Pada cuti semester yang lepas, saya dan kelauarga mengambil
kesempatan untuk bercuti ke Pulau Langkawi, Kedah bersama-sama. Kami mengambil
kesempatan untuk bercuti ke Pulau Langkawi kerana kami ingin merasa keindahan
dan kenikmatan kawasan pantai yang menenangkan. Persediaan kami sekeluarga
untuk bercuti bersama dilakukan bersama-sama ahli keluarga saya. Saya
ditugaskan untuk melihat tempat-tempat yang menarik dan patut dikunjungi semasa
berada
di Pulau Langkawi melalui pencarian di internet dan
mencari tempat-tempat makan yang disyorkan oleh pengguna internet di Pulau
Langkawi. Saya juga membantu kakak saya untuk mendapatkan
lebihbanyak maklumat mengenai hotel penginapan dan pengangkutan sama ada
laut dan darat yang akan kami gunakan sepanjang berada di Pulau Langkawi. Kami
juga membuat perbandingan harga hotel penginapan yang kami akan pilih
berdasarkan keluasan bilik yang ditawarkan dan kemudahan-kemudahan lain yang
disediakan seperti sarapan pagi dan juga Wifi percuma untuk pengujung hotel
tersebut. Bagi saya, membuat carian awal tentang maklum balas pengguna mengenai
sesuatu tempat yang pernah mereka lawati itu adalah perkara wajib dilakukan
oleh semua individu supaya dapat menggelakkan sebarang masalah yang menghalang
kelancaran aktiviti riadah sedang berlangsung kelak.
Selesai segala persiapan untuk
tempahan hotel dan memperolehi maklumat tentang Pulau Langkawi, kami sekeluarga
bersedia berangkat ke destinasi yang dituju dengan senang hati dan gembira.
Perjalanan kami sekeluarga dari Melaka ke Kuala Perlis kira-kira hampir
mencecah 516 kilometer dan anggaran masa lebih kurang 6 jam perjalanan
menggunakan kereta. Perjalanan kami berjalan dengan lancar kerana kelancaran
trafik pada ketika ini berada dalam kedaaan yang baik dan terkawal. Kami
bergerak dari Melaka dan mengambil keputusan untuk singgah ke Kuala Lumpur dulu
berkunjung untuk ke rumah saudara kami bagi menghadiri kenduri kesyukuran
menyambut kelahiran cucu pertamanya. Kira- kira dalam lingkungan waktu jam 2.00
petang kami sekeluarga meneruskan perjalanan ke Kuala Perlis. Walaupun
perjalanan kami yang panjang dan mengambil masa yang agak lama kami merasa
seronok dan teruja untuk bercuti di Pulau Langkawi sehingga kami tidak
menyedari hari sudah pun hendak ke larut malam. Perjalanan kami sekeluarga pada
mulanya berjalan dengan lancar tetapi di tengah-tengah perjalanan kami
terperangkap didalam kesesakkan lalu lintas di kawasan Perak hampir 40 minit
dan menambahkan lagi waktu perjalanan kami.
Kami sekeluarga tiba di Kuala Perlis kira-kira jam 11.30 malam. Akibat
kelewatan itu, kami sekeluarga terpaksa mengambil keputusan untuk menginap di
sebuah hotel di kawasan jeti Kuala Perlis untuk mengambil feri di awal pagi
untuk berangkat ke Pulau Langkawi.
Tepat jam 10 pagi keesokkan harinya,
kami sekelaurga masih lagi merasa teruja untuk bercuti bersama-sama dan
meneruskan lagi perjalanan kami Pualau Langkawi. Walaupun pada ketika keadaan
cuaca yang panas dan terik, ianya tidak mematahkan lagi keterujaan kami
sekeluarga untuk bergembira. Kami membeli tiket feri di kaunter yang disediakan
dalam lingkungan harga RM 11.00 seorang dewasa. Suasana di dalam feri pada
ketika itu sangat meriah dengan suara-suara manusia yang juga menunjukkan
perasaan terujanya melihat keaadaan laut yang luas terbentang dan dapat melihat
pulau-pulau kecil yang mengindahkan
keadaan laut yang luas itu. Perjalanan kami mengambil masa hampir satu jam untuk
tiba di jeti pelaburan Pulau Langkawi. Perjalanan yang jauh dan lama itu
memberi saya kesempatan selain daripada melihat laut yang indah, saya juga
dapat meyaksikan telatah pengguna-pengguna feri yang lain mengungkapkan rasa
teruja dan sangat mencuit hati saya.
