dikelilingi batu karang, ikan    dan timun laut, malah di Pulau Giam pengunjung juga berkesempatan memberi makan kepada ikan.
     Anda perlu mendapatkan khidmat daripada 'Beach Boy' Pulau Pangkor untuk ke pulau-pulau ini. Nasihat saya, dapatkan harga diskaun setiap kali anda ingin membuat tempahan. Dan seelok-eloknya, buat tempahan awal dan secara berkumpulan kerana harganya lebih murah daripada harga disenaraikan.
Elakkan membuat tempahan lewat petang kerana anda akan rugi masa untuk ke pulau-pulau dinyatakan. Jangan lupa untuk tawar-menawar eh .. ...

     Antara keunikan Pangkor ialah kegemaran penduduk setempat menjadikan ikan buntal sebagai hiasan rumah mahupun kedai. Jadi, jangan terkejut apabila anda melewati setiap rumah dan kedai di sepanjang pulau itu ikan buntal yang bukan dikategorikan ikan cantik banyak digantung dan ditiup angin laut.
Di sini juga terdapat pelbagai menu berasaskan makanan laut segar dari bot nelayan boleh didapati.

     Jika mahukan menu yang ringan, pengunjung boleh memilih makanan popular penduduk Pangkor iaitu laksa mi atau lebih dikenali dengan nama ‘Laksa Mi Pangkoq’. Saya minta maaf tak dapat nak sertakan gambar laksa istimewa ini .. huhu ...

     Istimewanya, laksa mi tidak menggunakan mi biasa atau laksa tetapi mi yang diadun khas dan disertakan bersama sup jernih berasaskan ikan atau udang, sambal tumis merah, hirisan kacang panjang serta lobak masin.

Untuk mereka yang mahu meneroka Pulau Pangkor ini, saya syorkan anda melawat tempat
peninggalan sejarah ratusan tahun iaitu Kota Belanda dan Batu Bersurat di Kampung Teluk Gedung. Jika anda bernasib baik mendapat seorang pemandu van teksi merah jambu yang ramah, anda akan diceritakan dengan kisah menarik Kota Belanda dan juga Batu Bersurat. Tarikan lain di pulau berkenaan antaranya Galeri Pangkor, Taman Tarikan Foo Ling Kong dan Sunset View Chalet Teluk Nipah untuk aktiviti memberi makan burung enggang, aktiviti pembuatan bot dan perkampungan nelayan di Kampung Teluk Dalam.

        Di Taman Tarikan Foo Ling Kong, anda boleh bergambar dengan Tembok Besar China Mini yang ada di situ, selain melihat ikan Arapaima bersaiz gergasi yang terdapat di kolam ikan berhadapan temple. Di sini juga terdapat banyak gerai cenderahati yang dijual dengan harga berpatutan.

Bermalam 3 Hari Baru Puas
Jika anda bercuti ke Pangkor, saya syorkan anda untuk bermalam selama 3 hari. Sehari untuk menikmati keindahan dan habiskan masa dengan aktiviti pantai, sehari untuk meneroka tempat menarik yang ada di Pulau Pangkor dan sehari untuk jelajah kawasan sekitar perairan - pulau-pulau kecil yang ada di sekitar pulau popular di Perak ini.
Sebelum pulang, pengunjung boleh membeli hasil laut seperti ikan bilis, sate ikan, sotong kering, ikan pedas dan pelbagai produk berasaskan hasil laut di sepanjang jalan Pekan Pangkor atau beli terus di kilang.


by: Rusydi Saad (A170729)

