Pengalaman di Pulau Langkawi
Semasa saya berumur 8 tahun, saya dan
keluarga saya melancong di Langkawi untuk 3 hari 2 malam. Saya telah membuat
persiapan yang sangat rapi dan membeli belah dengan keluarga saya sebelum 2
minggu. Saya dan keluarga saya membuat keputusan untuk ke Langkawi dengan kapal
terbang iaitu AirAsia. Kami telah memilih hotel berdekatan dengan pantai yang
sangat suasana nyaman dan tenang. Pada hari kedua juga, saya rasa tidak sihat
kerana ia merupakan pelancongan yang pertama. Saya rasa sangat penat. Pada hari
kedua juga saya ke akuarium yang paling besar di Langkawi, iaitu Underwater
World Langkawi. Aquarium tersebut merupakan tarikan pelancong yang ramai. Harga
tiket untuk per entry juga bernilai untuk tempat tersebut. Tempat kedua yang
saya melancong ialah Dataran Lang. Di tempat tersebut kami membenarkan untuk
memberi makanan kepada burung. Seterusnya, kami sekerluarga ke Langkawi Cable
Car. Kami sekeluarga hanya melancong tempat yang sedikit sahaja, kerana banyak
budak-budak kecil termasuk saya tidak sihat kerana ia merupakan pelancongan
yang pertama dalam kehidupan.
Saya telah muntah di kapal terbang
semasa pergi ke Langkawi dan balik dari Langkawi. Pengalaman di Langkawi
merupakan pengalaman yang saya tidak boleh lupa dalam kehidupan saya. Saya
hendak pergi Langkawi kembali untuk melancong dengan keluarga saya.
Pengalaman di Port Dickson dan Melaka
Saya dan keluarga saya melancong ke
Port Dickson dan Melaka untuk 3 hari 2 malam pada 24, 25 dan 26 Disember 2016.
Saya telah membuat persiapan yang sangat baik sebelum ke Port Dickson kerana ia
merupakan pelancongan kami sekian lama. Maka, saya telah membuat beberapa
perancangan untuk tiga hari dengan keluarga saya. Sehari sebelum iaitu 23
Disember 2016, saya dan keluarga saya telah memasak dan simpan di peti sejuk
untuk hari keberikutannya. Pada hari 24 Disember 2016, kami telah makan sarapan
pagi yang dimasak di rumah dan bertolak ke Port Dickson. Saya dan keluarga saya
sampai ke Port Dickson pada pukul 12 petang. Saya dan keluarga saya tempah
tempat penginapan Glory Beach Resort. Ia merupakan resort yang sangat menarik
untuk bercuti dengan keluarga kerana resort tersebut ada kolam renang yang
bersih dan pantai yang sangat berdekatan. Pada hari pertama, keluarga saya
telah membuat bbq sehingga larut malam. Kami menikmati peristiwa tersebut. Pada
hari kedua iaitu 25 Disember 2016, sekurang-kurangnya pukul 2 lebih selepas
makan makanan tengahari, kami sekeluarga bertolak ke Melaka untuk melancong.
Kami sampai di Melaka pada pukul lebih kurang 4 petang. Selepas sampai disitu,
kami telah daftar masuk di Homestay di Melaka. Pada hari tersebut, lebih kurang
jam 8 malam, selepas makan malam, kami pergi ke River Cruise. Ia merupakan
pengalaman yang sangat menarik kerana River Cruise sangat cantik dan pemandu
bot tersebut sanggup menunjuk dan memberi penerangan kepada kita tentang setiap
tempat yang dilalui. Saya berasa kembali di River Cruise itu. Seterusnya, pada
hari ketiga iaitu 26 Disember 2016, kami ke Sky Tower Melaka. Ia merupakan
tempat yang sangat tinggi di
Melaka. Seterusnya, kami sekeluarga
juga ke Bandar Melaka dan menaiki beca dan makan makanan yang terkenal di
Melaka. Akhirnya, kami bertolak dari Melaka dari 5 petang lebih dan sampai ke
rumah lebih kurang pukul 8 malam. Saya berkeinginan kembali ke Melaka kerana
kebanyakkan tempat terkenal belum dikunjungi.
Pengalaman di Pulau Pangkor
Pada 16 Sept 2017, saya dan keluarga
saya membuat perancangan melancong ke Pulau Pangkor untuk 3 hari dan 2 malam.
Kami sekeluarga pergi dalam 20 hingga 30 orang ke Pulau Pangkor. Kami memilih pulau Pangkor kerana kami
sekeluarga hendak membuat perjalanan dengan kapal. Maka, kami memilih Pulau
Pangkor untuk melancong. Pelancongan tersebut juga hanya melibatkan kos yang
sangat minimum. Tikat dan homestay kami sangat murah di Pulau Pangkor.