Setelah tiba di Jeti Pekan Kuah,
Langkawi, kami sekeluarga terus ke kaunter yang menerima tempahan kami sebelum
kami bercuti Pulau Langkawi. Sebelum berangkat ke Pualau Langkawi, kami telah
pun membuat tempahan kereta dan hotel bagi memmudahkan perjalanan kami. Selesai
urusan tempahan hotel dan kenderaan, kami berangkat ke hotel dahulu untuk
berehat sebentar kerana pada ketika itu cuaca mulai mendung. Kami sekeluarga
menginap di hotel berhampiran dengan Pantai Cenang. Hotel yang kami pilih
berhampiran dengan pantai merupakan pilihan yang sangat baik kerana kami
bersekesempatan menyaksi pemandangan matahari terbenam yang indah hanya melalui
dari bilik kami tanpa perlu berjemur di luar untuk meyaksikannya. Keadaan di
situ pada ketika itu sangat sibuk dan sesak kerana Pantai Cenang merupakan
kawasan yang menjadi tumpuan ramai pelancong samada dari dalam negara mahupun
luar negara. Pantai Cenang menjadi tumpuanan pelancong kerana mempunyai air
yang bersih dan merupakan tumpuan tempat untuk melakukan aktiviti pantai
seperti menaiki banana bot dan parasailing. Aktiviti parasailing sangat popular
di Pulau Langkawi kerana mereka dapat menikmati keindahan keluasan sekeliling Pulau
Langkawi dari pandangan atas. Suasana yang begitu meriah pada ketika itu
mejadikan saya lebih teruja dan gembira melihat sekelilig yang berada dalam
keseronokkan.
Pada petangnya itu, kami sekeluarga
mengambil keputusan untuk pergi ke muzium 3D Art In Paradise. Muzium ini
mempunyai lebih daripada 200 gambar 3D yang dilukis di dinding untuk para
pengujung mengambil gambar. Gambar-gambar yang lukis sangat menarik dan unik
kerana hasil seninya sangat halus. Pengujung juga akan diajar cara untuk
mengambil gambar dengan lukisan tersebut bagi memastikan lukisan tersebut
terlihat timbul dalam gambar. Banyak lukisan yang disediakan seolah-olah hidup
dan sangat teliti untuk menghasilkannnya. Harga tiket untuk masuk kedalam muzium ini
dalam anggaran harga RM 30 untuk dewasa dan RM 20 untuk kanak-kanak yang
berwarganegara Malaysia. Bagi saya, harga tiket yang bernilai RM30 sangat
berbaloi untuk lawat ke kawasan ini kerana lukisan yang dihasilkan sangat
memuaskan hati pelanggan. Selain itu, pada pandangan saya muzium ini sesuai
untuk menjadi pilihan percutian bersama keluarga yang membawa anak kecil kerana
kanak-kanak akan tertarik pada lukisan tersebut dan mereka akan menjadi teruja
melihat keunikkan gambar tersebut.
Muzium Art Langkawi |
Setelah selesai ke muzium 3D art,
kami sekeluarga menuruskan lagi perjalanan ke tempat bersejarah iaitu Makam
Mahsuri. Tiket masuk ke Makam Mahsuri berharga dalam lingkungan RM 12.00. Sejarah sumpahan Mahsuri merupakan satu mitos
yang masih lagi dipercayai oleh penduduk mahupun ada juga rakyat Malaysia yang
masih lagi mempercayai kisah Mahsuri yang belum dapat dibuktikan dengan
sainstifiknya. Di muzium makam Mahsuri ini terdapat gambaran kampung yang
pernah Mahsuri tinggal. Kisah sejarah Mahsuri ini mengatakan Mahsuri merupakan seorang wanita yang cantik dan
menjadi tumpuan banyak orang sehingga para wanita lain mencemburui dengan
kecantikkan yang dimiliki olehnya sehingga mereka sanggup menfitnah Mahsuri.
