Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Thursday, October 17, 2019

TAWI TAWI FILIPINA A BEAUTIFUL PEARL IN SULU’S WATERWORLD

Nama penulis: Norsyila Binti Mansor (A170795) 


        Pada tahun 2009 saya dan keluarga saya telah pergi ke Filipina selama satu minggu iaitu ke Kawasan Selatan Filipina iaitu Tawi Tawi  yang terlatak di Kepulauan Selatan Filipina yang majoriti penduduknya beragama Islam. Disamping melawat kawasan disana kami juga berkesempatan mengunjungi Datuk dan Nenek serta sanak saudara disana. Ibu dan Ayah saya telah mempersiapkan segala kelengkapan saya selama seminggu disana. Ketibaan kami di Lapangan Terbang Sanga Sanga Tawi mengamit rasa rindu yang mendalam dalam diri Ibu dan Ayah. Selepas selesai dengan urusan segala bagasi kami mula menaiki teksi untuk  terus bergerak ke Kampung Languyan.


          Ketibaan kami disana disambut senyuman girang oleh Datuk dan Nenek saya yang merindukan anak anak dan cucunya. Setelah berehat dan menjamu selera makanan laut yang segar dan menyelerakan. Kami berehat setelah berberapa jam dalam kapal terbang.  Keesokan harinya, kami  pergi ke bandar Bongao unutk melihat sekitar dikawasan sana disamping untuk membeli beberapa barangan keperluan dan kehendak . Setelah 4 jam membeli belah Ibu dan Syah mula letih. Kami singgah  untuk makan tengah hari di restoran  Malysian Food 1 Awwal street, untuk menjamu selera masa tu jam telah menunjukkan sekitar jam 1.30 petang.

Bandar Bongao


        Setelah menghabiskan masa 4 jam di Bongao kami mula mengorak langkah untuk balik ke rumah di Kampung Languyan sekitar 2 jam .

          Hari seterusnya iaitu hari ke dua kami telah mengunjungi pantai Bintaulan South Ubian. Lokasi kami untuk hari ketiga iaitu  Pantai Panampangan . Keindahan kedua dua  pantainya tidak dapat dinafikan dengan kecantikan pasir putihnya yang amat menakjubkan dan laut yang jernih dan biru mengamit rindu yang mendalam terhadap sanak saudara di Malaysia.




         Gambar diatas merupakan pemandangan pantai panampangan dari jauh manakala gambar menunjukkan pantai Bitaulan  suasana dikawasan pondok pondok Pantai Bitaulan. Setelah menikmati suasana yang menyenangkan dan udara yang segar di Pantai Bitaulan maka kami meneruskan lagi perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu ke lokasi.
             Seterusnya pada hari ke Empat lokasi perjalanan kami ialah di Bongao Peak, Tawi Tawi yang merupakan Gunung yang terkenal  dengan gelaran “The Sacred  Mountain of Tawi Tawi” di Filipina. Sejarah membongkar berkenaan dengan Bongao peak ini iaitu sekitar 630 tahun yang lalu, seorang saudagar Arab iaitu Karim ul- Makhdum pergi ke Tawi Tawi untuk menyebarkan Agama Islam lalu wujudla masjid negara pertama di kawasan rantau ini iaitu Masjid Sheikh Karimal Makdum di Simunul. Hari ini gunung ini menyimpan 250 khazanah biodiverstii dan merupakan Hutan di Sulu.

Bongao Peak “The sacred Mountains Of Tawi Tawi”
           Hari ke lima disana kami meneruskan langkah perjalanan kami lokasi yang menakjubkan iaitu ke lokasi  “The Forbidden Island” Keindahan Pulau ini tidak dapat dinafikan dengan air pasang yang rendah dengan terdapatnya segelintir penduduk Tausug yang tinggal di rumah air dikawasan persisiran pantai. Mereka menjalankan kegiatan mencari hasil lautan dengan menggunakan bot-bot yang kecil unutk menyara kehidupan mereka. Walaupun tempat ini digelar “The Forbidden Island” disebabkan pendedahan bom, penculikan, dan pemenggalan kepala  di wilayah-wilayah terkenal di Mindanao namun keindahannya Pulau Omapuy yang merupakan salah satu pulau paling indah di negara ini. Pulau ini yang mempunyai pasir putih yang menakjubkan mata kami.



Gambar diatas menunjukkan dua orang kanak kanak sedang memancing ikan manakala gambar 7 menunjukkan suasana di sekitar kawasan Forbidden Island @ Omapuy Island.
         Kenangan selama satu minggu di Tawi Tawi memang tidak dapat dinafikan tentang keindahan dan kecantikan Tawi Tawi The South Of Filipina. Walaupun ada khabar angin mengatakan akan bahawa kawasan tersebut penuh dengan jenayah sosial pada hari ini. Namun tidak mematahkan semangat kami untuk menjelajah ke seluruh pelusuk Negara Filipina akan kehebatannya dikawasan Selatan Kepulauan Tawi Tawi. 

No comments:

Post a Comment