Masa bersama keluarga merupakan masa
yang paling berharga dalam hidup setiap manusia. Memiliki keluarga yang kecil
mahupun besar dengan adanya kedua ibu bapa , hidup seseorang manusia sudah
lengkap. Sebagai seorang anak , saya kini berusia 24 tahun dan merupakan anak
ketiga daripada 4 adik beradik. Membesar dalam sebuah keluarga yang sederhana ,
antara hiburan dan aktiviti yang paling bermakna dan tidak memerlukan belanja
yang terlalu mahal adalah
melancong. Masih jelas di ingatan saya ketika pertama kali ingin menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi. Pada ketika itu saya berusia 11 tahun. Walaupun saya membesar dan lahir di Kedah , namun tidak pernah saya berkunjung ke Pulau Langkawi . Percutian ini amat dinanti – nantikan oleh kami sekeluarga kerana ini merupakan percutian pertama yang lengkap dengan semua anggota keluarga saya termasuk abang , kakak , adik dan kedua ibu bapa saya.
melancong. Masih jelas di ingatan saya ketika pertama kali ingin menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi. Pada ketika itu saya berusia 11 tahun. Walaupun saya membesar dan lahir di Kedah , namun tidak pernah saya berkunjung ke Pulau Langkawi . Percutian ini amat dinanti – nantikan oleh kami sekeluarga kerana ini merupakan percutian pertama yang lengkap dengan semua anggota keluarga saya termasuk abang , kakak , adik dan kedua ibu bapa saya.
Membuat persiapan sebelum bercuti ke
Langkawi sangat menerujakan saya pada ketika itu. Pertama kali ingin menaiki bot/feri
,dan pertama kali juga saya ke tempat yang menggunakan jalan air. Masih
terngiang – ngiang di ingatan saya ketika saya merasa tidak sihat kerana saya
mempunyai motion sickness. Semasa ayah saya memberitahu yang kami sekeluarga
bakal bercuti di Langkawi , kami dengan segera berkemas dan membawa pakaian
mandi untuk aktiviti air dan bermandi di pantai. Saya juga tidak sabar untuk ke
sana untuk membeli cokelat. Ini kerana Langkawi terkenal dengan zon bebas cukai
, dimana setiap pengunjung boleh membeli cokelat yang diimport dengan harga
yang lebih murah.
Baru sahaja tiba di Langkawi , saya sudah merindui
suasana percutian tersebut. Pemandangan air laut yang biru , dan makanan laut
yang disediakan adalah menakjubkan. Kami sekeluarga sempat berkunjung ke
Underwater World yang pada ketika itu masih mempunyai banyak hidupan laut. Saya
berpeluang melihat penguin dengan lebih dekat. Saya dan kakak juga, buat
pertama kali bermain parasailing yang
terdapat di kawasan pantai berdekatan dengan tempat tinggal kami. Cable Car merupakan salah satu tarikan
paling istimewa di Langkawi. Sekali lagi saya dan ahli keluarga berpeluang
melihat seluruh bumi Langkawi dengan lebih cantik,lautan yang terbentang luas
tanpa penghujung. Pengalaman bermain
sukan udara di tepi pantai tidak dapat digambarkan. Anda merasakan diri anda
seperti seekor burung yang bebas kemana sahaja melihat ciptaan Allah yang
begitu indah. Jika diizinkan Allah, saya berharap dan berdoa agar dapat ke
destinasi yang sama bersama ahli keluarga saya , kerana keluarga adalah segala-
galanya bagi saya.
No comments:
Post a Comment