Seterusnya, kami juga mengambil 2 motor untuk sewa. Pulau Pangkor merupakan
tempat yang sangat kecil dan kita boleh barjalan kaki ke mana sahaja. Kami
telah mengambil homestay berdekatan dengan pantai. Dari homestay kami, pantai
dan kedai-kedai runcit hanya 5 hingga 10 minit perjalanan kaki sahaja.
Sebelum bermula pelancongan kita, saya
dan keluarga saya telah membuat beberapa persediaan. Ayah saya yang mengumpul
semua duit dari setiap keluarga yang hendak mengikuti kami. Maka, setiap keluarga membayar sebanyak RM500. Ayah dan
ibu saya yang mencari homestay yang murah melalui laman web. Mereka mengumpul
duit dari setiap keluarga untuk homestay, tiket kapal dan makanan untuk 3 hari
tersebut. Duit yang dikumpul sangat mencukupi untuk kami. Saya dan keluarga
saya yang menjadi sangat aktif untuk membuat perancangan makanan dan mencari
tempat untuk melancong melalui laman web. Kita juga membahagikan perkara yang
perlu dibeli seperti peralatan untuk memasak kepada setiap keluarga yang
datang. Saya dan keluarga saya juga telah membeli belah pakaian yang
bersesuaian untuk aktiviti kami pada 3 hari tersebut.
Pada 16 sept 2017, iaitu Hari Malaysia.
Kami bertolak dari rumah nenek saya dalam pukul 8 pagi dengan bus. Kami sangat
menikmati masa tersebut. Kami memainkan lagu, menari dalam bas dan berbual-bual
hingga ke Meru. Dari Meru, kita mengambil kapal. Ia mengambil masa yang sangat
lama, kerana hari itu merupakan cuti dan ramai pelancong yang membeli tiket.
Barisan yang sangat panjang untuk membeli tiket. Selepas itu, kami sampai ke
Pulau Pangkor dalam pukul 2 petang. Selepas ke Homestay, kami hanya
berbual-bual dan pergi ke pantai pada petang itu. Malam juga, kami sekeluarga
makan malam di Restoran Seafood yang terkenal di Pulau Pangkor itu.
Pada 17 September, saya dan keluarga
saya merancang untuk pergi ke pulau yang berlainan iaitu mereka membawa kita
dengan bot ke pulau yang berlainan. Dalam perjalanan itu, pemandu tersebut
menunjuk pelbagai tempat yang sangat cantik dan nyaman. Di sana juga terdapat
temapt pemberian makanan untuk burung, kadang-kadang burung helang juga datang
ke situ. Selepas itu, mereka membawa kita ke suatu pantai yang berbeza dan
sangat bersih. Kami sekeluarga juga mandi dan menikmati. Dalam pukul 6 petang,
kami memangik bot tersebut dan bawa kepada tempat asal. Pulau Pangkor merupakan
tempat yang sangat kecil dan tiada banyak tempat untuk melancong. 17 September 2019 malam, kami
sekeluarga membuat bbq dan berbual-bual.
Pada hari 18 September 2019, saya dan
keluarga saya makan sarapan pagi di homestay. Ibu saya dan mak saudara bangun
pagi dan memasak untuk kami. Selepas sarapan pagi, kami berbual-bual sehingga
tengahari dan bertolak ke tempat mengambil kapal pada pukul 2 petang. Pada
ketika itu, hujan yang lebat dan masa mengambil kapal telah ditangguhkan. Maka,
kami menyewa sebuah van untuk melancong ke bandar yang kecil di Pulau Pangkor
sambil menunggu masa megambil kapal. Bandar tersebut sangat kecil dan
barang-berang dijual sangat mahal kerana ia merupakan tempat tertumpu untuk
pelancong. Kami hanya membeli baju yang sama untuk 30 orang ahli keluarga saya
dalam kedia yang sama. Selepas itu, masa lebih kurang 5 petang, kita ke tempat
mengambil kapal. Lebih kurang masa 6 ke
6.30 petang kami sampai ke Meru iaitu tempat perhentian kapal. Selepas itu,
kami menaiki bas yang kita sewa yang balik ke rumah nenek saya. kita sampai
rumah lebih kurang 8 hingga 9 malam, selepas makan makanan malam. Saya hendak
kembali untuk pelancongan tersebut dan tempat itu iaitu Pulau Pangkor kerana,
ia merupakan tempat yang sangat cantik dan menarik. Walaupun tiada banyak
tempat melancong tetapi pantainya sangat bersih dan cantik. Saya amat
bergembira.
