Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Tuesday, October 15, 2019

SEOUL, KOREA

Nama penulis: Nurnazihah Binti Badrul Azmi (A169379)




    Pada bulan Januari 2019 saya dan keluarga telah melancong ke negara Korea Selatan selepas tamat peperiksaan akhir saya. Korea Selatan merupakan antara negara yang saya ingin saya lawati sejak kecil lagi. Namun, pada tahun 2019, hajat saya untuk melancong ke Korea Selatan telah tercapai. Setelah sekian lama saya tidak pergi melancong kerana ibu bapa saya sibuk bekerja. Tambahan pula, saya dan adik saya masih belajar. Tujuan utama kami sekeluarga pergi melancong adalah untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta serta mengenali budaya masyarakat Korea dan menikmati keindahan ciptaan Tuhan.
     3 bulan sebelum penerbangan ke Korea Selatan, saya dan keluarga membuat persiapan awal. Kami sekeluarga telah menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan sebanyak RM3000 seorang termasuk tiket penerbangan pergi dan balik, penginapan, makan, pengangkutan dan lain-lain selama 6 hari 5 malam di Hotel Travelodge Dongdaemun, Seoul. Semasa membuat persiapan saya berasa sangat teruja kerana pertama kalinya saya membeli baju sejuk dan barang-barang diperlukan untuk musim sejuk. Musim sejuk di Korea bermula bulan Disember sehingga bulan Mac. Kebanyakkan baju musim sejuk dibeli di kedai bundle untuk menjimatkan berbelanjaan kerana baju sejuk di kedai-kedai lain sangat mahal. Tambahan pula kualiti baju sejuk di kedai bundle masih baik.
      Setibanya di Incheon Airport, Seoul pada pukul 8 pagi, saya berasa sangat teruja kerana pertama kalinya saya menjejak kaki ke negara empat musim. Pada ketika itu cuaca sangat sejuk sehingga mencecah -1 darjah celsius. Saya dan keluarga dibawa oleh tiga orang ejen pelancongan. Dua orang daripada mereka adalah warganegara Korea dan seorang lagi warganegara Malaysia. Mereka membawa saya dan keluarga terus untuk makan tengahari di sebuah restoran di Itaewon dengan menaiki bas. Itaewon merupakan suatu kawasan yang banyak restoran dan barang dapur halal untuk muslim. Di Itaewon juga terletaknya Seoul Central Mosque untuk muslim menunaikan solat. Selepas menunaikan solat di Seoul Central Mosque, saya dan keluarga menuju ke destinasi seterusnya iaitu Gyeogbokgung Palace.

Pemandangan pada waktu subuh

Pemandangan pada waktu pagi
Itaewon

Seoul Central Mosque

Restoran Halal di Itaewon

           Gyeongbokgung Palace dimana terdapatnya  istana sejak zaman Dinasti Joseon yang merupakan simbol keagungan kerajaan dan rakyat Korea. Saya diberi peluang untuk memakai pakaian tradisional korea iaitu Hanbok ketika berada di dalam istana. Pelbagai corak yang cantik yang boleh dipilih dengan bayaran 15,000 won selama dua jam. Saya berjalan-jalan di sekitar dalam dan luar istana dengan memakai hanbok yang saya pilih. Ketika memakai hanbok ini, saya berasa sangat sejuk kerana tidak memakai baju sejuk, Di dalam istana, di mana terletaknya hanya blouse semata-mata di dalam hanbok. Salah satu bangunan utama istana ialah Geunjeongjeon. Geunjeongjeon merupakan ruangan takhta raja. Di sana ialah tempat Raja biasanya mengadakan mesyuarat dengan para menteri tentang kerajaan dan rakyatnya Namun, para pelancong dilarang untuk memasuki kawasan Geunjeongjeong. Selepas makan malam, saya pergi ke Insadong. Di situ terdapat banyak kedai berjenama untuk membeli-belah dan terdapat juga makanan ringan korea yang dijual tepi jalan. Pada pukul 9 lebih malam, saya dan keluarga tiba di Hotel Travelodge Dongdaemun,Seoul untuk check-in dan berehat.

Gyeongbokgong Palace

Takhta Diraja

Kedai yang memberi perkhidmatan sewaan hanbok

Pakaian hanbok

Pintu masuk istana

Travelodge Hotel, Dongdaemun Seoul

Insadong pada waktu malam

Hotteok

          Hari kedua, saya dan keluarga dibawa ke Vivaldi Park Snowyland yang terletak dua jam dari Seoul. Suhu di sana sangat sejuk iaitu -4 darjah celcius. Saya sangat terpukau dengan pemandangan salji di sana. Buat pertama kalinya saya bermain ski dan meluncur salji. Banyak lagi aktiviti yang sangat menarik yang saya telah cuba. Saya berada di sana dari pagi sehingga petang kemudian dibawa untuk makan malam. Disana juga ada restoran tetapi tiada restoran yang halal. Saya mendapat makanan tengahari yang halal dari agensi pelancongan yang dibawa dari Seoul. Di sana terdapat microwave untuk memanaskan makanan. Sebagai pelancong kita oleh bawa makanan dari luar untuk ke Vivaldi Park Snowyland. Banyak kemudahan yang ada dan juga kedai cenderamata.







