Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Sunday, October 20, 2019

PORT DICKSON DAN CAMERON HIGHLAND

Nama penulis: Arvin Raj A/L D.Mahendran (A170655)


Saya disini ingin kongsikan tentang pengalaman saya sejak kecil melancong bersama keluarga. Selain itu, saya juga ingin menyatakan disini tentang pengalaman saya semasa melakukan persediaan ketika pergi melancong. Terdapat juga pelbagai kenangan yang manis bersama keluarga saya. Setiap masa yang saya melalui dengan keluarga saya masih segar di dalam ingatan saya. Ayah saya merupakan seorang yang suka berlancong. Beliau sentiasa akan membawa kami sekeluarga untuk melancong atau melakukan aktivit riadah dimana-mana tempat yang berdekatan.
Beliau juga membawa kami melancong ketika musim cuti sekolah kerana itu adalah salah satu masa yang sangat tepat untuk melakukan aktiviti pelancongan. Beliau juga akan memilih satu tempat yang menarik untuk membawa agar dapat memperoleh satu pengalaman yang indah dan juga dapat mengambil rehat yang secukupnya. Dengan ini saya dapat memperoleh pembagai pengalaman yang baru dan juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan saya. Ibu saya pula seorang begitu sangat bertanggungjawab iaitu kerana beliau yang melakukan semua persiapan sebelum kami melakukan pelancongan. Ibu saya akan menyedaiakn semua barang keperluan yang kami perlukan semasa melakukan aktiviti melancong. Saya bersama 3 orang adik saya akan berasa sangat seronok apabila ayah saya memberitahu kami destinasi melancong pada setiap cuti sekolah. Ini kerana aktiviti melancong itu akan memberikan satu pengalaman yang sangat baik dan bermakna untuk kami. Terdapat banyak destinasi yang kami telah pun melancong malah saya disini mengkongsikan beberapa pengalaman yang sangat indah kepada saya dan keluarga saya.
            Pengalaman pertama melancong saya adalah ketika saya berumur 5 tahun. Ayah saya telah membawa kami sekeluarga ke Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan untuk bercuti selama 2 hari 1 malam. Kami sekeluarga berasa begitu gembira kerana ini adalah merupakan satu aktiviti riadah yang akan memberikan pelbagai keseronokan. Sehari sebelum kami bertolak ke Pantai Port Dickson, ibu saya telah melengkapkan semua barang yang akan kami bawa ke sana contohnya seperti pakainan, makanan, sabun mandian dan juga beberapa barangan keperluan yang lain. Saya ingati beberapa perkara yang kami alakukan sebelum bertolak ke sana. Kami kesana dengan menaiki kereta ayah saya sendiri. Pada mulanya, kami bertolak dari rumah pada pagi iaitu dalam pukul 10 pagi. Saya dan adik-adik saya membantu ayah untuk menaikkan barang yang kami bawa kedalam kereta. Sebelum bertolak kesana kami sekeluarga mengambil sarapan di sebuah kedai mamak yang berdekatan. Pada masa itu menu saya ialah milo dan nasi lemak. Ia merupakan satu-satunya menu yang paling saya minati. Selepas selesai makan sarapan, ayah saya menuju ke sebuah stesen minyak untuk mengisi minyak kereta. Seterusnya mula perjalanan kami dengan aman. Ayah telah pun pasang lagu kegemaran keluarga dalam radio kereta. Dalam perjalanan ke sana saya dapat melihat pelbagai pandangan yang indah. Sejak kecil hingga sekarang saya sangat berminat terhadap kereta dan lori. Dalam seluruh perjalanan saya melihat semua jenis kenderaan yang saya sukai. Ia masih dalam ingatan saya.
            Selain itu, saya dan adik-adik melakukan bising dalam kereta dan makan makanan ringan yang disediakan ileh ibu saya. Pada masa itu kami adalah kanak-kanak dan ibubapa saya tidak pernah berasa letih melayan karena kami. Ayah saya membawa kereta dalam keadaan yang tenang dan membawa kami dengan penuh selamat. Dalam beberapa jam kami pun telah tiba di destinasinya. Ayah saya telah membuat tempahan awal di sebuah resort. Resort itu sangat vantik dan bersebelahan dengan pantai. Pemandangan dari resort itu juga sangat cantic dan indah. Selepas mendapat kunci bilik di resort tersebut kami