Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Friday, October 11, 2019

PERCUTIAN DI BANDUNG, INDONESIA

Nama Penulis: Mohamad 'As' Syaqim bin Mohamad Idris (A169263)

BANDUNG, INDONESIA
Gunung Tangkuban Perahu

            Kami dan sekeluarga melancong di Indonesia pada tahun 2014. Pelancongan ini adalah sebagai tanda meraikan hari ulang tahun adik bongsu saya yang pertama. Saya dan keluarga bercuti selamat 5 hari. Banyak tempat yang kami kunjungi antaranya di gunung berapi Tangkuban Perahu. Gunung ini terletak di Provinsi Jawa Barat. Jarak antara bandung ke Tangkuban Perahu dalam 20km
. Terdapat pelbagai premis jualan yang diadakan di situ. Sebelum melawat ke tempat ini, pengunjung dinasihatkan untuk memakai ‘mask’ terutama sekali kanak-kanak kerana bau belerang di Gunung ini sangat kuat.


Mall Paris Van Java

Pasar Cibaduyut

            Seterusnya, saya dan keluarga membeli-belah di mall Paris Van Java. Mall ini merupakan kawasan tarikan utama bagi pelancong dan juga penduduk setempat. Apa yang membuatkan mall ini unik adalah mall ini merupakan mall outdoor yang dipenuhi dengan hiasan yang cantik lagi-lagi pada waktu malam. Ianya sesuai untuk pelancong mengambil gambar kenang-kenangan. 



Trans Studio Bandung
            Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan adalah apabila berada di Trans Studio Bandung. Trans Studio merupakan Theme Park yang terdapat di Bandung dan ianya merupakan salah satu Theme Park yang terbesar di dunia. Konsepnya lebih kurang sama seperti Times Square kerana Theme Park mereka adalah Indoor Theme Park. Namun, di dalamnya terdapat pelbagai permainan yang boleh dinikmati. Tempat ini sesuai untuk dinikmati bersama-sama dengan keluarga. Terdapat juga live performance yang dikendalikan oleh staff-staff Trans Studio.

Kopi Luwak Cikole


            Kami juga sempat menikmati makanan yang terdapat di Indonesia. Antaranya ialah Bakso Sapi, Gado-Gado, dan juga Pecel Lele. Masakan di Indonesia mempunyai beberapa perbezaan dengan masakan tempatan seperti nasi. Kebanyakan masyarakat Malaysia lebih gemar digandingan nasi dengan kuah seperti kari atau sup, berbeza pula di Bandung. Mereka lebih gemar nasi sahaja kerana setiap kali kami pergi ke restoren yang ada di Bandung, kebanyakan menu tidak dihadirkan dengan kuah dan menu yang disediakan selalunya mempunyai tempe. 

No comments:

Post a Comment