Pelancongan merupakan gerakan sementara
manusia ke destinasi lain di luar tempat tinggal dan tempat kerja yang biasa,
kemudahan yang disediakan untuk memenuhi keperluan mereka dan kegiatan yang
mereka lakukan selama tinggal di destinasi mereka tersebut. Pelancongan
dianggap sebagai salah satu aspek kemewahan kerana tidak semua orang mampu
untuk melancong. Hanya segelintir orang orang yang mempunyai masa dan wang
sahaja dapat melakukan aktiviti pelancongan ini. Pelancongan merupakan sektor
yang melibatkan peranan yang saling berkaitan antara pihak kerajaan, bukan
kerajaan dan juga orang awam. Berdasarkan World Tourism Organization mendefinsikan pelancongan merupakan yang merangkumi semua perjalanan yang
mengambil masalebih 24 jam sama ada untuk berekreasi, berniaga, belajar, tujuan
kesihatan dan sebagainya.
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Lembaga Penggalakan
Pelancongan Malaysia, para pelancong mengunjungi negara Malaysia keranan
beberapa sebab seperti perniagaan, percutian dan sebagainya. Pada masa ini,
pelancongan menjadi satu bidang pelaburan yang dapat membawa kepada pertumbuhan
industri-industri lain yang menjadi penambah dalam pembangunan Malaysia untuk
manjadi negara maju pada tahun 2020. Antara aspek yang perlu diberi penekanan
dalam pembangunan pelancongan adalah pembekal barangan, kewujudan pelancong,
kerajaan dan juga negara yang menjadi tuan rumah untuk destinasi pelancongan.
Terdapat 2 bahagian utama dalam sistem pelancongan yang memainkan peranan
penting dalam menentukan perkembangan dan kemajuannya iaitu bahagian pasaran
dan pembekalan. Pelancongan adalah satu agenda kerajaan kerana ia sangat
berpotensi dalam bidang sosial, alam sekitar dan ekonomi. Kerajaan
Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam memulakan undang-undang dan
rangka kerja industri bagi membincangkan tentang peningkatan pelancongan ke
Malaysia. Kajian yang telah dibuat oleh Program Transformasi Ekonomi (ETP),
Dasar Pelancongan Negara (NTP), Rancangan Fizikal Negara (FHN) Local Agenda 21
(LA21) membuktikan bahawa ketibaan pelancong asing ke negara Malaysia telah
meningkatkan penadapatan per kapita Malaysia dari tahun ke tahun.
Antara pusat pelancongan utama yang terdapat
di Malaysia ialah Pulau Langkawi. Pulau Langkwi merupakan salah satu daerah
dalam negeri Kedah Darul Aman. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada
tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan
keindahan alam semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan
diri sebagai salah satu destinasi pelancongan yang popular di Malaysia.
Langkawi merupakan sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau
Langkawi merupakan yang terbesar diikuti Pulau Banggi dan Pulau Langkawi. Pulau
Langkawi merupakan salah satu pulau pelancongan yang menarik kerana mempunyai
pelbagai kawasan yang menarik seperti Tugu Lang di Dataran Helang, jambatan gantung di atas kanopi hutan hujan,
Pantai Cenang dan sebagainya.
Berdasarkan
pengalaman pelancongan saya bersama keluarga amatlah menarik dan sangat
bermakna. Salah satu destinasi pelancongan yang kunjungi ialah Pulau Langkawi
yang terletak di negeri Kedah, negeri jelapang padi. Kami sekeluarga tinggal di
Kedah, jadi mudahlah segala urusan untuk urusan melalui dialek yang digunakan.