terus bergerak ke bilik kami untuk mengambil rehat seketika. Pada hari tersebut kami telah mengambil makan tengahari kami di restoran yang ada dalam resort tersebut. Makanan yang disediakan dalam restoran tersebut adalah makanan yang sangat lazat. Selepas menikmati makanan yang sedap itu kami terus ke bilik kami untuk bersedia berkelah di pantai. Pada masa itu saya tidak dapat menahan perasaan seronok saya untuk berkelah di tepi pantai yang sangat cantik itu. Dengan rasa yang penuh gembira saya dan adik saya semua menukar pakaian kelah kami untuk turun ke pantai. Ayah saya membimbing kami dan membawa kami ke pantai yang bersebelahan dengan resort. Pantai tersebut sangat cantic dan begitu indah. Airnya pula sangat cantik dan nampak seperti cermin. Selain itu pada petang itu terdapat angin nyaman dan ombak yang tidak begitu kuat. Suasana pada petang itu sangat indah dan begitu nyaman. Ayah telah membelikan kami pelampung untuk bermain di air. Saya dan adik saya berlari dengan begitu pantas selepas melihat air pantai tersebut. Ia merupakan salah satu suasana yang paling seronok untuk kami sekeluarga.
            Selepas bermandi-manda di tepi pantai yang indah tersebut kami tidak perasaan masa lalu begitu dengan pantas. Selepas bermain dengan begitu seronok kami telah balik ke bilik kami untuk membersihkan kami. Selepas mandi ayah kami telah membawa kami sekeluarga untuk bermakan di luar. Ayah membawa kami ke sebuah restoran makanan laut. Ayah kami telah memesan beberapa jenis makanan yang popular dan lazat di restoran tersebut. Pada malam itu kami memakan makanan yang lazat itu. Ia menyebabkan kami sekeluarga berasa sangat kenyang dan gembira. Selepas selesai makan kami pun telah balik ke bilik untuk tidur. Pada malam tersebut kami berasa sangat letih dan terus untuk tidur. Pada keesokkan hari, ibu membangunkan kami pada awal pagi. Selepas siap mandi dan bersiap kami sekeluarga bersarapan di cafĂ© resort tersebut. Selepas selesai makan, ayah membawa kami untuk keluar. Ayah membawa kami untuk membeli barangan hiasan dan juga cenderahti kepada rakan-rakan ayah saying dan juga saudara-mara. Terdapat beberapa deretan kedai di tepi pantai Port Dickson tersebut. Pelbagai barangan telah pun jual disitu contohnya seperti kraf tangan, baju, jeruk, dan juga lain-lain. Harga juga pada masa itu sangat berpaptitan kerana ayah saya telah membeli banyak barang di tempat itu. Seterusnya telah pun tiba masa untuk kami balik ke rumah. Dengan hati yang penuh berat saya bertolak ke rumah dengan satu pengalaman yang sangat indah bersama keluarga saya. Ia merupakan salah satu pengalaman yang begitu gembira. Pengalaman melancong itu masih terkenang dalam buah fikiran kami sekeluarga. Walaupun kami melancong hanya selama 2 hari ia memberikan satu pengalaman yang bgeitu indah kepada kami.
            Seterusnya ialah baru-baru ini saya dan juga keluarga saya telah melancong ke Tanah Tinggi Cameron. Kami telah pun melancong ke Cameron Highland pada cuti semester yang lalu. Ibubapa saaya telah meluangkan masa mereka yang begitu sibuk untuk membawa kami melancong dan tenangkan fikiran kami. Kali kami adik-beradik telah merancang untuk membuat pelancongan dan membuat segala persediaan untuk memudahkan ibubapa kami. Adik saya telah mengambil tanggungjawab untuk menempah hotel dan membuat segala persiapan seperti makanan dan juga tempat untuk mengunjung di Cameron Highland. Kami melancong ke Cameron Highland selama 3 hari 2 malam. Ayah saya pula memohon cuti di tempat kerjanya untuk membawa kami melancong ke destinasi tersebut. Ini merupakan salah satu pengalaman yang sanga bermakna kepada kami sekeluarga. Kami kesana dengan menaiki kereta kami. Pada kali kereta telah dipandu oleh saya. Saya telah memberikan rehat kepada dan beliau duduk bersebelahan dengan saya. Kami telah bertolak ke sana pada awal pagi pukul 5 kerana untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Perjalanan itu sangat bermakna