Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Tuesday, October 15, 2019

KOTA YOGYAKARTA, INDONESIA

Nama penulis: Nur Syafikah Binti Ahmad (A170250)


Kota Yogyakarta juga dikenali sebagai JogjaYogyaYogyakarta, dan Jogjakarta, adalah sebuah bandar raya yang terletak di Indonesia. Bandar raya ini pernah menjadi ibu negara Indonesia pada masa pemberontakan. Makanan khas bandar raya ini ialah gudeg. Yogyakarta juga mempunyai banyak candi yang berusia ribuan tahun dan yang merupakan peninggalan kerajaan-kerajaan besar zaman dahulu, antaranya Candi Borobudur yang dibangun pada abad ke-9 oleh Dinasti Sailendra. Selain warisan budaya, Yogyakarta memiliki panorama alam yang indah. Hamparan sawah

CAMERON HIGLANDS DAN LANGKAWI ISLAND

Nama penulis: Nur Shafiqa Aqila binti Zainuddin (A170161)


Secara jujurnya jika bercerita tentang pengalaman melancong saya bersama keluarga dari kecil sehinggalah sekarang. Dapatlah diringkaskan bahawa pengalaman melancong saya tidaklah begitu banyak jika dibandingkan dengan pengalaman melancong orang lain. Tambahan pula, kebanyakan tempat pelancongan yang telah saya kunjungi setakat ini hanyalah sekitar di Malaysia sahaja. Hal ini kerana, sejak dari kecil lagi, saya dan keluarga lebih banyak menghabiskan masa di rumah berbanding melancong. Oleh itu, setakat apa yang saya ingat, sewaktu saya  berada di peringkat  sekolah rendah.  Saya pernah melancong bersama keluarga  ke Cameron Highlands, Pahang.

KOTA SINGAPURA: NEGARA 1001 LARANGAN

Nama penulis: Fithriyaani Binti Zainal (A169728)




Kata orang jauh perjalanan, luas pemandangan. Itulah yang telah saya alami sewaktu saya dan keluarga saya bercuti dan melancong ke Kota Singapura pada tahun 2010. Pada abad ke-14, pulau kecil yang strategik ini mendapat nama samaran baru. Menurut legenda, Sang Nila Utama, seorang pangeran dari Palembang (ibu kota kerajaan Sriwijaya), sedang berburu ketika ia melihat seekor binatang yang belum pernah dilihatnya sebelumnya. Dengan mengandaikan ini adalah satu petanda yang baik, dia kemudiannya menubuhkan bandar di mana binatang itu ditemui, dan menamakannya Lion City atau Singapura, yang diambil dari Sanskrit "simha" (singa) dan "pura" (bandar).

PULAU MUTIARA, PULAU PINANG

Nama penulis: Azirul Adib Bin Azmi (A170610)



Pelancongan merupakan suatu yang melibatkan pergerakan sementara individu dan keluarga atau sekumpulan pelancong yang pergi ke sesebuah destinasi dalam negeri atau luar negara untuk tujuan rekreasi, beristirehat, konvensyen dalam tempoh melebihi daripada satu hari, yang juga menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh penyaji atau pengusaha perkhidmatan dan berada di destinasi untuk seketika untuk menikmati, menonton dan melakukan aktiviti, produk dan ruang pelancongan.

SEOUL, KOREA

Nama penulis: Nurnazihah Binti Badrul Azmi (A169379)




    Pada bulan Januari 2019 saya dan keluarga telah melancong ke negara Korea Selatan selepas tamat peperiksaan akhir saya. Korea Selatan merupakan antara negara yang saya ingin saya lawati sejak kecil lagi. Namun, pada tahun 2019, hajat saya untuk melancong ke Korea Selatan telah tercapai. Setelah sekian lama saya tidak pergi melancong kerana ibu bapa saya sibuk bekerja. Tambahan pula, saya dan adik saya masih belajar. Tujuan utama kami sekeluarga pergi melancong adalah untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta serta mengenali budaya masyarakat Korea dan menikmati keindahan ciptaan Tuhan.

BEIJING, IBU KOTA CHINA

Nama penulis: Nur Haziqah binti Mohd Safuan (A171835)


        Pada tahun 2014 kami sekeluarga bercuti di Beijing, China. Ini merupakan percutian yang pertama saya ke luar Negara selama 4 hari 3 malam. Pada masa itu mata wang (currency) CNY 1.59 = MYR 1.00 murah sahaja. Untuk tiket kapal terbang pula, kami telah beli awal tahun supaya tiket menjadi murah, dalam Rm 1000 ringgit satu kepala untuk destinasi pergi dan balik. Kami menaiki kapal terbang Air Asia. Pertama kali naik kapal terbang selama 6 jam dan pengalaman dalam kapal terbang adalah pakej makanan sangat sedap selain itu layanan yang baik oleh pramugari, apabila duduk selama 6 jam punggung pun akan kebas. Kikiki.

