Nama Penulis: Mohamad 'As' Syaqim bin Mohamad Idris (A169263)
STAR
CRUISE
Antara pengalaman
melancong yang sukar untuk saya lupakan adalah melancong di Star Cruise. Saya
dan keluarga telah pergi ke destinasi ini pada tahun 2014 dan 2015. Tempat
pelancongan ini berlainan dengan tempat percutian yang lain kerana saya dan
keluarga bercuti di atas kapal selama 4 hari 3 malam. Kapal ini akan membawa
pelancong dari Pulau Pinang ke Phuket dan Krabi
Thailand. Terdapat banyak kemudahan ada dalam kapal ini antaranya adalah panggung wayang, restoren, tempat untuk berkaraoke, swimming pool, gym dan banyak lagi. Memandangkan kapal ini menerima pelancong dari seluruh negara, terdapat pelbagai sajian makanan yang dihidangkan termasuk makanan tradisional Malaysia.
Thailand. Terdapat banyak kemudahan ada dalam kapal ini antaranya adalah panggung wayang, restoren, tempat untuk berkaraoke, swimming pool, gym dan banyak lagi. Memandangkan kapal ini menerima pelancong dari seluruh negara, terdapat pelbagai sajian makanan yang dihidangkan termasuk makanan tradisional Malaysia.
Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan sewaktu saya berada
di sini adalah saya dapat melihat matahari terbit dan terbenam di tengah-tengah
laut. Pemandangannya amat perbeza berbanding pemandangan di darat. Di samping
itu, saya juga dapat mengenali beberapa orang pelancong dari negara lain.
Pekenalan kami berlaku secara spontan kerana pada ketika itu, saya sedang
melihat perlawanan piala dunia 2014 bersama-sama mereka. Seterusnya, pada malam
akhir percutian, semua pengunjung dijemput untuk menghadiri Gala Dinner
bersama-sama dengan kapten dan krew Star Cruise.
Ini merupakan layout bilik bagi di Star Cruise. Pada ketika itu saya berkongsi bilik dengan abang saya. Memandangkan kapal ini mempunyai ruang yang terhad jadi bilik dan tandas agak sempit. Namun masih selesa untuk berehat. Tidur di bilik ini merupakan pengalaman yang paling seronok kerana pada waktu malam, kita dapat merasai alunan air laut yang sangat kuat. Saya seolah-olah berada di buayan pada ketika itu.
Antara persembahan yang ada di Star Cruise
Kolam renang Star Cruise sedalam
Antara juadah makanan
No comments:
Post a Comment