Penyu
terdampar serta orang ramai tidak lari daripada pandangan aku sekeluarga. Angin
sepoi-sepoi bahasa sambil menikmati keindahan laut alam ciptaan Tuhan menergah
suasana mimpi aku. “Adik, bangun!” itulah perkataan pertama aku dengar daripada
telinga aku selepas tidur lena semalam. Rupa-rupanya mimpi yang indah itu bukan
sekadar mimpi kerana ayah aku bercadang untuk ke Pulau Redang setelah sekian
lama kami sekeluarga tidak bercuti memandangkan kami adik- beradik masih
sekolah tambahan pula, sekarang musim cuti sekolah selama seminggu. Semua sudah
bersiap kecuali aku yang masih termenung di awang-awangan tentang kecantikan
Pulau Redang. “Cepatlah pergi
bersiap nanti kena tinggal padan muka”, sergah kakak aku yang sedang bersiap untuk pergi bercuti. “Alah Pulau tu tak kemana pun”, balas aku, padahal dalam hati sudah tidak sabar untuk kesana. Dalam semua tengah bersiap, ibu dan ayah aku masing-masing sibuk dengan persiapan barangan serta memeriksa kereta supaya tidak ada satu barang pun yang tertinggal dan perjalanan kami sekeluarga selamat.
bersiap nanti kena tinggal padan muka”, sergah kakak aku yang sedang bersiap untuk pergi bercuti. “Alah Pulau tu tak kemana pun”, balas aku, padahal dalam hati sudah tidak sabar untuk kesana. Dalam semua tengah bersiap, ibu dan ayah aku masing-masing sibuk dengan persiapan barangan serta memeriksa kereta supaya tidak ada satu barang pun yang tertinggal dan perjalanan kami sekeluarga selamat.
Tepat
jam 9.30 minit pagi, aku sekeluarga bertolak dari rumah menuju ke Jeti
Syahbandar. Ayah memilih jeti ini kerana jarak dari rumah kami menuju ke jeti
ini lebih dekat berbanding dengan jeti yang lain. “Na na na na na ganu kita”,
nyanyi kami adik- beradik dalam perjalanan ke jeti menunjukkan perasaan gembira
bercampur tidak sabar untuk sampai ke sana. Jam menunjukkan pukul 10.40 minit
pagi, kami telah sampai di Jeti Syahbandar. Jeti ini berdekatan dengan terminal
bas, jadi ia tidak sukar untuk sesiapa sahaja bergerak dari terminal bas ke
jeti ini kerana teksi banyak terdapat di situ. Sebelum menaiki bot, kami perlu
membeli tiket menaiki bot serta tiket kemasukan ke Taman Laut Malaysia di
kaunter. Bagi tiket Taman Laut Malaysia ia hanya valid selama 3 hari dan
sekiranya, hendak ke Pulau Redang lebih daripada 3 hari ia perlu membeli tiket
tambahan. Untuk pergi ke pelabuhan dari kaunter tiket, kami berjalan lebih
kurang 100 meter untuk menaiki bot laju. Setelah sampai di pelabuhan bot laju,
nampaknya pemandu bot sudah bersedia untuk membawa pelancong-pelancong ke
destinasi yang tepat. Semua beg sudah ada tagging nama lokasi masing- masing
jadi, kami tidak perlu risau atas keselamatan beg. Oleh itu, kami mengangkat
barang-barang ke dalam bot. Masa perjalanan dari jeti ini ke Pulau Redang
mengambil masa selama 2 jam. Kami sekeluarga sempat bergambar serta menikmati
pelbagai keindahan alam semulajadi seperti laut kebiru- biruan dan sangat
jernih, udara yang sangat segar serta matahari yang terpancar pada masa
tersebut. “Wah! Cantiknya”, tegur kakak sambil menjeling aku. Rupa-rupanya kami
telah sampai ke Laguna Redang Island Resort yang mana tempat kami untuk
bermalam di situ. Lokasi tersebut dikelilingi dengan air laut yang sangat
cantik. Bukan itu sahaja, resort ini terdapat kolam dikelilingi taman yang
sangat cantik dan sesuai untuk kanak-kanak mandi-manda di situ. Kami berlari
dari bot menuju ke bilik untuk ‘check in’. Setelah semua siap mengangkat barang
masuk ke bilik, bermulalah hari pertama kami sekeluarga di sini. Pada jam 2.30
minit petang, masa untuk kami makan petang. Makanan yang disediakan sangat
sedap. “Sampai menjilat jari kau dik!” tegur kakak aku. Selepas siap makan
petang, kami melakukan aktiviti snorkeling. Dengan melakukan aktiviti ini, kami
sekeluarga dapat berenang bersama penyu, ikan yang cantik dan jinak. Selain
daripada itu, kami dapat melihat anak penyu serta anak jerung sepanjang trip
snorkeling. Keindahan yang sangat mengagumkan tidak dapat disangkakan lagi.
Bukan sahaja dapat berenang bersama penyu malahan pula kami dapat memberi makan
secara langsung. Makanan seperti sotong ia dapat menarik minat penyu untuk
dekat dengan seseorang. Kami melakukan aktiviti snorkeling selama 3 jam.
Selepas itu, kami masuk ke bilik untuk bersiap- siap untuk solat dan makan
malam. Setelah siap makan malam kami tidur dengan lena supaya dapat melakukan
aktiviti pada keesokan hari dengan gembiranya.
