1) Masa dan waktu di Jogja adalah 1 jam
lewat dari Malaysia.
2) Jangan sesekali sewa kereta dan drive
sendiri di Jogja. Better hire supir ja sebab cara orang sana drive sangat
menyeramkan dan jalan kat sana sangat bahaya dan mengelirukan.
3) Satu attraction ke attraction yang
lain agak jauh (1-2 jam), jadi prepare lah snacks untuk makan dalam kereta/van
ataupun microfone untuk menyanyi menghiburkan suasana
4) Hati-hati masa nak beli simcard.
Kalau boleh beli dekat kedai Telekomunikasi yang memang jual simcard
semata-mata, bukan dekat kedai runcit sebab dorang markup double triple.
Simcard terbaik adalah dari jenama SimPATI.
5) Kebanyakan attractions/tempat yang
dilawati memerlukan kita untuk mendaki. Jadi kalau nak selesa, pakai kasut yang
sedap. Sandals pun boleh tapi make sure yang tak sakit kaki. Nak selamat pakai
ja sneakers or sport shoes.
6) Ayam penyet kat Jogja the best! Tapi
pedas dia Astaghfirullah menusuk yang amat boleh menangis kalah putus cinta
7) JANGAN pakai sandals di Pantai Timang
sebab jalannya berbatu.
8) Pantai Timang was majestic! Pemandangan dia Subhanallah cantik gilaaa!
It’s the highlight of our Jogja trip.
9) Harga naik gondola pergi & balik
– Rp200,000. Perjalanan menyeberangi dua pantai tu tak sampai satu minit pun
tapi memang berbaloi sangat sebab akan ada orang yang ikut kita dan tolong
ambil gambar kita. Dia siap bawak ke setiap pelusuk pantai tu untuk ambik
gambar yang cantik-cantik
10) Kalau taknak naik gondola, boleh jalan
merentasi jambatan ja. Harganya Rp100,000. Bagi yang gayat tu, all the best
11) Nak ke Pantai Timang tu kena naik
jeep. Jalan dia subhanallah, mencabar ya walaupun sebagai penumpang.
12) Wajib makan di Kedai Lobster Pak Sis,
Pantai Timang. Sedap, puas & affordable.
13) Student price untuk Prambanan Temple – Rp217,500.
Borobudur Temple pun sama harga. Jangan lupa bawak student card! Untuk normal
adult price, lebih kurang Rp365,000 per temple. Untung jadi student ni
14) Boleh beli tiket combo Prambanan
& Borobudur. Tapi admission hanya valid 2 hari. Contohnya harini pergi
Prambanan, esok pergi Borobudur. Kalau nak pergi Borobudur pada hari
selepasnya, tak boleh beli tiket combo. Kena beli satu-satu. Harga tiket combo
tu lebih kurang Rp400,000. Jimat la kalau beli combo tiket.
15) Souvenirs (tshirt, kemeja, fridge
magnet etc) di Prambanan Temple jauh lebih murah berbanding di Malioboro &
boleh tawar-menawar lagi. Barang di Malioboro mahal sebab tempat tourists &
kalau kita acah-acah nak balik dari kedai tu bila dia tak bagi murah, dorang
takkan panggil balik. Kalau di Prambanan dia akan kejar kita hahaha.
16) Rattan bags yang tengah hit sekarang
tu ada jual di Malioboro, ranges from Rp150,000 to Rp200,000 (RM40-55).
17) Bonus bagi yang boleh cakap Jawa sbb
boleh dapat discount! Fasih cakap Indo pun dah cukup buat tawar-menawar.
18) Perkhidmatan teksi di Jogja: Grab,
SayTaxi, Go-JEK.
19) Untuk coffee lover, boleh pi Kopi
Luwak dan Klinik Kopi (yang dalam AADC).
20) Orang Jogja semua baik-baik belaka
dan peramah. Indonesia ni memang penuh dengan pickup lines
21) Kami book supir dari nama Catur. Alhamdulillah
supir kami Mas Catur memang the best sangat memahami yang kami ni bising dan
banyak songeh hahaha dan pandai ambil gambar!!
by: Syafikah Ahmad (A170250)
No comments:
Post a Comment