Take a tour of this blog to feel the absolute experiences in Malaysia and the world.
Travelling in the company of those we love is home in motion. -Leigh Hunt
The best education you will never get is travelling. Nothing teaches you more then exploring the world & accumulating experiences. -Mark Paterson
Travel is like an endless university. You never stop learning. -Harvey Lloyd
Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport. - A. Nonymous
HOME MALAYSIA ABROAD TIPS PRESENTATION MYLINK DIGITAL LIBRARY ABOUT US

Friday, October 18, 2019

CAHAYA BEACH & TELUK KEMANG PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

Nama penulis: Norsyila binti Mansor (A170795)


               Percutian kami ke Lokasi Pantai Cahaya Port Dickson iaitu selama 2 hari 1 malam semasa tahun 2019.  Kami bergerak sekitar jam 8.00 pagi dari arah Selangor menuju ke Negeri Sembilan. Perjalanan kami memakan hampir 2 jam dengan kesesakan lalu lintas memandangkan pada masa itu hujung minggu yang merupakan hari dimana setiap manusia memanfaatkan cuti bersama  keluarga tersayang dengan berjalan jalan sekitar kawasan yang menarik.

             Kami tiba di R& R untuk menjamu selera sebelum meneruskan lagi perjalanan kami. Kami sampai di lokasi  lalu menginap di Klana Beach Resort Port Dickson untuk melepaskan lelah dan bersiap siap untuk bergerak ke lokasi seterusnya iaitu Pantai Cahaya, Port Dickson sekitar 1.00 petang . Sebelum meneruskan lagi moleklah rasanya saya menceritakan serba sikit asal usul Port Dickson.

          Sejarah nama Port Dickson mendapat nama dari pegawai tinggi British bernama Sir John Frederick Dickson yang telah ditempatkan di Negeri negeri Selat semasa akhir abad ke 19. Sebelum tempat ini dibangunkan dan dimajukan tempat ini dikenali dengan nama Tanjung oleh orang melayu tempatan kerana kedudukannya di teluk Kecil. Orang Cina dan India tempatan pula menamakan tempat ini sebagai Alang atau Arang oleh kerana berhampiran dengan teluk tersebut yang terletak di sebuah pulau yang terkenal dengan pengeluaran arangnya dan membekalkan kepada kawasan berhampiran. Setelah menyedari Arang mencapai kemajuan yang pesat sebagai kawasan perindustrian dan Tanjung sebagai kawasan bandar maka kawasan ini turut maju dan membangun dengan kemudahan infrastruktur yang baik. Sehinggalah hari ini yang menjadi tempat yang terkenal melalui keindahan pantai pantainya.  
           Keindahan pantai yang cantik dan pasirnya yang putih sangan memukau pandangan. Ditambah pulak dengan kawasan sekitar Port Dickson yang strategik dengan angin yang menyegarkan jiwa. Suasana yang damai dengan kejernihan laut yang berwarna biru begitu mempesonakan mata yang memandang. Kami sekeluarga begitu gembira ditambah pulak dengan aktiviti kekeluargaan yang kami adakan seperti bermain bola beracun, bermain layang, dan menaiki banana bot serta aktiviti yang lain.



            Pengalaman menaiki Banana Bot memang sukar digambarkan kerana semasa di Sabah saya tidak berkesempatan unutk menaiki Banana Bot disebabkan ombaknya yang agak tinggi hahahhah di sekitar kawasan pantai perairan Sabah terutamanya dikawasan Tanjung Aru dan Teluk Likas. Ditambah pulak dengan kerisauan Ibu dan Ayah saya yang risau dengan keselamatan anak anaknya. Pada akhirnya saya dan adik beradik yang lain akhirnya dapat merasai pengalaman menaiki Banana Bot yang agak mengujakan.