TIPS MELANCONG KE PULAU LANGKAWI PULAU LAGENDA

Pengangkutan ke Langkawi

  •  Jika mengambil penerbangan ke Langkawi ianya mengambil masa lebih kurang 1 jam dari KLIA
  • Jika ingin menaiki feri, boleh naik dari Kuala Perlis atau Kuala Kedah untuk ke Langkawi di mana feri akan menuju ke jeti Kuah. Bagi mengelakkan tiket feri habis anda disarankan untuk membeli tiket untul balik setelah tiba di jeti Kuah. Tambang feri sehala bagi Kuala Perlis ke Langkawi adalah RM18 untuk dewasa manakalan kanak-kanak berharga RM13
  •  Anda juga boleh menaiki Feri Roro ke Langkawi iaitu jika anda ingin membawa kereta sendiri dimana kadar bayaran untuk kenderaan adalah berbeza sebagai contoh kereta sedan bawah 2000cc dikenakan tambang RM186/RM352 (sehala/pergi-balik)
Masa sesuai ke Langkawi
  • Bila-bila masa sesuai ke Langkawi Cuma kalau boleh elakkan pergi semasa musim hujan. Banyak aktiviti akan tergendala dan terbatas seperti Islang Hoping, Mangrove Cruise di Kilim Geo Park dan Cable Car Langkawi Panoramic.
  • Peak season adalah ketika LIMA, cuti sekolah atau cuti umum. Waktu ini merupakan tempat tarikan yang akan dipenuhi oleh pengunjung. Dan waktu sebegini susah untuk mendapatkan diskaun untuk kereta sewa.
Pilihan hotel di Langkawi
  • Banyak pilihan dan juga banyak lokasi yang bole dipilih, semuanya bergantung kepada tujuan dan budget dimana pilihan utama untuk anda di Pantai Cenang dan Pekan Kuah.
  • Pantai Cenang mempunyai pemandangan yang mempesonakan ketika menjelang senja.Terdapat banyak kedai dan restoran yang berdekatan dengan hotel anda. Terdapat pelbagai resort seperti Cenang Plaza Beach Hotel, Langgura Baron Resort, Best Star Resort dan Malibest Resort.
Tempat menarik di Langkawi
  •  Jika ingin percutian yang tidak kelam kabut, anda disarankan bermalam selama 4 hari 3 malam.
  • Contonya, untuk Island Hoping memerlukan masa selama satu hari. Begitu juga dengan Cable Car, memerlukan lebih kurang ½ hari kerana perlu beratur panjang.
  • Ini belum termasuk lagi dengan Underwater World Langkawi, Shopping Barangan Bebas Cukai, Rumah Mahsuri di Padang Maksirat.
by: Abdullah Hakim (A170881)

TIPS KE PULAU LANGKAWI

Tips pertama ke Langkawi adalah pengunjung boleh ke sini dengan beberapa pilihan sama ada melalui udara atau laut. Melalui udara adalah dengan menaiki kapal terbang iaitu penerbangan MAS, Air Asia, Malindo atau Firefly. Pernerbangan ke Langkawi ini mengambil masa 1 jam 20 minit mengikut jenis pesawat yang anda pilih. MAS berlepas dari KLIA manakala Airasia dan Malindo dari KLIA2 dan Firefly dari Subang Airport. Seterusnya, melalui laut pula adalah dengan menggunakan perkhidmatan feri. Perkhidmatan feri ini hanya mempunyai dua destinasi sahaja yang boleh kita naik ke Langkawi iaitu Kuala Perlis dan Kuala Kedah. semasa membeli tiket feri lebih baik anda membeli tiket pulang sekali untuk mengelakkan apabila telah check-out hotel, tiket feri untuk balik telah habis.

Tips yang kedua adalah anda perlu memilih tarikh yang sesuai untuk pergi ke Langkawi supaya percutian anda ke sini tidak sia-sia. Waktu yang sesuai ke Langkawi adalah dari bulan 1 hingga bulan 3 kerana pada waktu ini cuaca cerah dan sesuai untuk ke Langkawi. Manakala pada bulan 9 sehingga awal bulan 11 adalah waktu yang kurang sesuai. Hal ini dilatakan demikian kerana pada bulan ini cuaca lembab yang menyebabkan aktiviti luar tidak dapat dijalankan seperti hujan lebat.

