Pelancongan aktiviti melawat,
menggembara dan mengunjungi ke sesuatu tempat yang melebihi yang melebihi lima
puluh batu dari tempat kediaman dan tidak melebihi satu tahun untuk bertujuan rekreasi
dan mengisi masa lapang. Aktiviti pelancongan dapat menghasilkan kenangan manis
bersama keluarga, rakan, pasangan dan sebagainya. Pelancongan boleh menjadi
dalam negara atau antarabangsa. Pelancongan antarabangsa mempunyai pergerakan
masuk dan keluar pada
imbangan pembayaran sesebuah negara. Pelancongan antarabangsa selalunya pelancongan yang mewah kerana melibatkan pertukaran mata wang luar negara.
imbangan pembayaran sesebuah negara. Pelancongan antarabangsa selalunya pelancongan yang mewah kerana melibatkan pertukaran mata wang luar negara.
Semasa cuti semester yang lalu, saya
dan keluarga saya memikirkan destinasi pelancongan yang sesuai kami kunjungi
untuk mengisi cuti tersebut. Pelbagai destinasi yang dicadangkan seperti di
Pulau Pangkor, Langkawi, Pulau Perhentian dan sebagainya. Sehinggalah abang
saya memberi idea ke Pengkalan Balak, Melaka. Bila kami fikir sejenak bagus
juga idea itu kerana kami sekeluarga tidak pernah melancong di Melaka dan jika
pergi ke Pengkalan Balak bukan sahaja kita dapat menikmati pantai disitu malah
kita boleh pergi ke bandar-bandar bersejarah seperti di Bandar Hilir. Semua
ahli keluarga termasuk saya bersetuju untuk pergi ke Melaka. Kami bercadang
untuk pergi ke Melaka selama 2 hari 1 malam iaitu hari sabtu dan ahad. Pada
pukul 6 pagi hari sabtu, kami bersiap-siap untuk pergi ke Melaka. Selepas solat
subuh berjemaah, kami bersama-sama mengangkat beg dan barang-barang ke dalam
kereta Avanza biru milik ayah saya. Ketika itu saya berasa sangat seronok
kerana semua ahli keluarg saya dapat mengikuti percutian ke Melaka ini. Sangat
susah bagi keluarg saya untuk berkumpul kesemua sekali kerana masing-masing mempunyai
hala tuju kehidupan mereka.
Pada pukul 7 pagi kami mula bertolak
dari Rawang ke Melaka. Kami juga singgah ke Petronas untuk mengisi minyak dan
membeli air dan makanan untuk dimakan dalam kereta. Ayah memandu dengan tenang
menuju ke lebuh raya PLUS. Kami menikmati keindahan alam sepanjang perjalanan
sambil berbual-bual bersama keluarga dan ditemani oleh lagu-lagu yang
diputarkan oleh radio Sinar FM. Apabila tiba di Melaka, kami singgah di kedai
makan untuk bersarapan pagi. Cuaca ketika itu cerah dan nyaman. Gembira rasanya
apabila bersarapan disitu dengan udara yang agak sejuk, nyaman dan segar. Semasa
kami menuju ke Chalet yang kami tempah pada 2 minggu sebelumya, kami menikmati
kesedapan kuih keria. Tidak dinafikan lagi kuih keria di Melaka memang sedap
dan lazat. Tiba di Chalet Lestari iaitu tempat penginapan kami yang berhampiran
dengan pantai Pengkalan Balak. Kami memilih Chalet Lestari kerana Chalet ini
sangat strategik kerana berdekatan dengan gerai dan berhadapan dengan pantai. Kami
dapat merasai udara segar yang dihasilkan oleh pantai tersebut.
