Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Thursday, October 17, 2019

TIPS BERCUTI DI PULAU RAWA, JOHOR

TIPS BERCUTI DI PULAU RAWA, JOHOR


Antara tips yang dapat saya kongsikan adalah bagi pelancong luar dari Mersing, jika anda membawa kenderaan sendiri, letaklah kereta anda di kawasan yang disediakan dan sebanyak Rm18 dikenakan untuk sehari. Selain itu, jika hendak pergi ke Pulau Rawa, pilihlah antara bulan Mac hingga bulan Oktober kerana pihak pengurusan resort di sana sendiri yang menyarankan percutian pada waktu ini. Bagi sesiapa yang mempunyai bajet sedikit tetapi mahu pergi ke pulau ini, janganlah ambil pakej makanan sebaliknya ambillah pakej bilik sahaja. Ini kerana makanan dan minuman di sana agak mahal. Jadi sebaiknnya bawalah bekalan makanan dan minuman sendiri.

Seterusnya, bekalan air untuk bilik mandi sedikit payau sebab ia merupakan air laut yang telah diproses. Jadi untuk keselesaan sendiri, bawalah air mineral lebih untuk memberus gigi dan mencuci muka. Bayaran tunai tidak diterima atas apa-apa pembelian atau perkhidmatan, malah semua caj akan dibawa terus ke bil bilik anda dan semasa hendak mendaftar keluar nanti barulah buat pembayaran untuk setiap caj yang anda gunakan. Bagi yang membawa anak kecil, anda boleh membuat aktiviti bersama anak anda seperti memberi ikan makan dan juga bermain air sambil dikelilingi ikan di bawah jeti. Pengetahuan tambahan untuk anda adalah bot laju menghala ke Pulau Rawa ada dua waktu iaitu pada jam 9 pagi dan 12 tengahari. Manakala bot laju menghala ke Jeti Mersing hanya ada pada jam 10 pagi dan 2 petang, tetapi masa ini juga tertakluk kepada keadaan air pasang pada ketika itu.

by: Nurul Nabihah (A170885)

No comments:

Post a Comment