Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Friday, October 11, 2019

PULAU LANGKAWI, PULAU PENUH LAGENDA

Nama penulis: Muhammad Soleh bin Abu Hassan (A170916)



        Pengalaman melancong saya bersama keluarga adalah di pulau Langkawi Kedah. Pulau Langkawi merupakan tempat pelancongan yang sangat menarik dan menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara dengan keindahan di sana. Sebelum kami sekeluarga pergi bercuti di pulau Langkawi kami telah menempah tempat tinggal melalui rangkaian atas talian untuk menyewa selama 3 hari 2 malam. Seterusnya, kami sekeluarga juga turut menyewa kereta supaya pergerakkan kam
i sekeluarga ke destinasi yang hendak dituju sewaktu berada di sana. Barangan keperluan diri seperti pakaian dan lain-lain telah kami siapkan untuk dibawa ke Pulau Langkawi.
       Pada hari pertama percutian, kami bertolak dari rumah ke jeti pada jam 7.00 pagi dan sampai di jeti Kuala Kedah pada jam 8.00 pagi untuk membeli tiket feri. Seterusnya, kami sekeluarga menaiki feri dari jeti Kuala Kedah pada jam 9.00 pagi dan sampai di jeti pulau Langkawi pada jam 10.00 pagi. Apabila tiba di sana abang saya menghubungi orang yang menyewa kereta yang telah kami sekeluarga tempah. Dalam masa 15 minit kami dapat menggunakan kereta yang telah disewa dan kami menuju ke rumah yang telah kami tempeh di atas talian. Perjalan kami dari jeti Pulau Langkawi mengambil masa selama 15 minit. Kami sekeluarga menyewa rumah tersebut selama 3 hari 2 malam dengan harga RM300. Kami sekeluarga rehat seketika di rumah sewa tersebut.
        Selepas solat zohor kami sekeluarga pergi ke pantai Cenang untuk melihat aktiviti yang dilakukan di kawasan pantai tersebut. Ternyata kawasan pantai tersebut sangat cantik dan udara sangat nyaman. Kami sekeluarga mengambil gambar bersama-sama di sana dengan menikmati suasana tiupan angin yang sangat nyaman. Terdapat juga ramai pelancong dari luar negara yang datang ke pantai Cenang. Suasana di sana sangat meriah kerana terdapat banyak aktiviti di laut dan juga di darat. Kami sekeluarga hanya beriadah di tepi pantai sambil menikmati makanan yang dijual di kawasan pantai cenang. Makanan dan minuman di sana agak mahal kerana pantai Cenang merupakan tempat tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Pada waktu asar kami sekeluarga pergi mencari surau berdekatan untuk menunaikan kewajipan seorang muslim iaitu menunaikan solat asar. Selepas solat kami sekeluarga berehat di tepi pantai sambil bermain bola di tepi pantai. Tibanya waktu senja kami sekeluarga melihat keindahan matahari terbenam di tepi laut yang sangat cantic. Keindahan alam ini telah menyebabkan kami sekeluarga mengambil gambar di kawasan pantai tersebut. Kami sekeluarga solat mangrib di surau yang berdekatan dengan pantai tersebut. Seterusnya kami sekeluarga pergi ke restoran seafood untuk menikati makanan di Pualau Langkawi. Makanan laut di pulau Langkawi sangat segar dan sangat enak. Seterusnya kami sekeluarga pulang ke rumah sewa untuk berehat.
        Pada hari kedua percutian kami sekeluarga pergi ke pantai Pasir Tengkorak. Pantai Pasir Tengkorak merupakan pantai yang sangat bersih dan cantik. Kawasan ini kurang diketahui oleh pelancong yang datang ke pulau Langkawi. Kami sekeluarga beriadah dengan mandi bersama-sama di pantai tersebut. Pantai ini sangat menarik perhatian saya kerana kebersihan serta kecantikan alam sekitar yang dijaga di pantai ini. Pantai ini lebih cantik daripada pantai Cenang kerana air laut di pantai Cenang agak keruh atau kotor berbanding pantai Pasir Tengkorak ini di mana air lautnya kebiruan dan sangat bersih berdasarkan pemerhatian mata kasar saya. Kami sekeluarga melakukan pelbagai aktiviti seperti membina istana dengan menggunakan pasir, bermain bola tampar dalam air dan lain-lain. Tempat ini telah menarik minat saya dan saya harap dapat bercuti lagi di pantai Pasir Tengkorak.
        Seterusnya kami pergi kami pergi ke Langkawi Wildlife Park untuk melihat hidupan di sana. Terdapat pelbagai jenis haiwan di sana seperti burung helang, ular dan banyak lagi.yang paling menarik minat kami sekeluarga adalah bagi burung makanan. Kami sekeluarga masuk di dalam sangkar burung yang luas dengan membawa makanana. Burung tersebut mendekati kami sekeluarga untuk mendapatkan makanan sehingga burung tersebut duduk di atas tangan kami. Itu adalah keistimewaan yang tidak dapat saya lupakan dengan memberi burung makan. Langkawi Wildlife Park turut membenarkan pengunjung mendekati burung helang. Jadi kami sekeluarga boleh mengambil gambar dekat dengan burung helang dengan perasaan yang takut tetapi teruja sebab dapat ambil gambar bersama burung helang. Burung helang mempunyai kuku yang sangat tajam dan panjang, jadi kami diberi sarung tangan untuk membolehkan burung helang hingap di tangan kami. Burung helang ini sangat besar dan juga berat semasa hinggap di tangan saya. Ini adalah kenangan yang tidak dapat saya lupakan walaupun terdapat pelbagai jenis haiwan lain di Wildlife Park seperti buaya, ikan, rusa dan lain-lain.