Setelah selesai kami ‘check in’
chalet tersebut, kami mengangkat barang-barang kepunyaan kami dan masukkan ke
dalam Chalet tersebut. Apabila kami menjejakkan kaki dalam chalet itu,
kemudahan yang disediakan sangat sempurna seperti Hotel 5 bintang. Setelah kami
bersihkan diri, kami masuk kedalam kereta semula dan menuju ke Bandar Hilir,
Melaka. Kami makan tengah hari di restoran Bandar Hilir. Kami sekeluarga pergi
ke tempat-tempat menarik di Bandar Hilir seperti di Menara Taming Sari. Menara
ini setinggi 110 meter dan berputar 360 darjah untuk melihat pemandangan Bandar
Melaka secara keseluruhan. Ketika saya
berada di puncak, saya dapat lihat betapa indah dan cantiknya bandar bersejarah
ini. Setelah it, kami pergi ke Kota A Famosa yang dikatakan penuh dengan
sejarah. Kota A Famosa telah dibina oleh tentera Portugis setelah mereka
berjaya menawan Melaka. Kami sekeluarga juga menaiki beca untuk mengelilingi
Bandar Hilir tersebut. Walaupun harga menaiki beca itu agak mahal, tetapi kami
berpuas hati kerana dapat mengelilingi Bandar Hilir itu secara keseluruhan. Kami
menghabiskan duit dengan membeli pelbagai jenis cenderamata yang cantik-cantik
seperti baju, ‘key chain’, topi, dan sebagainya.
Pada waktu maghrib menjelma, saya
dan keluarg saya pulang ke Chalet kami untuk membersihkan diri kerana seharian saya
dan keluarg saya bersiar-siar di Bandar Hilir. Selepas solat maghrib, kami
sekeluarga pergi ke Bandar Hilir semula. Saya dan keluarga singgah ke Melaka
River Park and Cruise. Tetapi, kami sekeluarga terpaksa beratur panjang untuk
menunggu giliran menaiki Cruise. Disini kami dapat melihat pemandangan kota
Melaka dengan menyusuri sungai yang bersih dan cantik sambil dihiasi dengan
lampu-lampu neon yang cukup indah. Saya beranggapan yang saya berada di negara
romantic dunia iaitu di France kerana ianya begitu cantik dan indah. Saya
menaiki Cruise sambil melambai-lambai tangan kepada orang yang lalu lalang di
daratan. Setelah tamat meronda-ronda menaiki Cruise, kami pergi ke sebuah
restoran untuk makan malam bersama-sama. Ayah memesan beberapa jenis makanan
yang sedap untuk kami. Habis sahaja makan malam, kami pun pulang ke Chalet dan
tidur kerana keletihan.
Pada waktu subuh, kami menunaikan solat
subuh bersama-sama dan setelah tamat solat subuh, kami bersiap-siap untuk
bermandi manda di pantai Pengkalan Balak. Ketika itu pantai Pengkalan Balak
begitu bersih dan indah. Cuaca ketika itu juga agak nyaman dan angin
sepoi-sepoi bahasa dihasilkan oleh pantai Pengkalan Balak. Kami sekeluarga juga
bermain ‘Banana Boat’ yang terdampar di tepi pantai ketika itu. Kami menaiki
‘Banana Boat’ ditarik dengan bot dengan laju sekali. Kami sekeluarga menjerit
kegembiraan kerana kelajuan yang dibawa bot begitu laju. Setelah itu, kami
bermain bola pantai bersama-sama dengan riang sekali. Setelah puas kami bermain
dengan pantai Pengkalan Balak, kami bersarapan di gerai yang berdekatan dengan
pantai tersebut. Habis sahaja kami bersarapan bersama, kami pun pulang ke Chalet
Lestari dan berkemas-kemas untuk pulang ke rumah kami.
Tempoh dua hari satu malam bagi kami
tidak mencukupi untuk mengelilingi sebuah negeri Melaka yang agak luas. Namun,pengalaman
percutian itu amat besar maknanya bagi saya dan keluarga saya. Terlalu banyak
kenangan yang indah telah kami sekeluarga wujudkan ketika kami berada di
Melaka. Kenangan indah yang tercipta ini tidak akan saya lupakan sampai
bila-bila. Kami sekeluarga bercadang untuk pergi lagi ke Melaka tetapi dengan lebih
lama lagi di sana supaya kenangan manis banyak tercipta di sana.
No comments:
Post a Comment