Vivaldi Park, Snowy
       Seterusnya, pada hari ketiga destinasi yang dituju pada pagi tu ialah di Gwangjang market. Gwangjang market ini seperti pasar yang menjual pelbagai jenis barang basah, makanan dan lain-lain. Di sini terdapat tekstil kain korea yang cantik dan berkualiti. Saya telah membeli kain itu untuk saya, ibu dan kakak saya yang bernilai 10,000 won untuk setiap pasang kain. Selain itu, saya juga membeli beberapa cucuk odeng yang berharga 1,000 won setiap cucuk. Odeng ini merupakan makanan korea yang mengandungi ikan. Ianya direbus kemudian dimakan dengan kuah yang panas. Saya rasa sangat menikmati apabila makan odeng yang panas itu ketika cuaca sejuk.Rasanya sangat lazat. Terdapat juga pelbagai jenis makanan korea yang dijual seperti kuih beras, kimbab, hotteok dan lain-lain.

Gwangjang Market

Odeng


        Aktiviti pada waktu petang pula, saya dan keluarga dibawa ke Namsan Seoul Tower. Tempat ini merupakan salah satu tarikan pelancong di Seoul. Saya telah naik ke atas Menara Namsan ini dan dapat melihat pemandangan bandar Seoul dari atas. Pada ketika ini, saya dapat melihat salji turun buat pertama kali dalam hidup saya. Saya banyak mengambil gambar di atas Menara Namsan ini bersama keluarga. Menara Namsan ini terkenal dengan mengunci mangga terutama kepada pasangan kekasih yang ingin menulis nama mereka di atas mangga kemudian mengunci mangga tersebut di pagar-pagar disediakan. Mangga tersebut akan kekal berada disitu. Kemudian, saya dan keluarga pergi ke Restoran Kampung yang terletak di Myeongdong. Restoran ini dimiliki oleh orang melayu dan halal. Makanan Malaysia banyak dihidangkan untuk pelanggan.

Menara Namsan

Love Padlocks

Salji yang turun




         Pada waktu malam, saya telah pergi ke Doota Duty Free iaitu pusat beli belah di Dongdaemun. Saya berjalan di sekitar kawasan itu kerana berdekatan dengan hotel yang saya menginap. Hanya berjalan selama 10 minit sudah sampai ke destinasi. Ramai rakyat korea dan pelancong asing mengungjung di kawasan itu. Kemudian, meunuju ke Dongdaemun Design Plaza LED. Di sana terdapat banyak bunga yang berlampu pada waktu malam. Saya mengambil banyak gambar di Dongdaemun Design Plaza ini kerana bunganya sangat cantik. Setelah penat berjalan, saya pulang ke hotel untuk berehat.



      Pada hari keempat pula, destinasi pertama yang saya pergi ialah di Gwanghwamun iaitu dimana terletaknya patung Raja Sejong yang besar. Raja Sejong ini ialah yang mencipta tulisan atau abjad korea yang aslinya dari tulisan cina. Di  Muzium Gwanghwamun terdapat banyak sejarah tentang Raja Sejong. Saya telah mendapat banyak maklumat dan sejarah Korea pada zaman dahulu. Di dalam muzium ni, saya telah belajar menulis dalam nama saya dalam tulisan korea secara percuma. Seterusnya, selepas makan tengahari, saya pergi ke Myeongdong untuk membeli cenderamata dan membeli belah. Myeongdong merupakan tempat untuk membeli belah barang yang murah dan asli. Banyak kedai seperti kedai penjagaan kulit, kedai baju,kedai kasut dan lain-lain yang berjenama. Myeongdong juga terkenal dengan street foods yang halal dan sedap. Saya ingin pergi ke Myengdong lagi untuk makan makanan korea yang sedap itu. Tidak dilupakan juga untuk membeli buah strawberi kerana di Korea sangat popular dengan buah strawberi yang besar dan manis. Buah strawberi di Korea ada yang sebesar tapak tangan dan isinya sangat manis.