        Pada hari ketiga kami sekeluarga pergi menaiki Cable Car Langkawi. Semasa kami menaiki cable car kami perlu mematuhi peraturan menaikinya supaya perkara yang tidak di inginkan berlaku.  Suasana di sana sangat nyaman kerana terdapat banyak bukit bukau. Kami sekeluarga menaiki menaiki cable car dan kami dapat melihat alam semulajadi di bawah. Permandangan yang sangat indah melalui cermin cable car. Terdapat air terjun daripada bukit di kawasan cable car telah menarik minat saya untuk mengambil gambar dari dalam cable car. Kami sekeluarga sampai ke destinasi atas sekali selepas menaiki cable car dan ternya permandangan di atas lebih menarik dan indah. Kami sekeluarga tidak melengahkan masa untuk mengambil gambar bersama-sama di kawasan tersebut. Kami sekeluarga juga turut melihat pemandangan yang cantik dari atas kerana terdapat kapal-kapal yang tersusun di laut serta air laut yang bersih dan cantik tanpa ada sisi buangan. Ini adalah keindahan yang tidak dapat saya lupakan. Seterusnya, kami sekeluarga membeli belah di Haji Ismail Group. Kami sekeluarga memborong coklat untuk dijadikan buah tangan untuk sepupu saya di kampung halaman. Terdapat pelbagai jenis coklat di Haji Ismail Group di mana coklat seperti ini susah untuk mendapatkannya. Di Haji Ismail Group bukan sahaja menjual coklat malah turut menjual barangan dapur seperti periuk, pingan dan lain-lain. Hal ini telah menyebabkan mak saya membeli barangan dapur yang di jual di Haji Ismail Group. Oleh itu, jika pelancong datang ke Pulau Langkawi sebelum balik mesti akan singgah ke perniagaan Haji Ismail Group ini kerana harganya juga sangat berpatutan.



        Destinasi kami sekeluarga seterusnya adalah pergi ke Replika Helang untuk mengambil gambar bersama-sama kerana replika helang ini merupakan mercu tanda bagi Langkawi. Replika ini terletak di Dataran Lang. Dataran Lang merupakan tempat menarik di Langkawi yang menjadi pilihan pengunjung untuk bergambar sebagai tanda anda telah menjejaki Pulau Langkawi. Ukiran replika burung helang yang berukuran 12.6 x 21.6 meter berdekatan dengan jeti pulau lagenda ini merupakan sebuah lagi mercu tanda yang terdapat di dalam daerah Langkawi. Ianya merupakan cetusan ilham Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad. Pembinaan replika ini telah menelan belanja sebanyak RM12.5 juta dan merupakan sebuah lagi dataran yang menarik di Pulau Langkawi sebagai tempat pelancongan. Oleh itu, Kami sekeluarga memanfaatkan peluang bersama-sama untuk melihat keunikan Replika Helang yang sangat cantik dan sangat besar. Kami mengambil gambar adalah untuk dijadikan kenangan kami sekeluarga semasa berada di pulau Langkawi. Pada waktu petang kami sekeluarga menaiki feri untuk pulang ke kampung halaman dengan menaiki feri ke Kuala Kedah. setibanya di jeti Kuala Kedah abang saya mengambil kereta di tempat letak kereta yang kami sewa selama 3 hari 2 malam. Seterusnya kami sekeluarga pulang ke kampung halaman mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan. Alhamdulillah kami selamat sampai di rumah.






1 comment: