Melancong
merupakan aktiviti yang menjadi kegilaan ramai orang dengan alasan mereka
sebagai cara untuk menghilangkan tekanan terutama bagi para pelajar. Selain
itu, bagi remaja juga mereka akan mengambil gambar kenangan dan seterusnya akan
dimuat naik ke dalam laman sosial mereka untuk dikongsikan kepada rakan dalam
laman sosial mereka. Melancong juga telah menjadi hobi dalam diri seseorang
yang amat cinta akan keindahan alam
semulajadi.
Begitu juga bagi diri saya,melancong merupakan hobi yang utama dalam banyak-banyak hobi yang terdapat dalam diri saya, hal ini dikatakan demikian kerana, saya amatlah teruja untuk melihat alam sekitar yang sering menghilangkan tekanan dalam diri.
Begitu juga bagi diri saya,melancong merupakan hobi yang utama dalam banyak-banyak hobi yang terdapat dalam diri saya, hal ini dikatakan demikian kerana, saya amatlah teruja untuk melihat alam sekitar yang sering menghilangkan tekanan dalam diri.
Oleh itu, saya akan berkongsikan
pengalaman saya melancong pada disember 2017 yang lepas. Pada disember 2017
yang lepas saya telah pergi ke Pulau Pangkor bersama keluarga saya bersempena
hari keluarga Jabatan Kerja Raya (JKR) dimana ayah saya bekerja dalam sektor
ini. Dengan yuran sebanyak RM200 ringgit, kami pergi selama 3 hari 2 malam.
Sebelum itu, kami sekeluarga telah diberitahu hal ini 2 bulan sebelum hari
kejadian dengan melakukan persediaan yang sepatutnya. Selain itu juga pihak di
tempat kerja ayah saya juga telah memberi sedikit dana untuk rombongan
tersebut. Kami sekeluarga amat teruja dan tidak sabar untuk menunggu untuk
bertolak ke sana.
Pada hari tersebut kami diarahkan untuk
berkumpul di pejabat JKR ayah saya untuk menunggu bas kami untuk bersedia untuk
bertolak ke destinasi. Kami semua menuggu dengan penuh sabar dan riang kerana
pada rombongan tersebut adalah merupakan salah satu saat dimana semua ahli
keluarga yang seorang ahli keluarga berkhidmat dalam sektor ini yang secara
tidak lansung akan mengeratkan lagi hubungan kami semua. Setelah pemandu bas
kami memberi arahan untuk bersedia untuk bertolak kami dengan perasaan gembira
terus menaiki bas .Setelah semua orang mendapat tempat duduk dengan selesa, bas
pun terus bergerak ke destinasi.
Dalam perjalanan ke sana, masing-masing
bercerita dan berbual-bual antara satu sama lain mengenai aktiviti masa lapang
mereka. Selain itu, setiap orang membawa makanan riang masing-masing untuk
makan di dalam bas. Kami juga berkongsi makanan tersebut antara satu sama lain.
Dengan hanya melakukan perkara itu hubungan kami menjadi semakin rapat kerana
kami tidak mengenal antara satu sama lain seperti ayah saya dan pekerja lain
mengenal antara satu sama lain Kami juga tidak melepaskan peluang untuk
bergambar di dalam bas bersama-sama. Dalam perjalanan tersebut kami singgah di
hentian rnr untuk berhenti makan dan menunaikan hajat masing-masing. Setelah 30
minit berhenti di rnr kami meneruskan perjalanan kami ke jeti untuk ke Pulau
Pangkor. Setelah hampir 5 jam dari pejabat JKR dimana ayah saya bekerja kami
pun tiba di jeti tersebut. Ketua
rombongan kami telah membeli tiket feri pergi dan balik dan meminta kami untuk
simpan dengan baik ticket untuk pulang untuk digunakan semula untuk belik ke
jeti tersebut.
Setelah menunggu hampir sejam di jeti
tersebut, kami terus bertolak untuk ke jeti di Pulau Pangkor. Kami dibahagikan
kepada dua kumpulan untuk menaiki feri yang berbeza dengan jarak masa untuk
feri pertama dan kedua bertolak adalah 5 minit. Saya sekeluarga telah menaiki
feri yang kedua. Terdapat 2 buah Jeti untuk ke Pulau tersebut, kami diarahkan
oleh ketua rombogan kami untuk turun di jeti yang kedua untuk ke tempat
penginapan yang kami akan menginap. Dalam perjalanan di atas feri tersebut kami
sangat bersyukur kerana laut pada waktu itu tidak terlalu bergelora yang akan
menyebabkan saya terutamanya tidak berasa loya. Sebelum feri tersebut bergerak
pihak feri memberi tunjuk ajar sekiranya berlaku kecemasan semasa perjalanan ke
sana. Setelah feri berhenti di jeti yang pertama feri yang kami naiki telah
berkurangan penumpang kerana ramai penumpang turun di jeti pertama.