Rancangan untuk melancong di Pulau Langkawi adalah dari ayah saya iaitu Mat Ali
Bin Ismail ketika musim cuti sekolah pada tahun 2015. Memandangkan saya pada itu
baru sahaja menamatkan persekolahan di peringkat sekolah menengah, jadi
perasaan teruja dan gembira itu amatlah membuak-buak. Hal ini kerana boleh
dianggap sebagai hadiah atau ganjaran kepada saya walaupun keputusan
peperiksaan SPM belum rasmi dikeluarkan. Nak dijadikan cerita, kami sekeluarga
menyiapkan segala urusan tiket feri pergi dan balik, tempahan hotel, segala
kelengkapan seperti pakaian, barangan keperluan dan barangan peribadi dua
minggu sebelum tarikh kami bertolak. Hal ini kerana ayah saya tak ingin
keperluan sebegini dilakukan pada saat-saat akhir bagi mengelakkan perkara yang
tidak diinginkan berlaku seperti kehabisan tiket dan sebagainya. Kami
sekeluarga sangat gembira kerana dapat meluangkan masa bersama dalam satun
keluarga. Hal ini kerana saya merupakan pelajar di Sekolah Berasrama Penuh
(SBP) iaitu Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu. Jadi masa bersama keluarga
sangat sedikit dan terhad berbanding sekolah harian biasa di mana mereka
tinggal bersama keluarga sepanjang bersekolah.
Kami
memulakan perjalanan kami dengan menaiki kereta dari Jitra ke Kuala Perlis.
Setelah tiba di Kuala Perlis, kami terpaksa menunggu feri selama sejam tiga
puluh minit kerana kami sampai di sana 30 minit awal ditambah dengan penagguhan
perjalanan feri selama sejam kerana mempunyai masalah teknikal yang tidak boleh
dielakkan. Keadaan di stesen feri
tersebut sangatlah sesak memandangkan cuti sekolah dan banyak pelancong asing
yang ingin ke Pulau Langkawi. Jadi kami terpaksa bertolak antara satu sama lain
untuk naik ke dalam feri kerana tidak ada pengawal yang mengawal di pintu masuk
tersebut. Walau bagaimanapun keadaan tetap terkawal dan tidak berlaku sebarang
perghaduhan di situ. Kami sekeluarga memperoleh tempat duduk yang selesa dan
tidak ada satu pun dari kami yang tertinggal. Keadaan didalam feri terkawal dan
tak terlalu bising kerana pihak pengurusan memasang rancangan yang menarik di
kaca televisyen, jadi para penumpang seakan-akan asyik menonton rancangan
tersebut.
Setelah
1 jam perjalanan dari jeti Kuala Perlis ke Pulau Langkawi, akhirnya kami tiba
di jeti Kuah. Kami disambut dengan satu suasana yang sangat cantik dengan
adanya Tugu Lang. Kami sekeluarga tidak melepaskan peluang untuk bergambar
walaupun agak penat tetapi kami sangat gembira dan teruja. Kami teruskan
perjalanan ke Baron Hotel yang berdekatan Pantai Cenang. Kami berehat sebentar
untuk mengemas barang-barang yang dibawa di samping untuk merehatkan badan
setelah menempuh perjalanan yang memenatkan. Pada petangnya kami mengambil
peluang untuk berjalan-jalan di sekitar Pantai Cenang. Suasana di situ sangat
tenang dengan tiupan angin timur di tambah dengan pancaran matahari terbenam.
Ramai pelancong termasuk kami sekeluarga yang mengambil kesempatan untuk
bergambar kerana pemandangan di situ sangat menarik. Pada malamnya, kami
sekeluarga menikmati juadah yang tersedia di hotel tersebut sahaja keadaan pada
malam tersebut tidak mengizinkan akibat hujan. Kami sekeluarga hanya meluangkan
masa dengan menonton drama di kaca televisyen.
