Pada
pertengahan tahun lepas , iaitu tahun 2018, saya menemani kakak saya untuk
menetap sementara di Ipoh , Perak. Saya menetap di sana selama lebih kurang
satu bulan. Sepanjang berada di sana kami bercadang untuk berkunjung ke tempat
menarik yang terdapat di negeri Perak. Kebetulan pada ketika itu saya sedang
cuti semester selama lebih kurang 1 bulan. Kami bercadang untuk
berkunjung ke kolam air panas yang terdapat di Sungkai.
berkunjung ke kolam air panas yang terdapat di Sungkai.
Saya
dan kakak memaklumkan kepada kedua ibu bapa kami untuk datang ke Ipoh dan
tinggal di apartment yang kami tinggal buat sementara waktu. Sejujurnya , saya
sangat teringin untuk ke kolam air panas kerana daripada hasil bacaan dan
pengalaman rakan-rakan saya, kolam air panas boleh dikategorikan sebagai Pelancongan
Kesihatan. Hal ini kerana, para pengunjung bukan sahaja dapat menikmati dan
melihat keajaiban kolam air panas, malah mereka juga dapat merasai pengalaman
rawatan kesihatan secara semula jadi dengan bayaran yang murah.
Berbalik
kepada pelan kami sekeluarga, kedua ibu bapa dan adik saya tiba di Ipoh sehari
sebelum ke kolam air panas , Sungkai. Kami bercadang untuk memasak terlebih
dahulu agar dapat berkelah bersama-sama disana nanti. Ibu saya bangun
menyediakan hidangan berkelah kami pada pukul 5 pagi. Masakan ibu saya adalah
masakan yang paling sedap di dunia! Ibu saya memasak sambal telur rebus, sambal
udang , ikan goreng dan sayur goreng. Sejujurnya saya merasa sangat bahagia
kerana ibu saya adalah seseoarang yang sangat tidak gemarkan perkelahan ,
kerana menurutnya penat di kemudian. Tapi pada hari tersebut, beliau sanggup
untuk memasak untuk kami sekeluarga. Sesudah siap memasak ,saya membantu ibu
saya membungkuskan makanan tersebut ke dalam bekas. Kami bertolak pada jam 7.30
pagi. Menurut abang ipar saya , jika kita mandi air panas di awal pagi, ianya
akan melancarkan peredaran darah dalam badan kita.
Setelah
menaiki kereta yang mengambil lebih kurang 1 jam 30 minit perjalanan, akhirnya
kami sampai di kolam air panas Sungkai. Nasib kami kurang bernasib baik kerana
ketika kami sampai hujan pun turun rintik-rintik. Kami juga baru tahu bahawa
makanan tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan kolam air panas tersebut. Jadi
kami mengambil keputusan untuk makan di luar kawasan kolam air panas tersebut.
Kawasan kolam air panas Sungkai terletak di tengah kawasan seakan-akan hutan
jadi terdapat banyak pokok-pokok besar yang rendang yang boleh kami berteduh
dari titisan hujan. Sewaktu kami menjamu selera saya akui saya sangat merindui
waktu tersenut. Masih terngiang diminda saya kami sekeluarga bergelak ketawa
dek kerana makan ketikan hujan sedang turun. Walaupun kesejukan dan basah ,
kami tetap menikmati waktu tersebut.
Setelah
selesai makan, kami terus berjalan ke pintu masuk air panas untuk membeli tiket.
Selepas membeli tiket , untuk menuju ke kawasan kolam, kami sekeluarga perlu
menaiki kereta api yang disediakan seperti kereta api yang terdapat di zoo!!
Sangat menarik dan menyeronokkan. Setiap kolam air panas di kawasan tersebut
terdapat pondok untuk berteduh dan meletakkan barang yang dibawa oleh para
pengunjung. Disitu juga disediakan tandas ,dan ruang mandi untuk kemudahan para
pengunjung. Kami mencuba kolam yang suhu 30 darjah dahulu. Pertama kali
meletakkan kaki ke dalam kolam tersebut, kaki terasa ringan dan sedap! Pada
setiap kolam air panas tertera suhu bagi setiap air disitu. Bagi yang pertama
kali , saya sarankan cuba yang suhunya rendah dahulu, jika badan anda selesa
barulah beralih ke suhu yang lebih tinggi sedikit.
Di
tengah kawasan tersebut , terdapat satu stesen yang menjual telur mentah yang
boleh dibeli untuk para pengunjung merebus sendiri menggunakan air panas semula
jadi yang seingat saya hampir 100 darjah Celsius. Pada pendapat saya, ini
merupakan satu tarikan istimewa pengunjung ke sini. Mereka juga meyediakan
kicap dan serbuk lada untuk dimakan bersama. Anda boleh pilih sama ada ingin
telur separuh masak atau telur rebus. Menarik bukan??
Setelah
menikmati telur tersebut, kami ke kawasan dimana airnya tidak dibina kolam
seperti kolam-kolam yang lain. Kolamnya dibiarkan berlumut hijau dan masih
mempunyai batu semula jadi , mereka hanya membina tembok rendah agar pengunjung
boleh duduk. Ketika ini kami berpeluang bersembang dengan seorang oakcik yang
merupakan salah seorang penjaga di kawasan tersebut. beliau berkongsikan cerita
yang sangat menarik berkaitan salahseoarang pngunjung yang membawa ibunya
kesini pada setiap hujung minggu bagi merawat penyakit strok. Beliau memandikan
ibunya menggunakan air panas disitu , dan setelah membawa ibunya beberapa bulan
kemudian keadaan ibunya semakin pulih dan mampu berjalan semuala seperrti
biasa! Menurut pakcik itu juga, jika anda melumurkan lumut hasil daripada
reaksi kimia air panas dan batu tersebut, dapat melembutkan kulit dan bertindak
sebagai lulur.
Pertama
kali merendamkan badan dalam air panas , saya baru tahu apabila kita merendam
seluruh badan kita sehingga ke leher , dada kita akan merasa seperti sukar
untuk bernafas. Selain itu, setelah selesai mandi, badan kita akan merasa
sedikit letih dan lemah. Menurut bacaan saya, setelah berendam di kolam air
panas , seeloknya kita tidur dan rehat setelah bangun kita akan merasa segar
dan ringan badan.
Secara
keseluruhannya, saya sangat mengesyorkan para pelancong asing mahupun luar
negara untuk merasai pengalaman ke Kolam Air Panas Sungkai. Kita bukan sahaja
dapat menimba sesuatu yang baru , malah percutian ini dapat menyihatkan badan
kita. Dikesempatan ini ingin saya selitkan tentang tips untuk berkunjung ke
sini; seeloknya datang llah pada waktu pagi atau petang kerana jika anda datang
tengah hari , dengan cuaca yang terik seperti tidak sesuai untuk menambah
kepanasan badan kita. Selain itu, cuba menyemak laporan kaji cuaca supaya anda
tidak bermandi hujan sekali. Dan sebelum ke sana ,seeloknya anda makan dahulu,
kerana takut kelaparan dek kerana tidak boleh membawa masuk makanan di kawasan
kolam air panas.
Sebagai
rakyat Malaysia yang pernah menetap di Perak, saya sangat mengesyorkan anda
berkunjung dan bercuti di sini. Anda pastinya tidak menyesal di samping dapat
menimba ilmu yang baru.
No comments:
Post a Comment