Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Thursday, October 17, 2019

TIPS ANDA SEKELUARGA DI BUMI SEJARAH TSUNAMI, ACEH INDONESIA

TIPS ANDA SEKELUARGA DI BUMI SEJARAH TSUNAMI, ACEH INDONESIA.

  1.   Setiap keluarga perlu membeli tiket sebulan sebelum hari kejadian kerana tiket penerbangan lebih murah dan dapat melakukan persediaan lebih awal sebelum berangkat ke Banda Aceh.
  2.    Sebelum sampai ke Banda Aceh, ibu bapa perlu mengambil nombor telefon supir kereta sewa yang telah dipakejkan harga yang tertentu semasa di sana supaya urusan dipermudahkan untuk pergi ke semua tempat bersama kereta sewa yang sama.
  3. Airport sangat jauh dari Banda Aceh, perjalanan lebih kurang 30 minit dengan kereta. Sekiranya, membawa anak kecil, ibu bapa boleh berhenti di kedai berdekatan dan rancang perjalanan anda bersama supir kereta tersebut.
  4. Di Aceh, mereka sangat menekatkan syariah islam yang sangat tinggi. Oleh itu, kita perlu menghormatinya dengan jaga pemakaian yang sopan serta menutup aurat lebih- lebih lagi apabila berada di Masid Baiturrahman. Terdapt pengawal yang menjaga etika pemakaian.
  5. Kita tidak boleh berada di luar berdua-duaan, ketika senja kerana polis sentiasa mengawasi setiap kawasan ketika senja. Seterusnya, perniagaan dan sebarang aktiviti akan dibehenti seketika setiap hari Jumaat pada jam 12 tengahari. Mereka menitikberatkan agama. Kita perlu menghormati peraturan di sana
  6.  Sekiranya anda pergi ke pantai, terdapat beberapa ‘booth’ hiasan yang sangat cantik tetapi anda perlu membayarnya sebelum mengambil gambar di booth tersebut. 

  7. Anda perlu sediakan wang kecil untuk diberikan kepada ‘unofficial guide’ di setiap tempat kesan tsunami tersebut kerana mereka akan menceritakan kisah-kisah yang terjadi sewaktu tsunami berlaku. Seterusnya. Sediakan wang kecil untuk melawat tempat tarikan dan kita boleh sedekah dalam tabung yang disediakan.

  8. Anda sekeluarga perlu membaca sejarah Aceh dan sejarah tsunami terlebih dahulu sebelum melawat ke Aceh kerana apabila anda memasuki Muzium Tsunami, anda akan merasa situasi itu berlaku pada diri sendiri dan seterusnya anda akan merasa insaf dan bersyukur atas nikmat yang diberikan. 

  9. Tempat kesan-kesan tsunami boleh dilawati dalam masa 2 hari dengan perjalanan santai bersama keluarga tetapi ia akan membuatkan anak kecil berasa bosan kerana tiada tempat permainan ia hanyalah tempat-tempat kesan yang ditinggalkan semasa tsunami.

  10. Di sini terdapat banyak makanan Halal yang sedap dan murah, menu di Aceh lebih kurang dengan Malaysia. Kita tidak perlu risau. Selain itu, ‘Grab food’ juga terdapat di sana sekiranya kita kelaparan sewaktu malam.

  11. Ibu bapa perlu memimpin anak-anak semasa melintas jalan kerana di Banda Aceh penuh dengan motosikal yang dipandu sangat laju. Seterusnya, anda perlu memakai ‘mask’ muka kerana debu sangat tebal di kawasan tersebut.
By: Noor Asheeqa Aquila (A164326)

No comments:

Post a Comment