Kota Yogyakarta juga dikenali sebagai Jogja, Yogya, Yogyakarta, dan Jogjakarta, adalah sebuah bandar raya yang terletak
di Indonesia. Bandar raya ini pernah menjadi ibu negara Indonesia pada masa pemberontakan. Makanan khas bandar raya ini ialah gudeg. Yogyakarta juga mempunyai banyak candi yang berusia ribuan tahun dan yang merupakan
peninggalan kerajaan-kerajaan besar zaman dahulu, antaranya Candi Borobudur yang dibangun pada abad ke-9 oleh Dinasti Sailendra. Selain
warisan budaya, Yogyakarta memiliki panorama alam yang indah. Hamparan sawah
yang hijau menyelimuti daerah pinggiran dengan Gunung Merapi tampak sebagai
latar belakangnya. Pantai-pantai mudah ditemukan di sebelah selatan Yogyakarta.
Masyarakat di sini hidup dengan damai dan memiliki keramahan yang khas.
Susasana seni begitu terasa di Yogyakarta. Malioboro yang merupakan urat nadi Yogyakarta dibanjiri
dengan barang-barang perindustrian dari segenap penjuru.
Yogjakarta merupakan destinasi pilihan kami sekeluarga untuk
bercuti pada tahun lepas. Kami bercuti ke sana selama 4 hari 3 malam. Kami
sekeluarga sudah lama merancang untuk bercuti ke Yogjakarta. Alhamdulillah,
pada tahun lepas telah tercapai hasrat kami sekeluarga untuk pergi ke negara
jiran iaitu Indonesia. Ayah telah menempa tiket sebulan lebih awal kerana pada
masa tersebut syarikat penerbangan tambang murah iaitu Air Asia sedang
mengadakan promosi.
Sebelum berangkat pergi, ayah membawa kami ke UTC Alor Setar
untuk membuat passport bagi memasuki negara jiran kita. Setelah selesai
semuanya, kami membuat pencarian tentang hotel serta tempat-tempat yang menarik
di Yogjakarta.
Tiba masa yang dinanti-nantikan. Kami berangkat ke KLIA pada
jam 6.30 pagi kerana waktu penerbangan kami dijadualkan padam jam 8.00 pagi.
Kami ke sana lebih awal untuk ‘check in’ bagasi yang dibawa.
Perjalanan ke Yogjakarta mengambil masa lebih kurang dua jam.
Sepanjang perjalanan aku sangat terpegun melihat keindahan alam yang ada.
Setelah hampir sejam aku mentelaah novel yang aku bawa, aku menjamu selera
makanan yang telah dipesan. Aku tertidur dan dibuai mimpi yang indah.
Setibanya kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Adisutjipto,
Yogjakarta, kami disambut oleh pak supir yang telah ditempah oleh ayahku. Pak
supir yang bernama Catur itu menulis nama ayahku di atas sehelai kertas dan
menunggu kami sekeluarga di pintu ketibaan. Pak supir sangat ramah dan baik
serta berbudi bahasa. Kami sekeluarga sangat selesa dengannya.
Pak supir membawa kami untuk membeli sim kad dahulu sebelum
ke hotel yang telah ditempah iaitu Hotel Anchora. Hotel tersebut terletak
kira-kira 30 minit dari lapangan terbang. Setelah sampai di hotel, kami
membersihkan diri serta berehat sebelum keluar untuk makan malam.
Hari pertama di Yogjakarta ialah kami bergerak ke tempat menarik
di Jogja yang sangat popular iaitu Jurang Tembelan. Menariknya di Jurang
Tembelan, pemandangan di sana sangat cantik. Banyak spot yang cantik untuk
bergambar. Kami bergambar sepuas-puasnya. Selepas Jurang Tembelan, kami
bergerak pula ke Pinus Pengger. Antara port yang paling terkenal di sini ialah
replika tapak tangan besar. Dah puas bergambar sakan di Pinus Pegger, kami
bergerak untuk makan malam. Antara tempat makan kesuakaan kami sekeluarga ialah
Restauran Lombok Ijao. Sangat terkenal dan berbaloi serta makanan sangat sedap.
