Pada
tahun 2009, ketika saya berusia 14 tahun, saya seringkali menonton cerita di
televisyen yang memaparkan lakonan mereka di negara yang sejuk. Jauh di sudut
hati saya sangat menginginkan percutian di tempat yang sejuk. Melihat pemakaian
mereka pada musim sejuk , membuatkan saya teruja dan merasainya dengan sendiri.
Oleh kerana kekangan masa dan pada ketika itu masih musim persekolahan , ayah
saya membuat keputusan untuk membawa kami sekeluarga ke Cameron
Highland. Saya sering mendengar pengalaman rakan-rakan saya ke sana ,memetik strawberry yang segar dari pokoknya membuatkan saya tidak sabar.
Highland. Saya sering mendengar pengalaman rakan-rakan saya ke sana ,memetik strawberry yang segar dari pokoknya membuatkan saya tidak sabar.
Ayah
dan ibu saya mengambil keputusan untuk ke sana pada cuti hujung minggu. Semasa
mengemas barang , saya dan kakak saya begitu teruja untuk turut membawa jaket
kami , kerana di mana saya tinggal bukan lah bercuaca dingin,kami hanya
berpeluang memakainya ketika musim hujan. Dengan lokasi percutian kami pada
minggu ini , kami segera memasukkan jaket kedalam beg. Jika diimbau kembali,
memori agak kelakar bagi kami , kerana semasa zaman persekolahan ,
sekecil-kecil perkara mampu menggembirakan hati saya.
Kami
sekeluarga memulakan perjalanan selepas subuh, kerana menurut ayah dan ibu saya
, pada setiap hujung minggu Cameron Highland merupakan tempat kunjungan ramai
orang . Jadi untuk mengelakkan kesesakan , sebaiknya memulakan perjalan lebih
awal kerana perjalanan dari Kedah Ke Cameron Highland memakan masa lebih kurang
5 ke 6 jam. Perkara yang paling saya gemari ketika melancong bersama keluarga ,
terutamanya jika menggunakan kenderaan sendiri adalah perhentian di setiap rnr.
Saya dapat membeli apa sahaja makanan yang saya inginkan dan memakan makanan
yang dibeli sepanjang perjalanan di atas lebuhraya adalah sesuatu yang
menyenangkan bagi saya.
Masalah
saya adalah saya mempunyai “motion sickness”
, kebetulan pula perjalanan untuk menaiki Cameron Highland adalah jalan
berbukit yang berliku, jadinya saya memilih untuk tidur pada ketika itu. Namun
begitu, apabila sudah hampir sampai, keadaan cuaca di atas menjadi semakin
dingin, tumbuhan di tepi jalan juga sudah berbeza tidak seperti tumbuhan yang
kebiasaan kita selalu lihat. Saya memberitahu ayah saya untuk menutup penghawa
dingin kereta dan membuka tingkap. Sejujurnya saya tidak menyesali dengan keputusan
saya itu. Suasana sangat nyaman dan dingin sepanjang perjalan ke Cameron
Highland. Pemandang pokok-pokok hijau juga sangat indah.
Ketika
sampai di sana , kami menetap dia sebuah apartment di kawasan Brinchang.
Parkland apartment terletak di atas bukit di tepi jalan. Kawasannya sangat
cantik dan sunyi, sesuai untuk percutian keluarga. Apartment kami dilengkapi
dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi. Kami menetap di sana selama 3 hari 2
malam. Ketika sampai disana , kami singgah untuk makan di sebuah restoran di
Tanah Rata. Kemudian kami pulang semua ke apartment untuk berehat sebentar dan
menukar pakaian dan solat.
Setelah
selesai, aktiviti malam, kami tertarik dengan keramaian di pasar malam Cameron
Highland yang juga terletak di Brinchang. Pasar alamnya begitu meriah. Segalah
jenis makanan dijual. Semestinya strawberi segar dijual hampir di setiap buah
kedai. Mereka juga menjual pelbagai jenis cenderamata yang berkonsepkan
strawberi dan bunga-bungaan. Setelah penat berjalan, kami pulang semula ke apartment
untuk tidur dan bersedia untuk aktiviti pada keesokkan hari.
