Untuk pengetahuan korang dekat Selangor ada
resort macam Maldives tapi taklah secantik Maldives tapi nice jugaklah. Avani
Sepang Gold Coast Resort lebih kurang dekat dengan Bagan Lalang dan Pantai
Morib. So, memang strategik sangat resort ni. Resort ni korang boleh
booking dekat agoda.com. harga berpatutan lah jugak.sesuai nak bawak family
bercuti atau honeymoon. Pemandangan dekat resort ni pulak atas pantai memang
feeling sangat macam kat luar negara. Tapi nak ke main entrence agak jauh
berjalan tapi resort ni ada buat kemudahan seperti buggy di sediakan untuk
tetamu. Selain tu, ada jugak kemudahan basikal free saja. Tapi warna biru jah
yeeee. Yang warna lain kena sewa.
Aku dapat bilik yang berhadapan dengan laut
memang super gempak, boleh tengok sunset dan sunrise nanti. Ada yang family
villa dan bilik saja. Aku ambik family villa sekali dengan family besar aku je.
Kemudahan yang ada kat family villa ni dapat 1 ruang tamu, 2 bilik berserta
bilik mandi, 1 katil king dan 2 katil single, 2 balcony… memang super
owsemmmm…tak lupa jugak, atap resort ni diperbuat dari jerami. So unik lah,
lain daripada yang lain.
Aktiviti yang kami buat mestilah mandi
manda kat swimming pool resort ni . memang sumpah lawa gile. Lepas swimming apa
lagi jelajah satu resort ni dengan naik basikal free tulah. Jangan lepaskan
peluang berbasikal. Maklumlah dah lama tak merasa naik basikal. Pastu kat
resort ni pun ada gym, haa sapa rasa diri nak exercise lepas makan boleh lah datang
gym kat resort ni. Kitaorang ambik pakej sarapan je supaya nanti lunch dengan
dinner boleh cari kat luar resort ni. So, explore ah sikit. Kalau waktu malam
resort ni ada buat pertunjukan api. Tempatnya dekat bahagian depan pintu masuk
avani, belakang restoran perahu. Persembahan di buat di tepi pantai bermula
jam 9 malam dan dalam tempoh 30 minit. Selesai menikmati persembahan boleh le
kalau nak sedekah pada mereka. Persembahan yang best gile dan very
interesting.
Tak lupa jugak kat sini ada spa, berhampiran
dengan kolam renang dan kedai cendermata. Kami duduk selama 3 hari 2 malam
ajeee.
Waktu petang kami akan ke pantai Bagan
Lalang. Aktiviti yang selalu ada kat pantai ni semestinya main layang-layang,
mandi-manda, bergambar, main balloon dan berkelah.
Kalau untuk dinner aku sarankan pergi makan
dekat Restoran Bayu Malam
Wak Lan Ikan Bakar & Seafood sebab dekat
situ memang popular dengan makanan seafood yang fresh-fresh. Family aku dah
siap reserve tempat makan sebab waktu malam memang restoran tu penuh. Kami
tinggal datang dan makan saja.
So korang yang suka berjalan or kaki travel
lah senang citer, aku sarankan datang bagan lalang ni dekat pon nice, murah
pulak tuu.. so planning and travel.
Byoooooooo.
No comments:
Post a Comment