Pada
keesokan harinya, kami sekeluarga meneruskan perjalanan kami ke beberapa tempat
yang ada di Langkawi. Destinasi pertama yang kami tuju iaitu Cable Car
Langkawi. Kami mengambil masa 1 jam dari hotel kerana kedaan jalan raya yang
agak sesak. Setelah tiba di situ kami terpaksa menunggu selama setengah jam
sebelum dapat menaiki Skycab. Sepanjang perjalanan di situ , kami sekeluarga
kelihatan sangat teruja dengan pemandangannya kerana pemandangan laut dihiasi dengan pulau-pulau
kecil yang mengelilingi Pulau Langkawi. Keadaan yang tinggi membuatkan kami
agak gayat ketika berada di atas dengan ketinggian 708 meter dari aras laut.
Terdapat banyak tempat yang menarikn seperti SkyRex, SkyDome, SkyBridge, 6D
Cinemotion dan 3D Art Langkawi. Kami sekeluarga mengambil masa sepanjang hari
untuk melawati semua tempat-tempat tersebut. Banyak pengalaman yang kami
peroleh sepanjang melawati tempat-tempat tersebut.
Pada
malamnya, ayah membawa kami sekeluarga untuk menikmati makanan laut di Sajian
Murni Restoran berhadapan dengan Langkawi Prade. Makanan- makanan laut seperti
ikan, udang, sotong dan ketam kami jamah. Ayah sempat berkongsi makanan-makanan
tersebut di laman muka buku kepada rakan-rakannya yang lain. Hal ini kerana
makanan di situ sangat sedap kerana bahan basah yang digunakan adalah bahan
basah yang segar. Ramai pelanggan yang mengunjungi restoran kelihatan sangat
menikmati makanan yang disediakan. Setelah selesai menjamu selera di Sajian Murni
Restoran, kami bersiar-siar di kawasan Pantai Cenang untuk menyaksikan
pertunjukan api yang dipersembahkan oleh “orang api”. Pertunjukan beliau sangat
memukau sehinggakan penonton-penonton di situ takhenti-henti menepuk tangan.
Setelah itu, kami sekeluarga pulang ke hotel kerana hari sudah lewat malam dan
tidak bagus untuk kesihatan kerana saya mempunyai seorang adik kecil yang sudah
mengantuk.
Pada
keesokan harinya iaitu hari terakhir kami di Pulau Langkawi. Saya dan keluarga
sangat sedih kerana sudah tiba masanya kami pulang ke tanah besar. Kami
mengemas barang-barang keperluan dan bertolak pulang. Sebelum itu, kami sempat
singgah di Haji Ismail Group (HIG) untuk membeli coklat dan cenderamata kepada
ahli keluarga yang lain. Harganya di situ sangat murah sehinggakan kami
membelanjakan 3 bakul yang dipenuhi coklat seperti Ritter Sport, Daim, Cadburry
dan sebagainya. Harga di situ sangat berpatutan kerana seperti yang kita tahu
Langkawi merupakan Pulau bebas cukai. Setelah berbelanja di situ, kami terus
berangkat ke Jeti Kuah. Kami agak lewat sampai berdasarkan waktu sebenar akibat
kemalangan kecil yang berlaku dalam perjalanan kami ke jeti. Kami bergegas
untuk mengejar feri, tetapi semuanya berjalan lancar kerana feri belum
bergerak.setelah lima minit sampai di jeti Kuah, baru feri mula bergerak. Kami
sangat bersyukur kerana tidak terlepas feri. Kami sekeluarga selamat sampai di
Kuala Perlis dan terus pulang ke Jitra.
Harapan
saya, kami sekeluarga dapat lagi melancong ke mana-mana destinasi pelancongan
yang terdapat di Malaysia. Hal ini kerana pengalaman sayan dan keluarga bercuti
di Pulau Langkawi sangat memuaskan. Walaupun agak penat, tapi pengalaman
tersebut mengajar saya bahawa terdapat banyak detinasi-destinasi pelancongan
yang menarik yang terdapat di malaysia. Harapan saya, pihak kerajaan Malaysia
akan terus menaiktaraf dan membangunkan lagi sektor pelancongan yang terdapat
di Malaysia.
No comments:
Post a Comment