Pengalaman di Pulau Pinang
Pada 30 Jun 2019, saya dan keluarga
saya pergi ke Pulau Pinang. Kami telah membuat perancangan lawatan itu 2 bulan
lalu iaitu dari pemulaan bulan May. Pada ketika itu, kami merancang untuk pergi
ke sana dengan keluarga yang besar. Keluarga saya telah pujuk keluarga bapa
saudara saya yang lain juga untuk bergabung dengan kita ke Pulau Pinang. Ayah
saya ada 8 orang abang, maka kita rancang untuk pujuk 8 keluarga itu untuk
bergabung dengan kita. Empat keluarga bapa saudara saya setuju untuk bergabung
dan empat lagi keluarga bapa saudara tidak setuju kerana kekurangan wang.
Selepas itu, ayah saya tidak berpuas hati dengan keputusan mereka kerana hanya
separuh dari keluarga tidak akan rasa selesa. Maka, ayah saya mengambil
keputusan untuk pergi ke Pulau Pinang hanya keluarga saya. Kita dalam 7 orang
dalam keluarga sahaja membuat perancangan lawatan ke Pulau Pinang.
Keluarga saya merancang lawatan ke
Pulau Pinang dengan kapal terbang. Pada minggu kedua bulan May, saya dan
keluarga saya ke Syarikat Air Asia untuk tempah tiket penerbangan ke Langkawi
pada 30 jun, 1,2 July 2019. Harga tiket penerbangan ke Pulau Pinang sangat
mahal pada ketika itu. Maka, kami sekeluarga telah membuat bajet pengangkutan.
Oleh itu, harga pergi ke Pulau Pinang dengan kereta mendapati murah daripada
harga dengan kapal terbang. Maka, kami sekeluarga mengambil keputusan ke Pulau
Pinang dengan kereta. Harga petrol dan tol hanya RM300 daripada Kuala Lumpur ke
Pulau Pinang.
Selepas memutus untuk pergi ke Pulau
Pinang dengan Kereta, kami telah membuat carian untuk homestay yang lebih mewah
di Pulau Pinang. Ayah saya ada beberapa kawan di Pulau Pinang dan beliau
menempah homestay berdekatan dengan Batu Feringhi.
Sejak kecil lagi, keluarga saya akan
membeli belah apabila melawat ke mana-mana. Bapa saya mengambil keputusan untuk
membeli belah untuk 2 hujung minggu iaitu pada 21 dan 22 Jun dan 28 dan 29 Jun.
Kami sekeluarga selalu membeli belah di pusat pembeli belah berdekatan dengan
rumah saya iaitu Sunway Pyramid, Petaling Jaya. Pada hujung minggu pertama,
kami telah belanja sehingga RM1000 untuk
semua ahli keluarga saya dan hujung minggu kedua kami hanya belanja untuk
RM500. Kami juga telah beli peralatan untuk membuat bbq dan beberapa peralatan
untuk kegunaan di Pulau Pinang.
Pada 30 Jun 2019 iaitu hari Ahad,
saya dan keluarga saya bertolak dari rumah pada pukul 8 pagi. Kami telah
sembayang untuk perjalanan kami dan makan sarapan pagi sebelum bertolak.
Selepas itu, ayah saya yang membawa kereta dan berhenti di 3 tempat rehat. Masa
perjalanan kami lebih kurang 4 ke 5 jam. Pada 1 petang kami telah daftar masuk
ke homestay kami. Selepas itu, kami simpan semua barang dibawa di homestay dan
pergi ke Kedai Seafood untuk makan tengah hari. Pada hari pertama, kami hanya
pergi ke pantai pada petang kerana semua ahli keluarga saya berasa sangat letih dengan perjalanan yang
sangat panjang.
Pada 1 July 2019, iaitu hari kedua
pelancongan kami. Saya dan keluarga saya rancang untuk pergi ke Bukit Bendera,
Pulau Pinang. Destinasi itu amat teruja untuk kami. Walaupun ia merupakan hari
bekerja tetapi ramai pelancong ke tempat itu terutama pelancong dari luar negara.
Barisan untuk membeli tiket sangat panjang dan kami sanggup menunggu untuk
membeli tiket juga. Selepas itu, saya dan keluarga saya juga ke pantai. Suasana
itu amat tenang dan nyaman. Pada hari ketiga iaitu 2 Julai 2019, saya dan
keluarga saya keluar pada pagi untuk balik Kuala Lumpur. Kami telah mengambil
sarapan pagi di Georgetown, Penang dan terus balik ke rumah. Kami sampai di
rumah lebih kurang 2 petang. Saya ingin kembali ke lawatan Pulau Pinang dengan
keluarga saya.
No comments:
Post a Comment