Pada tahun 2014 kami sekeluarga bercuti di
Beijing, China. Ini merupakan percutian yang pertama saya ke luar Negara selama
4 hari 3 malam. Pada masa itu mata wang (currency) CNY 1.59 = MYR 1.00 murah
sahaja. Untuk tiket kapal terbang pula, kami telah beli awal tahun supaya tiket
menjadi murah, dalam Rm 1000 ringgit satu kepala untuk destinasi pergi dan
balik. Kami menaiki kapal terbang Air Asia. Pertama kali naik kapal terbang
selama 6 jam dan pengalaman dalam kapal terbang adalah pakej makanan sangat
sedap selain itu layanan yang baik oleh pramugari, apabila duduk selama 6 jam
punggung pun akan kebas. Kikiki.
Tiba di Beijing airport dengan selamat,
suhu disana boleh mencecah -5॰C memang sangat
sejuk, masing-masing mengambil beg dan selesaikan hal imigresen, selepas itu
kami mencari pemandu pelancong namanya lisa. Setelah itu kami menaiki mini van
untuk destinasi seterusnya. Pemandu pelancong kami sangat peramah, dia sentiasa
bercakap bahasa melayu walaupun tidak fasih. Aktiviti yang pertama kami adalah
sarapan pagi di jalan Niujie. Di sana terdapat banyak kedai makanan halal, ini
sebab ada banyak bangsa china memeluk islam, jadi kami tidak begitu takut dan
sangat mudah untuk kami mencarinya. Saya tidak begitu ingat menu makanan apa
yang saya makan tetapi makanan di situ sangat memuaskan.
Selepas sarapan pagi, aktiviti kami
seterusnya adalah Tian An Men Square. Tiba saja disitu, kami melihat terlalu
ramai orang yang mengunjungi tempat tersebut. Kami diarahkan untuk tidak
berpecah supaya tiada yang tertinggal di belakang. Tempat tersebut sangat
cantik untuk bergambar dan pemandangan yang indah dari atas bangunan.
Seterusnya, kami ke Forbidden City yang
bersebelahan dengan Tian An Men Square. Selalunya tempat tersebut selalu
melakukan penggambaran filem china kerana reka bentuk bangunan tersebut sangat
unik dan mempunyai banyak sejarah.
Seterusnya, kami singgah solat di Madian
Mosque. Bangunan masjid tersebut sangat cantik sekali, ukiran bangunan sangat
unik dan selesa, di masjid itu tak ramai pun yang datang jadinya sangat selesa
untuk bersolat. Setahu saya, masjid ini selalu menajadi tumpuan orang china
solat jumaat disini. Selepas kami berjalan selama 5 jam, sangat letih dan
lapar, lisa membawa kami makan tengah hari di restoran Wangasi Muslim. Pelbagai
menu yang disediakan di restoran tersebut. Makanan terbaik, sangat memuaskan
perut kami. Tanpa berlengah lagi kami ke destinasi seterusnya iaitu Muslim
Supermarket. Tempat tersebut mempunyai banyak stok makanan halal untuk di
borong. Kami menghabiskan masa petang dengan membeli belah di situ. Sebanyak
1000 yuan duit telah habis kami borong disitu, sangat murah untuk membeli dan
tidak menyesal. Selepas itu kami makan malam di restoran Mee Tarik, saya tidak
berapa ingat jalan tersebut tetapi makanan di situ sangat sedap dan memenuhi
cita rasa kami sekeluarga.
Aktiviti
seterusnya, Acrobatic Show @ Chaoyang Theatre. Sebelum ini tengok acrobatic
show dari negara China dekat tv je kan. Kali ni kita tengok live punya.
Mula-mula pertunjukkan (show) start memang rasa agak bosan jugak and hampir
tertidur haha. Tapi bila dah bahagian ditengah-tengah persembahan, tiba-tiba
suasana dalam acrobatic hall riuh rendah dengan sorakan pengunjung. Makin nak
ke penghujung, makin mencabar acrobatic show yang dipertontonkan. Paling gempak
tengok, waktu yang motosikal masuk dalam bulatan (globe) tu, memang win betul yang tu. Selesai
lah aktiviti kami hari pertama. Kami pun daftar masuk (check in) hotel. Kami
sangat letih dan tidak larat untuk bergerak lagi, tetapi hati sangat gembira
dan berpuas hati.