Tips yang ketiga adalah anda perlu menempah tempat penginapan 3 bulan awal untuk memastikan semasa berada di sana amda mempunyai tempat tinggal. Ini kerana pada cuti sekolah selalunya ramai pelancong datang ke Langkawi. Untuk mengelakkan anda tiada tempat tinggal, anda perlu menempah tempat tinggal 3 bulan awal sebelum ke Langkawi. Lokasi yang menjadi tumpuan tempat tinggal adalah Pantai Cenang, Pantai Tengah, Pekan Kuah, Kuala Muda, Tangjung Rhu dan Padang Maksirat. Penginapan yang paling terkenal adalah di kawasan Pantai Cenang atau Pantai Tengah.

Tips yang keempat adalah pilihan makanan yang paling banyak adalah di kawasan Pekan Kuah dan Pantai Cenang. Anda boleh mendapatkan makanan di kawasan ini kerana terdapat terdapat beberapa tempat yang agak special dan yang agak ‘viral’ di lokasi tertentu yang perlu anda kunjungi. Anda juga perlu elak makan makanan seafood untuk mengelakkan anda kekurangan bajet kerana lobster di Langkawi bukan murah seperti lobster di Kota Kinabalu.

Tips kelima adalah anda perlu bijak membelanja kerana Langkawi terkenal sebagai Pulau Bebas Cukai. Opelbagai barangan di sini bebas cukai dan lebih murah. Antara barangan yang sering dibeli oleh pelancong adalah set pinggan mangkuk, coklat, kain batik/ pelikat, minyak gamat dan rokok. Kedai yang menjadi tumpan pelancong adalah di kawasan Pekan Kuah iaitu Haji Ismail Groupm RAMS, Idaman Suri dan lain-lain. Jadi anda perlu bijak membelanja semasa berada di Langkawi.

by: Soleh Abu Hassan (A170916)

1.Perancangan Rapi
Membuat perancangan rapi akan memberikan ketenangan sewaktu pergi bercuti bersama keluarga nanti. Seperti keluarga saya telah menyusun setiap perancangan beserta aktiviti yang perlu dilakukan semasa melancong.Gunakan aplikasi mudah alih untuk mencari maklumat tentang cuaca, ulasan hotel, jalan raya, peta dan perkhidmatan teksi supaya percutian kami sekeluarga lebih mudah.

2. Kemas bagasi
Barang-barang keperluan seperti pakaian dan barang yang lain telah diuruskan mengikut keperluan masing-masing. Kami mengambil masa sedikit bagi mengklasifikasikan pakaian-pakaian yang perlu dibawa sepanjang 3 hari kami di sana. Ibu saya memainkan peranan penting dalam hal ini. Ibu saya memastikan tiada satu pun barang keperluan kami tertinggal. Beliau telah mengingatkan kami sekeluarga berkali-kali sebelum bertolak ke jeti Kuala Perlis.

3. Tempat penginapan
Bapa saya telah menguruskan penginapan bagi seluruh seisi keluarga iaitu di Baron Hotel berdekatan dengan pantai Cenang. Beliau telah menempat bilik-bilik di hotel tersebut melalui atas talian bagi mengelak sebarang ketiadaan tempat penginapan bagi kami sekeluarga. Bapa saya telah membuat penempahan terlebih awal iaitu sebulan awal. Bapa saya memilih Baron Hotel kerana tempat tersebut berdekatan dengan destinasi yang akan kunjungi untuk beberapa hari kami di sana.

4. Destinasi yang ingin di tuju
Antara destinasi yang dituju seperti Langkawi Cable Car, SkyRex, SkyDome, SkyBridge, 6D Cinemotion dan 3D Art Langkawi serta beberapa tempat lain yang terdapat di Langkawi. Hal ini menunjukkan kami sekeluarga telah membuat perancangan yang rapi. Hal ini kerana bagi mengelakkan kebuntuan kami sekeluarga bagi memilih tempat melancong kami di sana. Bapa saya telah mengetahui terlebih dahului jalan yang lebih dekat tanpa sebarang kesesakan lalu lintas dengan bertanyakan ‘laluan tikus’ dengan kawan-kawannya yang tinggal di Pulau Langkawi.

