Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US
Showing posts with label China. Show all posts
Showing posts with label China. Show all posts

Tuesday, October 15, 2019

BEIJING, IBU KOTA CHINA

Nama penulis: Nur Haziqah binti Mohd Safuan (A171835)


        Pada tahun 2014 kami sekeluarga bercuti di Beijing, China. Ini merupakan percutian yang pertama saya ke luar Negara selama 4 hari 3 malam. Pada masa itu mata wang (currency) CNY 1.59 = MYR 1.00 murah sahaja. Untuk tiket kapal terbang pula, kami telah beli awal tahun supaya tiket menjadi murah, dalam Rm 1000 ringgit satu kepala untuk destinasi pergi dan balik. Kami menaiki kapal terbang Air Asia. Pertama kali naik kapal terbang selama 6 jam dan pengalaman dalam kapal terbang adalah pakej makanan sangat sedap selain itu layanan yang baik oleh pramugari, apabila duduk selama 6 jam punggung pun akan kebas. Kikiki.

BEIJING, CHINA

Nama penulis: Durrah Aida binti Ishak (A170214)


Saya dan keluarga saya telah berpeluang untuk bercuti ke Beijing, China selama 6 hari 5 malam pada Disember 2013. Bagi percutian kami ini, kami telah pergi ke Matta Fair dan berjaya mendapatkan pakej percutian yang murah di bawah Agensi Pelancongan Andalusia. Tidak banyak persiapan yang kami lakukan berikutan percutian kali ini adalah dengan mengikuti agen. Keluarga saya masih tidak mempunyai pengalaman bercuti semasa musim sejuk, oleh itu berbekalkan pengalaman saya yang pernah bercuti ke Korea bersama makcik saya pada tahun sebelumnya, saya telah memberikan sedikit nasihat tentang pemakaian yang diperlukan sepanjang percutian kami. Saya juga membantu keluarga saya dalam menyusun dan menyimpan barangan dengan mengasingkan baju sejuk dengan barangan lain agar mudah dicapai apabila sudah tiba di Beijing nanti. Disebabkan kami tidak selalu melancong ke negara yang mempunyai musim sejuk, kami bersepakat untuk membeli baju sejuk di Bundle sahaja kerana terdapat rekaan yang menarik dan dijual dengan harga yang murah.