Mahsuri dikatakan mati kerana fitnah yang dilempar oleh penduduk kampung
sehingga dia mendapat hukuman dibunuh. Kematian Mahsuri ketika itu dikatakan
sebagai satu sumpahan. Oleh itu, sehingga kini di muzium Makam Mahsuri masih lagi terdapat telaga yang dikatakan yang
selalu digunakan Mahsuri yang masih boleh digunakan sehingga kini. Terdapat
mitos yang mengatakan jika ada para wanita yang ingin mempunyai seri muka yang
cantik seperti Mahsuri mereka dibenarkan untuk mencuci muka mereka menggukan
air telaga yang telah disediakan. Ramai pengujung yang dilihat mencuba air
telaga tersebut untuk mendapatkan seri muka yang cantik.
Kami sekeluarga pulang ke hotel pada
petangnya untuk kembali berehat sebentar. Kami menyiapkan diri untuk aktiviti
malam pula. Selesai solat fardu isyak, kami sekeluarga keluar semula untuk
mencari makan malam. Kawasan Pantai Cenang sangat mudah mendapati kedai-kedai
makan masakan panas. Suasana malam kawasan pantai Cenang sangatlah meriah
dengan keseronkkan manusia. Pada waktu malam, aktiviti yang selalu dilakukan
oleh pengujung Pulau Langkawi ialah melihat pertujukan api. Pertujukkan api
tersebut dilakukan di tepi Pantai Cenang bagi menarik lagi perhatian pengunjung
untuk menyaksikan pertunjukkan api tersebut. Pertunjukkan api tersebut
dilakukan oleh beberapa orang manusia yang menunjukkan aksi bermain dengan api
dan dapat mengawal api tersebut dengan mudah. Rata-rata pengujung di situ
sangat kagum dengan kehebatan mereka mengawal api tersebut. Mereka juga boleh
menikmati pertunjukan api sambil dihidangkan dengan makanan ringgan. Pada waktu
malam, kawasan Pantai Cenang masih lagi meriah dengan pengujung kerana mereka
juga boleh menikmati bayu laut Pantai Cenang sambil dihiburkan lagi dengan
lagu-lagu yang dimainkan oleh penyanyi kugiran yang menyayikan pelbagai jenis
gender musik untuk pengunjug. Selesai sahaja makan dan menyaksikan pertunjukkan
api di pantai kami sekeluarga pulang semula ke hotel kami untuk berehat
secukupnya dan bersedia untuk melakukan aktiviti seterusnya.
Pada hari keduanya, kami memulakan
aktiviti kami dengan berkunjung ke Geopark Langkawi. Kami menaiki bot melawat
masuk kedalam kawasan Geopark tersebut. Kawasan geopark ini memaparkan
keindahan hutan yang semulajadi yang masih mengekalkan kehijauan tumbuhan.
Sangat cantik pemandangan kawasan geopark tersebut kerana terlihat gabungan
ekosistem yang masih ada dikawasan ini dan dapat mendengar bunyi burung-burung
dan cenkerik memecahkan kesunyian hutan tersebut. Saya sekeluarga juga mendapat peluang untuk
melihat hutan paya bakau. Ini merupakan pengalaman pertama saya dan keluarga
melihat pokok paya bakau secara langsung. Pokok paya bakau jika dilihat sangat
besar dan agak menakutkan kerana akarnya yang sangat besar. Kami menghabiskan
hampir satu setengah untuk menerokai geopark sebelum bergerak ke Wildlife Park
Langkawi. Wildlife park juga merupakan kawasan tarikkan pelancong ke Langkawi.
