Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Tuesday, October 15, 2019

PULAU MUTIARA, PULAU PINANG

Nama penulis: Azirul Adib Bin Azmi (A170610)



Pelancongan merupakan suatu yang melibatkan pergerakan sementara individu dan keluarga atau sekumpulan pelancong yang pergi ke sesebuah destinasi dalam negeri atau luar negara untuk tujuan rekreasi, beristirehat, konvensyen dalam tempoh melebihi daripada satu hari, yang juga menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh penyaji atau pengusaha perkhidmatan dan berada di destinasi untuk seketika untuk menikmati, menonton dan melakukan aktiviti, produk dan ruang pelancongan.

Seterusnya, pelancongan boleh jadi domestik atau antarabangsa, dan pelancongan antarabangsa mempunyai kesan masuk dan keluar pada imbangan bayaran sesebuah negara. Kini, pelancongan merupakan sumber pendapatan utama bagi kebanyakkan negara, dan memberi kesan kepada ekonomi kedua-dua negara sumber dan tuan rumah, dalam sesetengah keadaan menjadi sangat penting samaada pelancongan yang terjejas akibat kemelesetan ekonomi yang teruk ataupun disebabkan oleh serangan wabak di negara tersebut.
Selain itu, pelancongan domestik ialah pelancongan yang melibatkan pergerakan daripada negeri ke negeri. Contohnya seperti pelancong warganegara yang menetap di Kedah melancong ke Johor atau negeri lain. Manakala pelancongan antarabangsa pula ialah pelancongan yang melibatkan pergerakan ke negara luar bukannya melancong ke dalam negara. Contohnya ialah warganegara Malaysia yang melancong ke Korea atau Jepun. Menurut Pertubuhan Pelancongan Sedunia, Malaysia merupakan negera yang ketiga menerima kunjungan pelancong dari serata dunia pada peringkat Asia selepas Thailand dan merupakan negara kedua terbanyak menerima kunjungan daripada pelancong seluruh dunia peringkat Asia Tenggara.


Seterusnya, saya ingin sertakan beberapa pengalaman saya sebagai pelancong dan juga sebagai seorang anak daripada saya kecil hingga dewasa ketika saya melancong di beberapa buah tempat di Malaysia serta pengalaman persiapan pelancongan juga situasi di tempat kejadian. Pengalaman pertama saya ialah melancong ke Pulau Pinang, berikutan dengan pengalaman yang ingin saya kongsikan,saya ingin sertakan beberapa situasi sebelum, semasa dan selepas saya melancong.

Di samping itu, Pulau Pinang merupakan antara destinasi pelancongan yang terbaik untuk para pelancong untuk melancong mahupun pelancong tempatan atau antarabangsa. Pulau Pinang mempunyai pelbagai tempat yang menarik untuk dikunjungi sama ada pelancongan industri, sukan dan kesihatan, juga Pulau Pinang merupakan antara tempat pelancongan yang bersejarah selepas bandar bersejarah Melaka iaitu bandar bersejarah Georgetown. Antara tempat yang menarik untuk dikunjungi di Pulau Pinang ialah Batu Feringghi, Komtar, Pantai Monyet, Tanjong Bungah dan Bukit Bendera Pulau Pinang juga merupakan antara satu-satunya pulau yang terhubung dengan tanah besar Malaysia.



Seterusnya, saya melancong ke Pulau Pinang bersama keluarga saya pada tanggal 25 September 2004 di Batu Feringghi selama 2 hari 1 malam. Sebelum kami melancong, saya dan keluarga membuat beberapa persiapan untuk kami memulakan perjalanan kami sekeluarga ke Pulau Pinang, destinasi utama yang hendak kami pergi di Pulau Pianng ialah Batu Feringghi. Batu Feringghi merupakan tempat yang menarik untuk para pelancong yang minat atau sukakan kepada pantai, pantai tersebut amatlah sesuai untuk dikunjungi serta untuk melakukan pengembaraan kerana tempat tersebut amatlah cantik serta bersih. Persiapan sebelum saya memulakan perjalanan saya ke Batu Feringghi ialah saya menyediakan kelengkapan untuk aktiviti pada malam pertama iaitu bakar-bakar ( BBQ ), antara kelengkapan yang saya sediakan ialah jaring untuk bakar, arang serta tempat untuk meletakkan arang tersebut. Manakala ibu serta ayah saya membuat persiapan kelengkapan pakaian serta minuman untuk kami sekeluarga contohnya baju, tuala, seluar dan kelengkapan yang lain. Seterusnya, abang saya pula mendapat tugasan daripada ayah untuk memeriksa keadaan kereta untuk berjalan jauh. Untuk pengetahuan saya mempunya 4 orang adik beradik dan kami menetap di utara Kedah.



