Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Thursday, October 17, 2019

KOTA MAKASSAR, INDONESIA

Nama penulis: Muhammad Famizan Bin Ismail (A170823)


Aktiviti melancong merujuk kepada aktiviti melawat, melancong atau mengembara ke sesuatu tempat lain untuk tujuan rekreasi atau mengisi masa lapang. Aktiviti melancong boleh dilakukan sama ada di dalam ataupun luar negara, sendiri ataupun berkumpulan. Melancong bersama keluarga antara aktiviti yang sangat baik dan banyak memberi kesan positif kepada ahli keluarga itu sendiri. Saya akan menceritakan pengalaman saya melancong bersama keluarga. Perancangan untuk melancong bersama alhi keluarga saya ini dirancang oleh ibu saya sendiri.
Ibu saya merancang untukmerayakan hari raya aidilfitri di Indonesia kerana beliau ingin merasai suasana hari raya aidilfitri di negara tersebut. Apabila rancangan tersebut dihebahkan kepada ahli keluarga saya yang lain, kami terus bersetuju dengan rancangan tersebut.

      Pada malam tersebut, kami terus menempah tiket penerbangan sekeluarga ke Makassar, Indonesia. Kami memilih Kota Makassar kerana ibu mempunyai keluarga dan kenalan di sana. Sebulan sebelum perjalanan kami bermula, kami menyiapkan segala keperluan yang ingin dibawa seperti baju raya, dokumen perjalanan, beg pakaian dan buah tangan kepada kenalan ibu di sana. Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Kami pun memulakan perjalan kami ke Makassar Indonesia dengan menaiki kapal terbang Air Asia seminggu sebelum Hari Raya Aidilffitri. Perjalan kami dari terminal KLIA 2 ke lapangan terbang Sultan Hasanuddin Makassar mengambil masa selama 3 jam. Sepanjang kami berada di dalam kapal terbang, kami menikmati hidangan enak yang disediakan oleh kakitangan pesawat. Selepas 3 jam perjalanan, kami pun sampai ke lapangan terbang Sultan Hasanuddin Makassar. Kami berbuka puasa di lapangan terbang sejurus kami tiba. Kami sekeluarga disambut oleh sepupu ibu saya. Seterusnya, kami meneruskan perjalan kami ke rumah sepupu ibu saya dan kami terus menginap di rumahnya. Sesampai sahaja di rumah sepupu ibu, kami mengemas barang pakaian dan berehat. Keesokkan harini kami bersahur bersama keluarga sepupu ibu. Juadah sahur untuk pagi tersebut amat menyelerakan iaitu ayam kampung masak rendang dan ikan kerapu goreng tiga rasa.
Keesokkan paginya kami sekeluarga melakukan aktiviti gotong-royong untuk persiapan sebelum Hari Raya Aidilfitri seperti mengecat rumah, menukar langsir dan sebagainya.  Pada waktu petangnya, kami semua menyiapkan juadah berbuka puasa yang unik iaitu angsa masak singgang dan sate angsa. Selepas berbuka puasa, kami beramai-ramai pergi ke masjid untuk solat terawih tetapi apa yang mengejutkan kami ialah suasana terawih di sana amat berbeza dengan suasana di Malaysia kerana semua lapisan masyarakat turun bersama-sama ahli keluarga menunaikan solat sunat terawih di masjid.
         Pada malam raya, sekumpulan kanak-kanak datang ke rumah kami untuk bertakbir raya. Perkara yang berbeza dengan kanak-kanak di Indonesia dengan kanak-kanak di Malaysia ialah mereka tidak mengharapkan duit raya daripada orang lain namun sebaliknya mereka hanya mahu menikmati juadah yang disediakan. Pada keesokan harinya, kami semua bersiap untuk solat sunat Aidilfitri di masjid. Perkara yang paling unik adalah hanya kami sekeluarga sahaja yang memakai pakaian tradisional melayu iaitu baju melayu dan baju kurung namun mereka hanya berpakaian batik dan kain sarung sahaja. Perkara yang unik yang berlaku di pagi raya tersebut ialah bahasa yang digunakan untuk membaca khutbah adalah bahasa bugis dan hanya sebahagian sahaja berbahasa melayu. Kami sekeluarga hanya mampu tersenyum dan memandang antara satu sama lain kerana tidak faham akan bahasa yang disampaikan. Selepas solat sunat aidilfitri kami semua pulang ke rumah dan saling bermaaf-maafan antara satu sama lain. Kemudian kami semua menjamu hidangan yang disediakan seperti rending ayam, ayam masak merah, buras dan sebagainya.
            Selepas menjamu selera, kami semua menziarahi keluarga yang lain. Pemandangan sepanjang perjalanan menuju ke rumah sepupu yang lain amat cantik kerana dipenuhi dengan keindahan tumbuhan pokok padi yang menghijau dan gunung ganang. Suasana kampung yang tenang daripada kesibukan bandar membuatkan kami berasa amat selesa dan bebas dari segala pencemaran. Sesampai sahaja kami di destinasi, kami disambut dengan baik dan kebetulan rumahnya terletak di persisiran pantai. Angin yang meniup menenangkan lagi suasana kami semua. Pemandangan pantai yang indah dengan air yang jernih disertai dengan deruan ombak memeriahkan lagi suasana di pagi raya. Seterusnya, kami semua berkumpul untuk mengambil gambar keluarga. Walaupun keluarga yang di kunjungi bukan keluarga rapat namun ikatan yang terjalin ibarat telah lama wujud.

Juadah Hari Raya

Gambar Keluarga

          Setelah selesai menziarahi kaum keluarga, kami semua pulang ke rumah semula untuk membuat persiapan untuk majlis doa selamat dan kesyukuran pada malam tersebut. Keesokan harinya, kami makan angin di bandar Balikpapan. Terdapat banyak makanan yang dijual dengan harga yang sangat murah jika dibandingkan dengan Malaysia. Barang- barang sepeti pakaian, aksesori dan kraftangan dijual pada harga mampu milik. Kualiti barang yang dijual juga boleh dipercayai dan hasil kraftangan yang dijual hasil daripada karya penduduk setempat. Dari segi pengangkutan pula, banyak jenis pengangkutan awam yang ditawarkan seperti van, motor, bas, dan teksi.

Angkot

Teksi Motor

Ojek

         Selepas selesai membeli buah tangan di bandar Balikpapan, kami semua pun bergerak pulang ke rumah untuk berehat. Pada keesokkan harinya, kami pun berkemas untuk pulang ke Malaysia semula. Suasana kampung yang menghijau di kota Balikpapan amat menenangkan kerana suasana seperrti ini tidak dapat saya peroleh di Malaysia. Walaupun percutian ini amat singkat, namun ia banyak memberi saya pengetahuan dan input tentang budaya masyarakat Indonesia yang kaya dengan pelbagai adat resam dan budayanya yang tersendiri. Saya berharap dapat datang semula ke tempat ini untuk merasai pengalaman yang tidak dapat diperoleh di Malaysia.

No comments:

Post a Comment