BEIJING, CHINA

Nama penulis: Durrah Aida binti Ishak (A170214)


Saya dan keluarga saya telah berpeluang untuk bercuti ke Beijing, China selama 6 hari 5 malam pada Disember 2013. Bagi percutian kami ini, kami telah pergi ke Matta Fair dan berjaya mendapatkan pakej percutian yang murah di bawah Agensi Pelancongan Andalusia. Tidak banyak persiapan yang kami lakukan berikutan percutian kali ini adalah dengan mengikuti agen. Keluarga saya masih tidak mempunyai pengalaman bercuti semasa musim sejuk, oleh itu berbekalkan pengalaman saya yang pernah bercuti ke Korea bersama makcik saya pada tahun sebelumnya, saya telah memberikan sedikit nasihat tentang pemakaian yang diperlukan sepanjang percutian kami. Saya juga membantu keluarga saya dalam menyusun dan menyimpan barangan dengan mengasingkan baju sejuk dengan barangan lain agar mudah dicapai apabila sudah tiba di Beijing nanti. Disebabkan kami tidak selalu melancong ke negara yang mempunyai musim sejuk, kami bersepakat untuk membeli baju sejuk di Bundle sahaja kerana terdapat rekaan yang menarik dan dijual dengan harga yang murah.

SANDAKAN, SABAH

Nama penulis: Durrah Aida binti Ishak (A170214)


Sepanjang 21 tahun hidup, saya telah banyak melancong bersama keluarga baik di dalam atau di luar negara. Pelbagai pengalaman dan ragam yang dapat saya perolehi sepanjang kami sekeluarga melancong. Pengalaman melancong di dalam negara yang paling memberikan impak kepada saya dan keluarga adalah pengalaman melancong ke Sandakan, Sabah pada penghujung Januari 2014 selama 4 hari 3 malam.
       Tujuan kami sekeluarga ke Sandakan, Sabah adalah untuk melawat kakak saya yang menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berikutan kakak saya mendapat pelepasan cuti selama 3 hari. Saya sebagai anak paling tua yang ada di rumah telah bertindak untuk mencari hotel untuk kami sekeluarga diami. Saya telah memilih hotel yang berdekatan dengan lapangan terbang dan kem PLKN kakak saya iaitu, The Pavilion Hotel, Sandakan. Ibu saya telah membeli ticket kapal terbang 3 bulan sebelum penerbangan. Perasaan gembira dan teruja memenuhi kami sekeluarga kerana kami tidak pernah menginjakkan kaki ke Sabah. Saya telah menyenaraikan beberapa tempat menarik yang ingin saya lawati.

SEGAMAT DAN KLUANG, JOHOR

Nama penulis: Nurlia Nasuha binti Mohd Ruzi (A169718)

        Sewaktu saya dibangku sekolah rendah, lebih kurang dalam umur 12 tahun saya pernah bersama-sama ahli keluarga saya pergi  melancong di dalam negara, iaitu di Segamat, Johor. Seingat saya pada waktu itu ialah di waktu musim cuti persekolahan dimana adik-adik saya dan ibu bapa saya meluangkan masa bersama-sama untuk ke situ. Tempoh keberadaan kami sekeluarga adalah selama 3

PERCUTIAN KE PUTRAJAYA DAN MELAKA

Nama penulis: Nur Farihah binti Aziz (A170052)

     Pada bulan November 2017, saya dan keluarga telah merancang untuk ke hari bersejarah ahli keluarga iaitu Majlis Konvokesyen di mana abang saya telah berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Teknikal Malaysia, Melaka. Oleh itu, saya dan keluarga merancang untuk ke sana lebih awal dari tarikh majlis tersebut disebabkan jarak antara negeri Kedah dan negeri Melaka adalah jauh. Kami bermalam selama dua hari di rumah bapa saudara

NEGERI DI BAWAH BAYU, SABAH

Nama penulis: Rosina binti Mohd Lasim (A169971)

Kokol Haven Resort
Pada cuti semester 1 tahun lepas, saya dan keluarga telah bersiar-siar ke Kokol Haven Resort pada tarikh 2 Ogos 2018. Kokol Haven Resort terletak di tanah tinggi iaitu di Bukit Kokol Menggatal, Sabah. Kokol Haven Resort merupakan tempat peranginan yang cukup terkenal di Sabah kerana pemandangan yang indah dan kawasan yang luas. Ketika berada di sini, pengunjung dapat melihat

PD OSTRICH FARM, NEGERI SEMBILAN

Nama penulis: Nurfatihah Binti Baharom (A169589)


