Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Wednesday, October 16, 2019

SELANGOR, SYURGA SUNGAI DAN AIR TERJUN

Nama penulis: Nur Haziqah Binti Mohd Safuan (A171835)


Holaa Gucci gengs, aku nak cerita sikit pasal area Selangor tempat hometown aku sendiri. Selangor banyak tempat yang menarik dan aku akan share pengalaman air terjun yang pernah aku pergi dan best sahaja.





First sekali, Sungai Gabai, Hulu Langat, Selangor. Sebelum masuk ke kawasan rekreasi ni, setiap kepala (orang) dikenakan bayaran RM1, jangan risau resit diberi. Untuk bayaran ni untuk mereka yang menjaga parking, jadi senang untuk park dan selamat jugaklah. Reaksi pertama time melihat kawasan ini nice jugak, santai dan dapat menghilangkan stres yang ada kat pemikiran.
Pastu, berjalan naik atas sikit nampak air terjun yang mengalir dari batuan besar. WOW. Terpikat sudah, bunyi air memang lagilah tenang. Untuk air terjun di bahagian bawah menjadi pilihan ramai sebab kalau nak ke atas lagi, sila pastikan korang breakfast dulu sebab nak naik atas banyak cabaran. aq bersemangat nak mendaki ke atas tapi tak sampai puncak sangat sebab kawan- kawan aku yang lain dah pancit. Jadi, kiteorang berhenti pertengahan air terjun. Dekat sini, kena datang awal sikit sebab orang ramai datang awal untuk ambik port yang terbaik.



Ini adalah tangga yang berjumlah lebih daripada 300 anak tangga jadi memang pancit lah siapa yang tak breakfast lagi. Bila dah sampai port kitaorang tu masing- masing tak sabar nak terjun, kitaorang siapkan barang makanan dan masakan nak BBQ pastu apa lagi terjun lahh.



Kalau nampak ada pelancong yang duduk bawah aliran air terjun. Kat situ port yang urutan air. Air deras memang sedap untuk letakkan badan kat situ. Aku duduk kat situ saja dah sejam lebih, kadang-kadang berebut jugaklah dengan kawan-kawan. Kemudahan kat sini ada surau yang selesa. Cuma, tandas kurang selesa sikit biasalah tempat awam yang ramai pengunjung. Sampai saja tengahhari kitaorang pun gerak balik, apa-apa pun pengalaman yang aku dapat kat situ, nice sebab air sejuk dan ramai pengunjung.

AIR TERJUN SUNGAI CHILING 




Next Air Terjun Sungai Chiling, macam biasa kitaorang akan bergerak ke destanasi awal pagi dalam pukul 5 pagi macam itu, supaya sampai ke kat air terjun tu mesti pagi dan tak ramai orang. Kitaorang adalah seorang kaki hiking dan kaki travel so, tidak menjadi satu masalah untuk kitaorang bergerak awal atau lambat.

Untuk air terjun chiling ni mencabar dan lasak sebab perlu merentasi 5 batang anak sungai, mengharungi anak sungai yang berbatu dan licin pastu perlu melepasi titi gantung adalah paling mencabar sebab titi tu nampak nak runtuh so, memang seram jugaklah.
Tapi lepas saja semua cabaran yang dah lalu memang sampai kat puncak tempat tu sangat berbaloi. Tengok air terjun yang bertingkat, panorama hutan yang masi kekal tak terusik, air pulak memang jernih pastu ada nampak anak-anak ikan berenang-renang di tepi batuan. Dekat sini waktu pagi kurang ramai pengunjung tapi kalau dah nak masuk pukul 10 dah ramai yang datang. Jadi kena datang awal kat tempat ni.
Untuk information korang yang belum pernah ke sini, air terjun chiling hanya akan dibuka pada hari jumaat, sabtu dan ahad sahaja. Bermula pada jam 8 pagi sehingga 6 petang.

HUTAN REKREASI AIR TERJUN SUNGAI TEKALA- HULU LANGAT



Next destinasi air terjun tekala, macam biasa kami akan bertolak awal pagi untuk sampai pagi di tempat tersebut. Untuk kereta boleh meletakkan di bahagian luar tanpa dikenakan apa-apa bayaran tetapi ada yuran kemasukan, mur-mur saja jangan risau dewasa rm1 untuk kanak-kanak rm0.50.
Pemandangannya sangat menenangkan dengan kehijauan pokok-pokok dan derutan air yang mengalir. Air terjun kat situ di bahagian bawah tidak berapa dalam, agak cetek jadinya sesuai untuk kanak-kanak bermandi –manda disitu. Kitaorang yang muda pun naik ke bahagian atas. Agak tinggi juga nak mendaki tapi terdapat tangga yang diperbuat daripada simen disediakan untuk tujuan pendakian.



Sampai saja puncak kami daki, apa lagi redah lah masuk dalam air terjun tu. Kat sini kalau masuk tengah hari tak panas sangat sebab di tutupi oleh pokok-pokok besar kat sini,so memang redup saja selesa sangat. Untuk masak ada juga disediakan tempat-tempat bbq tapi barang bawak sendiri. Jadi memang sesuai juga kalau nak buat aktiviti berkelah dengan keluarga.


Dalam keseronokan mandi manda dan berkelah, jangan lupa juga berhati- hati sewaktu menaiki tangga sebab tak mustahil boleh terrgelincir bukan sahaja kat tangga tapi waktu nak mandi di batu-batu sungai.

Banyak lagi air terjun yang aku tak pergi lagi, sebab sibuk sikit tapi jangan risau nanti aku update lagi tempat-tempat best kat Selangor.

No comments:

Post a Comment