      Destinasi pada hari kelima ialah Pulau Nami. Saya dan ke;uarga bertolak pada pukul 8 pagi selepas sarapan di hotel. Ia mengambil masa selama dua jam dari Dongdaemun ke Pulau Nami. Selepas sampai ke destinasi, saya perlu menaiki feri terlebih dahulu untuk pergi ke Pulau Nami. Suhu di Nami Island juga sangat sejuk iaitu pada -2 darjah celcius. Saya berasa sangat sejuk pada ketika itu. Semasa di sana, saya mengambil peluang untuk menaiki basikal bersama keluarga saya. Saya berbasikal di bawah pokok-pokok ginko yang tersusun cantik. Saya telah makan hotteok dan minum kopi panas di Pulau Nami. Rasanya sangat lazat. Hotteok ini salah satu makanan korea yang sangat terkenal dan dimakan pada musim sejuk. Kemudian, saya telah makan tengahari di Restoran Asian Cuisine yang merupakah satu-satunya restoran halal di Pulau Nami. Selepas penat berjalanan di sekitar Pulau Nami, saya dan keluarga pulang ke Dongdaemun. Pada waktu malam, saya ke Myeongdong semula untuk membeli cenderamata untuk kenalan yang masih tidak cukup bersama ibu dan ayah saya.

Feri menuju ke Pulau Nami



Pulau Nami



        Hari keenam iaitu hari terakhir di Korea, saya terus ke Incheon Airport, Seoul untuk pulang ke Malaysia. Saya berasa sangat sekejap sahaja percutian di Korea Selatan ini bersama keluarga tercinta. Namun, saya sangat gembira dapat meluangkan masa bersa keluarga selama 6 hari 5 malam di Seoul. Saya juga berasa sedih untuk meninggalkan negara Korea Selatan. Tambahan pula, ada banyak lagi tempat yang saya tidak sempat untuk mengunjung kerana masa sangat terhad.
           Antara tempat yang saya ingin kunjungi jika saya berpeluang untuk menjejak kaki ke Korea Selatan lagi ialah di Gangnam, Hongdae, Ewha Womans University, Starfield Library, Everland, Lotte World, Pulau Jeju, Busan dan lain-lain. Tidak dilupakan juga untuk saya kembali semula ke tempat yang saya telah jejak iaitu di Myeongdong, Itaewon dan Vivaldi Park Snowyland yang memberikan saya banyak kenangan terindah bersama keluarga. Bukan itu sahaja, tempat-tempat ini merupakan kegemaran saya yang wajib untuk dijejaki jika melancong di Korea Selatan lagi. Memori dan kenangan bersama keluarga akan sentiasa berada dalam ingat  saya.Saya berharap saya dapat  melancong di Korea Selatan lagi sehingga puas berjalan.

TIPS KE KOREA SELATAN PADA MUSIM SEJUK
    Tips ke korea pada musim sejuk sangat berguna kepada sesiapa yang pertama kali ingin menjejak kaki ke Korea Selatan terutama pada musim sejuk. Saya ingin berkongsi beberapa tips yang mungkin dapat membantu ketika berada disana.
1.       Pastikan pakai pakaian yang tebal dan dapat menahan sejuk. Selalunya pakai 3 lapis termasuk long john atau heatteach yang boleh dibeli di UNIQLO. Kemudian, tshirt dan juga winter coat atau jacket , topi dan sarung tangan. Winter coat sangat mahal, ia boleh dibeli di kedai bundle seperti Bondoru Store untuk menjimatkan wang.
2.      Membeli hot pack kerana cuaca sangat sejuk dan boleh menyebabkan kaki kebas kesejukan terutama berada di tempat salji.
3.      Memakai moisturiser pada badan  untuk mengelakkan kulit  kering dan gatal.
4.      Membawa tisu basah atau spray air bagi memudahkan untuk ke tandas dan juga solat bagi yang muslim kerana tandas di Korea tidak mempunyai paip air seperti di Malaysia.
5.      Install aplikasi KakaoMetro untuk mengetahui pergerakan keretapi Subway dan juga install Klook, Korea Maps, Korean Translate bagi memudahkan untuk berkomunikasi dengan orang korea.
6.      Elakkan mengguna teksi berwarna hitam kerana akan dikenakan bayaran lebih bahal berbanding teksi-teksi berwarna lain.
7.      Menukar duit Ringgit Malaysia ke Won hendaklak ditukar di Malaysia kerana pertukaran duit di Korea lebih mahal.
8.      Pastikan anda sudah menempah hotel lebih awal untuk menginap di Korea dan tujuan melancong untuk mengelakkan berlaku masalah di Imigresen Korea Selatan terutama kepada yang suka melancong secara solo.
9.      Semasa di dalam kapal terbang, anda akan diberikan borang yang perlu diisi semuanya, ia juga untuk mengelakkan masalah di Imigresen Korea Selatan.
10.    Elakkan membeli barangan di tepi jalan kerana harganya lebih mahal berbanding di pusat beli-belah.

1 comment:

  1. thanks for your tips, will definitely take your advices for my coming trips to korea this december!

    ReplyDelete