Langkawi Geopark |
Pelbagai
aktiviti yang boleh dilakukan di Wildlife Langkawi ini seperti dapat meyaksikan
pertunjukkan haiwan dan memberi makanan kepada haiwan-haiwan yang dibenarkan.
Anggran tiket masuk yang dikenakan kepada pelancong dalam lingkungan RM36.00
untuk dewasa dan RM20.00 untuk kanak-kanak pada tarikh cuti umum dan pada hari biasa tiket yang dikenakan RM18.00 untuk
dewasa dan RM12.00 untuk kanak-kanak. Aktiviti ini sangat sesuai dilakukan bersama
kelaurga untuk menerokai hidupan haiwan-haiwan yang susah di dapati di luar
kerana ada yang haiwan yang sudah terancam kepupusan. Ini merupakn pengalaman
pertama saya memberi makan kepada burung-burang ditapak tangan saya sendiri.
Haiwan-haiwan yang berada di dalam Wildlife sangat banyak dan terdapat banyak
ilmu-ilmu pengatahuan baharu yang boleh diketahui mengenai haiwan. Contohnya,
mereka menerangkan cara-cara bagaimana memberi makan kepada haiwan dan jenis
makanan yang sesuai untuk diberi kepada haiwan. Setiap haiwan mempunyai cara
dan jenis makanan yang berlainan dan harus menggunakan kaedah yang betul supaya
haiwan tersebut tidak terasa terancam dan selamat untuk di dekati. Aktiviti ini
sangat bermanfaat kepada semua ahli kelaurga.
Wildlife Park Langkawi |
Aktiviti pada petang pula kami
sekeluarga mengambil keputusan untuk mencuba menaiki kereta kabel yang juga
merupakan salah satu tempat menarik untuk dikunjugi ketika berada di Pulau
Langkawi. Harga tiket yang ditawarkan juga dalam lingkungan RM30.00 untuk
dewasa dan RM20.00 untuk kanak-kanak. Kereta kabel yang ditawarkan di Pulau
Langkawi sangat unik kerana pada permukanaan lantai dalam kereta kebel tersebut
di perbuat pada kaca yang membolehkan pengujung melihat permandangan Pulau
Langkawi melalui pandangan dari atas menerusi permukaan lantai kereta kabel.
Selain itu, kereta kabel Pulau Langkawi mempunyai tiga station perhentian untuk
memberi peluang kepada pengujung untuk mengambil gambar permandangan. Pada
hentian station yang terakhir memberi peluang kepada pengujung untuk berjalan
diatas lantai kaca yang jernih. Pelbagai gelagat pengujung yang berkunjung
dapat disaksikan disitu kerana mereka merasa gayat untuk melihat kebawah yang
sangat tinggi. Pemadangan dari Gunung Mat Cincang untuk menyaksikan seluruh
Pulau Langkawi dengan sangat cantik dan jelas. Kami berpeluang untuk melihat
keindahan Pulau Langkawi dengan lebih jelas kerana pada ketika itu cuaca juga
sangat baik. Selesai aktiviti di petang di kereta kabel kami sekeluarga
berangkat keluar dan pulang ke hotel untuk mendapatkan rehat yang cukup. Pada
malamnya pula kami tidak melakukan apa-apa aktiviti kerana semua ahli keluarga
kami sudah kepenatan.
Kereta Kabel Langkawi |
Pada
hari ketiga kami berada di Pulau Langkawi, kami sekeluarga mengambil peluang
untuk melakukan aktiviti “island hoping”.
Keadaan cuaca pada ketika itu juga sangat baik untuk melakukan aktiviti luar
kerana tidak terlalu panas terik. Kami berkesempatan untuk menjelajah di
beberapa buah pulau yang terdapat di pulau Langkawi. Kami menggunakan bot laju
sebagai penganggutan kami untuk melakukan aktiviti tersebut. Pemandu bot
pelancong yang kami dapat pada ketika itu sangat baik dan peramah iaitu Encik
Amir. Encik Amir banyak menerangkan kepada kami mengenai sejarah-sejarah
terwujudnya Pualau Langkawi dan terciptanya nama-nama pulau yang terdapat pulau
Langkawi. Contohnya, antara pulau yang kami kunjungi ialah Pantai Beras Basah.
