Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Friday, October 11, 2019

PENGALAMAN MELANCONG

Nama Penulis: Mohamad 'As' Syaqim bin Mohamad Idris (A169263)


Assalamualaikum dan salam sejahtera, sebelum saya menceritakan pengalaman saya sepanjang saya bercuti bersama keluarga, saya ingin memperkenalkan diri saya dan latar belakang diri saya. Nama saya Mohamad ‘As’ syaqim Bin Mohamad Idris. Saya merupakan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia dan memegang nombor matrik A169263. Saya membesar di Ampang, Kuala
Lumpur bersama dengan keluarga saya. Ibu bapa saya merupakan seorang ahli perniagaan sejak saya kecil lagi dan saya merupakan anak ketiga daripada empat adik beradik.


SITUASI BERCUTI KETIKA KECIL HINGGA SEKARANG


Pada awal usia saya, ibu bapa saya jarang membawa anak-anaknya bercuti kerana mereka mengalami kekangan dari segi kewangan. Kebiasaanya ibu bapa saya membawa saya dan adik beradik saya ke kawasan yang berdekatan dengan rumah sahaja seperti sungai congkak. Dengan faktor kewangan dan kekangan masa yang dihadapi oleh ibu bapa, keluarga saya tidak mempunyai pengalaman melancong yang banyak. Dan pada masa itu juga fokus utama ibu bapa saya lebih kepada mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan.
            Namun, apabila usia keluarga saya semakin meningkat dan ibu bapa saya mula membuat perniagaan sendiri. Ibu bapa saya dapat membawa anak-anaknya ke tempat percutian. Selain itu, mereka juga banyak menghabiskan masa di rumah. Pada masa lapang, mereka akan membawa kami ke kawasan yang menjadi tarikan mereka. Pada tahun 2010, ibu bapa saya kerap melancong. Mereka lebih gemar pergi pada watku bekerja berbanding dengan waktu cuti. Hal ini kerana terdapat pelbagai tawaran yang murah disediakan oleh hotel. Di samping itu, bercuti pada hari bekerja dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas dan kawasan percutian yang kami pergi tidak ramai. Ini dapat memberikan lebih ketenangan.


Memandangkan ibu bapa saya merupkan seorang ahli perniagaan dalam bidang makanan, Mereka lebih gemar memilih tempat yang mempunyai makanan yang sedap dan unik. Sebagai contoh seperti Pulau Pinang yang terkenal dengan Nasi Kandar, dan Pasembur. Di Pahang, popular dengan Ikan Patin Masak Tempoyak. Nasi Kerabu yang merupakan makanan tradisi negeri Kelantan dan banyak lagi. Jadi, keunikan makanan yang terdapat di sesuatu tempat menjadi faktor yang penting dalam merancang percutian keluarga saya. Mereka akan menilai makanan yang ada di setiap restoren yang mereka pergi.


Seterusnya, terdapat juga percutian yang unik yang kami pernah alami. Keunikan yang terdapat di kawasan percutian itu membuatkan saya dan keluarga ingin kembali semula ke tempat itu. Antara tempat menarik yang kami pernah pergi adalah di Star Cruise, Club Med Cherating Beach Resort, dan Tanjung Jara Resort. Keluarga saya juga pernah membawa saya bercuti ke Bandung, Indonesia dan Krabi Thailand.  Pengalaman melancong ke luar negara juga membuatkan saya ingin bercuti ke kawasan negara yang lebih jauh kerana setelah saya bercuti ke Indonesia dan Thailand, saya dapati bahawa terdapat banyak budaya yang menarik. Banyak budaya negara lain yang saya ingin pelajari terutamanya di Jepun.
            Kebelakangan ini saya kurang menjalankan aktiviti melancong kerana keadaan jadual dikalangan saya, abang, kakak dan adik saya tidak sama dengan ibu bapa saya. Di samping komitment yang makin banyak membuatkan kami sekeluarga kurang melancong. Namun, aktiviti ini akan tetap diteruskan pada masa akan datang kerana apabila kami pergi bercuti bersama, kami dapat merasakan bahawa hubungan dikalangan kami makin erat.

PENGALAMAN PERSIAPAN SEBELUM MELANCONG
Apabila ingin melancong ke sesuatu tempat, biasanya saya membuat persiapan lebih kepada “simple” dan tidak banyak. Saya hanya membawa barangan yang utama seperti pakaian, dan barangan mandi. Kadang kala saya juga membawa tuala sebagai persiapan awal sekiranya tempat saya melancong itu tidak menyediakan tuala. Sekiranya saya pergi ke suatau tempat itu selama 3 hari 2 malam, biasanya saya hanya membawa satu beg sahaja. Saya lebih gemar menggunakan bagpack berbanding dengan luggage bag. Hal ini kerana apabila saya menggunakan bagpack, saya dapat merasakan aura pelancong

Sepanjang pengalaman persiapan saya dari kecil hingga dewasa mempunyai perbezaan. Pada usia kecil, kebiasaannya ibu atau kakak saya menyediakan persiapan saya. Namun setelah dewasa saya menguruskan persiapan saya sendiri.
            Apabila menyediakan persiapan untuk melancong, saya lebih gemar menggunakan kaedah menggulung baju berbanding melipat baju. Hal ini kerana apabila kita menggulung baju, kita dapat memberi ruang yang lebih banyak. Memandangkan saya seorang yang suka membawa barangan yang sikit. Jadi ruangan untuk saya mengisi barangan seperti baju agak terhad. Dengan menggunakan kaedah ini ianya dapat membantu saya.
            Dari segi persiapan ibu bapa saya, mereka agak berbeza dengan saya terutama sekali ibu saya. Mereka lebih gemar membawa barangan yang lebih banyak walaupun barang tersebut tidak penting apabila berada di destinasi. 

No comments:

Post a Comment