Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Monday, October 14, 2019

PULAU KAPAS, TERENGGANU

Nama penulis: Abdul Sholih Bin Mamat (A171958)

        Kali ni saya akan kongsikan pengalaman saya bercuti dengan keluarga di sebuah pulau iaitu dipanggil sebagai pulau kapas. Percutian ini berlaku pada tahun 2009. Kenangan ini sangatlah tak dapat saya lupakan. Oleh kerana itu saya memilih pengalaman bercuti di pulau kapas bersama keluarga untuk saya kongsikan.
Sebagai permulaan, semua pasti nak tahu kenapa dan bagaimana saya dan keluarga boleh bercuti di pulau kapas? Kisahnya bermula apabila syarikat TDM Plantation iaitu syarikat tempat ayah saya bekerja mengadakan hari keluarga bersama dengan staff dan para pekerja syarikat tersebut. Oleh yang demikian, pengurus syarikat tersebut memilih untuk mengadakan hari keluarga di pulau kapas kuala Terengganu. Ayah saya memberitahu pekara ini, saya ,mak dan ahli keluarga sangat gembira kerana inilah pertama kalinya kami sekeluarga pergi bercuti bersama. Hari keluarga tersebut akan dilaksanakan pada hari jumaat sehingga ahad. Saya ingat lagi, saya menunggu-nunggu hari tersebut kerana tidak sabar untuk pergi kesana. Kini telah tiba masanya untuk saya dan keluarga untuk bercuti di pulau kapas. Saya telahpun membuat persediaan awal dengan mengemas kesemua barangan dan pakaian saya untuk saya bawa. Ahli keluarga saya juga telahpun membuat persediaan pada awal lagi kerana tidak sabar untuk bercuti bersama. Tepat pada hari jumaat pukul 9 pagi, saya dan keluarga berkumpul di kilang TDM Plantation untuk berangkat. Saya juga bertemu kawan-kawan saya yang juga turut serta mengikuti hari keluarga ini. Pada jam 9.15, bas persiaran untuk kami ke kuala berang sudah pon tiba. Pada waktu itu hati saya makin berdebar kerana tidak sabar untuk pergi kesana. Pada waktu itu juga saya keluarga dan yang lain menaikki bas persiaran tersebut. Saya agak merasa bangga ketika itu kerana ayah saya yang mengetuai bacaan supaya perjalanan ke pulau selamat. Perjalanan ke kuala berang mengambil masa selama 2 jam setengah. Saya dalam perjalanan tersebut melihat semua sudah membawa kelengkapan terutamanya kelengkapan mandian seperti pelampung,google dan sebagainya.


        Ramai yang bercakap yang pulau kapas ni cantik dan juga merupakan kawasan terubu karang, bukan itu sahaja banyak juga hidupan laut yang boleh dilihat . bukan itu sahaja, banyak juga aktiviti yang ditawarkan di pulau kapas ini seperti scuba, diving, berkayak, memancing dan kemudahan chalet yang baik dan cantik. Bila pekara tersebut bermain-main di telinga saya membuatkan saya menjadi tidak sabar untuk kesana. Dalam hati berkata `bila nak sampai ni ya allah’. Satu jam berlalu. Bas kami berhenti berehat di rantau abang ketika itu. Mak sempat membeli makanan ringan sebagai bekalan di sana. Perjalanan bermula semula, kini kami semua telah pon tiba di jeti untuk kami semua pergi menyeberangi laut untuk ke pulau kapas tersebut. Sebenarnya itulah kali pertama saya menaikki boat. Pengalaman dan rasa menaikki bot itu tak dapat saya gambarkan dengan kata-kata. Seronok sangat-sangat. Tangan mula merasakan air yang dilanggar oleh bot tersebut. Akhirnya saya dapat melihat pulau yang bergitu cantik dari jauh,rupanya kami makin dekat dengan pulau tersebut. Akhirnya kami semua tiba di pulau kapas tersebut. Kami semua disambut oleh para penghuni di pulau kapas tersebut. Sambutan dari mereka terhadap kami sangat memuaskan. Mereka seakan-akan gembira dengan kehadiran kami ketika itu. Waktu semakin petang, ayah saya telah mendapatkan kunci bilik untuk kami menginap di sini. Semangat saya dengan kakak saya mencari bilik tidur kami. Akhirnya kami mula memasuki bilik kami. Pada waktu itu sempat pula kami berebut untuk pilih bilik mana yang paling selesa. Kalau diingatkan saat saya berusia 11 tahun yang berebut dengan kakak- kakak saya yang jauh lebih berusia menjadikan saya rasa pada waktu itu bertapa mesra nya hubungan diantara kami. Dibawah terdapat gambar permandangan chalet di pulau kapas. Cantikkan?


        Setelah sampai dan telah masuk ke bilik kami, saya dan ahli keluarga berehat seketika. Kami diberikan rehat sehingga pukul 4. Selepas itu kami perlu bersiap-siap untuk makan petang kami. Pada pukul 4 petang, saya, keluarga dan ahli lawatan yang lain mula bergerak ke dewan untuk makan petang. selepas kami semua siap makan, ketua lawatan kami iaitu encik Ibrahim memberitahu untuk aktiviti yang akan dijalankan pada petang ini. Kami semua gembira bila mendengarnya. Pada waktu itu kami diberikan kumpulan. Saya dan ahli keluarga duduk di kumpulan biru. Encik Ibrahim membahagikan kepada 5 kumpulan. Acara pertama ialah boling kelapa. Untuk acara tersebut dimenangi oleh kumpulan merah. Saya dan ahli kumpulan biru mendapat tempat ketiga. Selesai acara tersebut, kami semua diberikan ruang untuk mandi manda di pulau. Saya dapat melihat banyak hidupan laut di situ seperti tapak sulaiman, gamat, terubu karang di hadapan mata saya sendiri. Namun yang pada masa itu hanyalah kanak-kanak, oleh itu tak merasakan sangat nikmat tersebut, tapi bila diingatkan kembali sekarang saya rasa bersyukur sangat. Pada waktu juga saya dapat merasakan ikan bermain-main di kaki saya. Serius seronok sangat saya rasa. Bukan itu sahaja saya dapat melihat ramai yang bermain kayak, dan berenang pada waktu itu. Pasir pulau pula kelihatan putih sangat sebab itulah pulau ini dipanggil pulau kapas. Saya pada waktu itu diberikan peluang untuk senorkling bersama ayah pada waktu itu. Ada juga rasa takut kerana kali pertama buat semua tu. Pada waktu saya menyelam sangat seronok bila mana saya dapat melihat banyak hidupan laut di hadapan mata saya. Kalau sebelumnya hanya dapat lihat di kaca tv sahaja.yang paling seronok lagi bila saya dapat pegang dan menyetuh hidupan dalam laut tersebut. Sangat tak boleh saya lupakan semua itu.


        Matahari mula terbenam, pada masa itu saya dan ahli keluarga dapat melihat sendiri kecantikkan matahari terbenam di pulau kapas. Pada waktu itu yang saya ingat bila melihat kakak dan yang lain sangat terpegun dengan kecantikan saat matahari terbenam tersebut. Pada selepas melihat matahari mula terbenam itu, encik Ibrahim sempat memberitahu kami tentang aktiviti yang akan berlangsung pada malam ini. Aktiviti yang dijalankan pada malam nanti ialah malam serlahkan bakat dan makan BBQ. Setelah selesai mendengar taklimat tersebut saya dan yang lain masing-masing pulang ke bilik untuk solat maghrib dan berehat. Tepat jam 9 malam, kami semua bersiap untuk ke aktiviti pada malam ini. Pada malam tersebut saya masih ingat dimana saya melakukan persembahan nyayian. Mak ,ayah kakak dan semua yang lain bersorak memberikan sokongan kepada saya. Pada masa itu saya sangat berdebar dan Alhamdulillah saya dapat juga melakukan persembahan tersebut dengan bantuan sokongan dari mereka. Pada malam itu juga kami makan bersama-sama dan sambil kami makan ada jugak aktiviti cabutan bertuah, permainan kotak misteri yang memeriahkan lagi aktiviti pada malam tersebut. Malam semakin larut, esok kami dah akan pulang dari pulau ini, perasaan sedih itu mula menghatui diri saya kerana merasakan tidak cukup lagi bahkan terlintas dalam hati kecil saya untuk terus berada disini. Pada waktu itu juga, walaupun saya masih kecil, perasaan gembira dengan keluarga dan rakan-rakan pada waktu itu dapat saya rasai kerana jarang sekali kami untuk meluangkan masa bersama. Bukan itu sahaja pengalaman saya melihat keindahan alam dan hidupan tak mampu saya lupakan. Itulah pengalaman saya bercuti bersama dengan keluarga. Kini dalam hati kecil saya ini, masih ingin untuk kesana lagi bersama keluarga kerana rindukan suasana dan masa yang diluangkan bersama pada waktu itu. Pada pandangan saya bercuti ini sangatlah penting untuk ahli keluarga dan kawan-kawan, kerana pada masa itu juga kita dapat mengisi masa bersama setelah sekian lama kita masing-masing sibuk dengan kerja sendiri. Bukan itu sahaja, bercuti ini juga dapat memberikan kita untuk tenangkan diri dengan melihat keindahan ciptaan allah s.w.t yang sangat cantik yang boleh kita lihat dan merasainya dengan melihat dihadapan mata kita sendiri. Untuk semua carilah masa untuk pergi bercuti dan pilihlah destinasi percutian yang menarik yang boleh memberikan kenangan atau memori terindah dalam hidup anda bersama keluarga,kawan-kawan dan orang tersayang. 


 

No comments:

Post a Comment