Setelah feri menjadi sedikit kosong dengan
penumpang kami mengambil kesempatan untuk ke tingkat atas feri di bahagian yang
tidak berbumbung untuk menghirup udara segar dan melihat pemandangan di tengah
laut dari atas feri. Saya dan abang saya sahaja yang sempat untuk naik di bahagian atas
feri tersebut. Kami berdua sangat teruja untuk melihat keindahan alam ciptaan
tuhan pada waktu itu dengan melihat air laut yang biru gelap yang bermakna
sangat dalam laut di bahagian itu. Walaupun panas, tetapi angin dari laut
adalah sejuk dan mengurangkan rasa panas kami pada masa itu. Seperti biasa kami
berdua tidak melepaskan peluang untuk bergambar di bahagian atas feri tersebut.
Setelah 45 minit diatas feri, kami tiba ke jeti kedua untuk ke destinasi kami.
Seterusnya kami semua terus mengambil bagasi kami keluar daripada feri tersebut
.
Setibanya kami di sana, kami menaiki van
yang berwarna merah jambu yang disediakan untuk mengangkut para pelancung untuk
ke tempat penginapan yang disediakan. Saya sekeluarga dan terdpat beberapa
orang lain seramai 6 orang yang berada di dalam van tersebut berasa sedikit
tidak selesa akibat ruang yang agak padat tetapi iainya dapat menjadi satu
pengalaman yang mencuit hati kerana kami semua hanya ketawa riang dek kerana
van yang padat. Seperti biasa gambar perlu diambil sebagai kenangan. Perjalanan
untuk tiba di kawasan penginapan kami agak mencabar kerana jalan yang
berliku-liku dan agak curam. Dengan muatan van kami yang agak berat, van
tersebut menghadapi kesukaran untuk menaiki jalan yang berbukit dan perlu
bergerak dengan berlahan kerana jalan yang mempunyai banyak selekuh tajam. Akhirnya dengan rasa bersyukur
kami selamat tiba di tempat peninapan kami pada jam 4.30 petang. Setelah sampai, kami terus
menempah bilik di resort yang sangat dekat dengan pasar-pasar di bahu jalan dan
pantai.
Selepas beristirehat seketika kami dibawa
oleh ketua rombongan kami untuk bersiar-siar di tepi pantai. Setelah berjalan
kami selama 10 minit saya ahli rombogan kami tiba di kawasan bersisiran pantai
yang amat cantik. Air laut yang biru kehijauan dengan angin dari bayu laut yang
mengejukkan kami amat sukar digambar betapa tenangnya berada di situ. Oleh itu,
kami tidak melepaskan peluang untuk bermandi di kawasan pantai tersebut. Kami
juga sempat untuk melihat matahari terbenam dan sempat juga untuk merakam dan
mengambil gambar. Pada waktu tersebut juga seorang ahli rombogan perempuan kami
hampir lemas dan kami sangat bersyukur kerana beliau sempat diselamatkan oleh ayahnya
. Beliau juga tidak menghadapi kecederaan.
Selepas kami semua puas bermandi-manda
di situ selama dua jam, kami terus pulang ke resort tempat kami bermalam untuk
membersihkan diri dari pasir-pasir pantai yang melekat di tubuh kami. Semasa
perjalanan untuk ke tempat kami menginap, terdapat pelbagai jenis makanan yang dijual
di pasar di tepi jalan. Antara makanan yang banyak di jual seperti makanan laut
dan juga terdapat kedai runcit, kedai menjual peralatan berenang dan pakaian.
Setelah kami bersiap dan membersihkan diri, kami terus ke kedai makan yang
berdekatan untuk santapan malam kami. Kedai tersebut tidak terlalu jauh dengan
tempat penginapan kami. Pada malam tersebut, kami di sediakan dengan makanan
yang amat sedap terutama ikan bakar yang amat segar. Setelah kami semua
kekenyangan kami diberi masa untuk bersiar-siar di kawasan yang berdekatan dan
membeli buah tangan untuk kami bawa pulang ke rumah. Kami juga tidak melepaskan
peluang untuk duduk di persisiran pantai yang berdekatan untuk berehat seketika
akibat penat berjalan mencari buah tangan. Pada jam 12 kami masuk ke dalam
bilik untuk tidur menunggu hari esok dengan perasaan teruja.
Pada keesokan harinya, saya dengan
perasaan teruja bangun pada awal pagi untuk bersiar-siar di tepi pantai sambil
menghirup udara segar yang sangat sejuk. Di Pulau Pangkor juga terdapat burung
enggang yang banyak dan juga jinak apabila diberi makanan. Perkara ini juga
akan saya ingat dengan kami semua memberi roti kepada burung tersebut dengan
cara melambungkan roti kepada burung-burung tersebut dan mereka akan tangkap
roti tersebut dengan laju dan cekap sekali. Hal ini amat memberikan perasaan
teruja kepada kami semua. Seterusnya saat-saat yang saya tunggu sudah tiba
apabila kami semua akan melakukan aktiviti “scuba diving”. Sebelum dibawa
menaiki bot, kami diajar cara yang betul untuk melakukan aktiviti scuba
tersebut. Selepas itu kami dibawa menaiki bot yang disediakan untuk ke tempat
yang sesuai untuk melakukan aktiviti scuba. Dalam perjalanan di atas bot
tersebut, kami di lihatkan dengan pelbagai jenis batu yang berbentuk haiwan di
pulau-pulau kecil iaitu batu seperti bentuk buaya ikan paus yang menyembur air
dari atas kepalanya. Saya sekeluarga amat teruja dengan melihat betapa indahnya ciptaan tuhan.