Selain itu, setelah membuat pelbagai persiapan untuk memulakan aktiviti melancong kami sekeluarga, keesokkan harinya kami bertolak daripada rumah untuk ke Pulau Pinang pada pukul 8.00 pagi. Pada permulaan perjalanan abang saya memandu kereta disertai ayah saya sebagai penumpang di hadapan, akan tetapi di tengah perjalanan abang saya mengalami kekejangan dan menyebabkan ayah saya terpaksa mengambil tempat abang saya untuk memandu kereta. Pada pukul 10.00 pagi kami sampai di destinasi yang hendak dituju iaitu Batu Feringghi, adik saya amat teruja akan pantai tersebut kerana keadaan pantai yang cantik serta bersih membuatkan hati kami rasa tenang untuk duduk disitu. Setelah sampai kami mengambil kelengkapan untuk berkelah di pantai tersebut sebelum kami daftar masuk ke homestay yang akan kami tinggal semasa di Batu Feringghi, ibu saya menyediakan pelbagai makanan untuk kami makan pagi sambil menikmati keindahan pantai yang tersergam indah itu antara makanannya ialah mee sanggul, sandwich, karipap, nasi goreng serta air teh o panas. Saya amat teruja dengan keindahan tempat tersebut sampaikan saya makan sampai bertambah kerana keasyikkan sambil menikmati juadah yang disediakan, ayah saya pula seorang yang bersosial akan tetapi semasa berada di pantai tersebut ayah saya asyik akan telefon yang dipegangnya dengan alasan untuk mengambil gambar dan hantar gambar tersebut ke kenalan telefonnya. Hal ini menunjukkan bahawa keadaan pantai tersebut dapat menarik seseorang untuk berubah perwatakan mereka untuk menjadi yang lebih baik termasuklah saya. Selepas beberapa jam menikmati keindaham alam tersebut kami bertolak ke homestay untuk daftar masuk supaya dapat merehatkan diri sebelum bermulanya aktiviti pada malam harinya.




Seterusnya, setelah malam menjelma kami sekeluarga membuat persiapan barang untuk memulakan aktiviti yang seterusnya iaitu family sharing. Aktiviti ini merupakan aktiviti keluarga untuk meluahkan perasaan yang baik mahupun buruk untuk ahli keluarga saya memperbaiki mana yang buruk dan tingkatkan mana yang baik, dalam family sharing ini terdapat aktiviti lain seperti bermain permainan tradisional serta barbeku. Ayah membahagi tugas untuk ahli keluarganya iaitu saya menghidangkan makanan, abang dan adik lelaki membantu bakar ayam serta sosej manakala ibu dan adik perempuan berada di dalam homestay untuk menggoreng koew teow dan ayah ke kedai untuk membeli barang yang lain seperti ais batu. Kami melakukan aktiviti yang ditugaskan dengan jayanya tanpa bantahan, selepas siap segala kerja yang diarahkan kami berkumpul untuk sesi family sharing. Sesi family sharing bermula seperti yang yang dirancang iaitu ayah memulaka perbicaraan seterunya disusuli ibu, abang, saya, adik lelaki dan akhirnya adik perempuan saya, aktiviti itu dijalankan sambil kami sekeluarga menjamu selera terhadap makanan yang dimasak dan dibakar. Pada pukul 1 pagi aktiviti family sharing itu berakhir masing-masing kepenatan walaupun tiada aktiviti lasak dilakukan, kami mengemas segala benda yang digunakan untuk mempercepatkan waktu tidur kmi sekeluarga kami tidur pukul 1.30 pagi.



Di samping itu, aktivit kami diteruskan untuk pergi ke street art. Kami daftar keluar homestay pada pukul 9.00 pagi dan meneruskan pergi ke street art itu berdekatan dengan Kompleks Komtar, perjalanan daripada Batu Feringghi ke Komtar mengambil masa satu setengah jam. Setibanya kami di Komtar pada pukul 10.30 pagi kami memulakan pencarian ke destinasi street art tersebut, untuk pengetahuan street art itu berada berselerak berdekatan Komtar jadi kami memerlukan masa untuk bergerak daripada satu street art ke street art yang lain. Kami sekeluarga amat gembira kerana terdapat pelbagai jenis seni yang ditunjukkan dan setiap seni itu menunjukkan pelbagai reaksi terhadap gambar tersebut. Kami bergambar bersama keluarga sebagai tanda pengakhiran kepada percutian kami itu dan kami bertolak balik pada jam 11.30 pagi ke rumah.

Kesimpulannya, percutian ini merupakan antara percutian bersama keluarga yang tidak pernah akan saya lupakan. Hal ininadalah demikian adalah kerana percutian ini saya rasakan amatlah menarik tempatnya dan sangat sesuai bagi pelancong yang suka akan kenikmatan alam semula jadi dengan pantainya yang bersih serta menarik. Percutian ini saya tidak akan saya lupakan sehingga adanya percutian yang diciptakan oleh saya sehingga mengalahkan pengalaman percutian ini.

No comments:

Post a Comment