Awan
yang berarak di langit membawa mendung kelabu semakin jauh. Udara yag segar
selepas hujan membuatkan aku berasa tenang berada di persisiran pantai
tersebut. Aku tersenyum sendirian
menikmati desiran bayu angin pantai yang lembut menampar pipi serta pemandangan
ombak yang mendamaikan dan menenangkan perasaan. Akhirnya setelah sekian lama
memendam
rasa untuk menikmati sebuah percutian bersama ahli keluargaku, akhirnya tercapai setelah kedua ibu bapaku mendapat pelepasan cuti daripada majikan mereka. Walaupun Pulau Redang yang terletak di Terengganu menjadi pilihan, aku tetap merasa teruja kerana dapat meluangkan masa bersama ahli keluarga tercinta.
rasa untuk menikmati sebuah percutian bersama ahli keluargaku, akhirnya tercapai setelah kedua ibu bapaku mendapat pelepasan cuti daripada majikan mereka. Walaupun Pulau Redang yang terletak di Terengganu menjadi pilihan, aku tetap merasa teruja kerana dapat meluangkan masa bersama ahli keluarga tercinta.
Pulau
Redang merupakan salah sebuah pulau yang terletak di daerah Kuala Terengganu,
Terengganu. Ia juga merupakan salah sebuah pulau yang terbesar di kawasan
pantai timur Semenanjung Malaysia dan amat terkenal dengan perairannya yang
jernih serta pasir pantainya yang putih.
Aktiviti pertama kami disana ialah snorkelling. Sebelum
menaiki bot, kami diarahkan untuk memakai jaket keselamatan sebagai langkah
berjaga-jaga untuk sebarang kemungkinan yang bakal berlaku di tengah laut
nanti. Bagi perjalanan snorkelling yang
pertama ini, kami dibawa sedikit jauh dari kawasan resort namun kedalaman
airnya tidaklah sedalam kedalaman air bagi aktiviti scuba-diving. Memandangkan aku mempunyai masalah rabun jauh, sejak
awal lagi aku telah mendapatkan goggle yang
berasingan dan istimewa untuk aku memandangkan kanta goggle tersebut mempunyai power
yang bersesuaian sama seperti cermin mataku. Dengan itu, aku dapat
menikmati keindahan alam laut dengan lebih jelas dan menarik.
.
Aku turut mencubit roti yang aku bawa untuk memeberi makan kepada ikan-ikan.
Melihat ikan yang berkerumun membuatkan aku terpesona dengan kelincahan ikan
yang bergerak untuk mendapatkan secebis roti dan aku dapat melihat dengan jelas
menggunakan goggle tersebut sambil
tersenyum sendiri. Aku tidak dapat mengawalkan keseronokanku apabila aku
berpeluang untuk melihat ikan daripada spesis
‘nemo’ dan dapat menikmati pemandangan ikan-ikan serta batu karang yang
cantik di dasar laut.
Hari yang seterusnya, jam
di telefon menunjukkan waktu lagi 15 minit sebelum 9 pagi tepat dimana pada jam
9 pagi, kami akan bergerak menaiki bot untuk menuju ke kawasan bagi aktiviti scuba-diving. Seperti hari sebelumnya,
aku mendapatkan sepasang goggle yang
bersesuaian dengan mata dan terus
mendapatkan peralatan scuba-diving seperti
yang telah diarahkan semasa taklimat ringkas oleh jurulatih yang menguruskan
aktiviti tersebut. Melalui aktiviti scuba,
aku dapat melihat dengan lebih dekat dan jelas akan bentuk dan warna-warna
terumbu karang. Terdapat pelbagai jenis
terumbu karang yang terdapat di dasar laut, terdapat juga pelbagai tahap umur
terumbu karang.
Kami
turut disarankan untuk tidak memegang terumbu karang secara kasar kerana risau
akan merosakkan hidupan itu memandangkan terumbu karang merupakan sebuah
habitat kepada beberapa jenis spesis ikan-ikan kecil serta mikroorganisma yang
lain. Kerosakan terumbu karang mengambil masa yang amat lama untuk dipulihara
semula dan ia akan menjejaskan ekosistem hidupan laut. Selain itu, aku turut
merakamkan video dan gambar kenangan
menggunakan Camera Gopro
Waterproof Diving yang dipinjam daripada ayah sebelum bergerak ke destinasi
scuba supaya kami dapat sentiasa
beringat untuk tidak mencemarkan alam sekitar
kerana hidupan laut juga merupakan makhluk tuhan yang memerlukan
perlindungan dan makanan untuk terus melangsungkan hidup.
Sepanjang berada di Pulau Redang, Terengganu aku dapat
merasai pelbagai jenis makanan tradisional Terengganu seperti Keropok Lekor, Nasi
Kerabu, Nasi Dagang dan Nasi Lemak Sambal Ikan Tongkol. Ia merupakan satu
pengalaman baru menjamah nasi lemak bersama ikan kerana kebiasaannya nasi lemak
dihidangkan bersama telur rebus sahaja. Selain itu, istimewanya
nasi kerabu tersebut ialah pada menu sampingan yang banyak serta nasi tersebut
boleh dimakan bersam ikan goreng atau ayam goreng mahupun bakar atau daging
bakar. Selain itu, ulamnya yang segar dimakan bersama dengan solok lada yang
pastinya menaikkan lagi seri nasi kerabu tersebut. Cukup dengan hanya memakan
sebungkus nasi kerabu, kenyangnya mampu bertahan sehingga petang dek kerana
bahan sampingannya yang banyak dan menyihatkan.
Walaupun
keluarga kami jarang meluangkan masa bersama terutamanya bagi aktiviti
pelancongan, namun kami tetap menghargai sisa waktu yang ada untuk kami bersama
menikmati setiap detik ativiti pelancongan kami. Kami juga tidak berasa
menyesal dengan kesempatan yang tidak banyak memberi peluang dan ruang kepada
kami, kerana ami sekeluarga tahu bahawa terdapat pelbagai lagi destinasi
menarik yang boleh kami tuju sebagai langkah bagi kami menyokong aktiviti Tahun
Melawat Malaysia nanti bersama dengan warga pelancong dan masyarakat negara
Malaysia.
No comments:
Post a Comment