Keesokannya,
hari kedua aktiviti kami adalah mendaki The Great Wall. Tak sah kalau tak pergi
ke tembok paling panjang di dunia ini. Sampai sahaja tempat itu memang ramai
pelancong mendaki tembok tersebut. Dari bawah boleh nampak betapa panjangnya
tembok ini dibina. Kami pun mendaki dengan perlahan kerana tangga disitu agak
curam dan tinggi. Dekat situ ramai orang china yang sudah berumur mendaki
tembok itu dengan tenang saja. Saya sendiri pun risaukan mereka atas
keselamatan tersebut. Tetapi bagi mereka mendaki adalah perkara yang
menyihatkan badan dan menjadi kebiasaan. Jadi saya pun mendaki sehingga tembok
ke tiga sahaja, kerana kepenatan dan udara tidak mencukupi. Apabila mendaki
lagi tinggi semestinya oksigen tidak cukup untuk bernafas jadi kena mendaki
dengan perlahan- lahan. Tetapi saya tidak dapat sampai jauh sebab keletihan dan
sangat sejuk. Hanya abang dan ayah saya saja pergi jauh. Sementara saya tunggu
mereka untuk turun, saya pun bergambar dan makan ubi rebus, kacang tanah
panas-panas.
Seterusnya
kami pergi makan di Wangfujing Snack Street, dekat situ seronok sangat sebab
dapat melihat makanan yang dijual di lorong kecil. Keadaan di situ sangat
meriah. Ramai pelancong dalam dan luar negara yang berkunjung ke situ. Menu
yang paling dicari adalah sate kala jengking. Bukan yang ini sahaja yang
eksotik, ada lagi sate kumbang, sate belalang, donut ular dan macam-macam lagi.
Tapi kami tak makanlah eee geli hahha. Hanya bergambar untuk kenangan saja.
Untuk bergambar ada gerai yang membenarkan untuk mengambil gambar dan ada gerai
tak boleh. Jadi jangan buat keras kepala nak juga mengambil gambar walaupun
telah dilarang. Hormati keinginan daripada peniaga. Ada juga gerai makanan
halal yang dijual di situ. Ramai yang berkerumun sebab hanya ada dua gerai
sahaja. Kami tak membeli pun. Tengok sahaja. Kami ada ternampak pelancong yang
beragama Islam berebut makan sate kala jengking. Kami tak pasti boleh atau
tidak. Tapi, setahu kami, kalau haiwan berbisa haram dimakan. Melainkan keadaan
darurat. Wallahualam. Jadi kami apa yang elok- elok sahaja.
Setelah penat lelah kami berjalan makan dan mendaki, kami pun
balik ke hotel untuk berehat. Arini aktiviti hanya 2 destinasi sahaja. Pada
waktu malam, kami buat aktiviti bebas iaitu kami berjalan keluar hotel untuk
melihat pemandangan Negara china pada waktu malam. Pada masa itu, kami terjumpa
satu tempat yang dipanggil Happy valley. Dekat situ ada orang main skateboard,
rollerblade, lampu-lampu dan macam-macam lagi. Seronok kat situ dengan angin
yang sejuk sampai ke tulang fuhh. Susah nak merasa cuaca macam ni kat Malaysia
kan.
Hari ketiga, kami pergi ke bangunan yang mengeluarkan produk skincare
menggunakan mutiara dan fabrik diperbuat daripada haiwan kupu- kupu tapi saya
tak ingat nama tempat tersebut. Tapi memang best kat situ sebab boleh tengok
proses mereka lakukan macam mana boleh buat mutiara jadi skincare dan kupu-kupu
menjadi bantal dan fabrik. Selesai saja kami pun belilah skincare mutiara
tersebut yelah sebab murah kan. Kami pula ramai kaum perempuan jadinya beli
sekali untuk orang di Malaysia. Selesai saja kami pun gerak ke satu tempat yang
banyak pokok bunga dan tasik yang menjadi ice beku. Nama tempat tu Zazhuyuan Park,
taman yang penuh dengan buluh, bunga dan teratai. Tapi waktu kami pergi ke
Beijing masa musim sejuk jadi air tasik kat situ jadi beku, tak boleh lah kami
nak merasa naik bot jalan atas air yang ada teratai. Kami hanya berjalan kaki
dengan dipenuhi bunga yang lawa sangat- sangat macam dekat syurga. Kami pun
bergambar lah, penuh memori camera hanya dekat taman tu saja.
Hari ketiga, kami pergi ke bangunan yang mengeluarkan produk
skincare menggunakan mutiara dan fabrik diperbuat daripada haiwan kupu- kupu
tapi saya tak ingat nama tempat tersebut. Tapi memang best kat situ sebab boleh
tengok proses mereka lakukan macam mana boleh buat mutiara jadi skincare dan
kupu-kupu menjadi bantal dan fabrik. Selesai saja kami pun belilah skincare
mutiara tersebut yelah sebab murah kan. Kami pula ramai kaum perempuan jadinya
beli sekali untuk orang di Malaysia. Selesai saja kami pun gerak ke satu tempat
yang banyak pokok bunga dan tasik yang menjadi ice beku. Nama tempat tu
Zazhuyuan Park, taman yang penuh dengan buluh, bunga dan teratai. Tapi waktu
kami pergi ke Beijing masa musim sejuk jadi air tasik kat situ jadi beku, tak
boleh lah kami nak merasa naik bot jalan atas air yang ada teratai. Kami hanya
berjalan kaki dengan dipenuhi bunga yang lawa sangat- sangat macam dekat
syurga. Kami pun bergambar lah, penuh memori camera hanya dekat taman tu saja.
Seterusnya, kami menaiki van sampai ke bangunan Bird Nest
Stadium Beijing, sumpah lah bangunan dia sangat lawa dan unik. Lain daripada
yang lain, kalah design dekat Malaysia kikiki Sukan yang ada disitu adalah
sport atas tanah sahaja. Kami turun untuk bergambar dan bergerak ke destinasi
seterusnya bangunan berbentuk naga (dragon) tersangat hebat dan kreatif.
Seterusnya bangunan Water Cube. Untuk water cube ni hanya sukan dalam air
sahaja contohnya sukan renang, akuatik, terjun dan macam-macam lagi. Destinasi
akhir sekali untuk hari ketiga adalah Temple of heavan, sumpah cantik dan
banyak sejarah dalam setiap sudut bangunan tersebut. Tapi kami tak explore
lebih dalam kerana dah kesuntukan masa. Jadi kami pergi ke tempat yang
dekat-dekat saja.
Hari keempat adalah hari terakhir kami berada di Beijing,
destinasi akhir sebelum gerak balik ke Malaysia adalah Hongqiao Pearl Market.
Dekat sini banyak barang dan cenderamata yang boleh kami beli untuk kenangan
dan murah untuk beli. Semestinya nama shopping barang murah mesti ada nego.
Bakat kami sekeluarga boleh tawar menawar sampai harga jatuh kepada Rm 5
ringgit Malaysia. Kami beli baju sejuk, kot, kemeja, beg, cenderamata
kecik-kecik dengan harga runtuh. Itulah bakat kami kikiki. Memang seronok main
tawar menawar dengan orang china kerana mereka pasti akan terima walaupun harga
rendah sekali pun. Jadi kami balik dengan senang hati. Lepas kami shopping kami
akan balik ke hotel untuk check out. Dan lisa pemandu pelancong kami menghantar
kami sampai ke dalam airport. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada lisa
atas menjadi tour guide sepanjang 4 hari 3 malam. Xie xie (terima kasih) kepada
lisa dan pemandu van.
Kami balik Malaysia dengan hati yang gembira dan memori yang
sangat seronok gambar juga lawa-lawa belaka.
Untuk china Beijing kami amat berpuas hati dengan tempat dan pembangunan
yang sangat menangjubkan. Sebenarnya banyak lagi tempat yang menarik tetapi kami
tidak berkesempatan untuk pergi. Jadi saya sangat sarankan untuk sesiapa yang
hendak pergi ke china, boleh pergi tempat-tempat yang telah saya lawati.
Sekian itu sahaja cerita saya
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment