Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Wednesday, October 16, 2019

PANTAI TELUK KEMANG, PORT DICKSON

Nama penulis: Nurshamira Binti Md Zaidi (A170681)


        Saya percaya bahawa setiap individu itu sendiri mempunyai pengalaman melancong yang dilalui bersama keluarga tercinta. Sewaktu saya kecil hingga kini, keluarga saya akan mengadakan “family day” setahun sekali. Setiap tahun kami akan merancang supaya setiap perjalanan dan aktiviti yang diadakan berjalan dengan lancar. 
         Saya masih ingat kali pertama bapa saya membawa kami sekeluarga melancong di pantai Port Dickson. Disebabkan kami berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan jadi untuk ke Port Dickson
adalah sangat dekat, tidak memakan masa yang lama dan menjimatkan kos.
        Pengalaman saya dalam persiapan sebelum melancong ialah saya dan adik-beradik sangat bersemangat untuk menyediakan pakaian untuk mandi laut. Manakala ibu saya akan menyediakan makanan yang akan dibawa semasa melancong. Bapa saya pula seperti biasa akan memeriksa keadaan kereta bagi memastikan keadaan kereta adalah selamat. Pada malam sebelum hari kejadian, kami adik-beradik sangat sukar hendak memejamkan mata. Hal ini kerana sifat terlalu teruja untuk melancong pada keesokkan harinya. Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba, kami sekeluarga berkumpul di sebuah stesen minyak sebelum memulakan perjalanan. Apabila semua ahli keluarga telah berkumpul, kami pun memulakan perjalanan kami menuju ke Pantai Teluk Kemang, Port Dickson. Sebelum itu, kami singgah di sebuah masjid berhampiran untuk memberi laluan kepada kaum Adam menunaikan solat jumaat kerana kebiasannya percutian kami ini dibuat pada hujung minggu. Jadi kami akan bertolak pada hari jumaat. Setelah selesai, kami meneruskan perjalanan kami dengan bacaan doa.



        Apabila tiba di destinasi, hati kami adik-beradik semakin meronta-ronta apabila melihat pantai didepan mata buat pertama kalinya. Saya yakin pada ketika itu, saudara-mara yang lain turut teruja melihat pantai di depan mata. Hanya kerana perasaan yang terlalu teruja dan tidak sabar, kadang kala adik saya akan emosi apabila kami sukar hendak mencari parkir kenderaan di kawasan pantai Teluk Kemang, Port Dickson kerana ramai pengunjung yang datang ke sana pada hujung minggu.  Sungguh lucu jika diingatkan kembali saat dan detik itu tetapi jujur hati ini sangat merindui zaman kanak-kanak.



        Perkara pertama yang kami lakukan setelah penat mencari parkir kenderaan, kami bersama-sama mendirikan khemah untuk kami bermalam disana. Macam-macam ragam semasa mendirikan khemah, yang kecil menangis kepenatan, yang dewasa gelak ketawa tidak ingat dunia. Itulah kami bila berkumpul sekeluarga.


         Kami mengadakan pelbagai permainan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga. Antara permainan yang diadakan ialah bola pingpong atas sudu, tiup gula dalam tepung, makan epal tanpa menggunakan tangan, zombie tisu, bola tampar pantai dan banyak lagi. Pelbagai gelagat sewaktu permainan ini berlangsung. Saya akui keluarga besar saya sangat ‘happening’, kelakar dan sangat menghiburkan hati. Saya sangat merindui gelagat mereka sewaktu kecil dahulu.






        Saya berharap suatu hari nanti kami sekeluarga mengadakan family day di tempat yang sama supaya kami dapat mengimbau kembali kenangan yang indah itu bersama keluarga tercinta.

No comments:

Post a Comment