Pada April 2012 merupakan waktu yang
bermakna buat kami sekeluarga dimana kami sekeluarga telah pergi melancong.
Sungai Klah Hot Spring Park, Sungkai, Perak dipilih menjadi destinasi buat kami
sekeluarga untuk melancong yang terletak di Felda Sungkai. Kami sekeluarga
memilih lokasi ini kerana kami telah diperkenalkan lokasi ini oleh abang saya yang tertarik dengan keindahan kawasan rekreasi melalui laman sesawang iaitu Facebook. Kami yakin bahawa kami akan menikmati kepuasan yang maksimum kerana banyak maklum balas positif yang diterima daripada pelancong.
memilih lokasi ini kerana kami telah diperkenalkan lokasi ini oleh abang saya yang tertarik dengan keindahan kawasan rekreasi melalui laman sesawang iaitu Facebook. Kami yakin bahawa kami akan menikmati kepuasan yang maksimum kerana banyak maklum balas positif yang diterima daripada pelancong.
Kami bercadang untuk menginap di
Mengkawan Chalet selama 2 hari 1 malam yang terletak lebih kurang 2 kilometer
daripada Sungai Klah Hot Spring Park. Kami bertolak pada jam 8 pagi dan sampai
lebih kurang jam 12 tengah hari di Mengkawan Chalet. Kami sekeluarga sewa di
bilik yang mempunyai katil queen single dengan bayaran sebanyak RM 150 untuk
satu malam. Di sini juga terdapat bilik yang mempunyai 2 katil queen dengan
bayaran RM 200. Sampai sahaja di sana kami berehat setelah menempuhi perjalanan
yang jauh. Kami dimaklumkan oleh pemilik chalet bahawa di belakang kawasan
chalet terdapat sungai.Pada petangnya kami semua beriadah pergi mandi di sungai
belakang kawasan chalet tersebut. Air sungai ini amat sejuk serta ombak yang
sederhana deras menambah lagi keseronokan ketika mandi. Dikelilingi keindahan
flora dan fauna serta air yang tenang memang sesuai untuk merehatkan minda.
Aktiviti pada sebelah malam pula kami membuat BBQ. Kami tidak perlu risau
mengenai alat yang diperlukan untuk membuat BBQ seperti tempat pemanggang
kerana semua kelengkapan telah disediakan oleh pihak pengurusan chalet
tersebut. Bahan mentah seperti ayam, udang, sosej dan lain-lain lagi sudah siap
diperap dari rumah.
Keesokan harinya kami semua pergi ke
Sungai Klah Hot Spring pada pukul 9 pagi selepas bersarapan. Harga tiket yang
dikenakan adalah RM 15 bagi dewasa iaitu yang berumur 13 tahun dan keatas, RM
12 bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 12 tahun manakala bagi warga emas
pula adalah RM 8 sahaja iaitu umur 55 tahun dan keatas. Selepas habis membayar
tiket kami dimaklumkan untuk di ruangan menunggu sementara menunggu ketibaan
traktor khas yang akan membawa penumpang ke kolam air sejuk. Ketika tiba di
kawasan kolam air sejuk, masih tidak ramai lagi pengunjung yang datang kerana
masih awal pagi. Dengan keadaan air yang sejuk serta waktu ketika itu adalah
pagi, badan saya sedikit menggigil ketika itu. Di sini juga terdapat kolam
untuk merebus telur. Kolam ini amat panas kerana kepanasan air ini mendidih
sama seperti menjerang air dalam cerek dan sesuai untuk merebus telur. Terdapat
juga gerai yang menjual telur bagi sesiapa yang ingin merebus telur di kolam
yang mendidih ini dengan satu mangkuk yang berisi 6 biji telur berharga RM 5
sahaja. Saya membeli satu mangkuk kerana ingin mencuba merebus telur di kolam.
Setelah merebus telur dan makan telur rebus kami pergi ke kolam air panas.
Perkara pertama yang saya lakukan ketika sampai di kolam air panas adalah
melakukan terapi kaki bagi mengurut tapak kaki saya. Ketika di kolam air panas
saya hanya mencelup kaki ke dalam kolam tersebut. Setelah puas bersuka ria di
Hot Spring kami pun mandi membersih kan diri di bilik mandi yang disediakan
untuk pulang. Selepas itu, kami bersama-sama menunggu ketibaan traktor untuk
dihantar ke tempat di mana kami menunggu traktor pada awal pagi tadi. Kami
bertolak untuk pulang ke rumah pada jam 2 petang setelah selesai solat dan
makan tengah hari.
Secara kesimpulannya, kami amat
berpuas hati memilih destinasi Sungai Klah Hot Spring Park. Keindahan Flora
Fauna yang mengelilingi kawasan hot spring serta disokong bunyi siulan
burung-burung amat lah menenangkan hati dan jiwa kami. Walaupun kami semua
penat tetapi kami amat seronok memperoleh pengalaman yang berharga ini.
No comments:
Post a Comment