Melancong
merupakan aktiviti yang menjadi kegilaan ramai orang dengan alasan mereka
sebagai cara untuk menghilangkan tekanan terutama bagi para pelajar. Selain
itu, bagi remaja juga mereka akan mengambil gambar kenangan dan seterusnya akan
dimuat naik ke dalam laman sosial mereka untuk dikongsikan kepada rakan dalam
laman sosial mereka. Melancong juga telah menjadi hobi dalam diri seseorang
yang amat cinta akan keindahan alam
semulajadi.
Friday, October 18, 2019
KOTA PALU, INDONESIA
Nama penulis: Mohd Azizan Bin Mohd Daud (A170250)
Keluarga saya telah
merancang untuk melancong ke Palu, Indonesia selama 7 hari waktu pejalanan
menaiki feri dan kapal besar. Keluarga saya telah melakukan tinjauan dari segi
tiket pengangkutan, penginapan dan makanan bagi menjimatkan kos perbelanjaan
keluarga kami sepanjang di Indonesia. Pertama sekali, keluarga saya telah
merancang untuk ke Palu Indonesia dengan menaiki kapal, akan tetapi atas
kekangan kewangan keluarga saya telah merancang untuk menggunakan
pengangkutan air seperti feri untuk sampai ke Palu Indonesia.
WILAYAH PERSEKUTUAN (WP) LABUAN
Nama penulis: Mohd Azizan Bin Mohd Daud (A170520)
Pada
28 November 2012, ketika saya berumur 14 tahun, permulaan saya dan keluarga
pergi melancong ke Wilayah Persekutuan(WP) Labuan dari Tawau, Sabah. Kami
memulakan persiapan dengan merancang perbelanjaan yang efisien bagi
mengurangkan pembaziran serta masa yang sesuai untuk bertolak dari Tawau ke
Wilayah Persekutuan Labuan sebelum tarikh tersebut.
PERCUTIAN KE PULAU PINANG
Percutian yang seterusnya ialah percutian saya bersama dengan
rakan-rakan di Bukit Bendera, Pulau Pinang selama tiga hari dua malam pada
tahun 2015. Kami telah bercadang untuk bercuti bersama-sama sebelum
masing-masing berpisah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi. Persediaan kami bermula dengan mengemas barang-barang keperluan untuk
dibawa ke sana. Belum lagi sampai di Pulau Pinang, bermacam-macam barangan yang
dibeli apabila kami berhenti dikawasan rehat dan rawat dek kerana rambang mata melihat
barangan yang bermacam-macam.
PERCUTIAN DI PORT DICKSON
Nama penulis: Intan Zuraini Binti Sheh Ali
Bakri (A170682)
Percutian pertama saya dan keluarga bermula semasa saya berada di
Tingkatan 4. Pada waktu itu, keluarga saya telah bercadang untuk mengadakan
‘Family Day’ bersama dengan keluarga belah ibu dan ayah saya bertempat di Telok
Kemang, Port Dickson. Percutian itu dibuat selama tiga hari dua malam dan dihadiri
oleh tujuh buah keluarga. Kami telah memilih sebuah resort sebagai tempat
penginapan selama tiga hari dua malam. Percutian itu juga diadakan bertujuan
untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarga belah ayah dan ibu.
KLANG, SELANGOR
Nama penulis: Siti Norain Binti Suhaimi (A170880)
Klang, ramai yang tidak tahu kedudukan klang itu dimana. Mereka
hanya tahu di Selangor terkenal dengan Shah Alam disebabkan i-City Shah Alam.
Namun, Bandar Klang ini merupakan Bandar Diraja bagi Negeri Selangor Darul
Ehsan. Dulu, Klang pernah menjadi ibu negeri Selangor
sebelum wujudnya Kuala Lumpur dan Shah Alam. Ia terletak
kira-kira 32 km di barat Kuala Lumpur dan merupakan bandar ketiga terbesar di Selangor.
CAHAYA BEACH & TELUK KEMANG PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN
Nama penulis: Norsyila binti Mansor (A170795)
Percutian kami ke Lokasi Pantai
Cahaya Port Dickson iaitu selama 2 hari 1 malam semasa tahun 2019. Kami bergerak sekitar jam 8.00 pagi dari arah
Selangor menuju ke Negeri Sembilan. Perjalanan kami memakan hampir 2 jam dengan
kesesakan lalu lintas memandangkan pada masa itu hujung minggu yang merupakan
hari dimana setiap manusia memanfaatkan cuti bersama keluarga tersayang dengan berjalan jalan
sekitar kawasan yang menarik.
Subscribe to:
Posts (Atom)