kepada saya kerana itulah merupakan kali pertama saya memandu ke sebuah destinasi yang sangat jauh dari tempat tinggal kami iaitu Banting. Suasana semasa kami bertolak kesana adalah sangat sunyi dan sepi. Kami dari sini bertolak dengan 2 buah kereta iaitu satu lagi adalah dinaiki oleh keluarga bapa saudara. Kali ini kami melancong dengan satu keluarga yang besar. Ini telah memberikan pelbagai pengalaman kepada kami semua. Sepanjang perjalanan kami telah melalui kawasan hutan yang sangat tebal dan cantik. Pada masa yang sama ia memberikan satu pemandangan yang begitu indah kepada kami semua. Seterusnya ia telah mengambil masa selama 4 jam untuk kami sampai ke Cameron Highlands. Setelah kami pun tiba kami terus gerak ke tempat penginapan yang telah ditempah awal. Dengan barang yanhg kami bawa masing-masing telah pun telah beredar ke bilik untuk mengambil rehat. Selepas beberapa jam kami sekeluarga berkumpul untuk makan. Kami telah pun menuju ke sebuah restoran india untuk makan makanan tengahari kami. Kedai tersebut merupakan sebuah kedai yang sangat popular di destinasi tersebut. Makanannya juga begitu lazat dan harga juga sangat berpatutan. Selepas makan kami pegi ke sebuah ladang strawberi yang berdekatan dengan hotel kami. Ladang itu adalah dalam saiz yang sederhana dan memounya kilang pemprosesan jem strawberi. Disitu kami mendapat peluang untuk memetik buah strawberi terus daripada pokoknya dan dapat menikmati buah tersebut dengan coklat yabg disediakan oleh pengusaha tersebut. Ia telah memberikan satu pengalaman yang baru kepada kami sekeluarga. Seterusnya kami juga sempat dapat melihat cara membuat jem strawberi dan ibu saya pula membeli beberapa botol jem tersebut untuk kami dan juga rakan-rakan beliau. Ia mengambil masa selama 2 jam untuk kami melawat ladang strawberi tersebut. Selepas selesai melawat ladang strawberi kami bersinggah disebuah kedai kopi cina untuk minum petang. Kedai tersebut merupakan kedai kopi yang paling tertua di akwasan tersebut. Menu utama di kedai tersebut adalah kopi dan roti bakar. Ramai pengunjung datang kesana untuk menikmati menu yang popular ini. Kami sekeluarga berminum petang di kedai tersebut dan kembali ke hotel untuk mengambil rehat.
            Pada hari kedua, kami telah melawat ke ladang teh di Cameron Highland. Ladang tersebut merupakan salah satu ladang yang terbesar di situ. Terdapat ramai pengunjung melawat ladang tersebut dan ia telah pun menjadi satu lokasi yang sering dikunjungi oleh pelancong. Ladang tersebut memberikan satu pemandangan yang begitu indah dan menyediakan udara yang paling nyaman. Dengan ini kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk menikmati teh di ladang tersebut. Ia telah memberikan satu rasa sangat baik kerana dapat menikmati the bersama-sama dengan udara yang nyaman di ladang tersebut. Makcik saya dan ibu saya membeli beberapa beg serbuk teh kerana kelazatan yang disediakan oleh serbuk teh tersebut. Selepas itu kami telah melawat sebuah taman bunga. Taman buga tersebut terdiri pelbagi jenis pokok bunga dan juga binatang kecil seperti burung dan juga arnab. Kami dapat memlihat pelbagai pokok bunga di taman bunga itu. Suasana yang indah masih dalam kenangan kami sekeluarga. Selepas itu kami telah pun bergerak ke bilik untuk rehat dan bersiap untuk pulang ke rumah pada hari keesokkan.
            Pada hari esoknya, setelah selesai bersarapan kami semua bersiap untuk membeli cenderahati di kedai yang berdekatan. Ayah saya membawa akmi ke sebuah kedai cenderahati. Di situ kami membeli banyak cenderahati untuk ahli keluarga dan juga kawan-kawan rapat. Ia merupakan simpanan kenangan terhadap aktiviti pelancongan yang menarik. Setelah selesai membeli belah kami telah pun pulang ke rumah dengan perasaan yang penuh gembira.
            Kesimpulannya, ini pengalaman yang saya telah dialami dengan melancong beberapa destinasi di Malaysia bersama keluarga saya.

No comments:

Post a Comment