Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Tuesday, October 15, 2019

KOTA SINGAPURA: NEGARA 1001 LARANGAN

Nama penulis: Fithriyaani Binti Zainal (A169728)




Kata orang jauh perjalanan, luas pemandangan. Itulah yang telah saya alami sewaktu saya dan keluarga saya bercuti dan melancong ke Kota Singapura pada tahun 2010. Pada abad ke-14, pulau kecil yang strategik ini mendapat nama samaran baru. Menurut legenda, Sang Nila Utama, seorang pangeran dari Palembang (ibu kota kerajaan Sriwijaya), sedang berburu ketika ia melihat seekor binatang yang belum pernah dilihatnya sebelumnya. Dengan mengandaikan ini adalah satu petanda yang baik, dia kemudiannya menubuhkan bandar di mana binatang itu ditemui, dan menamakannya Lion City atau Singapura, yang diambil dari Sanskrit "simha" (singa) dan "pura" (bandar).

Melancong merupakan satu terapi bagi kita terutamanya yang terlalu sibuk dengan urusan kerja. Selain dapat menghilangkan stress akibat kerja, melancong juga menjadikan minda kita lebih terbuka dan dapat meneroka budaya serta tempat menarik di negara orang. Oleh itu, saya dan keluarga saya telah mengambil keputusan untuk melancong ke negara seberang iaitu Singapura pada tahun 2010. Sebelum kami bertolak ke Singapura dengan menaiki kereta, kami telah membuat persediaan yang rapi dan merancang perjalanan kami dengan sebaik mungkin supaya kami tidak menghadapai masalah-masalah yang tidak diingini. Misalnya, tempah dan pastikan di mana untuk menginap, menentukan sama ada kad SIM, perayauan atau penyewaan wifi yang terbaik, pertukaran Ringgit Malaysia dengan Dolar Singapura dan gunakan Kad Pas Pelancong Singapura dan sebagainya. Hal ini demikian kerana melancong ke luar negara atau di negara orang adalah sangat tidak mudah dan perlu persediaan yang teratur. Kami perlu mengkaji terlebih dahulu atau lebih tepat mengambil maklumat serba sedikit tentang tempat-tempat yang ada di sana supaya percutian kami menjadi sesuatu yang menyeronokkan dengan adanya perancangan awal.
Pelancongan pada tahun 2010 itu berlangsung selama tiga hari dua malam. Kami merancang dengan sebaik mungkin dan secara teratur agar tidak terlupa untuk berkunjung ke destinasi-destinasi menarik yang ada di Singapura. Sebenarnya tidak sukar untuk berjalan-jalan di sekitar Singapura kerana sistem pengangkutannya seperti MRT dan bas sangat sistematik serta sangat memuaskan. Malah maklumat tunjuk arah yang tepat di semua stesen bas termasuk harga tambang bas juga memudahkan perjalanan ke mana-mana destinasi menarik di Singapura walaupun harga pengangkutan awam disini agak mahal berbanding di Malaysia.