Bagi saya kenangan yang paling sukar dilupakan apabila Ibu dan Ayah saya sanggup datang jauh dari Sabah semata mata untuk berjumpa dengan anak anaknya disamping menyambut Ulang Tahun kelahiran Abang saya yang 23 tahun. Kesanggupan Ibu dan Ayah saya yang datang jauh menyedarkan saya akan kasih sayang seorang Ibu untuk anak anaknya walaupun dipisahkan oleh Lautan China Selatan.
             Setelah selesai menyambut Ulang Tahun kelahiran Abang saya maka kami bersiap siap untuk pergi ke lokasi seterusnya bagi meneruskan lagi aktiviti lain. Setelah bersantai santai dengan menghabiskan masa di Pantai Cahaya dengan aktiviti yang menyeronokkan, maka kami pun mula bergerak untuk balik ke Resort bagi merehatkan diri bagi meneruskan aktiviti yang lain yang agak mencabar kononnya . Aktiviti kami pada malam itu hanya dipenuhi dengan berborak borak kosong disamping makanan BBQ yang sedap dan lazat disamping bergelak ketawa mengimbau kenangan kenangan yang kelakar pada dahulukala. Sekali sekala saya berasamalu bila ibu saya menyingkap zaman kanak kanak saya dengan mengatakan kenakalan saya ketika dahulu yang suka menyembunyikan barang barang berharga Ibu saya apabila saya merajuk dan marah dengan ibu saya. Keesokkan harinya, kami bergerak ke Pantai Teluk Kemang yang terkenal dengan keindahannya. Saya akan memulakan penceritaan berkenaan dengan Teluk Kemang melalui Sejarahnya yang terdahulu.
              Pada asalnya Teluk Kemang merupakan sebuah kawasan hutan belantara dan paya bakau. Kawasan berteluk teluk dan terdapat banyak pokok Kemang yang tumbuh disitu. Pokok Kemang ialah sejenis pokok yang buahnya seakan akan buah binjal yang kecil dan berwarna hijau. Pada awal tahun 1880, ada lima orang bersaudara yang datang dari Selangor ke kawasan tersebut. Mereka ini bertugas di istana atau tempat pembesar di  Selangor. Bagaimanapun, tidak pastilah siapakah pembesar itu dan di daerah mana mereka belajar.
                Sebagaimana nama Melaka, nama Teluk Kemang ini terhasil daripada nama sepohon pokok Kemang dan serta rupa bentuknya yang berkeluk keluk. Dan dengan itu bermula lah asal usul penduduk di kawasan itu sejak tahun 1880 sehingga sekarang.  Perjalanan kami mengambil hanya beberapa minit untuk meneruskan perjalanan ke lokasi seterusnya. Suasana pemandangan Teluk Kemang yang memukau dengan lautan yang kelihatan tenang dan jernih menghilangkan rasa kerinduan dengan pantai pantai yang lain di Sabah.
               Ketibaan kami di Teluk Kemang disambut dengan suasana yang agak sebiji dengan di Teluk Likas. Kerinduan mendalam terhadap Negeri tanah tumpah darahku mula terasa apabila berada agak jauh dari sana. Cuma yang membezakan pemandangan yang agak berlainan.


           Gambar menunjukkan tugu Teluk Kemang yang berdiri megah dan Indah dibawah lautan langit yang biru dan angin yang bertiup lembut. Pasirnya yang putih begitu mempesonakan sama seperti Pantai Cahaya yang telah kami lawati semalam. Cuma apa yang membezakan ialah kawasan sekitar Teluk Kemang yang lebih baik pemandangannya dengan deretan kedai kedai makanan yang menyelerakan antaranya ialag pisang cheese, Kelapa muda dan coconut shake yang agak sedap.


              Saya lupa nak imbas kembali gambar diatas ini merupakan gambar suasana dikawasan belah Teluk yang surut lautnya semasa ketibaan kami pagi . Oleh itu kami mengambil kesempatan unutk mengutip beberapa kerang dan siput untuk menjadi santapan. Kerang yang segar sangat menyelerakan. Hasil daripada pencarian kerang kami sangat berbaloi untuk dibawa balik ke rumah untuk dimasak dengan santan kerang. Masa ini sukar digambarkan perasaan saya kerana inilah kali pertama saya mengutip kerang kerang ini dan menyedarkan saya betapa susahnya untuk mencari kerang kerang itu yang tersembunyi  di dalam dasar tanih yang lembut ini.



              Setelah bermain sukan iaitu bola sepak dan Bola tampar pantai maka kami melepaskan lelah. Btw gambar ketika bermain kami tak sempat ambil memandangkan semua orang nak main. Permainan kami dimulakan dengan pembahagian 2 kumpulan masing masing diketui oleh kedua dua Abang saya. Setelah berusaha untuk menepis serangan daripada pihak lawan. Kumpulan saya mengutip mata yang tinggi dengan 4-1 dan akhirnya kami diumumkan sebagai pemenang . Gambar diatas menujukkan saya dan kumpulan saya yang gembira dengan kemenangan kami.


              Gambar diatas menunjukkan saya dan kumpulan  saya yang mendapat imbalan hasil daripada kemenangan kami dengan makanan yang agak sedap sikit laa.  Menu makanan saya pada masa ini ialah ikan kembung dengan nasi putih ditambah dengan sambal belacan Negeri Sembilan yang kaw kaw sedap ada rasa pedas dan manis manis sikit.
                 Setelah selesai aktiviti yang kami lakukan maka kami beransur ansur pulang ke resort untuk membersihkan diri dan bersiap siap untuk balik ke Selangor. Tepat 5.00 petang kami mula check out dari Klana Beach Resort .Memang tidak dapat dinafikan akan kenangan di Portdickson  Negeri Sembilan memang sangat indah ditambah pulak dengan keluarga tersayang yang nun jauh datang  dari Negeri Sabah sanggup menghabiskan masa bersama untuk meluangkan kenangan ini dengan orang orang tersayang. Saya berharap agar kenangan ini sentiasa tersemat dan Inn Shaa Allah penjelajahan bersama orang tersayang  di  bumi Malaysia ini akan diteruskan lagi bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang sedia ada.
See you when I see youu guyss..

            

No comments:

Post a Comment