Pada tahun 2018, semasa sedang melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS), saya dan rakan-rakan diberi tugasan untuk mengkaji sebuah perniagaan yang berasaskan pelancongan. Setelah berbincang mengenai tempat yang sesuai untuk menyempurnakan tugasan kami, maka kami bercadang untuk ke PD Ostrich Farm yang terletak tidak jauh dari Pantai Teluk Kemang, Port Dickson. Saya dan rakan-rakan membuat persiapan lebih awal untuk ke sana, terutamanya dari segi kenderaan mahupun pakaian. Sebanyak 3 buah kenderaan digunakan untu ke PD Ostrich Farm, 2 buah kereta sewa dan sebuah kereta persendirian. Dari segi pakaian, kami hanya membawa pakaian yang cukup-cukup untuk keperluan memandangkan kami hanya berada di Port Dickson untuk tempoh sehari sahaja. Kami memulakan perjalanan seawal pagi memandangkan kami telah memaklumkan kedatangan kami kepada pihak PD Ostrich Farm dan menjangkakan tiba jam 10 pagi. Semasa dalam perjalanan, saya dan rakan-rakan singgah sebentar di sebuah medan selera di Ulu Bendul. Tepat jam 10.30 pagi, kami tiba di PD Ostrich Farm. Kedatangan kami disambut baik oleh pekerja disana. Kami dipakaikan gelang tangan sebagai tanda pelawat. Di pintu masuk utama PD Ostrich Farm, terdapat sebuah tempat untuk mengambil gambar. Kami bergambar kenangan beramai-ramai di pintu masuk.

CAMERON HIGHLANDS, PAHANG

Nama penulis: Nurfatihah Binti Baharom (A169589)


Percutian yang masih tidak saya lupakan sehinga kini adalah bercuti selama 3 hari 2 malam di Cameron Highlands. Percutian tersebut merupakan pengalaman pertama kali saya menjejak Tanah Tinggi Cameron yang menjadi tarikan utama pelancongan. Cameron Highlands sangat terkenal dengan pemandangan ladang tehnya yang menghijau dan berbukit-bukau. Sebulan sebelum percutian, abang saya telah membuat tempahan awal penginapan di sebuah hotel bajet yang terletak ditengah-tengah pekan Brinchang. Kereta juga turut dihantar ke pusat servis kereta lebih awal bagi memastikan perjalanan kami sekeluarga ke destinasi berjalan lancar. Popular dengan tempat peranginan bersuhu sejuk, pemilihan pakaian yang bersesuaian harus diambilkira bagi memastikan percutian kami dalam keadaan baik.

MALAYSIA TANAH AIRKU

Nama penulis: Elis Mishalini A/P Mani (A171943)

Pengalaman di Pulau Langkawi

        Semasa saya berumur 8 tahun, saya dan keluarga saya melancong di Langkawi untuk 3 hari 2 malam. Saya telah membuat persiapan yang sangat rapi dan membeli belah dengan keluarga saya sebelum 2 minggu. Saya dan keluarga saya membuat keputusan untuk ke Langkawi dengan kapal terbang iaitu AirAsia. Kami telah memilih hotel berdekatan dengan pantai yang sangat suasana nyaman dan tenang. Pada hari kedua juga, saya rasa tidak sihat kerana ia merupakan pelancongan yang pertama. Saya rasa sangat penat. Pada hari kedua juga saya ke akuarium yang paling besar di Langkawi, iaitu Underwater World Langkawi. Aquarium tersebut merupakan tarikan pelancong yang ramai. Harga tiket untuk per entry juga bernilai untuk tempat tersebut. Tempat kedua yang saya melancong ialah Dataran Lang. Di tempat tersebut kami membenarkan untuk memberi makanan kepada burung. Seterusnya, kami sekerluarga ke Langkawi Cable Car. Kami sekeluarga hanya melancong tempat yang sedikit sahaja, kerana banyak budak-budak kecil termasuk saya tidak sihat kerana ia merupakan pelancongan yang pertama dalam kehidupan.
        Saya telah muntah di kapal terbang semasa pergi ke Langkawi dan balik dari Langkawi. Pengalaman di Langkawi merupakan pengalaman yang saya tidak boleh lupa dalam kehidupan saya. Saya hendak pergi Langkawi kembali untuk melancong dengan keluarga saya.

NEGERI HANG TUAH, MELAKA

Nama penulis: Nurul Ayreen Binti Mazlan (A169967)



        Pada 28 januari 2012 atau lebih tepat pada hari lahir saya, ibu bapa saya membawa saya ke negeri Melaka untuk bercuti.itu kali pertama saya melawati Melaka bersama ibu bapa saya. Kebiasaannya saya pergi melawat negeri Melaka bersama rombongan sekolah. Saya berasa amat gembira kerana percutian ini dirancang khas sempena hari lahir saya. Pada jam 8 pagi, kami sekeluarga memulakan perjalanan dari Johor Bahru ke Melaka. Selepas beberapa jam, kami tiba di tempat yang dituju. Kami singgah sebentar di medan selera berhadapan dengan Muzium Samudera untuk makan tengahari. Selepas itu, kami juga mengambil kesempatan untuk masuk ke Muzium Samudera dan melihat barang-barang sejarah yang ditunjukkan. Kami terus ke hotel yang telah ditempah oleh ayah. Kami terus membawa barang dan masuk ke dalam hotel. Sebelum keluar berjalan-jalan, kami membersihkan diri dan berehat dahulu.