5. Pengankutan
Bagi pengangkutan pula, bapa saya menguruskan hal tersebut dengan menyewa kereta sewa. Kereta sewa tersebut dimiliki oleh kawannya sendiri. Hal ini kerana kawannya tersebut menyediakan perkhidmatan kereta sewa bagi pelancongan yang ingin menggunakan khidmatnya. Lebih menguntungkan ialah kami sekeluarga telah memperoleh diskaun separuh harga kerana bapa saya merupakan kenalan beliau. Hal ini telah mengurangkan aliran wang yang keluar bagi kegunaan kami sekeluarga sepanjang berada di Pulau Langkawi.

by: Izwadi Mat Ali (169738)

TIPS MELANCONG KE SUNGAI KLAH HOTSPRING PARK, SUNGKAI PERAK


1. Lokasi yang mudah
  • Sebelum memulakan perjalanan untuk melancong, kita seharusnya bijak dalam memilih lokasi pelancongan yang mudah untuk kita sampai di sesuatu lokasi. Kita mestilah mempunyai pengangkutan, kemampuan kewangan, tempat penginapan, makanan dan sebagainya.
  • Ketika melancong di Hotspring Sungkai, kami sudah membuat membuat kajian terhadap lokasi pelancongan. Kami mempunyai kemampuan yang secukupnya sama ada dari segi kewangan,pengangkutan dan sebagainya.
  • Oleh itu, kita seharusnya membuat kajian yang terperinci terhadap sesuatu lokasi pelancongan terlebih dahulu.
2. Membawa apa yang perlu sahaja
  • Membawa apa yang perlu sahaja ketika melancong dapat menjimatkan ruang penyimpanan barang dalam beg. Hal ini akan menyebabkan pergerakan kita menjadi lebih mudah untuk bergerak jika kita tidak membawa barang yang terlampau banyak serta barang yang tidak perlu.
  • Ketika melancong ke Sungai Klah, Hotspring, Sungkai Perak, saya hanya membawa peralatan yang perlu dan mencukupi semasa melancong seperti pakaian dan juga peranti gajet.
3. Memuat turun aplikasi di telefon
  • Pada zaman globalisasi ini, semua maklumat yang kita ingin cari hanya di hujung jari. Oleh itu, kita haruslah menggunakan segala jenis kemudahan ini dengan sebaik mungkin.
  • Semasa kami melancong di Sungai Klah, Hotspring, Sungkai Perak, kami memuat turun aplikasi waze bagi membantu kami untuk menunjukkan jalan untuk sampai ke destinasi pelancongan kami.
4. Bijak mengurus kewangan.
  • Umum mengetahui bahawa wang merupakan perkara yang penting pada masa kini. Jika ingin melancong pastikan anda ukur baju di badan sendiri. Jika kita melakukan pengiraan segala kos dengan lebih awal, secara tidak langsung kita mengurus kewangan dengan baik dan kita terhindar daripada bentuk pembaziran sengan perkara yang tidak berfaedah.
  • Sebelum melancong ke Sungai Klah, Hotspring Sungkai saya tidak membawa duit terlalu banyak, hanya sekadar mengikut keperluan sahaja.
5. Membuat tempahan penginapan lebih awal
  • Membuat tempahan penginapan lebih awal mempunyai banyak kelebihan antaranya kita dapat merancang perjalanan dengan lebih lancar.
  • Kami membuat tempahan awal iaitu seminggu awal sebelum kami melancong. Hal ini demikian kerana kami ingin mengelakkan terjadinya kelam kabut sebelum pelancongan.
  • Kami membuat tempahan penginapan di Mengkawan Chalet adalah seminggu awal sebelum bertolak untuk melancong.
by: Yazid Sameon (A169846)