- Bawalah duit tunai secukupnya, walaupun boleh menggunakan credit card. Lebih mudah untuk kita bayar secara tunai. (Nilai tukaran wang di China tidak sama dengan di Malaysia, boleh rujuk tour guide untuk maklumat terkini)
- Anda tidak digalakkan bertanya harga kepada penjual jika anda tidak pasti untuk membeli kerana berisiko tinggi untuk dikejar dan dipaksa oleh penjual untuk anda beli barangan mereka. ( Ibu saya menjadi salah seorang mangsa paksaan)
- Belajar ilmu tawar menawar terlebih dahulu sebelum melancong walau ke mana sahaja. Tawarlah dengan harga serendahnya kerana kadang kala harga pelancong dan warga tempatan berbeza.
- Kaji terlebih dahulu suhu dan musim yang anda akan lawati. Jika pada musim sejuk, pakailah pakaian yang bersuaian. Angin di Beijing sangat kuat pada musim sejuk.
- Anda juga tidak digalakkan untuk membeli makanan street food jika tidak pasti ianya halal.
- Tangkaplah gambar sebanyaknya kerana hanya gambar yang mampu berbicara dan hanya gambar yang dapat dijadikan bukti kenangan kelak.
- Nikmatilah pemandangan dan budaya di China dengan sebaiknya.
- Berbelanjalah dengan berjimat-cermat
Enjoy your holiday !
by: Durrah Aida (A170214)
by: Durrah Aida (A170214)
No comments:
Post a Comment