Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Thursday, October 17, 2019

BANDUNG, INDONESIA

Nama penulis: Najwa Hanna Binti Hamdan (A170744)



Bandung merupakan salah satu destinasi bajet bagi mereka yang mahu melupakan seketika tekanan bekerja. Selain kos yang berpatutan, sebuah keluarga dapat menikmati pelbagai aktiviti dan pemandangan yang sangat menarik di sana. Oleh itu, dikesempatan ini saya ingin berkongsi pengalaman saya melancong ke Bandung Indonesia bersama keluarga.


Setelah bertahun-tahun merancang untuk melancong ke luar negara, akhirnya pada tahun 2019 ia menjadi kenyataan. Apa yang istimewa percutian kali ini adalah saya dan keluarga bercuti bersama ahli keluarga di sebelah ibu.  Bapa saya telah mengambil pakej percutian ke Bandung, Indonesia ini daripada ibu saudara yang merupakan agen perlancongan yang membawa rakyat Malaysia yang ingin melancong ke luar negara. Pakej percutian ini menyediakan tempat penginapan, pengangkutan, makan dan paling menarik adalah membawa kami ke tempat-tempat menarik yang terdapat di Bandung. Pakej percutian ke Bandung ini memakan sebanyak RM 1200 untuk seorang.


Oleh kerana perancangan percutian dilakukan awal, jadi kami dapat membeli tiket penerbangan yang lebih murah. Segala urusan tiket dan permit untuk ke Indoesia telah  diuruskan ibu saudara saya yang merupakan agen perlancongan kami. Seperti biasa sebelum pergi melancong ke luar negara saya dan keluarga pastikan visa kami diluluskan untuk ke luar negara. Selain itu, persediaan pakaian yang sesuai untuk dibawa ke sana. Perasaan kami sudah semestinya sangat gembira dan teruja oleh kerana ini adalah pengalaman pertama dan kami telah merancangnya sudah lama, kini ia menjadi realiti. Kami bercuti ke Bandung Indoneisa adalah selama tiga hari dua malam.


Percutian ke luar negara sudah tentu melibat penerbangan dari Malaysia ke sesuatu destinasi. Jadi, saya keluarga telah bertolak pada pukul enam pagi dari Negeri Sembilan ke Lapangan Terbang KLIA 2 di Sepang. Sesampai saja di Lapangan Terbang KLIA 2 kami menurunkan bagasi-bagasi dan seterusnya pergi ke tempat berkumpul yang telah ditetapkan oleh agen perlancongan. Sementara menunggu urusan tiket penerbangan selesai, saya sekeluarga mengambil gambar bersama sebelu berangkat ke Bandung.
Setelah dua jam lebih perjalanan dari Malaysia ke sampai ke Lapangan Terbang Bandung Indonesia, kini percutian saya dan keluarga sudah bermula. Kami  disambut mesra oleh pemandu pelancong Indonesia iaitu Kang Iwan dan beberapa lagi pekerjanya. Mereka membantu kami membawa masuk bagasi-bagasi ke dalam van pelancong. Pengangkutan tersebut yang selesa dan layanan yang istimewa dari mereka memberi pandangan yang baik kami kepada rakyat Indonesia. Bandung terletak 768 meter diatas permukaan laut, kerana itulah Bandung memiliki iklim yang lembab dan sejuk. Pengalaman pertama saya dan keluarga melancong ke luar negara, tempat bercuaca sejuk.


Bandung adalah antara bandar yang sangat sibuk di Indonesia dan merupakan kota metropolitan terbesar di Provinsi Jawa Barat. Semasa kami di dalam van pelancong saya dan keluarga dapat melihat suasana dan masyarakat Indonesia. Ia membuat kami rasa teruja dan tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar suasana meriah disana. Masa perjalanan kami ke tempat makan istimewa Indonesia diisi dengan sejarah-sejarah Bandung yang disampaikan oleh Kang Iwan. Setelah beberapa minit  perjalanan kami akhirnya sampai ke Restoran Belacan Indonesian Cuisine. Restoran makan tersebut sangat cantik dengan dekorasi restoran yang menarik dan makanan yang sedap.


Setelah itu kami dibawa ke D'Fashion Textile & Tailor yang menghadirkan konsep baru  lebih selesa untuk para pelanggannya, iaitu kedai tekstil terbesar, termewah, terlengkap, dan termurah di Bandung. Saya dan keluarga tidak melepaskan peluang untuk membeli kain tekstil disana dan ternyata harga kain disana sangat berpatutan dengan kualiti terbaik yang mereka berikan. Layanan pekerja kedai tekstil terbesar itu sangat ramah dan memudahkan urusan pembelian kain kami disana.


 Aktiviti pertama kami untuk hari kedua kami melancong ke Bandung Indonesia adalah kami ke Kawah putih yang terletak di Selatan Bandung. Ia memakan masa dua jam lebih dari hotel ke Kawah Putih. Kawah Putih Bandung adalah sebuah kawah yang dihasilkan dari letusan Gunung Patuha. Nama Kawah Putih merujuk pada tanah yang notabene berwarna putih. Warna putih tanah tersebut disebabkan oleh beberapa unsur yang bercampur dengan belerang. Yang unik dari kawah ini adalah air yang dimilikinya, dimana air di dalam kawah tidaklah berwarna bening melainkan berwarna putih kehijauan. Kawah Putih Bandung terletak di dataran tinggi kawasan pergunungan yang berada kurang lebih 2.400 dpml. Oleh kerana itu, tempat yang tinggi ini membuat suhu di kawah putih Bandung sangat sejuk.
Setelah itu kami dibawa ke Rumah Kain Sulam yang merupakan tempat yang terkenal untuk membei kain tekstil. Disini juga kami tidak melepaskan peluang untuk membeli kain yang berkualiti tinggi di Bandung. Dan sebagai penutup untuk hari kedua kami di Bandung Kang Iwan membawa kami makan di warung makan tepi jalan di bandar Bandung. Kang Iwan memperkenalkan makanan terkenal dimIndonesia iaitu Nasi Uduk. Nasi uduk ialah sejenis hidangan nasi kukus gaya Indonesia yang berasal dari Jakarta (Betawi), ibu negara Indonesia, yang dapat ditemu secara luas sepanjang negara itu. Nasi uduk sentiasa disertakan dengan emping, empal, ayam goreng kuning, tahu goreng, telur goreng, abon dan bawang merah goreng ditabur di atas nasi.
Ini kali pertama Kang Iwan membawa kami ke tempat makan biasa iaitu tempat kebanyakan masyarakat Indonesia makan dan disitu kami lebih merasa dekat dengan masyarakat disana. Saya dan keluarga dapat merasa suasana meriah di warung makan tersebut kerana adanya ramai pelanggan yang terdiri dari masyarakat Indonesia dan juga pelancong-pelancong luar yang tidak melepaskan peluang untuk mencuba uduk. Selain itu, kami juga dapat melihat pengamen sedang mendendangkan pelbagai lagu untuk pengunjung warung tersebut. Perasaan saya teruja kerana terasa seperti di dalam sinetron Indonesia ditonton sebelum ini. setelah makan kami pulang ke hotel dan mendapatkan rehat secukupnya.


Pada hari terakhir saya dan keluarga bercuti di Bandung Indonesia kami dibawa oleh kang Iwan ke The Lodge Maribaya. Tempat yang mesti dilewati ini dari dulu hingga sekarang menjadi tempat yang selalu dipenuhi dengan pengunjung samada dari dalam atau luar negara kerana mempunyai ciri tempat yang indah dan sangat menarik.  Disini menyediakan perlbagai aktiviti menarik seperti Hot Air Balloon, Zip Bike, Gantole, Ayunan Sky Wing dan pelbagai lagi aktiviti yang bole dicuba. Oleh itu saya dan keluarga mencuba aktiviti Hot Air Balloon dan Ayunan Sky Wing. Perasaan kami tidak dapat digambarkan betapa gembira dan teruja kerana ini adalah pengalaman pertama kami ke sini.


 Selain itu, kami juga tidak melepaskan peluang untuk singgah ke Farm House bergambar di Rumah Hobbit yang ternyata begitu unik dengan seni bina ala Eropah selain merasai kesegaran susu coklat yang sungguh sedap yang terkenal di The Lodge Maribaya. Selepas penat berjalan di The Lodge Maribaya kami dibawa ke kedai makan yang menghidangkan menu Nasi Padang yang terkenal di bandar Bandung. Setelah itu, kami dibawa oleh kang Iwan ke Pasar Baru yang merupakan syurga beli belah dan makanan yang pelbagai terkenal di Bandung. Barangan yang dijual di sana adlah sangat murah berbanding di tempat lain. Pelbagai barangan yang boleh didapati di sana seperti kain ela, telekung, baju, kasut, pakaian kanak-kanak, kain batik Indonesia dan macam-macam lagi. Setiap tingkat tersedia pelbagai pilihan yang pastinya menepati kehendak untuk kami beli bawa balik ke Malaysia.
Setelah selesai kami di Pasar Baru tiba masanya kami untuk pulang ke tanah air, Malaysia. Benarlah kata orang, Bandung bukan sahaja syurga beli-belah bahkan syurga makanan. Percutian singkat ini ternyata menerbitkan perasaan ingin kembali ke sana lagi dalam diri kami sekeluarga agar dapat mengulangi episod perjalanan penuh kenangan. Itu adalah antara pengalaman saya dan keluarga pergi melancong ke Bandung Indonesia selama tiga hari dua malam. Saya dan keluaraga sentiasa berharap dapat peluang ke sana lagi bersama ahli keluarga yang lain dan pergi melancong ke tempat menarik di tempat lain yang kami tidak sempat lawati.



No comments:

Post a Comment