Setibanya kami ke tempat yang dituju, kami
sekali lagi diberi tahu supaya tidak berenag berdekatan dengan batu di tebing
pulau tersebut kerana untuk mengelakkan daripada terkena batu teersebut akibat
tolakan daripada ombak. Pada mulanya saya tidak selesa mengunakan scuba google
kerana kita tidak dapat bernafas menggunakan hidung, tetapi hanya menggunakan
mulut sahaja. Ianya amat lucu. Setelah beberapa minit saya mengesuaikan diri,
iainya tidaklah begitu sukar. Dalam air laut yang tidak begitu dalam itu
terdapat pelbagai jenis hidupan akuatik seperti perbagai spesis ikan dan batu
karang yang agak tajam yang menyebabkan kaki saya mengalami luka yang kecil.
Kami juga membawa roti yang di beli di kedai di resort kami untuk menjamu
ikan-ikan tersebut makan. Kami amat teruja dengan melakukan aktiviti ini.
Setelah hampir 45 minit di situ, kami menaiki bot untuk ke destinasi seterusnya
untuk berenang. Di kawasan tersebut kami melihat persisiran patai yang telah
terhakis akibat hakisan dari air ombak. Hakisan ombak ini juga telah saya
pelajari dalam matapelajaran geografi di tingkatan enam. Oleh itu saya berasa
puas kerana dapat melihatnya dari depan mata kami sendiri. Setelah puas
bermandi manda sehingga menyebabkan kulit kami semua menjadi gelap akibat
proses pigmentasi dari cahaya matahari yang terik, kami bergerak pulang ke tempat penginapan kami.
Apabila kami semua telah selamat sampai
kami berehat seketika. Pada petang hari saya sekeluarga dan ahli rombogan lain
terus ke pantai untuk berenang buat kali terakhir. Pada petang itu, kami sempat
untuk menaiki bot pisang yang disediakan di situ. Ianya merupakan kali pertama
saya menaiki bot tersebut. Saya rakan-rakan dari rombongan ini sangat teruja.
Pada malam hari, kami semua keluar untuk mencari makanan di pasar yang
berdekatan. Saya dan keluarga sempat membeli kerang bakar yang rasanya amat
segar dari laut. Seterusnya kami bersiar-siar di tepi pantai dan masok ke
dalam bilik untuk berehat untuk pulang pada hari esok.
Keesokan harinya kami semua
bersiap-siap untuk pulang. Perasaan sedih sudah dirasai. Sebelum pulang kami dibawa oleh ketua rombongan untuk pergi
ke tengah pekan di Pulau Pangkor untuk melihat barangan dan makanan yang dapat
kami beli untuk bawa pulang sebagai buah tangan ke rumah. Di situ saya sempat
membeli sotong kering yang amat sedap dan merupakan antara makanan kesukaan
saya. Rakan-rakan rombongan lain juga tidak melepaskan peluang untuk juga
membeli makanan dan pakaian sebagai buah tangan untuk dibawa pulang ke rumah.
Seterusnya kami terus ke jeti untuk ke destinasi seterusnya iaitu air terjun
Ulu Kernas. Setelah tiba di jeti kami terus bergerak ke air terjun Ulu Kernas
menaiki bas. Setibanya di situ , persekitaran semula jadi di kawasan tersebut
amat menarik. Bunyi unggas hutan dan air terjun di situ amat menenangkan dengan
air yang sangat jernih. Setelah puas bermandi-manda di air terjun selama dua
jam, kami terus bersiap-siap dan bergerak pulang, sekali lagi perasaan sedih
terasa dalam diri.
Pada jam 9 malam kami semua tiba ke pejabat
JKR untuk pulang ke rumah masing-masing. Semua orang kelihatan penat tetapi
masih boleh bersenyum antara satu sama lain. Sebelum turun dari bas, kami semua
sempat bermaafan antara satu sama lain sekiranya pada percutian tersebut,
terdapat salah silap dan terkasar bahasa antara kami. Kami juga mengucapkan
terima kasih kepada pihak yang dalam JKR terlibat yang banyak membantu aktiviti percutian kami
di sana dengan lancar. Semestinya percutian ke Pulau Pangkor akan sentiasa saya
ingati dan sekiranya tuhan mengizinkan saya untuk bercuti tempat yang sama,
saya akan kembali lagi.
No comments:
Post a Comment