Selepas makan malam kami pulang ke hotel kerana kepenatan.
Malamnya pula kami ke Jalan Malioboro. Kalau dari hotel,
lebih kurang 2km sahaja. Jalan Malioboro ni terkenal dengan tempat membeli
belah. Disini kalian boleh beli macam-macam terutamanya pelbagai jenis batik,
cenderamata, t-shirt, barangan kulit dan banyak lagi.
Hari ketiga di Yogyakarta, tempat menarik pertama yang kami
tuju ialah di Candi Borobodur yang merupakan 7 keajaiban dunia. Ini tempat
wajib kalau korang ke Jogja. Memang sangat rugi kalau tak singgah di Candi
Borobodur ini.
Malamnya kami ke lokasi seterusnya iaitu Pinus Pengger.
Disana terdapat banyak spot yang banyak untuk mengambil gambar. Kami sempat mengambil
gambar berlatar belakangkan Kota Jogjakarta pada waktu malam. Disana anda harus
mengambil nombor giliran untuk menangkap gambar kerana orang sangat ramai.
Disana juga pelancong akan menyaksikan matahari jatuh dan pmandangan sangat
cantik.
Di situ anda boleh menangkap lobster sendiri untuk dimasak.
Sangat sedap masakan disitu dan harga yang berpatutan.
Selepas itu, kami ke tempat yang sangat indah dan menarik
serta terkenal selepas stesen televisyen Korea melakukan penggambaran di sana
iaitu Pantai Timang. Berikutan Rumah Lobster terletak berdekatan dengan Pantai
Timang. Terdapat Gondola yang membawa pelancong dari daratan sini ke pulau
seberag laut. Ia sangat menarik tetapi agak menakutkan kerana tiada peralatan
yang lengkap. Tiada perkataan yang boleh digambarkan betapa cantiknya ciptaan
Ilahi.
Malam terakhir sebelum berangkat pulang ke Malaysia, kami ke
Jalan Malioboro sekali lagi untuk membeli cenderamata untuk dibawa pulang ke
tanah air. Kami juga mencuba kuih yang sangat terkenal di sana iaitu kuih
bakpia. Rasanya seperti pau tetapi bentuk yang kecil. Terdapat banyak perisa
seperti kaya, kacang dan strawberi. Rasanya sangat sedap dan lembut. Kami
pulang ke hotel setelah selesai membeli belah. Kami mengemas barang-barang
untuk dibawa pulang berikutan waktu penerbangan tengah hari pada jam 12.30
tengahahri.
Kami sampai di lapangan terbang pada jam 11.30 pagi. kami
agak keberatan untuk berpisah dengan pak supir kerana dia seorang yang sangat
baik. Semua gambar keluarga atau gambar aku diambil oleh dia. Dia mempunyai
bakat yang sangat bagus dalam mengambil gambar. Kami ‘check in’ bagasi dan
menunggu untuk pulang.
Sesampai di KLIA kami berasa lega kerana selamat pergi dan
pulang. Kami sekeluarga berharap agar dapat kembali ke Yogjakarta lagi pada
masa akan datang kerana Yogjakarta bukan sahaja terkenal dengan tempat-tempat
indah malah penduduk nya jugak ramah serta baik. Kami berharap agar percutian
tersebut terus menjadi kenangan yang terindah untuk kami sekeluarga.
Tips bercuti di Jogjakarta adalah apabila anda membeli belah
harus pandai tawar menawar. Selain itu, sediakan duit yang cukup apabila anda
pergi ke sana walaupun mata wang kecil tetapi setiap kawasan dikenakan duit.
Contoh anda nak tangkap gambar setiap spot akan dicaj.
No comments:
Post a Comment