Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Thursday, October 17, 2019

PULAU LANGKAWI, PULAU LAGENDA

Nama penulis: Najwa Hanna Binti Hamdan (A170744)


11 Mac 2011 merupakan tarikh yang tidak akan dilupakan saya sekeluarga. Kali ini saya ingin berkongsikan tentang pengalaman percutian saya sekeluarga ke Pulau Langkawi. Saya sekeluarga bercuti ke sana adalah selama tiga hari dua malam. Sewaktu itu, saya berusia 13 tahun dan pada usia sebegitu perasaan untuk melancong ke luar negeri adalah sangat teruja kerana berpeluang
meluangkan masa cuti sekolah bersama keluarga tercinta.

Setiap lokasi pelancongan mempunyai tarikan keistimewaan yang tersendiri. Namun begitu, bagi mengelakkan sebarang masalah dalam percutian, kita perlu sentiasa bersedia sebelum keluar pergi melancong. Pengalaman persiapan sebelum saya sekeluarga sebelum pergi keluar melancong adalah saya akan menyenaraikan  lokasi percutian yang ingin dituju dengan membuat senarai pendek, dan membuat perbincangan bersama keluarga lokasi mana yang paling sesuai.


Destinasi percutian di Malaysia yang tidak asing lagi iaitu Pulau Langkawi menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk pelancong lakukan. Oleh itu saya dan keluarga membuat keputusan untuk bercuti ke Pulau Langkawi. Percutian ke Langkawi sememangnya kawasan pelancongan yang diidam-idamkan oleh rakyat Malaysia kerana di Langkawi amat popular dengan keindahan alam semula jadi dan juga tarikan zon bebas membeli belah. Kami merancang perjalanan dengan menggunakan kenderaan sendiri ke Jeti Kuala Perlis kemudian mengambil perkhidmatan feri di jeti tersebut untuk ke Pulau Langkawi. Ini kerana saya dan keluarga ingin merasai keseronokan melancong bersama keluarga dengan menggunakan kenderaan sendiri dan pengangkutan feri. Tempoh perjalanan dari Negeri Sembilan ke Jeti Kuala Perlis memakan masa selama enam jam. Dan seterusnya dari Jeti Kuala Perlis ke Pulau Langkawi mengambil masa selama satu jam lima belas minit dengan kadar tambang RM 18.00 seorang.


         Sampai saja kami di destinasi pelancongan kami iaitu Pulau Langkawi, kami menyewa sebuah kereta sewa iaitu kereta Toyota Avanza di Jeti Langkawi yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa. Bayaran kereta sewa adalah sekitar RM 200 untuk tiga hari dua malam. Sememangnya perkhidmatan kereta sewa ini memberi kemudahan kepada kami untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang menarik di Pulau Langkawi. Selepas kami mendapat kereta sewa, kami mencari kedai makan yang berdekatan dengan Jeti Langkawi iaitu Restoran Kak Yan Nasi Campur. Sememangnya restoran tersebut menyediakan pelbagai lauk yang mengikut cita rasa orang Melayu dan sudah tentu dapat menarik pengunjung yang datang ke Pulau Langkawi.


Setelah itu kami meneruskan perjalanan kami ke tempat-tempat menarik yang ada di Pulau Langkawi. Antara tempat yang saya dan keluarga pergi adalah kereta kabel Langkawi (SkyCab Langkawi). Percutian di Langkawi kami sekeluarga tidak akan pernah lengkap sekiranya tidak mencuba aktiviti  menaiki kereta kabel ini. Pengalaman menaiki kereta kabel bersama keluarga membuatkan perasaan teruja kerana dapat melihat keindahan hutan sekeliling dari sudut yang tinggi. Perjalanan dari bawah ke puncak sejauh 4.4 km juga agak lama dan memakan masa 15 minit. Tidak dinafikan pengalaman pertama saya menaiki kereta kabel ini merupakan satu aktiviti sangat menarik di Pulau Langkawi yang boleh dilabelkan paling popular. Tidak hairanlah waktu cuti sekolah ramai rakyat Malaysia yang ingin mencuba aktiviti ini and sanggup beratur panjang untuk menunggu giliran mendapatkan tiket masuk.


Selepas saya dan keluarga mencuba kereta kabel Langkawi (SkyCab Langkawi) kami pergi ke Underwater World Langkawi. Destinasi sebegini, semestinya membuatkan saya dan keluarga tersenyum gembira kerana berpeluang melihat pelbagai ikan-ikan unik dan menarik yang hanya boleh didapati di laut dalam sahaja. Kami berpengalaman berjalan melalui terowong sepanjang 15 meter dan disekelilingnya pula adalah cermin akuarium yang menempatkan 500,000 liter air laut serta dipenuhi hidupa marin yang eksotik. Ini adalah pengalaman yang jarang-jarang saya dan keluarga jumpa di tempat perlancongan lain.  Antara hidupan marin yang menjadi tumpuan kami ketika itu adalah penguin, jerung, ikan pari bersaiz besar, anjing laut dan banyak lagi. Melihat penguin yang bergerak dan berenang dengan gayanya tersendiri sudah tentu menjadi kenangan manis yang tidak dapat kami lupa.
Seharian kami melakukan aktiviti di luar tiba masa kami untuk check in ke hotel. Kami sekeluarga telah memilih dan sudah menempah dua bilik di Cenang View Hotel. Jarak tempat penginapan kami dengan Underwater World Langkawi adalah kira-kira 230 meter dan memakan masa 3 minit sahaja. Kami sengaja memilih hotel ini adalah kerana ia berdekatan dengan Pantai Cenang iaitu mengambil masa 7 minit untuk ke pantai tersebut.



Pada hari kedua percutian saya dan keluarga di Pulau Langkawi, kami bersarapan di kedai makan berdekatan dengan hotel kami menginap dan berdekatan dengan Pantai Cenang. Pesisiran Pantai Cenang sungguh cantik dan pasirnya putih sekali. Air lautnya yang membiru membuatkan kami tidak sabar-sabar untuk mandi manda dan mengambil peluang untuk melakukan aktiviti snorkeling. Di sepanjang Pantai Cenang yang mnjangkau 2 kilometer ini terdapat banyak operator yang menawarkan aktiviti sukan air seperti jet ski, banana boat, parasailing dan sebagainya.


        Percutian di Langkawi tidak pernah lengkap jika tidak bergambar di destinasi yang sangat simbolik dengan Pulau Langkawi ini, iaitu Dataran Lang. Tiada alasan untuk kami tidak berkunjung ke sini bergambar  untuk dijadikan sebagai kenang kenangan sempena melancong ke Pulau Langkawi. Selain itu, lokasinya yang strategik dan bersebelahan dengan jeti feri di Kuah. Pasti ramai yang tidak tahu mengapa replika helang ini menjadi mercu tanda di Pulau Langkawi yang sangat ikonik sekali.

Pada hari terakhir saya dan keluarga di Pulau  Langkawi kami hanya berjalan di sekitar  Jalan Cenang dan mencari ole-ole yang boleh diberikan kepada ahli keluarga yang lain. Setelah selesai semuanya kami ke jeti Langkawi untuk ke Jeti Kuala Perlis dan seterusnya pulang ke kampung halaman, Negeri Sembilan. Secara jujurnya. Tiga hari dua malam melancong ke Pulau Langkawi tidak cukup untuk meneroka dan pergi ke semua tempat menarik yang terdapat di Pulau Langkawi. Jika ada rezeki dan peluang untuk masa akan datang kami berhasrat untuk bercuti lagi ke sana. Ini adalah antara pengalaman yang saya ingin kongsikan sepanjang melancong ke Pulau Langkawi bersama keluarga pada tahun 2011 lalu.




No comments:

Post a Comment