Pantai disitu sangat cantik kerana air disitu berwarna biru kehijauan dan
sangat jernih. Pasir pantainya juga berbeza dengan pantai-pantai kerana pasir
pantai Beras Basah sangat halus dan berwarna putih. Pengunjung disitu juga
diberi peluang untuk bermandi-manda disitu. Saya juga mempunyai pengalaman yang
menyeronokkan apabila saya dapat meyaksikan salah seorang pengujung disitu
dikejar monyet kerana monyet tersebut ingin mengambil makanan pengunjung
tersebut sangat mencuit hati pengunjung lain yang turut berada disitu. Kawasan
Beras Basah tersebut terdapat monyet liar yang berkeliaran dan monyet tersebut
tidak akan menganggu manusia kecuali manusia tersebut memberi makanan kepadanya.
Pantai Beras Basah |
Pulau Dayang Bunting |
Aktiviti luar kami sekeluarga habis pada
sebelah petang, kami sekelaurga berangkat pulang ke hotel kami untuk
mempersiapkan diri. Sebaik sahaja tiba di hotel dan sebahgian dari ahli
keluarga kami iaitu abang- abang ipar saya bersiap sedia untuk membakar bara
api untuk perisapan aktiviti malam terakhir kami sekeluarga di Pulau Lnagkawi.
Kami sekeluarga merancang untuk mengada aktiviti makan-makan bersama-sama keluarga
kami. Saya dan kakak saya ditugas oleh ibu saya untuk membeli bahan-bahan basah
dan barang-barang lain untuk dihidangkan malam nanti. Antara hidangan yang
disediakan ialah ayam, udang sotong dan ikan siakap. Selesai membeli barang
saya menolong ibu saya untuk membasuh dan membuat perapan untuk hidangan kami.
Aktiviti makan-makan bersama-sama keluarga sangat membangkitkan lagi semangat
kekeluargaan dan merapatkan hubungan antara keluarga. Banyak dapat diluangan
bersama-sama sambil bertukar-tukar cerita antara sama lain.
Pada keesokkan paginya kami
sekeluarga bersedia untuk pulang ke Melaka. Sebelum berangkat ke jeti Pekan
Kauh kami sekeluarga berkesempatan untuk singgah membeli belah untuk dibawa
pulang. Langkawi merupakan antara tempat yang dikecuali sebagai kawasan bebas
cukai. Selain daripada tempat peranginan Langkawi juga menjadi tempat yang
boleh di kunjungi pelancong untuk membeli belah dengan harga yang jauh lebih
murah berbanding barang yang dijual di pusat membeli belah. Antara tempat yang
wajib di sinngah untuk membeli barang ialah pusat membeli belah Haji Ismail
Group dan Idaman Suri. Haji Ismail Group merupakan tempat membeli belah yang
popular untuk membeli pelbagai jenis dan berjenama coklat yang dijual murah
berbanding harga pasaran. Manakala Idaman Suri pula merupakan tempat membeli
belah barangan kelengkapan dapur dan kelengkapan barangan perhiasan rumah yang
cantik diperolehi dengan harga yang murah. Terdapat pelbagai jenis pilihan bentuk
peralatan yang berkualiti disediakan dan sangat cantik dengan harga yang
berpatutan untuk para pengguna membuat pilihan. Terdapat banyak kenangan yang
saya dan keluarga saya perolehi daripada percutian kami sekeluarga di Pulau
Langkawi. Pengalaman bercuti dengan keluarga sangatlah bermakna bagi setiap
individu kerana pastinya akan meninggalkan kenangan yang terindah. Jika diberi
peluang lagi untuk saya menerokai keindahan Pualu Langkawi pasti akan saya
mengambilnya sekali lagi.
The photo of the Sky Bridge was stolen from my website broganabroad.com. Please remove it as soon as possible. Thanks
ReplyDelete