Pada
keesokan harinya, kami sekeluarga bersiap awal pagi untuk melakukan aktiviti
pertama pada hari tersebut. Sebelum itu, makanan pagi dijamah terlebih dahulu.
Resort ini mempunyai pelbagai restoran yang menghidangkan makanan tempatan,
masakan antarabangsa, dalam buffet, medan selera, gaya a la carte dan
sebagainya. Jadi, tidak usah risau bagi sesiapa yang ingin bermalam di sini.
Kami memilih untuk makan hidangan pelbagai bufet dari masakan tempatan
sehinggalah masakan antarabangsa. Oleh itu, aktiviti untuk hari kedua kami sekeluarga
ialah meneroka Pulau Redang semasa trekking. Terdapat banyak haiwan dan pokok
yang jarang ditemui dan ia boleh diamati melalui aktiviti berjalan kaki sahaja.
Selepas 1 jam 30 minit kami meneroka, kami ke bilik untuk bersiap-siap makan
tengahari. Makanan yang dipilih ialah tom yam siam, ikan siakap stim, sotong
celup tepung dan sayur kailan dan minuman ialah jus oren. “Brppppppp”,
kedengaran sendawa keluar dari mulut ayah aku. Kami tunduk malu. Setelah
selesai makan, kami menyambung aktiviti yang seterusnya iaitu menyelam skuba.
Kami adik- beradik berkesempatan mengambil gambar dalam laut bersama ikan. Kami
melakukan aktiviti ini lebih kurang 3 jam. Selepas itu, kami pulang ke bilik
kerana menyelam skuba amat memenatkan. Hari masih siang, kami hanya berada
dalam bilik melihat pemandangan Pulau Redang yang sangat cantik tambahan dengan
orang ramai yang mandi- manda di situ seperti dalam mimpi sahaja. Waktu asar
sudah masuk, kami solat bersama-sama dan makan petang dijamah terlebih dahulu
sebelum melakukan aktiviti petang. Gelanggang bola tampar sudah disediakan kami
hanya perlu membawa bola sahaja untuk bermain. Aku dan ibu berlawan bersama
ayah dan kakak. Pengalaman yang tidak dapat digambarkan kerana suka, gelak dan
tawa kami berikan. Tiba- tiba sekumpulan pelancong datang menegur aku “excuse
me, can we join you?”. “Yes you can”, balas aku. Kami bermain bersama-sama
tanpa rasa sangsi atau janggal terhadap satu sama lain. Kami sekeluarga menuju
ke bilik setelah matahari terbenam untuk bersiap makan malam bersama- sama.
Selesai makan sahaja kami keluar menikmati udara malam di tepi pulau sambil ayah
bercerita mengenai kehidupannya pada umur yang masih kecil. Aku lena dengan
cerita tersebut sehingga tidak sedar sudah ada di atas katil.
Sedar
tak sedar sudah hari ketiga kami sekeluarga berada disini. Hari tersebut bukan
hari yang ditunggu- tunggu oleh aku dan kakak kerana banyak pengalaman serta
ilmu yang kami peroleh ketika berada di Pulau Redang. Kami tidak melakukan
aktiviti yang berat pada hari tersebut takut penat untuk pulang ke rumah. Oleh
itu, ayah bercadang untuk mandi- manda di pulau sahaja sambil bermain bola air.
“Dah siap mengemas ke?”, tanya ibu sebelum kami melangkah kaki untuk mandi-
manda di pulau. “Sudah bu”, jawab kami adik-beradik serentak. Setelah siap
mengemas, kami melangkah ke pulau untuk mandi bersama-sama sambil menghirup
udara yang segar sebelum pulang. Kami tidak berasa sedih semasa bermain malah
rasa lagi gembira kerana pengalaman dan coretan yang bahagia sudah dilakar bersama-sama.
Selepas 2 jam 30 minit kami mandi, kami sekeluarga ke bilik bersiap- siap untuk
makan tengahari. Sajian yang dijamah hari terakhir kami sangat menyelerakan
kerana lauk- pauk semua segar- bugar dan ia merupakan makanan kegemaran kami
sekeluarga. “Kamu dah bersedia untuk pulang?”, tanya ayah dan ibu kepada kami
adik- beradik. “Ya, ibu ayah”, kami menjawab dengan nada yang perlahan seakan-
akan tidak mahu pulang. Beg sudah diangkut keluar dari bilik manakala ayah
pergi ‘check out’. Aku menangkap gambar sambil berjalan menuju ke jeti untuk
pulang ke rumah. Beg sudah diangkut ke dalam bot. Dengan berat hati kami
sekeluarga untuk tinggalkan pulau ini tetapi kami percaya kenangan yang dicipta
sudah memadai untuk kami datang lagi ke pulau ini. Sebelum bertolak, kami
sekeluarga sempat membeli cenderahati kepada saudara- mara sebagai tanda
mengingati mereka. Kami bertolak dari pulau ke Jeti Syahbandar kira- kira jam
2.30 minit petang dan sampai di jeti kira-kira 4.30 minit petang. Kami sampai
di rumah masih lagi petang dan makan petang bersama- sama. Aku mencuci pakaian
yang di bawa balik daripada pulau sambil melihat video serta gambar yang
ditangkap. Gambar, video dan pulau merupakan bukti kenangan yang tidak dapat
dijual beli daripada orang lain. “Betul orang kata kenangan yang sudah dicipta
tidak dapat dijual- beli”, bisik aku keseorangan.
No comments:
Post a Comment