Kami tiba di Singapura pada waktu petang kerana mengalami kesesakan sepanjang laluan masuk dari Johor Bahru ke Woodlands, Singapura. Sebaik sahaja tiba di rumah sepupu kepada ayah, kami terus berehat dahulu sebelum merancang untuk melawat Merlion Park pada waktu malam. Pada sebelah malam, kami telah melawat Merlion Park yang terletak di taman yang berada di Marina Bay. Ia juga merupakan salah satu tempat menarik di Singapura dan harus di kunjungi apabila ke Singapura. Merlion Park menempatkan tugu seekor singa yang mengeluarkan air dari mulutnya yang menjadi kebanggaan rakyat Singapura dan ia juga merupakan sebuah maskot bagi negara Singapura. Setelah kepenatan, ibu saudara saya membawa saya dan keluarga saya untuk makan malam di Restoran Zam Zam yang terletak di Arab Street yang terkenal dengan murtabak dan nasi beryani. Harga mungkin agak mahal tetapi berbaloi dengan rasa yang sedap dan menyelerakan.
Pada keesokan harinya, setelah selesai menikmati sarapan yang dihidang khas oleh nenek saudara saya, ibu saudara saya mengajak kami untuk melancong ke Pulau Sentosa yang sinonim dengan keindahan pantai di Singapura. Pulau sentosa juga dikenali sebagai Pulau Belakang Mati. Ia merupakan salah satu tempat menarik di Singapura dan dapat merasai pengalaman melalui jambatan gantung dan melihat sendiri keindahan tiga pantai indah di Pulau Sentiosa iaitu Pahlawan, Tanjung dan Siloso.  Kami juga menggunakan perkhidmatan kereta api yang turut disediakan secara percuma kepada para pengunjung. Pulau Sentosa merupakan tempat rekreasi yang menarik dan hanya mengenakan cas sebanyak $1 seorang. Pemandangan ciptaan Allah swt amat memikat hati saya dan saya berasa sangat bersyukur atas nikmat tersebut. Pada sebelah petang pula, kami minum petang di Kampung Glam Cafe. Bagi saya ianya ala ala restoran mamak di Malaysia kerana kawasannya di ruang terbuka. Di kawasan ini juga terdapat banyak kedai cenderamata yang dijual dengan harga yang murah dan berpatutan. Kami sempat singgah untuk membeli sedikit cenderamata untuk kenalan dan sahabat handai.

Pada hari terakhir, kami melawat pula ke Geylang Serai untuk melihat perkampungan orang melayu Singapura. Di sini baru kami dapat lihat orang-orang melayu sibuk dengan kegiatan harian masing-masing. Sedangkan kalau di bandar terutamanya di Orchard Road hanya kaum cina saja yang membanjiri tempat tersebut. Kami bersiar-siar sehingga ke Katong. Sesudah itu kami singgah pula ke Little india, untuk ke Mustaffa Centre yang dikatakan amat popular di Singapura. Kami dapati Mustaffa Centre ni sama seperti Mydin di Malaysia. Kami tidak membeli apa-apa di sini kerana merasakan harga barang di Malaysia jauh lebih murah.
Setelah tiga hari di Singapura, tibalah masa untuk kami pulang semula ke tanahair. Sesungguhnya percutian di Singapura ada keseronokkannya. Fikiran terasa tenang melihat bandar Singapura yang penuh kemodenan tetapi masih mengekalkan kehijauan persekitarannya. Meskipun percutian kami kali ini tidak jauh dari Negara tercinta tetapi memberi banyak pengalaman, kenangan dan pengajaran buat kami sekeluarga. Kami berhasrat untuk menjejakkan kaki ke Singapura bersama-sama pada masa akan datang.
Terdapat beberapa sebab kenapa anda perlu melancong ke Singapura. Antaranya ialah kepelbagaian kebudayaan. Hal ini demikian kerana Singapura berpangkalan dengan negara-negara lain yang berbeza dari segi budaya dan agama sehingga menjadikannya agak berbeza dari negara-negara jiran. Pulau ini mempunyai empat bahasa rasmi iaitu Bahasa Inggeris, Tamil, Melayu dan Mandarin dan juga meraikan cuti umum pelbagai agama. Pengunjung boleh menikmati pengalaman kuliner dari negara-negara yang berlainan serta melawat banyak tempat ibadat yang berbeza. Selain itu, sebab kenapa perlu melancong ke Singapura ialah tahap kebersihan yang terjamin. Singapura merupakan salah satu bandar paling bersih di dunia. Terima kasih kepada peraturan mengenai meludah dan membuang sampah, Singapura bebas daripada bau yang tidak menyenangkan atau sampah di merata-rata tempat. Walaupun sesetengah orang mungkin menuduh Singapura agak klinikal, kami fikir jalan-jalan yang bersih itu adalah langkah yang paling efektif dan efisien.
Walau bagaimanapun, pada tahun 2019, Singapura berkemungkinan menjadi lebih maju dan menarik. Antara tempat yang wajib anda kunjungi apabila tiba di Singapura ialah Marina Bay Sand, Marina Bay Bayfront, Helix Drawbridge, Garden by the bay, Merlion Statue, Bugis street, Little Indian, Chinese garden dan Sentosa Island (USS). Jadi, ayuh ke Singapura!



No comments:

Post a Comment