Pada
keesokan harinya, kami ke Tanah Rata untuk mencari kedai untuk sarapan. Di
kawasan Tanah Rata lebih banyak pilihan kedai serbaneka serta restoran. Di
kawasan tersebut juga terdapat KFC, dan Starbucks. Setelah selesai sarapan kami
ke ladang strawberi. Sejujurnya saya tidak mengingati nama tempat tersebut ,
tetapi saya masih ingat tempat tersebut membolehkan para pengunjung untuk
memetik buah strawberi dan mengenakan harga bayaran mengikut harga pasaran buah
strawberi. Disitu juga pengusaha menanam pelbagai jenis sayurang yang juga
boleh dibeli. Sayuran disana sangatlah segar dan terlalu murah !! Para
pengunjung termasuk kedua ibu bapa saya rambang mata untuk membuat pilihan yang
mana patut dibeli.
Setelah
puas berpusing di ladang strawberi tersebut, kami ke destinasi seterusnya iaitu
pasar tani yang terdapat di Brinchang. Pasar tani ini menjadi tarikan para
pelancong. Destinasi ini merupakan persinggahan wajib para pelancong yang datang
ke Cameron Highland. Suasana di sini agak sedikit sesak kerana pasar tani ini
terletak di tepi jalan, dan banyak bas-bas rombongan dan kereta di sepanjang
tepian jalan. Jika anda ke sini dan membawa anak kecil, saya menyarankan untuk
membawa kereta sorong agak memudahkan perjalan ibu bapa. Ketika disini, lebih
banyak sayuran dan snek-snek dijual dengan harga yang berpatutan. Cenderamata
juga banyak terdapat di sini.walaupun pasar tani tersebut penuh dengan para
pengunjung, namun cuaca masih tetap dingin dan berangin serta nyaman. Kami
tidak sedar kami berada disini hampir 2 jam untuk membeli sayuran dan
buah-buahan. Disini juga para pembeli boleh tawar menawar sehingga berpuas
hati. Hampir penuh kereta kami ketika keluar dari kawasan ini.
Pada
waktu malam, oleh kerana kesejukan , kami mencari kedai makan yang menjual “steamboat” dan akhirnya kami jumpa dan
menikmatinya bersama. Cuaca yang lebih dingin pada waktu malam, dinikmati
bersama sup panas, anda sendiri perlu merasainya. Saya ingatkan disini, jangan
dibuat main dengan cuaca pada waktu malam di Cameron Highland, sejuk hingga ke
tulang hitam.
Hari
terakhir disini, kami melawat ke Ladang Teh Bharat. Semasa sampai disni, tak
mampu saya gambarkan pengalamannya. Seperti berada dalam sebuah filem! Pemandangan
begitu hijau dan tenang. Penanaman pokok the nya sama rata dan sangat memuaskan
mata anda. Anda boleh bergambar di celah-celah pokok the tetapi berlu lebih
berhati-hati kerana tanahnya yang lembap dan agak licin. Di kawasan sini juga
cuacanya sanagat berangin dan dingin. Kami mengambil peluang ini dengan meminum
teh dan “scone strawberry” yang terkenal setiap kali para pengunjung datang ke
sini. Disini anda juga boleh membeli teh daripada tanaman teh di kawasan
Cameron Highland dengan harga yang lebih murah, tehnya juga terdapat pelbagai
perisa yang menarik yang bagi saya hanya terdapat disni sahaja.setelah selesai disini kami bersedia untuk bergerak
pulang. Dalam perjanan pulang terdapat beberapa perkampunya orang asli yang
menjual kraftangan hasil mereka sendiri serta menjual buah-buahan tempatan
seperti durian. Ayah saya tidak melepaskan peluang keemasan ini utnuk memakan
durian yang dijual di sepanjang jalan tersebut.
Secara
keseluruhannya, saya sangat “enjoy” percutian keluar kami pada ketika itu. Jika
difikir semual, tidak mungkin kenangan dan percutian yang sama akan berlaku,
kerana semua adik beradik saya sudah dewasa dan mereka mempunyai urusan
masing-masing. Sebagai manusia, setiap masa yang dapat diluangkan bersama
dengan ahli keluarga perlu kita nikmati setiap saat daripanya, kerana ajal dan
maut ditangan yang Maha Kuasa.
Sebagai
pengunjung dan pelancong yang pernah ke Cameron Highland, saya sangat
menyarankan destinasi ini. Cameron Highland membuktikan bahawa rakyat Malaysia
sangat berunutng dengan keindahan tempat percutian yang ada. Kita bukan sahaja
mempunyai pantai yang indah,hutan simpan yang terjaga malahan kita
jugamempunyai tempat percutian dingin yang tidak memakan belanja yang banyak.
No comments:
Post a Comment